Saturday, October 8, 2011

RAWATAN ACUPUNCTURE & BEKAM

Assalamualaikum w.b.t.

 
Agak bersawang blog kesayangan saya ni... Bukan tiada cerita tetapi tidak mempunyai masa untuk mencoretkan sesuatu di sini. Jujurnya, diari hidup saya sentiasa penuh dengan peristiwa tidak diduga. Ditambah pula dengan peristiwa mengejutkan dunia iaitu perginya pengasas Apple, Steve Jobs. Pembentangan bajet 2012 dan kisah gila yang melibatkan seorang bapa meliwat bayinya sendiri yang berusia 23hari.

Bunuh saja bapa yang meliwat bayinya itu. Dah tahu isteri dalam keadaan uzur, bawalah bersabar. Ini, anak yang menjadi galang gantinya. Nauzubillah. Bila teringat Tahajjud Cinta yang bikin kontroversi itu, saya rasa Ustaz Shauki tu patut diberi pengajaran. Rasa tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Bagi saya, cerita sebegini perlu ada penjelasan mengapa ia terjadi dan pengajarannya kepada orang ramai. Walaupun kisah yang dipaparkan agak terpencil, maklumat dan penerangan yang berkesan haruslah diambil kira bagi mereka yang tidak tahu dan lambat untuk faham iktibar yang ingin disampaikan.

Bila drama itu menunjukkan watak yang sebegitu, dialog itu perlu dibalas dengan hujah yang berkesan berlandaskan ilmu Allah iaitu Al-Quran dan bukan nafsu semata. Ada nasikh mansukh iaitu pembetulan kepada sesuatu peringatan. Biasanya dalam Al-Quran dan hadith. Saya suka cerita yang mempunyai message sebab boleh membuatkan kita berfikir dan menajamkan lagi neuron otak!

Tamatkan kisah drama Tahajjud Cinta. Hari ni, saya mempunyai appointment dengan pemilik Muslimah Anggun Beauty & Spa. Walaupun bekerja, tapi minta izin datang lewat sebab sudah berjanji. Alang-alang, biar perbaiki sistem badan saya ini sebaiknya. Pertama kali buat rawatan sebegini ye..

Jika sahabat ingin tahu, saya bukanlah seorang insan yang memiliki tubuh badan yang cergas sedari kecil. Namun alhamdulillah semangat yang Allah beri untuk terus hidup masih ada dan mampu bertahan sehingga kini. Dari kecil, saya kerap ditimpa sakit. Ummi dan Abah memang sedia maklum dan memang risaukan saya. Bila dah dewasa ni, keadaan tu makin menjadi-jadi. Makin bertambah penyakit yang diketahui.


Saya tak tahu nak berkongsi dari mana. Tapi yang pasti, saya melakukan rawatan cosmetic acupuncture setelah Kak Su meneliti masalah saya melalui rawatan mata. Sebelum tiba di pusat rawatan ni, kondisi tubuh badan saya berada dalam keadaan kurang selesa dan rasa nak muntah. Demam dan batuk masih belum sembuh sepenuhnya. So, segala masalah saya serba sedikit diceritakan kepada Kak Su.

Sebelum nak mulakan rawatan ni, Kak Su minta saya membaca Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada Rasulullah, kaum keluarga dan sahabat baginda berserta untuk diri saya sekeluarga. First jarum dicucuk pada kepala. Ketika tu saya tak rasa sakit. Tapi bila dah pindah ke bahagian kening, muka, tangan, kaki, lutut, dan perut baru terasa sakit. Tapi sikit jelah. Kak Su cucuk jarum tu berdasarkan apa yang saya sakit. Waktu tu tekak dah rasa kembang. Bila saya adukan hal tersebut, Kak Su cucuk jarum di dagu, hidung, dan tekak. Saya diberitahu, memang bila melakukan rawatan acupuncture ni, sesetengah pesakit akan merasa mual dan loya tekak.

Masih terasa mual tapi agak terkawal. Saya semakin rasa kebas di bahagian kiri tangan menandakan saya ada masalah dalam perut dan usus besar. Actually, bila Kak Su tekan bahagian untuk masukkan jarum acupuncture tu, saya ada terasa sakit. Maksudnya, badan saya ada angin yang banyak. Bila jarum tu mula cucuk dihidung dan bawah mata kanan, air mata secara tiba-tiba mengalir. Terasa sakit yang amat! Tanda Sinus.

Dalam pukul 12 tengahari, pembantu Kak Su tolong cabutkan jarum tu. Saya sempat tanya, nak buat apa dengan jarum yang dah digunakan tu, Liyana iaitu pembantu Kak Su maklumkan untuk dihantar di hospital (buang agaknya..). Sebab jarum tu jika terjatuh secara tak sengaja setelah dibuka, tidak boleh digunakan sama sekali. Ketika jarum yang mencucuk bahagian bawah mata dan hidung dicabut, darah keluar menandakan titik tersebut aktif. Rasa sakit makin berkurang. Dan alhmadulillah, bintil di mata kiri saya juga beransur hilang. Semuanya kuasa Allah.

Setelah selesai proses tersebut, saya dihidangkan dengan minum herba Habatussauda. Kebetulan, bos beritahu, saya tak perlu datang disebabkan masalah saya ini. Jadi saya teruskan pula cadangan Ummi untuk berbekam. Saya dan Ummi melakukan rawatan yang sama mengikut masalah kesihatan masing-masing.

Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam) (Shahih Bukhari dan Muslim).

Tapi sebelum nak mula bekam tu, Kak Su tanya juga, adakah badan saya mampu menerimanya. Lagipun saya masih merasa mual. Tapi bila saya kata ok dan bukan senang nak datang lagi, Kak Su minta saya bersedia dalam bilik bekam (sama je dengan bilik nak masukkan jarum tadi). Saya memang dah lama nak buat bekam tapi biasalah takut sebab sakit. Namun saya memang tahu bekam ni merupakan sunnah nabi dan kaedah terbaik dalam perubatan. Kak Su pun sempat beritahu, kena cukur sikit rambut dibahagian kepala.

Bagusnya Allah gerakkan hati saya untuk melakukan kaedah rawatan ini. Apatah lagi bila nak mula bekam tu, Kak Su minta saya berniat "Sahaja aku berbekam mengikut sunnah Rasulullah kerana Allah Taala". Baca Al-Fatihah, ayat Kursi dan 3 Qul. Rasa nak menangis pula saya...

Dalam proses berbekam tu, beberapa bahagian badan saya memang rasa sakit. Proses pertama adalah membuang angin dalam badan. Macam vakum angin lah. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Tambah terasa bila badan ditoreh sedikit. Tak henti-henti saya bertahmid dan berselawat dalam hati. Agak lucu bila bekas bekam dikepala asyik tercabut...


Kak Su tanya pada saya bahagian di kepala mana yang saya rasa sakit maklumlah saya memang ada migrain dan selalu sakit dan pening kepala. Pendek cerita, Kak Su toreh di bahagian tengah kepala. Senang katanya. Selepas ditoreh sedikit, memang agak tragik bila bekas bekam tu sedut darah kotor yang ada di kepala. Kak Su tak henti-henti bertasbih sebab darah di kepala saya kelihatan mendidih-didih bila keluar. Terus dia panggil Ummi dan Anjang. Patutlah saya asyik mengadu sakit katanya. Memang saya sakit betul. Bukan main-main.

Sebanyak 10 titik bekam dilakukan di badan dan kepala saya mengeluarkan darah kotor berupa ketulan yang menyerupai hati. Sangat banyak sehinggakan Kak Su kata macam nak pitam. Pembantunya pula tak sanggup nak tengok. Tapi Anjang sempat usik saya, nak buat baik dengan saya dan tak nak gaduh lagi. Waktu tu saya dah nangis sebab tercapai juga hasrat saya untuk menyembuhkan diri kerana Allah. Alhamdulillah. Memang tak tertahan sakit yang saya tanggung walaupun saya kelihatan ceria orangnya. Tapi Ummi lah pendengar paling setia dan Ummi tak perlu risau lagi.

Sekali lagi saya dihidangkan dengan air minuman Habatussauda. Kepala pun macam dah berpinar-pinar. Kak Su minta saya buat rawatan lagi. Sempat dia doakan supaya segala masalah kesihatan saya dapat pulih sepenuhnya. Dan barulah diketahui punca darah kotor yang keluar tu bukan sebab ubat doktor tapi memang dari masalah kesihatan tubuh badan saya.

Alhamdulillah syukur pada Allah. Saya hanya berusaha dan selebihnya terserah pada kehendak-Nya. Terasa juga badan bertambah ringan walaupun masih terasa pening dan berpusing sedikit. Bawah mata saya pula kelihatan sedikit bengkak.

~ Maknanya apa yang selalu saya adukan dan rungutkan pada Ummi ada asbab yang tersendiri. Tapi masalah yang saya hadapi itu perlu saya tangani dengan berdepan masalah tersebut iaitu berada ditempat sesak. Saya tak boleh berada dalam situasi yang boleh membuatkan saya lemas dengan orang ramai walaupun saya suka melihat gelagat orang. InsyaAllah saya boleh. Amin. Doakan saya sihat ye sahabat  ^_^

4 comments:

~ummusumayyah~ said...

Assalamu'alaikum wbt..euuuuwwww..terus hapted kat blog tuh..mueheee..jgn terkezut..onjen ni..btw, moga2 usaha kita berhasil InshaAllah..sis kena banyak2 doa, jaga pemakanan k..ada rezeki kita pi wat rawatan lagi tau..ajak mumito sekali..kikiki..tape serius..i mmg tak bole jdi doc..sgt ngeri tgk itu darah lorh..eeuuuww..tapi jdi doc tuk cik abe kami takpe la..ngeh ngeh ngeh..^^

p/s : dah2, pi tdo sane..hapdated blog lme2 kang fenin pula..take care tau my dear sis..Robbuna Yusahhil =)

~ummusumayyah~ said...

Assalamu'alaikum wbt..euuuuwwww..terus hapted kat blog tuh..mueheee..jgn terkezut..onjen ni..btw, moga2 usaha kita berhasil InshaAllah..sis kena banyak2 doa, jaga pemakanan k..ada rezeki kita pi wat rawatan lagi tau..ajak mumito sekali..kikiki..tape serius..i mmg tak bole jdi doc..sgt ngeri tgk itu darah lorh..eeuuuww..tapi jdi doc tuk cik abe kami takpe la..ngeh ngeh ngeh..^^

p/s : dah2, pi tdo sane..hapdated blog lme2 kang fenin pula..take care tau my dear sis..Robbuna Yusahhil =)

Brilliant Marjan said...

wa'alaikumsalam...ada rasa pening lagi..kena teruskan rawatan lepas ni..tq sis =)

Anonymous said...

sy darah pahlawan ... cmner cara diet?