Sunday, October 2, 2011

KENALI PASTA

Assalamualaikum w.b.t.



Alhamdulillah nikmat dapat berehat dihujung minggu. Sambil-sambil tu jom kita santai mengenali pasta. Sebelum tu, saya memang penggemar pasta. Sape yang minat pasta maknanya sekepala dengan saya. Boleh terliur bila bayangkan hidangan pasta ditabur keju yang banyak tu..Tapi..saya tetap Melayu..Jadi jangan risau ye.. Ulam-ulaman tetap pujaan hati!

Bila bercakap tentang pasta, satu yang harus kita ketahui bahawa ia adalah makanan yang berasal dari Itali yang juga merupakan makanan ruji negara itu.

Namun keenakan hidangan pasta telah mendapat tempat di seluruh dunia termasuklah penggemarnya di Malaysia.

Pasta diperbuat daripada tepung spesies durum. Jenis gandum durum sahaja yang sesuai digunakan untuk membuat pasta.

Tepung ini juga sangat tinggi dengan kandungan protein yang membuatkan produk pasta lebih kenyal dan tidak mudah hancur ketika direbus. Gandum daripada jenis durum ini selalunya akan diproses menjadi tepung yang lebih halus yang dikenali sebagai tepung durum. Bagi yang sedikit kasar dikenali sebagai durum semolina. Kedua-duanya berwarna kekuningan.

Bahan untuk membuat pasta juga ringkas kerana hanya menggunakan tepung durum, air dan telur. Pasta boleh dimakan sebagai pembuka selera, sup atau makanan utama selain boleh juga dimasak dengan pelbagai cara seperti dibakar atau digoreng.

Bagaimanapun cara yang paling biasa adalah dimakan dengan pelbagai jenis sos bersama parutan keju yang serasi dengan hidangan pasta ini.

Terdapat beratus-ratus jenis pasta mengikut rupa bentuknya. Antara pasta yang begitu popular adalah spageti yang berbentuk seperti mi. Terdapat jenis yang lebih halus dan pendek seperti mi hoon yang dipanggil angel hair.

Makaroni pula adalah pasta yang berbentuk silinder lurus dan bengkok yang mempunyai ruang kosong di tengah-tengahnya.

Jenis pasta ini selalunya dijadikan juadah seperti makaroni bakar ataupun sup. Walaupun namanya berlainan mengikut bentuknya tetapi bahan asas pembuatannya tetap sama.

Teknik merebus pasta juga ada caranya tersendiri kerana anda perlu meletakkan sedikit minyak terutamanya jika anda merebus pasta yang jenisnya mudah melekat ketika anda merebus seperti spageti, fetucine dan tagliatelle.

Namun ada jenis-jenis pasta yang tidak mudah melekat seperti makaroni, fusilli dan bow pasta yang tidak memerlukan anda meletakkan minyak ketika merebus kerana ia tidak mudah melekat ketika anda merebus.

Selain itu pasta perlu direbus sehingga mencapai tahap kemasakan tertentu iaitu sehingga al dente - merujuk kepada rasa yang ‘tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras’. Jika menggigitnya terasa kenyal itulah yang dimaksudkan dengan al dente.

Anda boleh menguji tahap kemasakannya dengan mematahkan pasta itu. Jika anda melihat masih ada bahagian yang bertepung di tengahnya maka anda perlu memasaknya lagi.

Air perlulah sebaik-baiknya dibiarkan mendidih dahulu sebelum merebus dan ketika merebus anda perlu mengacaunya sekali sekali supaya ia tidak melekat.

Jika tidak mahu pasta yang telah direbus melekit dan melekat serta menjadi kering apabila terdedah pada udara, gaulkan ia dengan sedikit minyak zaitun atau minyak jagung.


Sumber: Minggan Malaysia.

~ Memula terjebak masak spageti buat style mee goreng. Saya reka kuahnya dengan menggunakan carrot yang dikisar berserta daging. Meriah dengan segala bahan yang ada. Alhamdulillah semua suka. Lepas tu try juga beli pes yang banyak dipasaran. Saya suka jenama Kimball (betul ke eja gini?). Tapi biasanya mesti saya reka cipta kuahnya. Kalau nak buat style carbonara, saya buat cara saya lah.. Ntah apa saya letak pun saya tak tahu... Janji makan..

2 comments:

Unknown said...

abah kurang menggemari adik beradik mee..kalau adik tiri mee iaitu Bihun ok..hehee

Brilliant Marjan said...

abah khalisha >>

oic...bihun memang sedap! bab mkn ni sy tak cerewat sgt janji halal..