Tuesday, January 31, 2012

JOM! TUKAR KATA LALUAN ANDA PADA 1 FEBRUARI

Oleh Syah Ismail

Dalam bab kata laluan, sama ada untuk emel, akaun bank dalam talian atau Facebook, kebanyakan orang langsung tidak mengambil berat. Kita sering kali melakukan kesalahan dengan menggunakan kata laluan biasa lemah yang mudah diteka. Tetapi apa lebih membimbangkan adalah kita menggunakan kata laluan yang sama untuk pelbagai akaun. Tambahan pula, kita jarang sekali mengubah kata laluan kita.

Dengan serangan siber semakin meningkat setiap tahun, kita harus melakukan apa yang patut untuk melindungi maklumat peribadi dari terjerumus ke tangan yang salah. Dan langkah pertama ke arah ini bergantung pada kata laluan kita. Salah satu blog teknologi popular, Gizmodo bersetuju dengan ini malah mengisytiharkan 1 Februari sebagai “Change Your Password Day”.

 
Kesilapan pertama yang kami buat apabila menaip kata laluan buat pertama kali ialah menggunakan kata laluan yang lemah. Saya tidak pasti sama ada ia disebabkan oleh kekurangan kreativiti atau hanya kemalasan yang membuat kita memilih kata laluan lemah. Beberapa contoh kata laluan yang kerap digunakan ialah “password”, “123456”, “abc123”, “qwerty” dan “letmein”. Sebahagian daripada anda mungkin ketawa tetapi ia tidak mengubah fakta yang ramai orang masih tidak mengambil kata laluan mereka dengan serius.

Jadi soalan yang anda harus tanya diri anda, “Adakah kata laluan saya cukup kuat?”
Satu kata laluan yang kuat perlu mempunyai satu campuran abjad-abjad, nombor-nombor dan karakter-karakter khas. Beberapa laman web menilai kata laluan anda dan menentukan sama ada ia lemah atau kuat dengan menggunakan warna dengan merah sebagai 'lemah' dan hijau sebagai 'kuat'.

Berikut adalah satu cara mudah untuk mewujudkan kata laluan yang kuat.
Langkah 1: Pilih satu ungkapan biasa yang anda mudah ingat seperti “the cow jumped over the moon”.
Langkah 2: Ambil huruf awalan setiap perkataan dan jika boleh gantikan perkataan atau huruf yang kelihatan atau berbunyi seperti nombor. (Tcj0tm)
Langkah 3: Tambah karakter-karakter khas. (!Tcj0tm.)
Langkah 4: Anda boleh mengubah kata laluan anda mengikut satu akaun khusus seperti PayPal. (!Tcj0tm.PyPl)


Jika anda terlalu malas untuk mewujudkan kata laluan anda sendiri, terdapat banyak perisian percuma yang boleh melakukannya untuk anda. Satu pilihan yang amat popular ialah KeePass. Ia adalah pengurus kata laluan sumber terbuka yang membantu anda menguruskan kata laluan anda dalam satu cara yang terjamin. Anda boleh meletakkan semua kata laluan anda dalam satu pangkalan data yang mana dikunci dengan satu kunci induk atau satu fail kunci. Jadi anda hanya perlu ingat satu kata laluan induk tunggal atau memilih fail kunci untuk membuka seluruh pangkalan data.

Pangkalan data telah dikodkan menggunakan pertandaan algoritma selamat terkini dikenali (AES dan Twofish). Apa yang menarik ia boleh didapati di setiap platform termasuk Windows, Mac OS X, Android, iPhone malah BlackBerry. Dengan extension dan add-on, KeePass serasi dengan semua pelayar laman terbaik termasuk Chrome dan Firefox.

Sekarang anda memiliki satu kata laluan unik untuk setiap akaun dalam talian anda, anda dinasihatkan agar menukar kata laluan secara kerap. Untuk sesetengah syarikat, mandatori untuk kakitangan secara berkala mewujudkan kata laluan baru untuk profil mereka. Di pejabat saya, kami melakukannya setiap dua bulan dan kami tidak boleh menggunakan semula kata laluan lama. Ia satu amalan yang baik kerana anda tidak tahu bila dan jika akaun anda telah dikompromi.

Keselamatan dalam talian ialah satu isu serius dan tidak patut dijadikan topic gurau senda. Anda mungkin tidak menyedari potensi ancaman sekarang tetapi janganlah menangis apabila anda diugut apabila muncul sekeping gambar bogel anda yang telah disuperimpose dan digodam dari akaun Facebook atau bil kad kredit berjumlah ribuan ringgit dari laman-laman web dewasa. Datang 1 Februari, mari kita semua menukar kata laluan kita dan melindungi identiti diri serta data berharga kita, jauh dari anasir-anasir yang berniat jahat.

 Sumber: My Launch Pad News

~ Jika anda jenis suka buka banyak akaun, bersedialah untuk mengingat nombor-nombor rahsia anda.

1 comment:

Pen Biru said...

kadang2 org selalu ambil ringan benda2 cmni..