Friday, January 20, 2012

TAK BOLEH LAKSANA SYARIAH DI AS

COLUMBIA: Bekas Speaker Kongres Amerika Syarikat, Newt Gingrich bersetuju dan tiada masalah jika ada calon Islam bertanding jawatan presiden, dengan syarat orang itu berjanji tidak melaksanakan undang-undang Syariah.

“Sokongan saya kepada calon Islam bagi jawatan Presiden Amerika, bergantung sepenuhnya kepada kesediaan beliau untuk tidak melaksanakan peraturan Islam.

“Saya mahu calon itu menyatakan sikapnya secara terbuka sebelum saya boleh menyokongnya. Apa yang pasti, saya menentang pelaksanaan undang-undang

Dalam ucapannya, Gingrich mendakwa: “Seseorang yang menyembah Allah dan berfikiran moden tidak akan menjadi satu ancaman, sebaliknya seorang yang cara pemikirannya sempit tetapi mahu pandangannya diterima semua pihak, adalah satu ancaman kepada manusia sejagat.

Gingrich mempunyai pandangan berbeza mengenai undang-undang Islam. Beliau memberi contoh peningkatan kesedaran terhadap Islam di Turki, berlaku seiring dengan pertambahan pembunuhan ke atas wanita sebanyak 1,400 peratus.

“Lihat pelaksanaan Syariah di Iran, bagaimana gereja dibakar di Nigeria dan Mesir. Lihat pula kemerosotan jumlah penganut Kristian di Iraq, daripada sejuta orang kepada 200,000 ketika pencerobohan Amerika dan meningkat semula kepada 500,000 orang sekarang.

“Berdasarkan semua ini, semuanya bergantung kepada falsafah dan cara pemikiran individu Islam itu sendiri. Jika beliau seorang manusia moden, berintegrasi dalam dunia moden dan sedia mengakui kewujudan semua agama, kita boleh timbang sokongan kepadanya.

“Namun, jika warga Arab Saudi meminta kita hormati mereka sedangkan penganut Kristian tidak dibenarkan mengamalkan ajaran agamanya di negara itu, kita juga pasti tidak dapat memberi tanggapan positif kepada mereka,” katanya.

Dalam sesi soal jawab di Aiken, Gingrich menyifatkan masjid Ground Zero (tapak serangan 11 September) sebagai ‘satu penghinaan secara sengaja ke atas rakyat Amerika Syarikat yang menjadi mangsa keganasan.

“Saya berpendapat, masanya sudah sampai untuk kita mengadakan satu perbincangan secara terbuka dan jujur mengenai radikal Islam,” katanya.

Gingrich sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menyifatkan penduduk Palestin sebagai masyarakat yang ‘dicipta.’

Mengulas kenyataan terbaru itu, Majlis Perhubungan Islam Amerika, (CAIR) menyifatkan beliau sebagai ‘alat kerajaan Amerika.’

Pengarah Perundangan CAIR, Corey Sayolor dalam kenyataannya berkata, Gingrich adalah antara ahli politik yang paling kuat menentang kehadiran Islam di Amerika.

“Visi Gingrich akan memisahkan rakyat Amerika mengikut kepercayaan agama. Idea politik beliau sudak lapuk dan tidak boleh diguna pakai. Masa untuk sikap berat sebelah dalam politik Amerika sudah berlalu,” katanya. – Agensi

Sumber: Berita Harian

~ Pemikiran siapakah perlu diubah? Apakah yang anda boleh nampak dalam situasi ini? Any comment?

1 comment: