Monday, September 17, 2012

BELUT & AIR NIRA

Assalamualaikum w.b.t.

Best cuti semalam? Hari ni bagi sesetengah negeri ada sambung cuti lagi. Korang pergi mana je? Dah rancang nak berjalan? Hati2 ye.

Semalam saya membontoti Ummi & Abah ke rumah terbuka dan kenduri.. Ada je saya nak makan..tapi bukan nasi. Tak larat nak makan nasi.. Ngidam ais krim kon yang singgit lah..cendol lah..serawa durian + roti jala.. melantak ko! Mak baby yang kenyang..

Nak sambung ni..Ingat tak saya kata nak share satu ceria menarik time raya kat Kelantan baru ni.. Boleh baca sini. Topik hari ni seperti tertera di atas..

Actually, before puasa hari tu, saya ada tengok MHI dan kebetulan topik tentang restoran yang menghidangkan belut sebagai menu tarikan. Saya rasa macam nak cuba sebab suami penggemar  makanan eksotik tersebut.

Sebelum ni, i geli nak try. Tapi bila tahu banyak khasiatnya, tekak rasa nak cuba pula..

Bila sampai kat rumah Pak Ya (Kg. Simpangan), abang pada Abah, terus suami saya dan adik ipar yang lain minta carikan belut. Abah pun tak terkecuali turut serta. Cari kat sawah tak jumpa. So beli dekat orang yang jual belut.

3 kilo kot! Otak saya dah proses, "Banyaknya..huh..tak mau tengok!"

Hari jumaat yang indah (24 Ogos 2012), itulah pengalaman pertama saya melihat belut di siang oleh Syukri dan Rashid.. Kecil je tapi geli..

Menu tu untuk makanan tengahari kami yang ramai jumlahnya.. Rempah ratus disediakan sendiri oleh Sykuri.. Sepupu ni lansung tak bagi orang lain sediakan bahan sebab takut tak sedap.. Dia nak buat belut paprik.

Lepas solat Jumaat, terus Syukri masak dan lepas tu kami menikmati bersama. Tapi time nak makan tu, siapa yang tak makan belut duduk dekat meja lain dan yang makan belut duduk di hamparan tikar saja. Tak mahu campur katanya..

[Google je ni.. tapi lebih kurang gini rupa masakan belut yang saya makan tu]

Saya berani takut juga, so duduk lah dekat tikar sebelah suami.. Suami saya dah letak belut yang dipotong kecil dalam pinggan saya. Tapi saya minta dia ambil balik sebab macam besar.. Takut lagi tu nak makan.. Saya tak mau yang ada lemak2 tu sebab rasa seram je nak telan..

Suami sabar je layan saya.. Dia buangkan tulang dan hancurkan bagi mudah saya nak makan.. Tulang belut tu sama cam tulang ikan, tak boleh makan.. Suami takut saya tak reti nak buang cam mana (memang tak tahu pun).

Akhirnya berjaya juga saya telan walaupun pun takut2 sambil kuah paprik tu turut saya gaul sekali dengan nasi. Boleh tahan teksturnya.. Huh lega.. Dan saya makan lagi hingga habis.. Waktu tu saya niat, nak bagi baik sakit dada saya.. Sebab hari raya keempat sampai tu, dada dah rasa senak semacam.. Azab sangat! Maybe gara2 termakan ulam selo - berangin.

Saya makan belut tak banyak. Itupun suami yang bagi yang dah dibuang tulang.. Tapi alhamdulillah dapat try menu eksotik kegemaran suami. Mak mentua & isteri Pak Ya pun terkejut sebab mereka tak makan. Tapi niat saya memang nak dapat khasiat je.. Tak lebih dari tu..

Nor (adik ipar) sempat share, "Janganlah makan sup belut sebab memang tak terlalu pun nak telan. Kalau goreng tu pun dah ok atau masak paprik". Huhu.. Saya tak bayang lagi nak telan sup tu..Takut!!!

Petang tu pula pergi beraya ke rumah saudara yang lain termasuk ke rumah pekerja yang paling dipercayai oleh Abah, Pok Se di Kg. Bunohan.

Pok Se awal-awal lagi dah tempah air nira untuk sambut kedatangan kami sekeluarga. Kat Kelantan ni orang panggil air tuak. Rupanya suami pun gemar minum air tuak. Aduhai.. Macam2 benda pelik yang saya tak fikir suami suka..

[Google juga..tapi yang saya minum tu kaler dia warna cam coklat sikit..Nira dari kelapa]
Bila Pok Se kata orang mengandung boleh minum, saya try juga sebab suami yang minta cuba.. Rasanya manis tapi macam ada kelat2.. Tak tau nak explain cam ne..

Suami ada tanya, "Rasa pening tak?"

Saya jawab, "Tak"

"Ada sesetangah rasa pening sebab baru minum.."

Untuk hari itu, 2 gelas saya minum air tuak tu.. Rupanya minuman ni cukup digemari bila time puasa. Yang masam tu tak boleh minum, HARAM! Macam kat Sarawak tu, memang tak boleh minum tau..

INFO BELUT

Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. Sungguhpun ramai yang tidak "sudi" makan belut, tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat.

Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi. Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. Dalam perubatan tradisional, belut dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit.
Bagi pengidap buah pinggang, belut dimakan hidup-hidup ataupun dipanggang terlebih dulu. Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah caranya, limpa belut salai, kemudian dibakar hangus akan dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia. Selain itu amalan meminumnya reneh sup belut dikatakan mampu mengubati penyakit lelah. Sup belut juga mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan mengatasi masalah lemah tenaga batin. Pesakit yang baru selepas pembedahan bagi menyembuhkan luka dan kesan pembedahan dengan lebih cepat.
Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis. [Kredit]
INFO AIR NIRA

Air nira atau tuak boleh didapati dari pokok kelapa, pokok nipah, pokok kabung dan beberapa pokok lagi dari spesis yang seangkatan dengannya. Dipercayai mampu menyejukkan badan, mencuci buah pinggang, membantu menstabilkan darah serta membantu meredakan penyakit keputihan bagi golongan hawa bagi masyarakat Melayu dahulu. [Pelbagai]

1 comment:

dya nasir said...

dya pernah minum air nira.sedaplah..hihi..dya first time rasa terus minta lagi..haha