Tuesday, July 31, 2012

TIPS UNTUK KUSYUK BERDOA

[ Click pada gambar untuk lebih besar..] 
~ Thanks pada saudari Fatin yang telah melakukan kebaikan dengan berkongsi hasil karyanya. Lama dah saya tak buat doodle saya sendiri...

Monday, July 30, 2012

KISAH ROTI JALA & SERAWA DURIAN

Assalamualaikum w.b.t.

[ Google dari sini ]
Sudah 10 hari seluruh umat Islam menjalani ibadah puasa, saya dan baby masih juga tabah menjalani ibadah puasa. Syukur, alhamdulillah..

Terlebih dahulu saya memohon maaf sebab nak cerita tentang bab makanan seperti tajuk di atas. Nak jadi cerita, saya jadi teringin atau mengidam nak makan roti jala cecah serawa durian bila MIL ada sebut nak buat menu tersebut ketika Opah datang di rumah akhir bulan Jun lepas. Kebetulan saya dan suami tidur di rumah parents sebelah suami waktu kejadian.

Masa kat office saya dah rasa semangat sebab teringat roti jala & serawa durian walaupun saya tak mention pada MIL yang saya nak makan. Ingat dapat merasa bila balik rumah MIL sebab MIL dah sebut. Rasa happy pun ada..

Tapi bila sampai je rumah MIL, tak ada menu tu dan saya pun tak tanya MIL takut lain jadinya. Cuma saya ngadu pada suami dan dengan bersemangat saya cerita kat Ummi tercinta sendiri.

Ummi sendiri tak sama dengan MIL nak minta macam-macam sebab saya masih segan lagi. Ummi kata, "Suruh Z cari durian, nanti Ummi tempah roti jala kat kawan Ummi."

Saya tahu Ummi agak sibuk dengan urusan kerja dan ada urusan di Kedah. Takut Ummi tak sempat je nak buat. Abah pun ada kata, "Kakak mengidam ye..??"

Namun saya tetap tak dapat sebab durian yang dibeli tak elok dan rosak.. Tapi saya tak lah bising cuma kecewa sedikit je.. Kira pendam sorang je dalam hati...

Bila bulan puasa ni, saya cari juga di bazar Ramadhan yang dikunjungi tapi tak ada.. Yang ada roti jala dengan kuah kari.. Saya tak mahu sebab dah biasa sangat makan..

Suami ada kata, "Tak payah la nak serawa durian.. Cuba ambil lain.. Sama je pun..". Saya diam je tapi agak sedih.. Eee, tak faham kot dia ni, bisik saya dalam hati...

Jumaat baru ni, try cari kat Bazar Bukit Antarabangsa. Tanya kat penjual kuih mueh yang ada, tapi tiada jawapan yang mengembirakan.

Cuma sorang makcik tu perasan, " Mengandung ke?"

Saya angguk sambil senyum.

"Datang la esok (Sabtu) 28 Julai, serawa durian ada.."

Suami balas, "Nak balik kampung dah.."

Rezeki tak ada lagi... Saya call Ummi (saya masih manja lagi dengan Ummi walaupun dah kahwin, i don't care ^^) sebab nak sangat makan serawa jika ada kat Jenjarom.

Tup2 Ummi dengan nada ceria dan ejek membalas, "Hahaha...Ummi dah makan dan tadi time berbuka menu yang akak idam tu.. Ummi makan dengan Andak."

Woha...lagi saya nak balik dan nak sangat2 makan roti jalan cecah serawa durian.. Saya rasa bersemangat tiba2. Korang bayangkanlah kalau dah ngidam cam mana rupanya.. Lama kot tunggu..

Tapi, bila pergi je bazar kat Kanchong Darat yang Ummi sebut tu, impian ku musnah sebab ada gerai yang ditutup... Tak kesampaian nampaknya.. Ummi ada pesan, cari durian kalau serawa tak ada, boleh Ummi buatkan tapi sebiji durian pun tak ada yang nak dibeli.. -_-

Semalam, 29 Julai, syukur pada Allah, akhirnya dapat juga apa yang saya idamkan tu bila suami dapat cari setelah mencari di beberapa buah tempat, di Jenjarom juga yang ada.

Suami kata, "Roti jalanya banyak tapi serawa duriannya sikit je, boleh ke?

Saya balas, "Tak apa, asalkan ada dan boleh merasa..."

Acik dan sengih2 waktu berbuka tu, maybe pening dengan akak sulong dia.. Tapi Acik kata, "Acik sanggup cari jika isteri Acik nak.."

Rasanya saya sorang je yang makan dan suami saya hanya merasa saje.. Sedangkan Ummi, Abah, Andak & Acik tak makan...

Saya cakap kat baby sendirian, "Alhamdulillah dapat juga kita makan Roti Jala & Serawa Durian.. Baru lega kan??" =)

~ Mujur saya tak minta menu atau benda pelik2.. Cuma nak makan donut comel kat pasar malam area Batu Cave tak dapat lagi sebab suami kata jauh. Donut tu dijual dalam dua bentuk, 1 yang bentuk biasa dan satu lagi bulat2 kecil.. Gula tu disalut dengan kelapa parut yang di belender halus. Sedap!. Makan udang salut tepung yang rangup pun kena bahan dah... Sabar je.. Tapi saya suka udang salut tepung kat Pizza Hut... Tak boleh lupa..

Tuesday, July 24, 2012

Ganjaran Puasa Ramadhan

MashaAllaah... begitu banyaknya ganjaran yang kita peroleh dari Puasa Bulan Ramadan, InshaAllah. ♥

"Ya Allah, pertemukan kami dengan bulan Ramadan-Mu. Jadikan kami termasuk golongan orang-orang yang beruntung dan mendapatkan seluruh keutamaan Puasa Ramadan." Aamiin.


Sumber: Facebook

Monday, July 23, 2012

3 RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah sudah 3 hari kita menjalani ibadah puasa. Tapi saya tak mau sentuh isu nak buka menu apa ke..bukan..cuma nak kongsi rasa gembira saya pada Allah..

Sabtu malam Ahad iaitu selepas tarawikh kedua, saya berehat di bilik di rumah MIL. Dalam pukul 11 lebih tak silap selepas merajuk dengan suami (bukan isu besar sangat pun cuma bila MIL ada tunjukan pada saya perempuan yang pernah suka suami sebelum kahwin dulu..tup2, saya cerita dengan suami dan suami mengadu pada MIL yang saya merajuk..sebab saya nak masuk tidur awal..huhu).

Pada waktu tu sebenarnya, saya dah terasa ada gerakan dalam perut.. Tapi saya biarkan saje, letih agaknya.. Usia kandungan saya sebenarnya dah menginjak 20 minggu (5 bulan). Jadi berat badan tu dah bertambah dan membuatkan saya sedikit lelah..

Tapi gerakan tu berterusan lagi.. Saya cuba usap perut dan subhanallah... Ya Allah.. Saya betul2 dalam keadaan terkejut bila bayi saya menendang dengan agak kuat.. Tapi tak pula saya kira jumlahnya berapa kali.. Sebelum ni ada juga terasa gerakan tapi mungkin bayi berpusing sahaja tapi kali ini sangat berlainan..Nikmat Allah..

Saya maklumkan pada suami dan suami cuba usap perut saya tapi maybe bayi kami ni masih malu2 lagi dengan abahnya kot.. Hehe.. Abahnya tak merasa tendangan bayi kami..

Malam ketiga tarawikh pun begitu tapi agak awal sedikit tendangannya.. Dalam 10 malam lebih..Ada la lebih dari 7 kali tendangan yang saya sempat kira.."Baby Ummi seronok ye dalam perut?" monolog saya dalam hati..

Hari ni pun , alhamdulillah lepas ngaji tadi dan saya baru nak mula buat latihan minda, baby buat lagi senaman dalam perut saya..Syukur alhamdulillah... Saya mula rasa bagaimana perasaan Ummi saya sewaktu mengandungkan saya 27 tahun lalu..

Sempat saya berborak dengan Ummi dalam telefon sabtu lalu mengadu kaki sakit tapi Ummi balas dalam nada bergurau,

"Kakak baik ko tanya Ina (Kak Lang), dia kan nurse, Ummi dah lupa macam mana Ummi mengandungkan korang semua.. Ummi pun tak dapat nak bayangkan balik bagaimana Ummi besarkan korang 10 beradik.."

Masa tu saya dah gelak gila2.. sebab Ummi marah saya ganggu Ummi nak berehat.. Kata Ummi kesian Ummi tak ada 'servant' yang nak tolong.. Ummi kena dera.. Haila.. Ummi2.. Kalau nak tahu, Ummi saya ni makin dah berusia. makin kuat lawaknya.. Dah tu suka merajuk ala2 comel gitu..hehehe..

Ngadu kat MIL pun, dapat ayat yang sama.. "Mak dah lupa macam mana mak ngandungkan Najiha (SIL) dulu"..

Adoyai...memang begitu ke? Tapi saya rasa kedua insan tercinta ni, Ummi & MIL saje nak biar saya rasa apa yang mereka rasa dulu.. Namun kehidupan dulu penuh dengan ranjaunya..Tak macam sekarang.. Alhamdulillah, kehidupan saya lebih senang berbanding dengan keadaan Ummi & MIL dulu..

Ok..itu saje.. Jom solat Asar.. Tak lupa juga, selamat berbuka ye kawan-kawan..

Friday, July 20, 2012

RAMADHAN DATANG LAGI

Assalamualaikum .w.b.t.

Alhamdulillah sekali lagi saya dapat merasai nikmat Allah pada jumaat yang mulia ini dan insyaAllah buat pertama kalinya, saya dapat menjalani ibadah puasa dalam suasana yang baru. Harap tercapai niat saya untuk berpuasa penuh. Amin.

InsyaAllah, malam ni saya dan suami bermalam di rumah keluarga suami untuk sama-sama meraikan sahur yang pertama juga berbuka puasa yang pertama bersama-sama pada esok hari. Rasa sedih pula sebab tidak bersama dengan Ummi dan Abah saya sendiri. ^^.

Sebenarnya, saya rasa rindu dengan masa lalu yang sudah menjadi kenangan. Teringat saat belajar bersama kawan-kawan sambil menelaah ilmu dan bertikam lidah dalam pelbagai perkara.

Baru-baru ni, sahabat karib saya, Fiza meluahkan perasaan tension kerana stress bekerja. Terselit gosip-gosip antara kami berdua. Hehehe.. Lama tidak berhubung, banyak cerita yang terkeluar. Itu juga yang menyebabkan imbauan zaman belajar terlayar di minda.

Kerap saya tumpang tidur di bilik Fiza ketika itu apatah lagi ketika di semester terakhir pengajian, memandangkan kami berlainan blok. Kami di gelar 'VETERAN' oleh adik2 bilik Fiza.

Ain pernah kata,

"Kalau Kak Ada balik atau tak datang di bilik kami, Kak Fiza mesti monyok duduk menyendiri sorang2. Layan perasaan veteran dia."

Lucu ingat balik... Rindunyalah...

Bila time berbuka puasa pula, melantak macam-macam kami bersama disamping kerenah adik room mate saya yang pertama kali berpuasa jauh dari keluarga. Ada juga yang kami sempat masak sendiri. Syahdu je rasa.. Semuanya dikongsi bersama.

[ Doodle dari Wan ]
Pada kesempatan yang lain, saya ajak Fiza dan kawan-kawan yang lain iftor di masjid dan solat tarawikh bersama. Suka benar saya dengar alunan kalimah dari pelajar tahfiz atau pun Ustaz. Halwa telinga yang sangat2 mendamaikan.

Jika ada masa lepas sahur tu, saya paksa gak si Fiza temankan saya solat subuh di Masjid Al-Azhar. Saje nak merasa subuh secara berjemaah di masjid KUIS dan biar Fiza rasa udara pagi yang sangat fresh. Sebab Fiza ni tak gemar nak beriadah pagi2.

Namun, hakikatnya memori manis itu tetap terpahat dalam ingatan.. Itu yang tiba2 syahdu bila nak puasa ni..

Maghrib semalam, suami saya berhenti solat di masjid Taman Melawati. Cantik juga masjid tu. Tapi yang nak dijadikan cerita, en. suami bagi cadangan agar kami berbuka puasa di masjid setiap hari.

Nak tau fasal apa, sebabnya, masjid tu dapat bantuan dari orang2 kaya bersempena bulan puasa yang bakal tiba ni.. Astaghfirullah niat tak baik. Hahaha.. Saya dah agak pada mulanya.. Maklumlah, kami ni baru kahwin. Duit banyak dah habis. Apatah lagi, bakal mendapat cahaya mata tidak lama lagi. Suami nak jimat duit lah tu..

Tapi sempat saya kata pada suami, "Boleh je nak buka di masjid tapi kenalah kita menderma juga tak pun bawa makanan untuk dikongsi bersama-sama jemaah lain."  =)

Ok, itu je nak share.. Tapi sebelum tu, saya mohon maaf sekali lagi atas segala kesalahan saya pada sahabat-sahabat yang sudi datang di blog ini.

SELAMAT BERPUASA

Thursday, July 19, 2012

CHANGE


~ Syaaban bakal melabuh tirai dan Ramadhan bakal menyusul..Moga kita mampu berubah menjadi insan yang lebih baik bersempena dengan kedatangan bulan yang penuh berkat ini. Maafkan salah silap saya ye kawan-kawan..

Wednesday, July 18, 2012

Rumahtangga: Kenali Musibah Terbesar

*** Peringatan untuk diriku sebelum tersasar jauh dari AnugerahMu...

[ Gambar Hiasan. Suka sangat tengok mereka berdua. Tak kisah lah gosip yang melanda. Moga bahagia ke Syurga]

Kita menangis kepenatan. Penat rupanya alam rumahtangga ni - ke sana ke mari menjaga kebajikan suami dan anak. Bekerja di luar penat. Bekerja di rumah juga penat.

Kita menangis berjauhan. Setelah halal dalam pernikahan, berjauhan pula. Kerana tuntutan kerja. Atau belajar.

Kita menangis tidak cukup wang. Terpaksa berhutang. Tidak mampu bergembira macam pasangan lain. Makan minum malah bercatu. Terpaksa duduk rumah saja tidak cukup duit untuk petrol.

Kita menangis kerana ujian mertua dan ipar duai yang menarik banyak privasi rumahtangga. Kita menangis tersepit antara keluarga sendiri dan keluarga pasangan.

Kita menangis kerana pasangan atau anak-anak diuji sakit kronik yang menuntut seribu satu pengorbanan.
Antara banyak-banyak ujian ini, jangan lupa berhati-hati dengan ujian keimanan.

Musibah terbesar sebuah perkahwinan adalah apabila pasangan semakin jauh dari hubungan dengan tuhan. Solat diabaikan. Akhlak dengan Allah tidak dititikberatkan.

Musibah terbesar sebuah perkahwinan adalah apabila islam hanya pada nama dan kad pengenalan. Bukan pada rutin dan tujuan hidup seharian. Sedangkan islam is a way of life.

Musibah terbesar sebuah perkahwinanan adalah apabila amalan-amalan syirik dan khurafat menjadi pilihan. Percaya pada tangkal untuk memujuk anak menangis, atau ramuan bomoh menundukkan suami.

Musibah terbesar sebuah perkahwinan adalah apabila pasangan tahu akan kewajipan menuruti Sunnah dan Quran, tapi terus selesa dalam kejahilan dan kelalaian. Solat dilalaikan, pergaulan tanpa batasan, tiada peruntukan masa dan kewangan untuk mencari ilmu agama, aurat didedahkan besar-besaran, tidak amanah dalam pekerjaan.

Musibah terbesar sebuah perkahwinan ialah apabila suami isteri fokus membeli rumah besar dan kereta besar namun rumah itu seperti kuburan kerana jauh dari tilawah dan tadabbur Al Quran.

Bila rumahtangga diberi ujian kesenangan, adakah rasa bersyukur? Adakah kesenangan menambah ketaatan?

Bila seorang isteri dan ibu kurang ilmu kurang iman, nescaya akan mencipta musibah yang besar untuk generasi mendatang. Menyiapkan pakaian dan makan minum anak-anak, mengambil menghantar anak ke alam persekolahan. Apakah pemberian kita untuk menyiapkan jiwa anak itu melalui kehidupan dengan bertuhan? Anak-anak amat bijak mengukur kehebatan dirinya dengan peperiksaan, adakah mereka tahu mengukur nilai diri menurut Al Quran?

Musibah besar jika anak-anak kita tidak tahu hubungannya dengan tuhan, tidak tahu apakah ertinya hakikat kehidupan. Solat ditinggalkan, ibu bapa dibiarkan.

Ada suami dan anak-anak yang baik, adakah makin kenal dan cinta pada Allah? Atau sekadar kenal kemahuan suami dan anak-anak? Atau sekadar mengingati tanggungjawab kepada suami dan anak tanpa mengetahui tanggungjawab sebagai hamba Allah.

Sesungguhnya islam bukan sekadar adat kebiasaan. AL-Quran bukan sekadar menjadi pelengkap dulang hantaran. Bukan sekadar tersimpan tinggi di almari perhiasan.

Ayuh selamatkan diri dari musibah. Jalinkan hubungan dengan tuhan yang semakin ditinggalkan. Bina keutuhan diri dan famili dengan Al-Quran dan As Sunnah. Kenalkan diri kepada petunjuk Allah dan Rasul yang membawa kebahagiaan.

Sumber: Iluvislam.com

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah



Dari Abi Hurairah radiyAllaahu 'anhu: Rasulullah sallAllaahu 'alayhi wa sallm bersabda: Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah Ta'ala pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya:

Imam yang adil, pemuda yang tumbuh dalam beribadah kepada Allah, seorang lelaki yang hatinya selalu terpaut dengan mesjid, dua orang manusia yang saling mencintai karena Allah dan berpisah karena Allah, seorang lelaki yang dipanggil untuk berbuat mesum oleh seorang wanita yang memiliki kekuasaan dan kecantikan dan dia berkata saya takut kepada Allah, dan seseorang yang bershedekah dengan sebuah sedekah kemudian dia merahasiakannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah dishedekahkan oleh tangan kanannya."

[HR. Bukhari: no: 1432 dan Muslim no: 1031]

Tuesday, July 17, 2012

Fazley juara MasterChef Selebriti

Mula belajar masak ketika isteri dalam pantang

SIAPA sangka daripada tidak pandai menanak nasi, penyanyi dan pakar motivasi, Dr Fazley Yaacob, 33, muncul juara MasterChef Selebriti. Dia menewaskan 15 lagi selebriti lain, setelah memberikan persembahan konsisten sepanjang 13 minggu program itu berlangsung. Wang kemenangan sebanyak RM57,500 pula bakal disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia yang diwakilinya. Kata Fazley, badan yang diwakili amat bertepatan memandangkan beberapa ahli keluarganya seperti nenek di sebelah bapa antara penghidapnya."

Sejak program itu juga, saya kini terpaksa buat dua kerja. Kalau sebelum ini saya dipanggil untuk memberi ceramah motivasi, tetapi kini penganjur akan selitkan juga demo masakan” Fazley Yaacob, Juara MasterChef Selebriti.

Mengimbau kembali penyertaannya beberapa bulan lalu, ujar Fazley, pada mulanya dia ragu-ragu untuk menyahut cabaran itu. Apatah lagi pada awalnya, Astro sekadar memaklumkan mereka mahu dirinya menghulurkan khidmat sebagai pakar motivasi. Hakikatnya, namanya dicalonkan sebagai peserta.

Niat murni

Berpuluh kali mempertimbangkan tawaran itu, akhirnya dia bersetuju kerana niat murni program itu untuk membantu pihak memerlukan.

“Saya mula belajar masak sewaktu isteri melahirkan anak pertama kami, Ahmad Fariedz, tiga tahun lalu. Sehinggalah kepada anak kedua dan ketiga, memang saya akan masakan apa saja makanan yang dipinta isteri (Azrene Soraya).

“Biasanya, saya hanya memasak sepenuhnya dalam tempoh dua minggu pertama selepas kelahiran. Jadi jika hendak dikira, dari anak pertama hingga ketiga, saya hanya benar-benar memasak dalam enam minggu saja.

Percubaan menjadi

“Sebelum ini saya rasakan tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana isteri dan ibu suka memasak. Ketika menuntut di New Zealand saya hanya masak mi segera. Hendak masak nasi pun saya terpaksa telefon ibu untuk bertanyakan caranya.

“Waktu isteri dalam pantang barulah saya cuba memasak, itu pun sekadar main campak-campak saja. Saya tidak pernah merujuk mana-mana buku ataupun resipi di internet. Malah saya tidak sangka percubaan demi percubaan saban minggu dalam MasterChef menjadi. Saya memang tidak menjangka akan muncul juara kerana saingan sengit yang diterima, terutama daripada Soo Wincci, Angah Raja Lawak dan Juliza Adlizan,” katanya.

Peminat bertambah

Sejak menyertai program itu juga, ruang lingkup peminatnya juga semakin berkembang. Jika keluar ke mana-mana, pasti ada peminat berbilang bangsa yang akan menegur. Andai sebelum ini kebanyakannya bertanyakan perkara berkaitan motivasi, tetapi kali ini dia ditanya mengenai tip masakan.

“Pernah saya ditegur seorang wanita India yang ingin tahu bagaimana cara memasak maruku dengan betul. Saya terpaksa terangkan kepadanya yang saya bukanlah pakar sangat mengenai masakan.

“Sejak program itu juga, saya kini terpaksa buat dua kerja. Kalau sebelum ini saya dipanggil untuk memberi ceramah motivasi, tetapi kini penganjur akan selitkan juga demo masakan,” kata Fazley.

Turut bertarung dalam MasterChef Selebriti ialah Farouk Hussein, Jehan Miskin, Salamiah Hassan, Thanuja, Serina Redzuawan, Siti Sarah, Azwan Ali, Tomok, Raja Azmi, Karl Shafeq, Dr Faiz, dan Louisa Chong.


Info:
Fazley - RM57,500 (Untuk Yayasan Jantung Malaysia)
Angah - RM7,500 (Untuk Pertubuhan Kebajikan Orang-Orang Kerdil)

Sumber: Berita Harian

** Saya teruja bila tengok Master Chef sebab pelbagai karenah dapat dilihat dan menu2 yang dihidangkan.. Dulu tengok dekat saluran 703 astro tapi sekarang jika ada masa tengok yang keluaran Malaysia punya. Pernah juga minta kakak ipar turut serta untuk pencarian Master Chef  musim kedua tapi dia menolak pula =)

** Orang laki ni kreatif sebagai contoh suami saya, ada je dia nak tambah dalam masakan cuma kadang tidak kena ditekak saya walaupun sedap. Hehehe.. Tapi tak syok bila dapur tidak dikemas sempurna...

Tuesday, July 3, 2012

Bayi Ketika di Bacakan Al Quran.mp4



Saya rasa teruja dan kagum dengan nikmat yang Allah beri buat kaum wanita. Alhamdulillah. InsyaAllah saya cuba istiqomah untuk mengaji semua surah sehingga khatam dalam tempoh mengandung ni...Terharu sangat2..