Saya memang stress tapi saya akan kongsikan info yang berguna ini. Di petik dari blog famous Sara Kids.
Terus terang, inilah antara mitos2 yang menjadi penghalang
kepada permulaan penyusuan.
Lebih senang kita mempercayai mitos yang diulang beribu kali
dari zaman dahulu berbanding dari fakta yang tidak diketahui langsung, betul
tak.
Ini kerana mitos ini telah menduduki hati nenek moyang kita
hinggalah diturunkan pada kita.
Terpanggil nak berkongsi dgn anda semua sejak pulang dari
seminar penyusuan oleh Pensyarah Kanan, Jabatan O&G PPUM, Dr. Rahmah yang
bertajuk ” Do doctors/health staffs know everything about breastfeeding?”
Beliau adalah seorang doktor, dan beliau juga mengakui tidak
semua doktor tahu dan menyokong penyusuan susu ibu.
Graf ini di adaptasi dari respon dari paedatician (pakar
kanak-kanak) dan obstetrician (pakar sakit puan) untuk keperluan nutrisi
neonatal – kajian oleh Mizuno (International Breastfeeding Journal 2006 1:12)
Boleh nampak pandangan pakar sakit puan dan pakar
kanak-kanak mengikut praktis mereka pada keadaan yang berbeza.
Contoh 1: Breastmilk is good – Majoriti pakar kanak-kanak
mengakuinya manakala hanya 10% pakar sakit puan mengakuinya.
Jangan terkejut, jika beliau malah saya juga kata tidak
semua kakitangan kesihatan TAHU dan menyokong penyusuan susu ibu.
Mereka akan menjadi sangat suportif tentang penyusuan susu
ibu bila keadaan bayi dan ibu BAIK.
Namun pendapat mereka mungkin berubah bila ibu atau bayi
mempunyai masalah. Ini hakikatnya.
Contoh: “Ya, bagus. Breastmilk is the best for your baby.” –
kata Dr. A kepada seorang ibu yang tidak mengalami apa2 masalah menyusukan
anaknya.
DAN
“Oh, this is most to breastmilk jaundice – u should stop
breastfeeding for 48 hours and supplement your baby with formula. Then, after
48 hours u can continue breastfeed as usual. And normally bilirubin level will
go down to normal range.” – kata Dr. A pada ibu lain bila anaknya menghadapi
masalah – kuning.
Saya ambil contoh lain:
“Berat anak puan kurang dari carta. Puan harus tambah dengan
susu formula utk meningkatkan berat badannya.” – dari kakitangan kesihatan yang
tidak menyokong penyusuan susu ibu.
“Mari kita lihat dan evaluasi dulu keadaan dan aktiviti
penyusuan puan dan bayi supaya kita boleh meneruskan penyusuan.” - dari
konsultan atau kaunselor atau kakitangan kesihatan yang menyokong penyusuan
susu ibu.
Ini adalah sesuatu yang normal.
Sebagai contoh, Doktor – pada ibu2, doctor is always right.
Apa doctor cakap semuanya betul.
Namun harus diingat, tak semua doktor pakar dalam bidang
laktasi. Beliau adalah pakar dalam bidangnya, tetapi bukan laktasi. Jadi adalah
penting untuk kita merujuk kes2 penyusuan kepada doktor yang pro-breastfeeding.
Antara tanda untuk tahu bagaimana seorang kakitangan
kesihatan TIDAK menyokong penyusuan susu ibu:
*1) Dia memberikan anda contoh/sampel susu formula semasa
rawatan/pemeriksaan berkala ketika mengandung atau semasa discaj dari hospital
atau selepas anda melahirkan bayi.
Contoh:
“Puan, good luck on your breastfeeding, but this (formula
milk) is for you IN CASE u dont have much milk to feed your baby” – Oh, tidak.
Tidak perlu memberikan seorang ibu baru PILIHAN samada dia
boleh menyusukan atau tidak. Dia seharusnya menggalakkan ibu menyusui anaknya
pada awal kelahiran dan meneruskannya
bila bekerja dan lain2.
Ini boleh buat ibu yang tadi berniat mahu menyusukan mengubah
persepsi dari penyusuan susu ibu kepada alternatif yang lain.
* 2) Dia memberitahu anda bahawa menyusukan anak dgn susu
ibu dan menyusukan anak dengan susu formula adalah sama sahaja.
Baiklah. Memanglah anak susu formula juga boleh membesar dgn
bijak, boleh jadi lawyer, majistret, bukan ahli muzik, Hehe (dialog dalam filem
ibu mertuaku P.Ramlee). Mereka juga mempunyai IQ yang tinggi. (walaupun hakikat
sebenarnya bayi yang menyusui susu ibu mempunyai IQ yang lebih tinggi)
Tetapi, mereka kekurangan security dan EQ.
Apa itu IQ? – Intelligence Quotient – general intteligence.
Apa itu EQ? – Emotional Quotient atau emotional intelligence
– yang lebih mempengaruhi kejayaan dan peribadi anak-anak itu sendiri.
seperti orang yang bijak pandai genius segala – jika ada EQ-
dia boleh survive dalam hidup jika menggabungkan otak dan sifat survivor nya.
Atau, orang yang tidaklah genius mana, namun boleh survive
walaupun hanya dgn kerja memotong ayam di pasar sehingga lebih berjaya dari
yang bekerjaya besar.
Ini bezanya.
*3) Dia terkejut bila anda memberitahu anda masih menyusukan
anak anda yang berumur 1 tahun.
“wah, masih menyusukan anak? lamanya..banyak ye susu u”
- ini maknanya beliau sendiri tidak faham tentang penyusuan
susu ibu secara eksklusif, tentang kitaran supply dan demand, dan lain2 jadi ada baiknya dont ask him/her anything
about breastfeeding. hehe :-) simpan je soalan tu diam2 dan tanya pada yang
betul2 arif dalam bidang penyusuan.
*4) Dia memberitahu susu ibu sudah tiada nutrisi selepas
bayi berumur 6 bulan
Penyusuan adalah satu momen cinta yang indah antara 2 orang
(bayi dan ibu) walau apapun. Susu masih ada vitamin, protein dan lain2 khasiat
walaupun telah berkurangan, namun antibodi di dalamnya masih diperlukan untuk
melindungi bayi sepanjang tempoh bayi (infant) – jadi tiada salahnya bukan? :-)
*5) Dia memberitahu jangan biarkan bayi terlalu manja dan
tertidur di payudara anda ketika menyusukan.
oh, satu kebaikan bila menyusukan anak adalah bila kita ada
‘handy way’ nak handle anak yang mengantuk/penat utk tidur. Pengalaman saya,
saya betul2 tak tahu nak pujuk anak yang meragam dgn teruk (bila mood nya tak
baik) selain dari menyusukannya. Ia ibarat penyelesai masalah kerana anak akan
rasa tenang bila dapat ‘candu’ nya :-)
Salah satu KEINDAHAN menjadi ibubapa adalah bila melihat
anak yang selalu buat kita geram dgn keletah dan kecomelannya tertidur di
pangkuan kita. Jadi penyusuan adalah salah satu daripadanya :-)
Anak-anakku rasa selamat bila berada dipangkuan mami mereka.
Bau pertama mereka kenal sejak dari lahir :-)
*6) Dia memberitahu susu jenama X adalah baik.
“kalau puan masih tak ada susu tak mengapa, balik ni boleh
cuba susu ini, sebab susu ini agak bagus utk bayi yang baru lahir”
Ini bermakna, dia terlalu banyak
mendengar/berjumpa/dikunjungi oleh wakil syarikat susu formula dan terpengaruh.
Jika dia adalah seorang yang amat menyokong penyusuan susu
ibu, tiada jenama yang bagus – dia akan cuba yakinkan ibu tadi bahawa semua ibu
‘ada’ susu selepas melahirkan atau bantu ibu menyelesaikan masalah.
*7) Dia memberitahu tidak perlu menyusukan bayi seawal
kelahirannya.
“Nanti2 pun boleh ye puan. Puan rehat dulu”
Ada bayi yang lambat/tidak menunjukkan minat terhadap
payudara ibu kerana mungkin faktor ubat/sedatif yang diberi pada ibu, namun
ianya bukanlah alasan untuk menghalang bayi kecil ini untuk mendapat peluang
menyusu seawal yang mungkin selepas kelahiran.
*8) Dia memberitahu anda bahawa anak anda sakit, jadi anda
harus berhenti menyusu buat sementara waktu. atau anda sakit, berhenti
sementara waktu.
Pada bila2 masa bayi (6 bulan ke bawah) yang sakit harus
memakan sesuatu, ianya haruslah susu ibu nya sahaja makanan dan ubat yang
paling baik.
Susu ibu mengandungi antibodi khas untuk melawan penyakit
anak dan ianya mudah dihadamkan. Pemberhentian susu ibu buat sementara waktu,
akan melukakan perasaan ibu dan anaknya. Ibu boleh luahkan, anak? kasihan
mereka. Teruskan penyusuan!
~ Ni baru kakitangan hospital, belum yang terdekat lagi...huhu
2 comments:
huahh. betul2 . support breastmilk !
sygnyaa kakak sye da x boleh nk breastfeed anknyaa . huhu
Post a Comment