Monday, April 15, 2013

TIP TARIK ANAK MINAT BERSOLAT


Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.



Ibarat Batang Mancis

Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah :

1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada. 

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini. 

Hebat, kan... Jom praktiskan kat anak2 kita..

Ni pula doa untuk anak mudah solat.. Kita boleh amalkan..

DOA UNTUK ANK MUDAH SOLAT


[ Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku ] Surah Ibrahim: Ayat 40.
** Moga keluarga kita dalam perlindungan Allah. Ibu bapa pun kena rajin solat. Baru anak-anak akan ikut. Kita adalah role model mereka.

6 comments:

Rina Ellisa said...

thanks for sharing sis :D

||aLeaSaRa|| said...

alhamdulillah bgs entri ni,gmbr org lidi ni blh menarik mnt ank utk menjaga solat sbb tau jelah bdk2 kalau nk trgkan apa2 ilmu mesti ada kartun ^^

atuk said...

Assalamualaikum BM

bagus tu
terima kasih

Brilliant Marjan said...

rina >>

benda baik..harus dikongsi.lagipun berkaitan solat..

Brilliant Marjan said...

aleasara>>

setuju.ketika saya baca post ni pun, sy dh tertarik.insyaAllah mudah untuk didik ank2 agar tidak tinggalkan solat.lagi baik kita solat depan mereka atau solat bersama mereka.jika uzur pun, perlu solat (utk tunjuk betapa solat tu penting). Islam dah ajar pun..macam2 pendekatan boleh digunakan

Brilliant Marjan said...

wa'alaikumussalam.

^_^ sama2 atuk