Friday, November 29, 2013

Sandwich Bag Art

Assalamualaikum w.b.t.

Banyak nak cerita tapi tak tahu nak mula dari mana. Cuma hari ni, saya nak share hasil kreativiti seorang ayah sesudah menyiapkan sandwich untuk si anak tersayang. Ayah yang awesome ni lukis guna marker mata tajam tu je. Mesti happy anak dia bila time nak lunch. Saya yang tengok ni pun nak buat perkara yang sama untuk Akhtar dan adik2 nya bila dah masuk sekolah nanti ( berangan je ko nih. ^_^ ).

See.. What say you?
























Ini kata-kata ayah yang awesome, David;

“The sandwich bags are something that my boys and I share together. But the comments people leave about a parent doing something similar really touches me, because there are other parents that love their kids just as much. And they love them enough to leave a little note, a little whatever it may be… that’s just something that brightens their day when they get to their lunch.”
 p/s: Tetibe rasa nak lukis balik..Syoknya.. Now Akhtar pun dah pandai conteng sejak dia 10 bulan lagi. Memang Akhtar dah pandai pegang pensil dengan baik. Saya pun tak ajar. Tapi mungkin ketika mengandungkannya setahun lalu, saya rajin membaca dan mengira. So, dia gemar buku, kertas, pensil dan seumpama dengannya. Spend time dengan anak ni memang buat kita rasa muda bercampur geram. Ahaks...

Wednesday, November 20, 2013

Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013) - Pelajar Malaysia Yang Meninggal Di Turki

Assalamualaikum w.b.t.
Sejujurnya saya tidak tahu apa yang berlaku sehinggalah secara tidak sengaja saya terlihat video ini di wall facebook sahabat saya dan jujur, saya tersentuh dan syahdu.

Saya hanya mampu berdoa untuk melakukan segala kebaikan selagi hayat dikandung badan sesuai dengan status seorang hamba, isteri, ibu, anak, menantu, kakak dan sahabat. Untuk berjihad dan berkelana keluar dari zon selesa memerlukan keizinan dari seorang suami. Jika tidak diberi izin untuk pergi jauh, saya hanya buat yang termampu walaupun hati mengiginkan lebih.

Moga saya sekeluarga dan keturunan saya mampu dan mengikuti segala kebaikan perjalanan dan perjuangan Rasulullah, para sahabat dan Adik Ahmad Ammar untuk masyarakat Islam. InsyaAllah.

Al-Fatihah.

p/s: Memang nak bermusafir di bumi Ambia. Saya teringin nak bertalaqqi dengan Shaikh2 hebat. Nak belajar Al-Quran bersanad. Allah Maha Besar

Tuesday, November 12, 2013

"SAYA MAHU JADI TELEVISYEN"

Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya
 

'Kenapa menangis ni?'
 

'Lihatlah karangan budak ni..'
 

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.
 

Jadikan Saya Sebuah Televisyen
 

"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen.
 

Saya ingin mengambil kedudukan televisyen. Menikmati kehidupan sebagaimana peti telivisyen di rumah saya. Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa berada di sekeliling saya.
 

Saya akan diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti televisyen.
 

Ayah akan menemui saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.
 

Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.
 

Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti televisyen pada setiap masa."
 

Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata
 

'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'
 

Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.
 

'Abang, itu karangan anak kita!'
 

Jika diperhatikan sekarang ni.. suami & isteri masing2 dok sibuk belek dan focus handphone masing2..layan email..facebook.. whatsapp..wechat.. kadang2 anak2 dok tengok je dari jauh sambil main mainannya.. jangan pulak nanti anak2 kita pulak buat essei.. 'Jadikan saya sebuah Handphone'.. huhu

Sama2 la kita berikan perhatian pada insan2 disekeliling yang perlukan perhatian dan kasih sayang kita..


p/s: Masih luangkan masa dengan anak untuk bermain dengannya walaupun ada kerja yang perlu dilakukan. Kerja boleh siap kemudian, tapi saat bergembira bersama dengan anak dan lihat perkembangannya pasti tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.