Monday, February 17, 2014

KEBAKARAN HUTAN DI SERING UKAY - 16/02/2014



AMPANG: Penduduk sekitar Sering Ukay dekat Ampang cemas selepas belukar seluas kira-kira empat hektar di Jalan SU 2B tiba-tiba terbakar, malam tadi.

Bagaimanapun kejadian sekitar jam 9 malam itu tidak membabitkan rumah berdekatan kerana pasukan bomba dan penyelamat sempat mengawal kebakaran.

Seorang penduduk, Hazri Hanafi, 32, berkata, ketika kejadian dia berada di luar rumah dan terlihat api menjulang tinggi di kawasan bukit yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya.

"Saya lihat api marak dengan begitu besar dan ketika itu sudah ada beberapa anggota bomba bersiap sedia untuk operasi memadam," katanya ketika di temui di lokasi kejadian malam tadi.

Menurutnya pada mulanya situasi agak mencemaskan kerana rumah paling dekat terletak hanya 50 meter dari lokasi kebakaran namun pihak bomba berjaya mengawal api dari merebak.

Timbalan Penolong Pengarah Bomba (Operasi) Selangor, Sani Harul berkata, kebakaran di tanah seluas empat hektar itu berjaya dikawal dengan kecekapan pihak bomba.

Katanya, seramai 20 pegawai serta anggota daripada tiga balai dikejarkan dalam operasi itu iaitu Balai Pandan, Balai Ampang dan Balai Wangsa Maju.

"Bomba tiba di lokasi pada jam 9.51 malam selepas menerima panggilan dan api berjaya dikawal.

"Tiada mangsa atau kehilangan nyawa berlaku," katanya.

Difahamkan kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh sejam.

Sumber: Harian Metro

P/S: Suami saya juga turut melihat kejadian ini ketika mencari makanan untuk tekaknya yang mengidam nak makan colek (sempat saya cakap kepadanya, "Kita bukan di Kelantan, Kanda."

Kejadian kebakaran ni tak jauh dari kediaman rumah kami. Cuma Sering Ukay ni bawah sikit..

No comments: