Thursday, April 9, 2009

CINTA INI (LENTERA TIMUR)

BETAPA ENGKAU MENYINTAI
AGUNGKAN AKU BAGAI SEORANG PUTERI
SELALU KAU PUJA DIRIKU INI
MELAYANG AKU TAK MEMIJAK BUMI

NAMUN TERKADANG KU RASAKAN
APAKAH SIKAPMU TAK BERLEBIHAN
AKU WANITA TAK SEMPURNA
BUKAN SEKILAUNYA BATU PERMATA

MARILAH BERSAMA JALANI CINTA KITA APA ADANYA
SALING MENGERTI DAN SUDI MENERIMA
KITA MANUSIA BIASA
MARILAH MENJAGA KESUCIAN CINTA RAHMAT YANG KUASA
SALING BERPADU HATI UNTUK BERDUA
DALAM DAKAPAN MESRA

NIKMATI SUKA BERBAGI DUKA
SEIRING DENGANMU AKU BAHAGIA
GENGGAM JEMARI DAN BERJANJI
SETIA SELAMANYA SAMPAI AKHIR NANTI

* Dato' Siti Nurhaliza

Wednesday, April 8, 2009

Migraine Headache

Up to 90% of the general population reported experiencing headaches at some point in their lives. At any given point in time, up to 10% of the general population seeks medical treatment for the relief of migraine, headache, migraine headache of disabling headaches, and over 40% of North Americans have experienced severe headaches at some point in their lives. Headache is a complex phenomenon, the pathophysiology of which is migraine.

Migraine sometimes has dramatic features of transient neurologic deficits, blinding headaches, nausea, and vomiting. Migraine is much more common in women than men, runs in families, and is usually a disorder of young, primarily healthy women. Out of the several categories of migraine headaches, two are particularly worth mentioning. Migraine with aura and migraine without Migraine without aura is far more "common" than migraine with aura. Aura are usually visual, but may Auras should typically last from 5 to 60 minutes in most patients and represent progressive neurologic deficit with subsequent complete recovery. They usually precede the actual headache attack. Migraine headaches commonly begin early in the morning but may occur at any time of the day or night.

Nocturnal headaches, awakening the patient from sleep, characteristically occur in cluster headaches but have also been reported with migraine. However, in a patient with the recent onset of nocturnal headaches, brain tumor and glaucoma should be excluded by thorough neurologic and ophthalmologic evaluation and with appropriate imaging studies. During severe attacks, headache is lateralized in 60-70% of the patients followed by bi-frontal or global headache in up to 30%; occasionally other locations, including bi-occipital headaches are described. Pain is usually associated with nausea, photophobia, phonophobia, and occasional vomiting. Headache is usually gradual in onset and follows a crescendo pattern which persists typically for 4 to 72 hours, with gradual but complete resolution. The headache is usually dull, deep and steady when mild to moderate and becomes throbbing or pulsatile when severe. Migraine headaches are worsened by rapid head motion, sneezing, straining, constant motion or physical exertion thereby leading many migraine sufferers to lie down in a dark, quiet room. Some migraine sufferers can abort their headaches.

Phenomenon of prodrome should be separated from the aura. Prodromes can last from hours to days, and are usually associated with changes in mood, appetite, and fluid retention. Although autonomic features characteristically occur in cluster headaches, they can also occur in 10-20% of migraine patients. These symptoms may include nasal stuffiness, rhinorrhea, tearing, skin color and temperature change.

* I hate medicine...wawawawa...help me 3x!!...mcm2 ubt kne telan..

Love according to STERNBERG

Cinta menurut Sternberg
Sebagai renungan bersama. Sangat baik difikirkan untuk mereka yang tengah di zon Relationship atau di zon friendship yang akan menuju ke arah Relationship.



Relationship - Hubungan istimewa , Friendship - Persahabatan
Terdapat 3 jenis atau komponen yang membawa dan menyusun kata Cinta:





1. Intimacy (Keintiman/Berasa dekat)
2. Passion (hasrat/nafsu/gairah)
3. Commitment (kesetiaan/kesungguhan)





Dari sini muncullah beberapa jenis cinta:




A. Liking/friendship
= Hanya ada Intimacy sahaja.


B. Infatuated love
= Hanya ada Passion sahaja.


C. Empty love
= Hanya ada Commitment sahaja.


D. Romantic love
= Ada Intimacy dan Passion sahaja.


E. Companionate love
= Ada Intimacy dan Commitment sahaja.


F. Fatuous love
= Ada Passion dan Commitment sahaja.


G. Consummate love
= Ada Intimacy dan Passion dan juga Commitment.
Apabila seorang jejaka atau pemuda mulai menyukai seorang wanita atau wanita mulai menyukai seorang jejaka, perlu difikirkan dan diteliti, apakah kerana alasan-alasan di bawah ini:
- Kerana ada intimacy?
Tandanya seperti senang atau mudah diajak berbual/berinteraksi, dapat saling membina, likes to spend time together, berasa selesa ketika berinteraksi.
- Kerana ada passion?
Lebih ke arah fizikal yang menarik( saling tertarik), seperti apakah si dia ni cantik/tampan, atau sorot matanya yang menawan dan mengoda, suka melihat senyumannya, tubuhnya yang "wow".
- Kerana commitment?
Kerana terlanjur dijodohkan, merasa wajib mendampingi, wajib menjaga, wajib membuat si dia bahagia, kerana sudah berjanji maka harus ditepati.
Ops! Sekarang mari kita check hubungan kita dengan lawan jenis di zon cinta kita yang mempunyai potensi mengarah kepada relationship. Apakah hubungan anda mula menunjukkan gabungan antara dua aspek seperti diatas atau hanya satu aspek saja (relationships tak seimbang) atau sudah mengarah kepada ketiga aspek yang ada? (relationships yang sihat).
Contoh Situasi:
a. Ada jejaka/wanita yang menarik tetapi tidak selesa ketika diajak berbual
Ertinya, ada passion tetapi kurang intimacy.
b. Ada jejaka/wanita yang sangat selesa ketika melakukan aktiviti secara bersama, tetapi tidak merasakan adanya 'chemistry'
Ertinya, ada intimacy tetapi kurang passion.
Huhu...Mari refleksi diri kita dalam hubungan lawan jenis kita masing-masing...hmm
Perlu diingat, sebelum melangkah terlalu jauh, harus dijaga batas-batas antara friendship just for friendship atau friendship for the next relationships.(Persahabatan hanya sekadar berkawan / Persahabatan untuk ke arah hubungan yang lebih istimewa)



TQ: http://sogoh.blogspot.com/2008/12/love.html

* But the most important is love yang bersandarkan Allah & syara'...

Tuesday, April 7, 2009

Kalimah Cinta

Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta

Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta yang merajai jiwa
Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian
Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku

Minda dan Kecemerlangan

Menilai Kehebatan Otak Manusia
> Orang yang jarang berfikir, paling minimum mempunyai 10,000,000,000 sel otak

> Orang yang rajin berfikir mempunyai lebih kurang 1,000,000,000,00 sel otak.

> Setiap sel otak mempunyai kapasiti seperti satu komputer besar (main frame).

> Otak kita mampu menampung 300 kemahiran.

> Kebanyakan kita cuma menggunakan 5% dari otak kita.

Kita menggunakan minda kita setiap masa tetapi kebanyakkan kita tidak pernah belajar mengenai kaedah yang berkesan untuk menggunakan minda! Justeru itu tidak hairanlah kalau kebanyakkan kita cuma mengguankan 5% dari potensi minda kita.

Kita menggunakam minda kita berdasarkan beberapa undang-undang yang tertentu. Undang-undang minda yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

1. Pemikiran yang terbentuk dalam minda adalah bertenaga.

Setiap pemikiran kita adalah bertenaga. Misalnya, kita akan berasa cergas dan bertenaga jika kita tidak lansung memikirkan tentang penat. Sebaliknya kita akan berasa letih dan tidak bermaya jika kita berfikiran demikian. Oleh itu jangan memikirkan sesuatu yang boleh melemahkan diri kita sama ada dari segi fizikal atau mental. Elakkan dari memikirkan perkara yang boleh membentuk tenaga negatif yang melemahkan semangat dan usaha.

2. Minda adalah pusat penghantaran dan penerimaan pemikiran

Kita boleh menghantar sesuatu maklumat kepada orang lain melalui pemikiran. Misalnya kita boleh menasihati seseorang yang kita segani dengan berfikir atau meminta bantuan dengan cara sama. Apa yang perlu kita lakukan ialah membentuk keyakinan dan berlatih berkomunikasi menggunakan minda secara tahap demi tahap. Dengan latihan yang gigih dan berterusan, kita akan dapat menghantar atau menerima maklumat menggunakan minda kita.

3. Pemikiran yang beremosi mempunyai daya tarikan dan menarik segala pemikiran yang sealiran.

Jika kita membenci seseorang, maka pemikiran tersebut akan menarik kebencian dari orang tersebut. Natijahnya, orang yang kita benci akan membenci kita pula. Begitu juga sebaliknya, jika kita menyayangi seseorang dengan sepenuh perasaan yang ikhlas, orang yang disayangi akan menyayangi kita juga.

4. Kita boleh mengawal minda kita.

Kita berupaya melayan atau menolak sebarang pemikiran yang terbentuk dalam minda kita. Misalnya, kita boleh mengawal pemikiran kita sama ada ingin marah atau bersimpati dengan sesuatu keadaan. Dengan perkataan lain, tiada seorang pun dalam dunia ini yang boleh membuatkan kita marah jika kita mengambil keputusan untuk tidak marah. Jika kita marah, itu bermakna kita yang telah menagmbil keputusan untuk marah atau sekadar mengikut emosi tanpa berfikir.

5. Kita boleh menyelitkan sebarang pemikiran dalam minda kita.

Kita boleh menyayangi dam membenci seseorang secara serentak. Kita juga berkemampuan untuk memikirkan berbagai-bagai perkara yang tidak berkaitan pada sesuatu ketika.

6. Apa yang ada dalam minda mempunyai hubungan yang intim dengan alam persekitaran.

Pada hakikatnya, apa yang berlaku pada kita merupakan natijah kepada apa yang kita minta. Ini termasuklah perkara-perkara yang positif dan juga negatif. Setiap pemikiran yang terbentuk dalam minda akan mempengaruhi persekitaran kita.

7. Kekuatan minda datangnya dari doa dan sembahyang.

Doa dan solat akan membawa kepada ketenangan jiwa. Jiwa yang tenang akan menghasilkan minda yang kreatif, dinamik dan kental. Doa dan solat juga akan membentuk minda agar lebih fokus pada setiap apa yang dilakukan. Pemfokusan minda akan meransang tindakan yang bersungguh-sungguh dan membuahkan natijah yang cemerlang.

8. Santapan minda mempengaruhi kesihatan fizikal.

Pemikiran yang terbentuk dalam minda boleh menjadi sebab kepada penyakit atau menjadi sebab kepada kesembuhan penyakit. Pakar-pakar perubatan telah menyarankan bahawa pemikiran yang negatif (adrenalin yang berlebihan) yang akan melemahkan sistem pelalian badan. Ini akan menyebabkan badan mudah dihinggapi penyakit.

Pemikiran yang positif akan meransang badan mengeluarkan endorphins yang dapat membantu menguatkan sistem pelalian dan menenangkan perasaan. Kesannya badan menjadi sihat dan dapat menghalang serangan penyakit.

9. Santapan fizikal mempengaruhi kesihatan minda.

Apa yang kita makan boleh mempengaruhi keadaan minda kita. Sebagai contoh, makanan yang banyak mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan akan membantu pemikiran menjadi tenang dan mudah memberi tumpuan. Manakala makanan yang banyak mengandungi daging merah dan bahan-bahn pengawet akan menybabkan pemikiran mudah teransang, gelisah atau marah. Makanan yang mengandungi vitamin B Kompleks pula dapat membantu menguatkan daya ingatan. Memakan kacang, buah-buahan, kismis dan madu juga dapat membantu meningkatkan daya ingatan, manakala meminum minuman yang dicemari oleh semut boleh mengakibatkan kita jadi pelupa.

10. Hubungan sosial mempengaruhi orientasi minda.

Kawan-kawan dan alam persekitaran mempunyai pengaruh yang kuat terhadap orientasi minda seseorang individu, sebagai contoh, sesiapa yang berkawan dengan orang miskin akan mudah bersyukur dan redha dengan setiap ketentuan Allah s.w.t.

11. Pendedahan diri mempengaruhi prestasi minda.

Apa yang kita baca, tonton atau lihat boleh mempengaruhi prestasi minda kita. Misalnya membaca, menonton atau melhat perkara-perkara yang ditegah oleh agama boleh melemahkan otak seseorang.
* The more you learn, think and read, the more you have gain your knowledge for success..

Pernahkah anda terfikir..

> Sebab utama seseorang itu membenci anda kerana dia ingin menjadi seperti anda.
> Senyuman anda mampu membawa kebahagiaan kepada orang lain.
> Dengan senyuman anda juga dapat membuatkan anda gembira dengan hidup anda.
> Diri anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
> Jika anda telah melakukan satu kesilapan bermakna ada hikmah disebaliknya.
> Memberikan ucapan 'Terima Kasih' dan 'Maaf' terhadap sesuatu perkara.
> Diri anda seorang yang amat istimewa.
> Andai kata anda merasakan diri anda seolah dipinggirkan, fikirkan kembali mungkin anda sendiri yang meminggirkan mereka.
> Sekiranya anda mempunyai seorang sahabat yang baik, carilah peluang untuk anda menyatakan kepadanya selagi ada waktu.
> Sekurang-kurangnya anda mempunyai lima orang dalam dunia ini yang amat menyayangi anda.
> Jangan takut meluahkan perasaan anda kerana anda akan lebih berasa lega apabila seseorang mengetahui beban yang anda pikul.
> Apabila anda terfikir bahawa anda tidak berpeluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda inginkan, sebenarnya lambat laun anda akan memperolehi jika anda mempunyai keyakinan diri.
> Setiap malam ada seseorang yang akan mengingati anda sebelum anda tidur.
> Mengenang kembali segala pujian yang anda terima dan melupakan semua maki hamun, mahupun hinaan orang lain.
> Seseorang yang anda tidak kenali menyayangi anda.
> Memaafkan semua orang yang anda kenali sebelum tidur.
> Anda mampu mengubah dunia ini, bukan untuk orang lain tetapi untuk diri anda sendiri.
* CINTAILAH CINTA ALLAH (^_^)

Monday, April 6, 2009

Sesuatu yang perlu difikirkan...

Saya tak bape ingat dapat mane entri ni tapi amat menarik untuk dikongsi bersama korang sume..

Kita bukan bertemu dengan orang yang salah, tetapi kita hakikatnya diberikan oleh Allah ilmu berharga yang tidak semua orang boleh merasakannya. Oleh itu bersyukur dan selalu bersangka baik kepada Allah.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

* Sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmahnya yang mungkin tak kita sedari..tapi sabar je lah dulu..Apa2 pun kita serahkan rasa hati ini kepada Allah s.w.t saja n family kita.. Cuba renungkan ayat ini "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."(Surah: Al-Baqarah ayat 216)