Saturday, May 30, 2009

.:: $EL@M@T ::.






..gambar hiasan..

FIRMAN ALLAH S.W.T
"Dan dia antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatnya, bahawa ia diciptakanNya untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang, sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaranNya bagi mereka yang mahu berfikir." (Ar-Rum:21)




Ya Allah Ya Tuhan Kami
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku,
Terciptanya buatku, Dekatkanlah dia padaku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Simpulkanlah kemesraan di antara kami agar
kebahagiaan ini kekal abadi.
Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih.....
Seiringkanlah kami dalam melayari kehidupan
yang sejahtera sepertimana yang Engkau
kehendaki.

~Amin Ya Rabbal Alamin~


Dedikasi buat Kak Tini (kakak bulan *_*) & Cikgu Mohana
serta semua pengantin2 baru..



## SELAMAT BERCUTI SEKOLAH BUAT SEMUA PELAJAR2 & GURU2 ##


** CUTI-CUTI JANGAN LUPA BUKU PULA WAHAI ADIK2KU (uda, utih, soleh & dayah) **


^^ BERHATI-HATI DENGAN APA YANG ADA DISEKELILING ANDA ^^

Friday, May 29, 2009

.:: $uR@t C!nt@ KePaDa ALLAH ::.



Ya Allah..
Sudah lama aku teringin untuk menulis warkah cintaku kepadaMu..
Hanya Kau yang Maha Mengetahui hati ini..
Aku tidak tahu.. Adakah aku ditipu?
Aku memang telah tertipu dengan dunia yang fana ini..
Biarpun sebanyak mana hatiku menukil madah,
Tidak akan sesekali habis kalimahMu..
Tetap penuh biarpun ditambah gandaan segenap alam..
Aku keliru memilih panduan hidupku sendiri..
Mungkin suatu hari nanti Engkau akan menunjukkan sesuatu
yang lebih awla buatku ya Allah..


Oh, ya Allah..
Kenapa sejak akhir-akhir ini aku menjadi semakin buntu..
Fikiranku bercelaru.. aku rasa kehilangan identiti diriku sendiri..
Aku rasa kekosongan pada jiwaku..
Ya Allah, aku semakin tewas dengan dunia ini..
Aku tidak dapat membezakan yang manakah
yang fardhu dan manakah yang harus


Ya Allah, manusia tidak mampu memahami diriku..
Hanya Engkau sahaja..
Ya Allah, aku pasrah..
Tetapi aku tidak mahu tewas pada kelemahan diriku sendiri..
Aku memerlukan ilham daripadaMu..
hatiku butuhkan sesuatu ya Allah..
aku perlukan ketenangan yang tidak bisa kuperoleh melainkan
hanya dengan bersendirian bersamaMu..


Biar apa pun yang berlaku, aku masih memerlukan diriMu..
Aku sangat memerlukan Engkau ya Allah,
lebih daripada sebagai hamba..
Sebagai kekasih ya Allah..
Aku tidak mampu mengharunginya seorang diri ya Allah..
Aku sedar kelemahan, kekhilafan dan kesalahan
yang telah kulakukan selama ini..
Tapi, kenapa aku gagal menjauhinya ya Allah..

Biarpun sejuta manusia yang menawarkan diri untuk menolongku atau seumur hidup aku mengadu pada manusia,tiada yang akan dapat membantuku sehebat kuasaMu.Aku tidak mengerti akan diriku..Tenggelam punca dalam kesibukan dunia..Ah, dunia yang fana ini lagi!Sukarnya untukku lari daripada kenyataan..
Ya Allah aku sudah tenggelam punca..
Aku hilang arah tuju..
Namun aku akan tetap mencari cahaya itu..
Cahaya yang Kau janjikan buat hamba-hambaMu yang beriman..
Namun kudambakan lebih daripada itu..
Aku mahu menjadi seorang yang bertaqwa di sisiMu..
Aku mahu jadi seorang yang istimewa di sisiMu..
Meskipun aku tahu hakikat kehambaan ini..
Aku tidak akan berputus asa untuk mendapatkan cintaMu..
Kerana aku tahu sesungguhnya Engkau Maha Penyayang..
Dan setiap ibadahku pasti bermula dengan kalimahMu..
Wahai Rabb yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..
Aku dahagakan cintaMu ya Allah..


Aku sanggup merempuh segalanya demi Engkau
Tuhan yang Maha Esa..
Engkau bukan permata..
Bukan juga mutiara..
Tetapi Engkaulah yang Maha Pemilik segala..
Engkaulah yang memegang hati-hati ini..
Hati yang menangis di kala malam berlabuh..
Hati yang meronta kerana terlalu merinduiMu..
Hati yang tidak sanggup berjauhan denganMu walau sedetik..
Hati ini terasa keseorangan apabila keramaian..
Hati ini baru mengerti maksud Mahabbah kepadaMu..
Hati ini mahu setiap denyut nadinya hanyalah untukMu..
Setiap titis darah yang mengalir dalam pembuluhku
setia menyebut namaMu..
Berusaha untuk tidak mengingkari nikmat agung kurniaanMu..

Ya Allah aku mengharapkan cinta semulia Nabi Muhammad S.A.W,
Kasih yang tidak berbelah bahagi Al-Khalil Ibrahim,
Sifat pengasihani Siti Khadijah,
Rindu sesetia Rabiatul Adawiyah,
Sabar secekal Fatimah,
Yakin sesuci Asiah,
Iman seteguh Sumayyah,
Jiwa sekental Bilal bin Rabah..

Aku benar-benar telah jatuh cinta..
Aku cintakanMu ya Allah..
Janganlah Engkau padam api kecintaanku terhadapMu ya Allah..
Malah kupohon agar Engkau semarakkannya
dengan kasihMu dan nurMu..
Aku memerlukanMu pada setiap detik hidupku..
Aku sentiasa berkehendak kepada cintaMu,
rahmatMu dan petunjukMu..
InsyaAllah..
Amiin ya Allah…
Amiin ya Rahmaan…
Amiin ya Rahiim..
Amiin ya Rabbal ‘aalaamiin..

Inni uhibbuka ya Allah, ya Habibi..
##AMBIL AKU BILA TIBA WAKTU##

Thursday, May 28, 2009

~~DALAM SUJUD TERAKHIRKU~~


Dalam sujud terakhirku Ya Allah...

Kuteriakkan Asma-Mu

Agar runtuh dinding kesombongan

Dalam hatiku


Dalam sujud terakhirku Ya Rabbi...

Kumenangis sepuasnya

Biar kering mata ini

Namun basah ladang hati yang gersang

Huhuhuhuhu....


*

Dalam sujud terakhirku

Biarkan kupatah dalam cahayaMu

Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku

Agar ku kembali dalam pelukan hidayahMu


Dalam sujud terakhirku Ya Rahim...

Kupanjatkan syukur padaMu

Selangkah demi selangkah

Merasa anugerahMu


Dalam sujud terakhirku Ya Rahman...

Terbayang semua dosa

Yang membayangi diriku

Kelam mencengkram jiwaku yang lusuh

Huhuhuhuhu....


*

Dalam sujud terakhirku

Biarkan aku hirup nafasku sekali lagi

Untuk menyebut namaMu dan kekasihMu tercinta

Agar basah hati dan jiwaku mengingatiMu


Dalam sujud terakhirku Ya Allah...

Kuteriakkan Asma-Mu

Agar runtuh dinding kesombongan

Dalam hatiku


Dalam sujud terakhirku Ya Rabbi...

Kumenangis sepuasnya

Biar kering mata ini

Namun basah ladang hati yang gersang

Huhuhuhuhu....

Haa...
## Lirik: Puteh & Naz ##
## Melodi: Naz ##

~Q@LB!~*The Gift Of Knowing You*



There are gifts of many treasures
For both the young and old,
From the tiniest little trinkets
To great boxes filled with gold.

But, put them all together
And they could not stand in lieu,
Of the greatest gift of all
The gift of knowing you.

When your times are filled with troubles
Sadness, grief, or even doubt,
When all those things you planned on
Just aren't turning out.

Just turn and look behind you
From the place at which you stand,
And look for me through the shadows
And reach out for my hand.

I will lift from you your burden
And cry for you your tears,
Bear the pain of all your sorrows
Though it may be for a thousand years.

For in the end I would be happy
To have helped you start anew,
It's a small price to pay
For the gift of knowing you.

If I could catch a rainbow
I would do it just for you,
And share with you its beauty
On the days you're feeling blue

If I could build a mountain
You could call your very own,
A place to find serenity,
A place to be alone

If I could take your troubles
I would toss them in the sea,
But all these things I'm finding
Are impossible for me

I cannot build a mountain,
Or catch a rainbow fair,
But let me be what I know best,
A friend who's always there.......
## BENARKAH HATIKU MILIK KAMU?? SIAPA YANG LEBIH LAYAK?? ##

Wednesday, May 27, 2009

.:: LaRanGan MenGungKit PemBeriaN ::.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih diberi peluang lagi tuk b'nafas pd tika ini..Lama juga la tak post kt blog ni cause line internet xbest kt area sy.huhu..nk cari mklmt pasal tesis pn xok..sabar je la..
Sy nk share ngn kalian semua pasal "Berbicara Cara NABI"-Koleksi Terpilih drpd Kitab Riyadus Solihin (Imam Nawawi)..bagus tau..
Pernahkah kalian berasa bangga dgn apa yg kalian lakukan terhadap org lain? Maksudnya dgn memberi bantuan dan pertolongan sama ada dgn RM atau sumber2 lain..Kdg kita nk tunjuk pe yg kita beri kt org sbg tanda kita prihatin terhadap dia..(kunun la tuh..) walhal tanpa sedar kita dah mengungkit pemberian yg kita bg padanya..xbaik tuh..Penah terjadi ke kat korang??xkisah la bg barang kecik ke besar...
Allah berfirman yg bermaksud "Wahai orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan mengungkit-ungkit dan (kelakuan yang) menyakiti penerima sedekah itu" - Surah al-Baqarah, ayat 264.
Hal cam ni boleh terjadi juga dlm tindakan kita apabila menolong org yg memerlukan...(bantuan fizikal lah)..biasanyer dgn kwn2 rapat atau keluarga..Penah x terjadi kt korang??
Allah berfirman lagi, "Orang yang membelanjakan hartanya di jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan mengungkit-ungkit pemberiannya dan tidak pula menyinggung atau menyakiti hati pihak yang diberi" - Surah al-Baqarah, ayat 262.
Abu Zar melaporkan, "Nabi Muhammad berkata, 'Ada tiga golongan yang Allah tidak akan bercakap dgn mereka pada Hari Kiamat nanti. Allah juga tidak akan memandang mereka dan tidak akan mengampunkan dosa-dosa mereka. Mereka juga akan mendapat siksaan yg sangat pedih.' Nabi Muhammad menyebutnya tiga kali.
Abu Zar berkata, 'Ruginya mereka. Siapakah mereka itu, wahai utusan Allah?'
Jawab Rasulullah, 'Orang yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong, orang yg mengungkit-ungkit pemberian ataupun jasanya dan orang yg menjual barang dgn sumpah palsu."
Dalam laporan lain oleh Muslim, Nabi Muhammad berkata, "Orang yg melabuhkan kainnya." Maksudnya lelaki yg melabuhkan kain atau pakainnya lebih daripada buku lali kerana berlagak sombong.- Direkodkan oleh Muslim
Setiap tindakan yg kita lakukan pasti menjadi perhatian..Apa2 pun biarlah bantuan yg kita berikan itu hanya ikhlas semata-mata kerana Allah..
Sy teringat satu kata2 "bila ada org nk pinjam duit, baik bg je seberapa yg mampu (bg terus mcm sedekah lah). Arapnya dia (org yg nk pinjam tu) xterbeban dgn hutang & sbgainya. kalau kita xmampu cakap je xmampu nk tolong dia. kira kita jujur padanya & diri kita sendiri"
**Semoga peringatan yg sedikit ini mampu menyedarkan kealpaan kita dlm hal sedemikian**

Friday, May 22, 2009

.::SENYUM=SMILE=IBTISAM::.

“Senyum seindah suria,
Yang membawa cahya,
Senyumlah dari hati,
Duniamu berseri”...


Hati saya berlagu riang mendendangkan bait lagu ini... Lagu yang santai tp penuh dengan mesej yang mengajak kita sentiasa tersenyum. Ibtasiim yang membawa maksud tersenyumlah. Macam nama header blog sy ni lah.. Marjan Ibtisam (Mutiara tersenyum). Sy tertarik dgn buku Ibtasiim yang dikarang oleh Dr Aidh al-Qarni ini kerana isinya yang mantap dan penuh dgn mesej. Senyum J. Pada hari ini adakah anda hiasi diri anda dengan senyuman?

Rasulullah SAW adalah figure peribadi yang paling murah dengan senyuman di tengah-tengah para sahabat baginda. Baginda menjadikan senyuman sebagai ajaran agama untuk melakukan penghambaan kepada Allah SWT dan mendekatkan diri dengan orang yang berada disekitarnya..

“Senyummu di hadapan saudara (seagama)-mu adalah sedekah”


comey jew kalau senyum cam baby nie..kan?
Ketika sy keluar tuk berjumpa lecturer b'sama sahabat sy, sy terserempak dgn junior sy lalu menegurnya..


Salah seorg dr mereka berkata,"Akk nie still maintain comel je..".
Sy balas "selebet je akk nie..".
Junior: "xlah..maintain lawa semulajadi & manis je.."
Sy: no komen..


Terpikir kejap, best pe kalau kita selalu senyum nih..awet muda lagi. Sungguh!! Org selalu salah anggp bila tgk sy, dorg pk sy ni xcukup umo...huwawawa..adoiyai!

Tapi..itulah kenyataan bagi kita yg selalu tersenyum..senyum bukan tuk tujuan yg xbaik & bukan jua b'niat xelok..tp senyum tuk gembirakan diri kita & org disekeliling kita..


Sy suka wt org kt sekeliling sy hepy dgn cara sy sendiri...tp ikt mood gak lah...


Cuba anda try tegur org yg anda xkenali dgn salam & senyuman..apa reaksi dorg? sgt pasti mereka akan balas balik sapaan anda itu..Sungguh!! Sy penah wt..even kt mat salleh pn sy selamber say "Hai Sir.."..mereka balas...hepy beb!! hingga my roomate kata "akk, bestnyer tgk dorg balas teguran kita..mood sy pn da ok"...


Mudah bukan?? xyah kedekut sgt ngn senyuman tuh...xnafikan, syg sgt org muka lawa tp payah amat tuk bagi segaris senyuman..ntah sebab pe la jd cam gitu..xbest betol!! sy de je jumpe org cm nih..tp xtau la mood dia time tuh ok ke tak...tp lain kali & walau apapun, berilah senyuman anda itu..cause bila anda senyum,diri anda gak yg untung..anda SIHAT, MUDA, CERIA & MUDAH DIDEKATI..bla bla bla..


Tapi ingt, senyuman ikhlas itulah yg paling penting cause urat muka anda xdibuat-buat..nampak semulajadi jew..lagipun lawa pe bila senyum dgn ikhlas nih..




Kajian ilmiah membuktikan bahwa kebanyakan penyakit saraf, stress berlaku ketika seseorang terlalu tenggelam dalam pekerjaan serius dalam waktu yang lama. Itulah membuat pikiran tegang, sensitive dan cepat tersinggung, bahkan menjadi pemarah. Kata seorang pemikir Mesir terkemuka, “ Seandainya org2 menyedari erti penting senyum dan suka cita, mereka tidak lagi perlu tiga perempat dari seisi farmasi dan kedai ubat. Sekali tersenyum ternyata seribu kali lebih baik dari sebutir kapsul aspirin dan sebutir ubat penenang ”.


Subhanallah, ternyata otot risorius yang kita gerakkan untuk senyum dan otot zygomaticus major untuk ketawa dan juga senyum merupakan ubat mujarab yg lebih baik dr kapsul di farmasi. Sy ingin mengajak sahabat2 supaya ketawa kerana tawa adalah satu terapi senaman. Dengan ketawa, anda telah menggerakkan 13 otot anda sekaligus. Subhanallah. Tapi ketawa ada batasnya. Rasulullah SAW hadir dengan senyum dan candanya secara seimbang. Nabi SAW pernah tertawa dalam beberapa kesempatan sehingga gigi geraham baginda tampak terlihat. Namun baginda tdk tenggelam dalam tawa yang terbahak-bahak hingga tubuhnya tergoncang-goncang, miring-miring atau mulutnya kelihatan. Dalam sebuah hadits yang shahih, baginda bersabda:
“Janganlah kalian banyak tertawa kerana banyak tertawa itu dapat mematikan hati”
Akhir qalam sentiasalah tersenyum maka seisi dunia akan tersenyum padamu. Yang baik dtg dr Allah SWT, yg kurang dtg dr sy sendiri. Berpesan-pesanlah jika de kesilapan atau kekurangan. Peringatan buat diri saya dan sahabat yang sy sayangi. Salam peringatan.

Personality Type: The Analytical Thinker

Personality Type: The Analytical Thinker

Posted using ShareThis


### me ###