Wednesday, May 27, 2009

.:: LaRanGan MenGungKit PemBeriaN ::.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih diberi peluang lagi tuk b'nafas pd tika ini..Lama juga la tak post kt blog ni cause line internet xbest kt area sy.huhu..nk cari mklmt pasal tesis pn xok..sabar je la..
Sy nk share ngn kalian semua pasal "Berbicara Cara NABI"-Koleksi Terpilih drpd Kitab Riyadus Solihin (Imam Nawawi)..bagus tau..
Pernahkah kalian berasa bangga dgn apa yg kalian lakukan terhadap org lain? Maksudnya dgn memberi bantuan dan pertolongan sama ada dgn RM atau sumber2 lain..Kdg kita nk tunjuk pe yg kita beri kt org sbg tanda kita prihatin terhadap dia..(kunun la tuh..) walhal tanpa sedar kita dah mengungkit pemberian yg kita bg padanya..xbaik tuh..Penah terjadi ke kat korang??xkisah la bg barang kecik ke besar...
Allah berfirman yg bermaksud "Wahai orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan mengungkit-ungkit dan (kelakuan yang) menyakiti penerima sedekah itu" - Surah al-Baqarah, ayat 264.
Hal cam ni boleh terjadi juga dlm tindakan kita apabila menolong org yg memerlukan...(bantuan fizikal lah)..biasanyer dgn kwn2 rapat atau keluarga..Penah x terjadi kt korang??
Allah berfirman lagi, "Orang yang membelanjakan hartanya di jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan mengungkit-ungkit pemberiannya dan tidak pula menyinggung atau menyakiti hati pihak yang diberi" - Surah al-Baqarah, ayat 262.
Abu Zar melaporkan, "Nabi Muhammad berkata, 'Ada tiga golongan yang Allah tidak akan bercakap dgn mereka pada Hari Kiamat nanti. Allah juga tidak akan memandang mereka dan tidak akan mengampunkan dosa-dosa mereka. Mereka juga akan mendapat siksaan yg sangat pedih.' Nabi Muhammad menyebutnya tiga kali.
Abu Zar berkata, 'Ruginya mereka. Siapakah mereka itu, wahai utusan Allah?'
Jawab Rasulullah, 'Orang yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong, orang yg mengungkit-ungkit pemberian ataupun jasanya dan orang yg menjual barang dgn sumpah palsu."
Dalam laporan lain oleh Muslim, Nabi Muhammad berkata, "Orang yg melabuhkan kainnya." Maksudnya lelaki yg melabuhkan kain atau pakainnya lebih daripada buku lali kerana berlagak sombong.- Direkodkan oleh Muslim
Setiap tindakan yg kita lakukan pasti menjadi perhatian..Apa2 pun biarlah bantuan yg kita berikan itu hanya ikhlas semata-mata kerana Allah..
Sy teringat satu kata2 "bila ada org nk pinjam duit, baik bg je seberapa yg mampu (bg terus mcm sedekah lah). Arapnya dia (org yg nk pinjam tu) xterbeban dgn hutang & sbgainya. kalau kita xmampu cakap je xmampu nk tolong dia. kira kita jujur padanya & diri kita sendiri"
**Semoga peringatan yg sedikit ini mampu menyedarkan kealpaan kita dlm hal sedemikian**

No comments: