Thursday, May 7, 2009

Jenayah Tak Mengenal Siapa....??

~Salam~


Tersentuh hati ini pabila membaca akhbar pagi ini..Korang tau ke pasal pe?baca lah sendiri ae...uh, teruk sgt kes ragut sekarang ini..terbaru, mangsa yg merupakan seorang ibu & juga seorang nenek di kedua tempat yg berasingan..hai..keluh panjang sy...apalah nak jadi ngn dunia sekarang nie..

Takziah buat arwah keluarga Saripah Mohd. Noor dan arwah keluarga Tom Salleh..semoga roh meraka di tempatkan dikalangan org yg beriman.

Ingat setiap dari kita mungkin akan menjadi mangsa jenayah kejam tak kiralah jenayah apa dan di mana kita berada..kadang2 berada di tempat yg salah & pada waktu yg salah pn jadi masalah plak..jadi keselamatan diri sendiri perlu di dahulukan..mesti alert dgn pe yg berlaku disekitar kita..jangan percayakan org atau tempat yg anda tak biasa pergi..HATI-HATI

Rumah sy penah dimasuki perompak sehingga menyebabkan abah & utih cedera..Ummi sy terkejut kerana ditolak perompak..uh (aku xkn maafkan)..Bayangkan lah abah yg tergolong dalam insan istimewa dibelasah teruk2!! Ini kerana pukau yg digunakan xmenjadi..tu yg dorang panik 2..lgpn abah lawan cz dorg tolak ummi..dorg sume 4 org..can u imagine dat?!! Yang de kt umah time 2 adik2 yg kecik je..xkuat pn nak lawan..

Saya, anjang & andak dah dapat alamat @ petanda sebelum kejadian..tp xtau pe..So bila dimaklumkan, terus balik ke rumah ari itu juga (sabtu;31.1.09).. Mujur abah diperlihatkan parang tersebut adalah pembaris & abah siap wt lawak lg..huhuhu..(wisau nih.mungkin abah de baca ayat2 la 2). pape pn alhamdulillah..
Barang yg ialang pn xbyk..mujur handbeg ummi dorg campak, padahal duit baru je ummi kuarkan..ala, beg pompuan kan de byk side..ummi tak letak kat purse tp side beg..

Apa2 pn kena HATI-HATI..mungkin de hikmah di atas kejadian yang berlaku dalam family saya tu..

Jadi kat bawah ni de pesanan tuk kita semua ikuti khususnya kepada kaum wanita & diri sy jg..ahhh..sume org lah..
Pilihan Beg Elak Ragut
1. Beg kecil
Gantung di lengan dan digenggam
* Tiada risiko
* Peragut berpendapat kandungannya tidak banyak
2. Beg tali panjang
Digalas pada bahu
* Risiko diragut tinggi
* Risiko kecederaan rendah
* Menjadi kegemaran peragut kerana senang diragut. Peragut sekadar perlu menguis tali beg yang digalas pada bahu lalu menyambar
*Untuk beg tali panjang, anda tidak digalakkan menggalas secara bersilang
* Risiko kecederaan adalah tinggi sekiranya diragut. Mangsa mungkin akan ditarik dengan tenaga peragut yang kuat sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan mungkin terhantuk kepala.
3. Beg tali pendek
Digalas dan dikepit dengan tangan
* Risiko diragut rendah
* Risiko kecederaan tinggi
* Bukan pilihan peragut kerana sukar diragut. Untuk meragut, peragut akan menggunakan kekerasan seperti menyerang mangsa sebelum menarik beg dari tangan mangsa ketika mangsa dalam kesakitan
* Peragut mungkin bertindak agresif menggunakan pisau atau parang untuk memotong tali beg yang digalas. Tindakan itu akan mencederakan mangsa kerana pisau dilibas secara rambang
~AMARAN~
* Tidak kira jenis beg, penunggang motosikal tidak digalakkan meletakkan beg di dalam bakul. Peragut mungkin menyambar ketika kenderaan dalam keadaan berhenti dan kalau lebuh agresif, peragut mungkin menendang atau menolak mangasa jatuh sebelum meragut beg itu.
~ 5 TIP PENTING!!
1. ELAK RISIKO
#Elak daripada menggalas beg tangan sekiranya tiada keperluan. Tahu risiko beg tali panjang dan beg tali pendek.
2. PECAH RISIKO
# Jangan simpan semua dalam satu beg. Asingkan dokumen penting kepada beberapa bahagian lain. Gunakan poket pada baju atau seluar. Sekiranya diragut, anda tidak kehilangan semua barang berharga sekali gus.
3. PINDAH RISIKO
# Jangan menonjol diri dengan pemakaian barang kemas atau penggunaan beg berjenama. Dengan kata lain, anda perlu mengelak daripada dilihat seperti seorang mangsa. Ia boleh mengalihkan perhatian peragut terhadap mangsa yang lain..(tp jangan jadikan diri anda mangsa!!)
4. ANGGARKAN RISIKO
# Sentiasa berwaspada terhadap keadaan sekeliling. Jangan hilang fokus sehingga menghidangkan peluang untuk peragut bertindak.
5. INSURANS
# Insurans diri anda. Terdapat sebuah syarikat insurans yang menawarkan pelan perlindungan khas untuk wanita sekiranya menjadi mangsa jenayah. Premium ditawarkan adalah serendah RM10 setahun.
* Paling tak suke bawa beg!!leceh sgt!

5 comments:

Unknown said...

Allah swt dah janji akan anugerahkan khalifah/dunia ini kepada org mukmin..dan org yang jaga amal soleh..tp asbab kelemahan saya,,org mukmin dan amal soleh belum wujud lagi,,,maka Allah akan bagi pd org kafir,,biar org kafir tindas org Islam...org islam sibuk dengan syurga org kafir,sebab itu org kafir marah dan tindas org Islam...

Brilliant Marjan said...

Terkesan hati saya dgn pandangan saudara..Semoga kita sume diberi kekuatan iman tuk mengharungi idup ini..

~ Lady ell ~ said...

sama plak topik kita pd hari ni..tp akak ada citer sket pengalamn akak..

apa2 pun yg perlu kita lakukan adalah sikap berjaga2 dn mengutamakan keselamatan.

Brilliant Marjan said...
This comment has been removed by the author.
Brilliant Marjan said...

Oic..alhamdulillah xpenah jd ragut kt family sy kak ell..mintak jauh la..

xnak lg jd hal buruk2..risau, takut..& sdih