Friday, May 22, 2009

.::SENYUM=SMILE=IBTISAM::.

“Senyum seindah suria,
Yang membawa cahya,
Senyumlah dari hati,
Duniamu berseri”...


Hati saya berlagu riang mendendangkan bait lagu ini... Lagu yang santai tp penuh dengan mesej yang mengajak kita sentiasa tersenyum. Ibtasiim yang membawa maksud tersenyumlah. Macam nama header blog sy ni lah.. Marjan Ibtisam (Mutiara tersenyum). Sy tertarik dgn buku Ibtasiim yang dikarang oleh Dr Aidh al-Qarni ini kerana isinya yang mantap dan penuh dgn mesej. Senyum J. Pada hari ini adakah anda hiasi diri anda dengan senyuman?

Rasulullah SAW adalah figure peribadi yang paling murah dengan senyuman di tengah-tengah para sahabat baginda. Baginda menjadikan senyuman sebagai ajaran agama untuk melakukan penghambaan kepada Allah SWT dan mendekatkan diri dengan orang yang berada disekitarnya..

“Senyummu di hadapan saudara (seagama)-mu adalah sedekah”


comey jew kalau senyum cam baby nie..kan?
Ketika sy keluar tuk berjumpa lecturer b'sama sahabat sy, sy terserempak dgn junior sy lalu menegurnya..


Salah seorg dr mereka berkata,"Akk nie still maintain comel je..".
Sy balas "selebet je akk nie..".
Junior: "xlah..maintain lawa semulajadi & manis je.."
Sy: no komen..


Terpikir kejap, best pe kalau kita selalu senyum nih..awet muda lagi. Sungguh!! Org selalu salah anggp bila tgk sy, dorg pk sy ni xcukup umo...huwawawa..adoiyai!

Tapi..itulah kenyataan bagi kita yg selalu tersenyum..senyum bukan tuk tujuan yg xbaik & bukan jua b'niat xelok..tp senyum tuk gembirakan diri kita & org disekeliling kita..


Sy suka wt org kt sekeliling sy hepy dgn cara sy sendiri...tp ikt mood gak lah...


Cuba anda try tegur org yg anda xkenali dgn salam & senyuman..apa reaksi dorg? sgt pasti mereka akan balas balik sapaan anda itu..Sungguh!! Sy penah wt..even kt mat salleh pn sy selamber say "Hai Sir.."..mereka balas...hepy beb!! hingga my roomate kata "akk, bestnyer tgk dorg balas teguran kita..mood sy pn da ok"...


Mudah bukan?? xyah kedekut sgt ngn senyuman tuh...xnafikan, syg sgt org muka lawa tp payah amat tuk bagi segaris senyuman..ntah sebab pe la jd cam gitu..xbest betol!! sy de je jumpe org cm nih..tp xtau la mood dia time tuh ok ke tak...tp lain kali & walau apapun, berilah senyuman anda itu..cause bila anda senyum,diri anda gak yg untung..anda SIHAT, MUDA, CERIA & MUDAH DIDEKATI..bla bla bla..


Tapi ingt, senyuman ikhlas itulah yg paling penting cause urat muka anda xdibuat-buat..nampak semulajadi jew..lagipun lawa pe bila senyum dgn ikhlas nih..




Kajian ilmiah membuktikan bahwa kebanyakan penyakit saraf, stress berlaku ketika seseorang terlalu tenggelam dalam pekerjaan serius dalam waktu yang lama. Itulah membuat pikiran tegang, sensitive dan cepat tersinggung, bahkan menjadi pemarah. Kata seorang pemikir Mesir terkemuka, “ Seandainya org2 menyedari erti penting senyum dan suka cita, mereka tidak lagi perlu tiga perempat dari seisi farmasi dan kedai ubat. Sekali tersenyum ternyata seribu kali lebih baik dari sebutir kapsul aspirin dan sebutir ubat penenang ”.


Subhanallah, ternyata otot risorius yang kita gerakkan untuk senyum dan otot zygomaticus major untuk ketawa dan juga senyum merupakan ubat mujarab yg lebih baik dr kapsul di farmasi. Sy ingin mengajak sahabat2 supaya ketawa kerana tawa adalah satu terapi senaman. Dengan ketawa, anda telah menggerakkan 13 otot anda sekaligus. Subhanallah. Tapi ketawa ada batasnya. Rasulullah SAW hadir dengan senyum dan candanya secara seimbang. Nabi SAW pernah tertawa dalam beberapa kesempatan sehingga gigi geraham baginda tampak terlihat. Namun baginda tdk tenggelam dalam tawa yang terbahak-bahak hingga tubuhnya tergoncang-goncang, miring-miring atau mulutnya kelihatan. Dalam sebuah hadits yang shahih, baginda bersabda:
“Janganlah kalian banyak tertawa kerana banyak tertawa itu dapat mematikan hati”
Akhir qalam sentiasalah tersenyum maka seisi dunia akan tersenyum padamu. Yang baik dtg dr Allah SWT, yg kurang dtg dr sy sendiri. Berpesan-pesanlah jika de kesilapan atau kekurangan. Peringatan buat diri saya dan sahabat yang sy sayangi. Salam peringatan.

4 comments:

~ Lady ell ~ said...

betul dik,kalau rajin senyum org sekeliling pun happy malah kalau kita sendiri tengok org senyum pun hati kita rasa tenang..so,apa susah sgt nk senyum kan...

Brilliant Marjan said...

lady ell>

btol tu kak ell..semua mslh akn ilang bila kita senyum...ceria jer idup nih..

Hazlin Nazri said...

salam untuk adik,
terima kasih sudi singgah blog akak.

nice blog.
akak link ye.

tqvm..

selalulah jengok akak :)

Brilliant Marjan said...

hazlin>

wslm kak.insyaAllah kak..link saja..moga ukhwah berterusan