Saturday, March 13, 2010

KISAH PENJUAL TEMPE ~ ALLAH S.W.T LEBIH TAHU APA YANG TERBAIK BUAT KITA



Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun keranakeyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wan ita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wan ita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengeta hui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Allah

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU, menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat
(",) ....

..Segala yang baik itu datang dari Allah..& yang buruk itu dari kedhaifan diri sendiri

~ Kiriman email yang diterima dari sahabat saya..

Friday, March 12, 2010

~@ DIA TAKDIRMU DI SYURGA...@~


Salam semua…

Hari yang di nanti semakin hampir bertamu..Tapi untuk sampai ke saat itu, banyak halangan dan cerita yang perlu aku lalui..Tapi biarlah ia menjadi rahsia di hati..Ingin diluahkan, akan nampak kesalahan diri tapi jika disimpan, takut memakan diri..Argggghhh!!!! Hanya kepada-Mu Ya Allah..Aku berserah segalanya. Satukan hati-hati kami kembali untuk merasai nikmatnya cinta kepada-Mu. Ya Allah!! Engkaulah yang Maha Mengetahui akan setiap yang terjadi. Aku tahu ada hikmah yang tersembunyi di atas apa yang terjadi.. Ampunkan dosa kami, Ya Allah..

Aku sangat tertarik dengan satu cetusan dari seorang blogger yang aku anggap hebat dalam mencetuskan rasa dan melakarkan cerita. Ayat di atas yag aku luahkan sebentar tadi tiada kena mengena dalam cerita yang bakal dikongsi nanti. Cuma masalah yang aku hadapi ini, sangat menyesakkan aku. Aku hanya mampu berserah kepada Allah s.w.t. Jom kita layan..
****************************************

HATI manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan resah bukan kepalang, akal separa waras. Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu. Mampu, dalam erti kata berpecak silat menentang badai, dan mahu, berubah.

Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-‘e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji mengurus dan sebagainya. Justeru itu, masalah akan ada di mana-mana tanpa dipinta, cuma kita disarankan agar berhati-hati, sedia, sabar, dan belajar dari masalah tersebut.

Jodoh, adalah hal berkaitan dengan fitrah, mahu tidak mahu setiap daripada kita pasti dipaksa bergelumang meredah mehnah, suka duka, jerih perih sebelum bahagia dalam rumahtangga direalitikan. Manusia tidak selama-lama akan kebal, pasti ada satu saat dia akan tunduk, jatuh. Oleh kerana itu, Islam mengajar agar kita tidak sombong untuk belajar daripada alam, pengalaman, sirah buat pendinding kalis kecewa, sengsara, dan lara. Kita kan kian tenang dalam damai ketika mencari cinta Ilahi nan abadi.

Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga Allah Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi. Keluarga ibarat sebuah negara, suami ialah seorang pemimpin menerajui sebuah kerajaan besar, tidak boleh dipandang enteng. Berjaya atau tidak seorang suami itu dilihat berjaya atau tidak anak buah di bawah jagaannya.
Perkahwinan yang sempurna bukanlah sentiasa sempurna, melainkan ketidak-sempurnaan yang ditangani dengan kemahuan pada agama, syari-‘at aturan daripada al-Quran dan as-Sunnah. Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini kerana ini hanyalah dunia. Tidak penting di mana kita bermula, tetapi lebih penting di mana kita akan berakhir.
Kali ini sudah dua kali peluang saya berikan, tapi abang masih tidak mahu berubah... rintih seorang isteri bila mana tahu si suami main kayu tiga.
Kadangkala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata, hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain.
Salah kita juga, dulu bercinta bagaikan hilang waras manusia normal, bibir hanya berbicara kebaikan pasangan sahaja, memuji kecantikan pasangan. Bila dah akad, pasti kebaikan juga diharapkan, namun panas tidak selalu sampai ke petang, bila ada step tersilap, maka mulalah persoalkan ini dan itu.

Cabaran hidup berkeluarga tidak seindah yang diimpikan, khabar tidak seindah rupa. Tidak boleh menjadi idealistik. Banyak tanggungjawab harus dipikul, banyak keseronokan masa bujang yang terpaksa dikorbankan, karenah anak-anak yang bisa menggugat kesabaran. Bila dah berumahtangga suami isteri bukan sahaja berkongsi satu bilik, satu katil, satu almari, tapi juga satu rasa, satu tanggungjawab. Bebanan kewangan diatasi, dikoreksi bersama. Kalau suami hanya mampu makan mee goreng, isteri juga mee goreng, kalau suami mampu membiayai bil elektrik dan air, apa salah si isteri pula melunaskan bil telefon.

Di sini, cinta akan mekar berputik, kekurangan ada di sebelah pasangan dilengkapkan pasangan lain. Usia perkahwinan juga akan melalui pra-matang, maka dalam tempoh demikian, terlalu banyak agenda perlu dirangkumkan, apa patut didahulukan, dan mana patut dikemudiankan.


SEBELUM KAHWIN

Berusaha menjadi terbaik untuk mendapat yang terbaik, bukan menilai orang lain baik tapi diri sendiri tiada usaha menjadi baik. Maka segalanya dilakukan dengan usaha dan niat yang ikhlas, niat baik akan dipertemukan dengan takdir-Nya yang baik-baik. Kebaikan kita dinilai oleh masa, kalau umur dah berginjak 20-25 tahun, tapi masih bermain PSP, baca majalah mangga, belek komik bersiri, bukankah teramat jauh untuk jadi baik.

وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ‌ۖ

Allah Taala berfirman, bermaksud: ...perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat) an-Nur (24:26)

Benar kita boleh berlakon, depan orang cerah perut ibu mengandung, tapi sampai bila, tembelang kalian pasti dapat dihidu, bila dah kahwin semua itu sudah tiada lagi, kembali pada perwatakan sebelumnya.

Kalian berhak memasang cita-cita, memiliki isteri mampu menjaga pakaian dan makan minum, mendamba isteri rajin bertadarrus al-Quran dan bertahajjud malam, isteri rajin dalam kerja-kerja dakwah, mengimpikan isteri melahirkan zuriat soleh dan solehah, menginginkan isteri berkongsi suka dan duka, kalian boleh buat demikian, tapi sanggupkah kalian juga menjadi seperti apa seorang isteri harapkan, menemani di kala tahajjud, menyediakan pakaian dan makan minum, menjadi pemimpin baik buat dirinya dan anak-anak yang soleh dan solehah.

Mereka bertadabbur, dan memahami kalam Allah satu ini;

ٱلرِّجَالُ قَوَّٲمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ

Allah Taala berfirman, bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan... an-Nisaa’ (4:34)

Menetapkan niat untuk menjadi lelaki yang baik untuk keluarganya serta hasrat untuk melahirkan generasi baru yang membawa ad-Deen merupakan usaha yang murni. Sudah tentu usaha sedemikian memerlukan keteguhan dan kecekalan serta usaha yang berterusan sambil memohon pertolongan Ilahi. Niat yang baik akan menatijahkan hasil yang baik.

Seorang lelaki menyukai perempuan yang mempunyai sedikit sentuhan maskulin manakala perempuan yang akan menjadi isteri juga menyukai lelaki yang mempunyai sentuhan feminin.
Ringkasnya, suami akan suka isteri yang boleh berdikari menyelesaikan beberapa tugasan atau kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh suami, manakala isteri juga menyukai suaminya sekali sekala buat kerja rumah dan memasak untuk keluarga. Ada kalanya suami memerlukan isteri membantunya dalam menyelesaikan kerja-kerja yang selama ini suami yang lakukan, adakalanya si isteri memerlukan suami untuk ringan tulang dalam hal berkaitan house-chores.
Tiadalah itu satu harapan yang melangit, melainkan rasa ingin merealisasikan sesuatu yang sudah berkurangan dalam kehidupan insan hari ini. Rasulullah s.a.w dalam kesibukannya berdakwah dan menjadi penghulu ummat juga mampu memenuhi hak-hak keluarganya, dan membina satu keluarga Islami yang bahagia, maka kita juga berusaha untuk menjadi seperti baginda.
Saya tidak setuju kalian bercinta sebelum kahwin. Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta. Kalau sudah rasa tidak mampu, maka jauhilah maksiat cinta.
Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu. Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar. Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, kalian terkejut selepas berkahwin.

Sanggupkah kalian bercinta?

SELEPAS KAHWIN
Kehidupan adalah realiti yang memotretkan pelbagai palitan warna emosi, suka duka sebagai diari dibaca, dicermati pada hari muka, hal baik-baik sudah pasti diulang dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Kehidupan adalah lautan yang dipenuhi gelombang, taufan dan goncangan, membawa pelbagai cuaca, sudah pasti memberi kesan membekas di hati manusia. Hati manusia ibarat sebuah sampan kecil yang dipaksa berlayar dalam lautan luas. Mahu atau tidak, manusia perlu benar-benar memahami, belajar dari lautan kehidupan sebaik sahaja mereka membuka mata, dan bersedia memulakan pelayaran. Suri teladan para pelayar sudah ada di hadapan kalian, tinggal lagi kalian memilih cara mereka atau membentuk kaedah pelayaran tersendiri berdasarkan pengalaman mereka.

Pelayar terbaik, tidak lain dan bukan adalah baginda s.a.w.

Cinta itu bukan alasan utama untuk dapat bahagia, kerana ramai juga bercerai kerana cinta.
Ramai orang bercinta bagai hilang ingatan, tapi bercerai berai juga. Ramai yang kahwin suka sama suka, tapi rumahtangga kecoh. Ini bukan soal cinta atau suka. Ini soal sejauh mana kebergantungan suami isteri pada Allah Taala dalam setiap urusan, Sejauh mana mereka sepakat dalam mencari berkat dalam rumahtangga. Dengan kehendak Allah sahaja, rumahtangga akan berjaya dan bahagia. Pohonlah kebaikan pada-Nya, serta terus menerus menjadi baik.
Andai ombak kuat melanda bahtera, jangan disangka tiada harapan dapat berlabuh dengan selamat. Ingatlah semakin kita diuji, itu tandanya kasih sayang Allah Taala kepada kita dan Dia tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan sesuai dengan apa yang daya kekuatan.
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ
Allah Taala berfirman yang bermaksud: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya al-Baqarah (2:286)
Makin banyak kita diuji, makin dekat kita kepada-Nya dan semakin matang dan penuh hikmah kita menyelesaikan sebarang masalah dengan kaedah terbaik, dipersetujui bersama.
Bersabarlah para isteri dengan suami yang kebanyakannya akan diam dalam membatu, dan bersabarlah para suami dengan leteran dan bebelan para isteri yang adakalanya untuk menyedarkan anda. Dialah satu-satunya insan yang terbaik untuk diri kalian, bukan kedua, bukan ketiga. Berusahalah melengkapi kekurangan antara satu sama lain dengan segala kelebihan dan kebaikan pada diri masing-masing. Bukannya untuk meruntuhkan masjid yang dibina dan memisahkan ikatan yang terjalin. Carilah salah sendiri kenapa tidak mencari yang kurang baik tapi bisa diasuh menjadi baik.
Rumahtangga bahagia, bukan bahagia cukup material dan keperluan jasmani bahkan keperluan rohani. Maka bercintalah kalian sepuas-puasnya, kerana kalian adalah halal bagi pasangan. Setiap hembusan cinta kalian, pasti berbuahkan pahala di kebun cinta Ilahi di taman syurga nanti. Bukankah ironinya sangat aneh, bercinta sebelum kahwin lebih hebat berbanding bercinta selepas akad, jelas sekali kalian hipokrit.
Kenapa perlu mengembalikan cinta?
Saya merasakan setiap manusia itu entitled dan deserved untuk hidup dalam tenang dan bahagia. Hidup tanpa cinta ibarat burung yang terbang dalam sangkar. Selagi ada ruang untuk bercinta, maka sirami dan bajailah cinta itu. Cinta selepas Ijab dan Qabul, sesungguhnya mampu untuk diluahkan dan masih ada untuk dihadiahkan bersama.
Selepas kahwin anda tetap sebagai nakhoda. Nakhoda kepada para kelasi di bawah tanggungan anda. Baik buruk kesudahan perjalanan mereka berada di tangan kalian. Prinsip dan paradigma utuh sahaja akan selamat mengemudi badai dunia. 
~ Hanya padaMu ku berserah.. 
~ Satulah kembali hati-hati kami agar tunduk dan patuh kepada-Mu, Ya Allah

Wednesday, March 10, 2010

~ LIFE AS A CAKE? ~

(by google)


A little boy is telling
his Grandma how everything is going wrong
— school, family problems, severe health problems, etc.

Meanwhile, Grandma is baking a cake.
She asks the child if he would like a snack,
which of course he does.
"Here. Have some cooking oil."
"Yuck," says the boy.
"How about a couple of raw eggs?"
"Gross, Grandma."
"Would you like some flour then? Or maybe baking soda?"
"Grandma, those are all yucky!"

To which the Grandma replies:
"Yes, all those things seem bad all by themselves.
But when they are put together
in the right way, they make a wonderfully delicious cake!

~ Life is so beautiful as you can do it better..Look at around you and learn something from it. Think positively

Monday, March 8, 2010

MY HEART IS YOURS


teringat ku akan cinta
cinta yang indah...
namun sungguh jauh dirasa
sungguh ku tak kuasa...
demi menggapai kemurnian cinta...

walau cinta tak kunjung tiba,
tahun pun telah memakan usia
namun satu hal pasti kurasa..,
suatu masa.... entah di mana
kan kutemukan erti sebuah cinta

walau harus menitik air mata
tiada hal yang tersia...
jika cinta sudah kujumpa
kan kuberikan hati pujangga.

cinta...
tiada habis ku ucap kata
tak suatu hal dapat merupa
namun satu hal kupercaya
hatiku hanya miliknya...


~ Hanya padaMu ku berserah..Hanya Engkau lah yang Maha Mengetahui  di atas setiap yang terjadi...

Saturday, March 6, 2010

PEOPLE SEE, PEOPLE DO...

Salam ukhuwah semua...

"Empat individu yang dikenali dengan empat : i, Pengarang kerana karangannya, ii, Orang alim kerana jawabnnya, iii, Orang bijaksana kerana perbuatannya, dan iv, Orang tabah kerana kesanggupannya bertahan" ~ Abdullah Al-Mubarak

Setiap hari yang kita lalui pasti ada cabaran yang tersendiri yang mesti kita hadapi. Saya merasakan hidup saya adakalanya terumbang ambing dalam erti kata semangat yang sentiasa turun naik. Jika iman yang turun naik, pasti ada yang tak kena.. Moga dijauhkanlah dari hati yang sentiasa berbolak balik... Itulah kita insan yang sentiasa diuji terhadap ketahanan yang bakal dihadapi.. Adakah kita cepat melatah? Cepat marah? Cepat membuat keputusan? atau kita hanya biarkan diri kita terpengaruh dengan keadaan tersebut?


Alangkah beruntungnya kita jika dikelilingi dengan insan-insan yang mempunyai semangat yang tinggi, azam yang kuat dan kebijaksaan dalam menghadapi sesuatu keadaan samada dalam pelajaran, pekerjaan, percintaan, dan sebagainya. Beruntung juga kita dikelilingi dengan insan-insan yang berilmu, bukan ilmu pelajaran sahaja bahkan ilmu keduniaan yang boleh di bawa bekal ke akhirat.. Bila kita dikelilingi dengan insan-insan tersebut, kita pasti akan berasa aura yang sama. Rasa semangat dan yakin sepanjang hari.. Yang baik mereka buat, yang baik juga kita ikut.. Yang jenis rajin bekerja, kita juga akan turut rajin bersamanya..

Saya cukup bertuah sebab diri saya masih lagi dikelilingi dengan insan-insan yang sebegini. Ketika saya membuat diploma perakaunan di Unisel, Batang Berjuntai (sempat mengaji selama setahun), saya seronok berada dalam kelompok kawan-kawan yang cerdik-cerdik belaka. Kita terpalit sama dengan kecerdikan mereka. Walaupun rata-ratanya umur dua tahun muda dari saya, tapi saya bersyukur dan tidak berasa janggal walau sedikit pun. Saya bertambah minat dengan pelajaran yang saya ambil ketika itu. Sedangkan saya bermula dengan zero dan tidak minat dengan subjek akaun. Lihat, betapa ajaibnya aura yang saya dapat ketika itu. Tapi, yang penting, kena pandai pilih kawan.. Bau wangi yang kita inginkan akan kita rasai bersama... Jangan ambil bau yang busuk pula, nanti makin tak best jadinya!!

Apabila menginjak usia dewasa ni, banyak yang telah saya pelajari..Mana yang baik yang perlu saya ikuti, saya akan ambil sebagai ilmu yang perlu dipelajari. Setiap sudut pandangan kita, kita harus berfikir secara positif walau macam mana keadaan sekalipun.. Tak boleh lansung kenal erti putus asa jika inginkan kejayaan dalam hidup dan menjadi insan cemerlang!!

"Barang siapa yang berlatih kesabaran, maka Allah akan menyabarkannya. Dan tidak ada seorang pun yang mendapat kurnia Allah yang lebih baik atau lebih daripada sabar" ~ Al-Bukhari

Terus terang saya katakan, saya bukanlah pelajar yang cemerlang ketika di sekolah dan sekarang ini. Bahasa Inggeris saya pun adakalanya tunggang terbalik lagi. Tapi kerana saya ada kesedaran dan saya suka membaca, saya cuba atasi kelemahan saya itu dengan keupayaan saya yang tersendiri. Saya juga bukan jenis insan yang suka dikenali ramai dan peramah tak pasal-pasal, tapi saya tetap menjadi diri saya yang InsyaAllah akan membuatkan orang di sekitar saya senang bersama saya.

Cuma, baru-baru ini, perasaan saya tak menentu kerana saya berasakan ilmu dan keupayaan saya tidak cukup hebat berbanding dengan kawan-kawan kelas yang lain. Saya agak down sedikit. Sedih bertandang di hati.. Sungguh!! Mereka telah berada di level yang tersendiri.. Saya bersama dengan sahabat yang jauh ilmunya dari saya. Saya tak tahu nak luahkan macam mana. Saya tak gemar dengan situasi sekarang. Padahal final exam saya akhir bulan ni.. Assignment pun banyak yang tak siap lagi. Tension dibuatnya. Saya jadi takut tak mampu nak kejar apa yang saya nak!!

Beza antara kami adalah pengalaman. Saya belum lagi merasai sebenar-benarnya alam pekerjaan jadi saya tidak mampu memandang dari sudut seorang pekerja. Itu yang membuatkan saya berasa rendah diri. Saya merasakan orang-orang yang telah bekerja ini sebagai orang yang suka mengambil kesempatan ke atas budak-budak yang masih naif terhadap dunia pekerjaan (maaflah jika ada yang terasa. saya cuma nak meluahkan je). Tapi saya bukanlah jenis manusia yang mudah berputus asa cuma itulah halangan dan cabaran yang perlu dihadapi.

"Menangislah kamu, maka jika kamu tidak boleh menangis, maka carilah jalan supaya menangis kerana Allah di mana diriku dalam kekuasaan-Nya, jikalau salah seorang kamu mengetahui hakikat yang sebenarnya (tentang manusia selanjutnya) sesungguhnya ia akan memekik sehingga habis suaranya dan sesungguhnya ia akan sembahyang sehingga retak pinggangnya" ~ Abdullah bin Amr Ash

Malam tadi, sempat saya meluahkan apa yang terbuku di hati kepada insan yang paling saya sanjungi, Ummi tersayang. Tersedu-sedan dibuatnya.. Alang yang baru balik kerja pun menjadi hairan melihat keadaan saya. Dari seorang yang banyak cakap dan happy go lucky ketika di rumah dengan tiba-tiba berendam air mata. Abah pun nampak sedih juga. Tapi itulah dinamakan cabaran. Saya tak boleh mengalah!!!

Pengajian saya untuk MBA ni akan berakhir pada akhir tahun ini, insyaAllah. Ada sebab kenapa saya menjadi insan terpilih menggalas amanah ini. Saya suka dengan dunia baru yang saya lalui. Saya suka dengan subjek Usul Fiqh dan ilmu-ilmu di dalamnya. Walaupun saya bukan pelajar fakulti Akademi Islam, tapi ilmu Usul Fiqh ini membuatkan saya memandang keseluruhan hidup yang saya lalui berdasarkan cara hidup sebagai seorang Muslim. Banyak yang kita terlepas pandang apabila bermuamalah dengan orang lain dalam apa jua urusan sekalipun walaupun dengan Allah s.w.t.. Mana yang halal kita anggap biasa sahaja dan yang haram kita tidak ambil pedulipun!! Padahal itulah titik tolak menjadi Muslim yang berkualiti terhadap pencipta!! Jadi bagi yang tahu, baguslah, amalkan apa yang dipelajari dan beri nasihat dengan berhikmah kepada yang tidak tahu..


Ada yang beranggapan saya seorang wanita yang sangat bijak dan cerdik walaupun saya ini insan yang sederhana sahaja. Ada juga yang beranggapan saya pelajar pengajian Islam walaupun hakikatnya saya adalah pelajar pentadbiran perniagaan dengan e-dagang. Tapi, itulah motivasi saya. Saya cuba menjadi insan yang sangat laur biasa bagus demi membanggakan Ummi dan Abah saya, juga sebagai satu kejayaan buat diri saya. InsyaAllah, dengan ilmu baru yang saya pelajari ini, saya akan membanggakan bangsa saya dan sebagai mengggalas tugas khalifah Allah s.w.t. Itulah catatan yang perlu malaikat Raqib dan 'Atid lakukan untuk diriku.

~ Apa jua tindakan yang ingin kita lakukan, ingatlah, pasti ada mata-mata yang sentiasa memerhatikan kita samada dengan tujuan yang baik ataupun jahat. Hidup ini hanya pinjaman sahaja, jadi sebaik mungkin lakukan usaha kita dengan kita niatkannya hanya untuk Allah s.w.t.

~ Terima kasih buat insan yang sangat sabar dengan karenah diriku ini. Tanpa dirimu, aku hilang seri.. Aku sangat menghargainya dan aku akan cuba sebaik mungkin untuk menjadi insan yang terbaik!! Never give up!!

~ Ada kaitan ke dengan tajuk entri?? Mana yang baik, ambil tau.. Mana yang terkurang tu, tolong sedarkan diri ini..

Tuesday, March 2, 2010

MEMBERI REAKSI POSITIF KEPADA DIRI



Cara paling mudah untuk kita bermotivasi pada diri sendiri adalah dengan bercakap dengan diri kita sendiri di dalam hati. Cakapkanlah apa saja pada diri Anda sendiri untuk membangkitkan rasa bersemangat yang amat kuat.

Bina attitude ‘you can do it‘. Katakan pada diri Anda berkali-kali, you can do it, you can do it, you can do it.

Jika Anda sedang merasa sukar ketika melakukan sesuatu, gunakan cara ini. Beri semangat pada diri sendiri dengan mengatakan di dalam hati..“aku boleh buat, aku boleh buat, aku boleh buat”.



Kenapa mesti 3 kali? Sebab, 3 kali lebih power daripada hanya 1 kali.

Macam kita makan juga..3 kali makan lebih banyak isinya dari cuma 1 kali makan. Cara lain untuk memotivasikan diri, gunakan ayat seperti ini..”orang lain boleh buat, aku pun boleh buat. Aku boleh buat, aku boleh buat, aku boleh buat!!.”..

Mula-mula buat teknik ni, perubahnya tak berapa ketara tapi bila dah selalu selepas dua tiga hari, Anda akan terasa perubahannya. Ini kerana minda kita amik masa untuk menghadam lalu memahami perkara-perkara baru. Bila minda dah faham, minda akan mengatur sistem saraf dan aliran darah supaya jadi seleras dengan kemahuan Anda.



Jadi, tiap kali Anda kata “aku boleh buat” tetiba ada timbul keyakinan tinggi yang Anda memang boleh buat, sebab Anda nampak orang lain boleh buat. Bila buat, Anda tak akan rasa ragu-ragu langsung.

Tiap kali Anda rasa tertekan sebab rasa sukar, katakan pada diri “aku boleh buat”. Gunakan perkataan “aku boleh” lalu sesuaikan dengan situasi Anda supaya Anda jadi lebih bersemangat.

Sumber: iMotivasi.com

~ Semoga Aku mampu menyiapkan segala assignment yang ada dan berjaya sehingga ke hari penentu nanti.
~ Aku boleh buat master dengan cemerlang!!!!

Monday, March 1, 2010

PILIH KELAPA @ PILIH MUTIARA


Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah ada dua pilihan terbentang

Yang Pertama..
Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperoleh..
Diparut..
Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang…

Yang Kedua..
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah..
Beruasaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi..
Kamu pilihlah samada
Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..

Di sebalik santan..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisa habis ditelan..
dan santan hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam..
sukar andai mengharap jadi perhatian kerana
dilapisi kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama mutiara tertanam..
makin tinggi nilaian..

OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU
PILIHAN DIRMU WAHAI PUTRIKU..

Menjadi santan..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan..
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

Menjadi mutiara..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia..tangisan mengiringi berzaman..

~ Aku semakin sampai ke angka itu...
~ Banyak aktiviti bulan ini..