Saturday, March 6, 2010

PEOPLE SEE, PEOPLE DO...

Salam ukhuwah semua...

"Empat individu yang dikenali dengan empat : i, Pengarang kerana karangannya, ii, Orang alim kerana jawabnnya, iii, Orang bijaksana kerana perbuatannya, dan iv, Orang tabah kerana kesanggupannya bertahan" ~ Abdullah Al-Mubarak

Setiap hari yang kita lalui pasti ada cabaran yang tersendiri yang mesti kita hadapi. Saya merasakan hidup saya adakalanya terumbang ambing dalam erti kata semangat yang sentiasa turun naik. Jika iman yang turun naik, pasti ada yang tak kena.. Moga dijauhkanlah dari hati yang sentiasa berbolak balik... Itulah kita insan yang sentiasa diuji terhadap ketahanan yang bakal dihadapi.. Adakah kita cepat melatah? Cepat marah? Cepat membuat keputusan? atau kita hanya biarkan diri kita terpengaruh dengan keadaan tersebut?


Alangkah beruntungnya kita jika dikelilingi dengan insan-insan yang mempunyai semangat yang tinggi, azam yang kuat dan kebijaksaan dalam menghadapi sesuatu keadaan samada dalam pelajaran, pekerjaan, percintaan, dan sebagainya. Beruntung juga kita dikelilingi dengan insan-insan yang berilmu, bukan ilmu pelajaran sahaja bahkan ilmu keduniaan yang boleh di bawa bekal ke akhirat.. Bila kita dikelilingi dengan insan-insan tersebut, kita pasti akan berasa aura yang sama. Rasa semangat dan yakin sepanjang hari.. Yang baik mereka buat, yang baik juga kita ikut.. Yang jenis rajin bekerja, kita juga akan turut rajin bersamanya..

Saya cukup bertuah sebab diri saya masih lagi dikelilingi dengan insan-insan yang sebegini. Ketika saya membuat diploma perakaunan di Unisel, Batang Berjuntai (sempat mengaji selama setahun), saya seronok berada dalam kelompok kawan-kawan yang cerdik-cerdik belaka. Kita terpalit sama dengan kecerdikan mereka. Walaupun rata-ratanya umur dua tahun muda dari saya, tapi saya bersyukur dan tidak berasa janggal walau sedikit pun. Saya bertambah minat dengan pelajaran yang saya ambil ketika itu. Sedangkan saya bermula dengan zero dan tidak minat dengan subjek akaun. Lihat, betapa ajaibnya aura yang saya dapat ketika itu. Tapi, yang penting, kena pandai pilih kawan.. Bau wangi yang kita inginkan akan kita rasai bersama... Jangan ambil bau yang busuk pula, nanti makin tak best jadinya!!

Apabila menginjak usia dewasa ni, banyak yang telah saya pelajari..Mana yang baik yang perlu saya ikuti, saya akan ambil sebagai ilmu yang perlu dipelajari. Setiap sudut pandangan kita, kita harus berfikir secara positif walau macam mana keadaan sekalipun.. Tak boleh lansung kenal erti putus asa jika inginkan kejayaan dalam hidup dan menjadi insan cemerlang!!

"Barang siapa yang berlatih kesabaran, maka Allah akan menyabarkannya. Dan tidak ada seorang pun yang mendapat kurnia Allah yang lebih baik atau lebih daripada sabar" ~ Al-Bukhari

Terus terang saya katakan, saya bukanlah pelajar yang cemerlang ketika di sekolah dan sekarang ini. Bahasa Inggeris saya pun adakalanya tunggang terbalik lagi. Tapi kerana saya ada kesedaran dan saya suka membaca, saya cuba atasi kelemahan saya itu dengan keupayaan saya yang tersendiri. Saya juga bukan jenis insan yang suka dikenali ramai dan peramah tak pasal-pasal, tapi saya tetap menjadi diri saya yang InsyaAllah akan membuatkan orang di sekitar saya senang bersama saya.

Cuma, baru-baru ini, perasaan saya tak menentu kerana saya berasakan ilmu dan keupayaan saya tidak cukup hebat berbanding dengan kawan-kawan kelas yang lain. Saya agak down sedikit. Sedih bertandang di hati.. Sungguh!! Mereka telah berada di level yang tersendiri.. Saya bersama dengan sahabat yang jauh ilmunya dari saya. Saya tak tahu nak luahkan macam mana. Saya tak gemar dengan situasi sekarang. Padahal final exam saya akhir bulan ni.. Assignment pun banyak yang tak siap lagi. Tension dibuatnya. Saya jadi takut tak mampu nak kejar apa yang saya nak!!

Beza antara kami adalah pengalaman. Saya belum lagi merasai sebenar-benarnya alam pekerjaan jadi saya tidak mampu memandang dari sudut seorang pekerja. Itu yang membuatkan saya berasa rendah diri. Saya merasakan orang-orang yang telah bekerja ini sebagai orang yang suka mengambil kesempatan ke atas budak-budak yang masih naif terhadap dunia pekerjaan (maaflah jika ada yang terasa. saya cuma nak meluahkan je). Tapi saya bukanlah jenis manusia yang mudah berputus asa cuma itulah halangan dan cabaran yang perlu dihadapi.

"Menangislah kamu, maka jika kamu tidak boleh menangis, maka carilah jalan supaya menangis kerana Allah di mana diriku dalam kekuasaan-Nya, jikalau salah seorang kamu mengetahui hakikat yang sebenarnya (tentang manusia selanjutnya) sesungguhnya ia akan memekik sehingga habis suaranya dan sesungguhnya ia akan sembahyang sehingga retak pinggangnya" ~ Abdullah bin Amr Ash

Malam tadi, sempat saya meluahkan apa yang terbuku di hati kepada insan yang paling saya sanjungi, Ummi tersayang. Tersedu-sedan dibuatnya.. Alang yang baru balik kerja pun menjadi hairan melihat keadaan saya. Dari seorang yang banyak cakap dan happy go lucky ketika di rumah dengan tiba-tiba berendam air mata. Abah pun nampak sedih juga. Tapi itulah dinamakan cabaran. Saya tak boleh mengalah!!!

Pengajian saya untuk MBA ni akan berakhir pada akhir tahun ini, insyaAllah. Ada sebab kenapa saya menjadi insan terpilih menggalas amanah ini. Saya suka dengan dunia baru yang saya lalui. Saya suka dengan subjek Usul Fiqh dan ilmu-ilmu di dalamnya. Walaupun saya bukan pelajar fakulti Akademi Islam, tapi ilmu Usul Fiqh ini membuatkan saya memandang keseluruhan hidup yang saya lalui berdasarkan cara hidup sebagai seorang Muslim. Banyak yang kita terlepas pandang apabila bermuamalah dengan orang lain dalam apa jua urusan sekalipun walaupun dengan Allah s.w.t.. Mana yang halal kita anggap biasa sahaja dan yang haram kita tidak ambil pedulipun!! Padahal itulah titik tolak menjadi Muslim yang berkualiti terhadap pencipta!! Jadi bagi yang tahu, baguslah, amalkan apa yang dipelajari dan beri nasihat dengan berhikmah kepada yang tidak tahu..


Ada yang beranggapan saya seorang wanita yang sangat bijak dan cerdik walaupun saya ini insan yang sederhana sahaja. Ada juga yang beranggapan saya pelajar pengajian Islam walaupun hakikatnya saya adalah pelajar pentadbiran perniagaan dengan e-dagang. Tapi, itulah motivasi saya. Saya cuba menjadi insan yang sangat laur biasa bagus demi membanggakan Ummi dan Abah saya, juga sebagai satu kejayaan buat diri saya. InsyaAllah, dengan ilmu baru yang saya pelajari ini, saya akan membanggakan bangsa saya dan sebagai mengggalas tugas khalifah Allah s.w.t. Itulah catatan yang perlu malaikat Raqib dan 'Atid lakukan untuk diriku.

~ Apa jua tindakan yang ingin kita lakukan, ingatlah, pasti ada mata-mata yang sentiasa memerhatikan kita samada dengan tujuan yang baik ataupun jahat. Hidup ini hanya pinjaman sahaja, jadi sebaik mungkin lakukan usaha kita dengan kita niatkannya hanya untuk Allah s.w.t.

~ Terima kasih buat insan yang sangat sabar dengan karenah diriku ini. Tanpa dirimu, aku hilang seri.. Aku sangat menghargainya dan aku akan cuba sebaik mungkin untuk menjadi insan yang terbaik!! Never give up!!

~ Ada kaitan ke dengan tajuk entri?? Mana yang baik, ambil tau.. Mana yang terkurang tu, tolong sedarkan diri ini..

No comments: