Monday, March 22, 2010

BERBULAN MADU ~ LANGKAWI (2)


 Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah berkesempatan lagi untuk saya berkongsi dengan anda lagi..Hidup kena berbagi apa yang kita rasa. Tapi cukuplah yang perlu sahaja. Ok kita sambung cerita semalam..

Lepas kami semua puas menjelajah di Oriental Village dan naik cable car, kami bercadang ingin ke Makam Mahsuri. Tapi sebelum itu, kami kena isi perut dulu. Tak ingat makan kat mana tapi tukang masak tu orang Pattani. Boleh tahan la...


Destinasi seterusnya, Makam Mashuri. Hari agak panas dan cuaca pun baik. Rasa-rasanya semua dah tahu cerita disebalik kisah ni kan. Tak perlulah saya cerita panjang lebar lagi. Bayaran yang dikenakan saya tak pasti. Tapi dalam kawasan ni ada macam-macam tempat. Ada muzium, ada rumah Kedah, ada mini zoo dan lain-lain lagi. Semuanya kami pergi. Tapi biasalah, Ummi tak boleh jalan lama-lama, masa kat rumah Kedah tu, Ummi dengan ditemani adik-adik duduk berehat di bahagian tangga. Sebelum pulang, Ummi dan Abah beli minyak gamat yang ada dijual di sini. Ummi tahu saya ada sinus, so Ummi pesan kat makcik yang jual gamat ni untuk beli 2 mangkuk sup gamat. Saya layan je... Tak mahu Ummi marah kalau saya tolak. Sup tu macam sup ayam juga tapi isi gamat..

Perjalanan seterusnya adalah ke kawasan Air Hangat. Kawasan ni agak suram je dari pengujung.. Lagipun hanya satu je kawasan tadahan yang boleh dikatakan hangat. Masa kami datang tu, ada sekumpulan warga dari China sedang beristirehat di sini. Pada mulanya saya tak nak join untuk letak kaki bagi berendam di sini tapi bila tengok line clear, cepat-cepat saya masukan kaki. Lega seketika.. Kami sekeluarga yang menguasai kawasan ni..hehehe.. Sebelum balik, Abah dan Ummi sempat berurut dengan tukang urut di sini. Lama juga. Khidmat Urutan yang diberi pun bagus menurut kata Abah saya lah. Lagipun, tukang urut ni pernah urut Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Masing-masing keletihan nampaknya. So, kami pulang ke pangkal jalan..huhu.. Malamnya pula, ada antara kami tak ikut berjalan. Abah dah tak larat. Tak pergi ke mana-mana pun, cuma sekadar berjalan-jalan di Pekan Kuah. Tapi Ummi sempat beli beg untuk Utih di sebuah pasaraya.


15 Mac 2010

Pagi ni kami hanya bersarapan roti yang dibeli sebagai alas perut. Hari ini, Pakcik Ijan turut menyertai kami dan dia akan bawa kami semua ke tempat yang lebih menarik. Destinasinya adalah Kilim Geoforest Park. Kawasan paya bakau ni.. Kami kena naik bot..

Memandangkan Pakcik Ijan ni polis Marin, so, rata-rata peniaga dan pemilik bot di sini kenal denganya. Kami pergi ke Gua kelawar dahulu. Mana yang muda-muda ni, kami teroka bahagian dalam gua siap naik tangga lagi. Memang ada kelawar pun tapi tengah tidur la.. Seterusnya, pemandu bot ni bawa kami ke kawasan perusahaan ikan air tawar. Menarik sangat sebab dapat tengok ikan besar-besar. Maklumlah kami semua bukan kaki pancing. Dulu Angah ada juga berminat dengan hobi ni tapi dia macam tak boleh pergi je sebab ada hal lain. Paling best bila pemuda yang menjadi pengiring kami mempelawa kami untuk memberi ikan-ikan ni makan. Jinak-jinak.. Tapi paling saya suka, ikan menembak. Lupa nama apa. Tapi ia hanya makan serangga dan ia memburu mangsanya dengan menembak tapi guna air la.. Tepat lor.. Even dalam mata kita pun ikan ni boleh tembak sebab ia menyangka itu adalah makanannya. Tapi pemuda ni hanya bagi ikan ni makan roti je..


Seterusnya kami pergi ke Gua Buaya. Menurut kata pemandu bot, memang ada buaya cuma tak pasti jantan atau betina dan ia tak kan datang dekat jika dengar bunyi enjin. Tapi kalau bot biasa, memang buaya ni akan hampir. Kami tak lama kat sini. Seterusnya, kami menyusuri kawasan yang menjadi tumpuan langkawi.. Kawasan helang. Langkawi ni mengambil nama sempena helang yang banyak di sini dan bersempena batu kawi yang boleh dibuat marble. Helang ni duduk atas puncak bukit atau gunung. Kami diberitahu, para pengunjung tak dibenarkan memberinya makan sebab takut akan menyebabkan ia pupus apatah lagi jika diberi makan ayam.





Perjalanan kami seterusnya melihat ke bahagian laut. Tapi sebelum tu ada kejadian yang Allah telah ciptakan yang mana ia sangat menarik untuk dikongsi. Anda perhatikan betul-betul bulatan yang berwarna merah ni. Sebelah kanan gambar kelihatan seperti hidung manusia dan di sebelah kiri gambar kelihatan seperti orang red indian. Wallahu'alam.. Kami juga lihat pulau yang menyerupai kasut dan penyu. Subhanallah.. Rasa kerdil betul.. Line handphone dah masuk kawasan Thailand dan kami juga boleh nampak Thailand walaupun ia berbalam-balam.

Setelah penjelajahan kami dengan menaiki bot selesai, kami menjamu selera. Yelahkan, pagi tadi sarapan dengan roti je.. Perut pun dah berbunyi.. Bayaran bot ni pun saya tak pasti berapa tapi lebih kurang kot. Mereka kenal pakcik saya ni..


Next trip adalah ke kawasan jeti. Saja nak lihat bot-bot berlabuh. Tempat ni tak jauh dari Pulau Dayang Bunting. Tapi kami tak pergi pun pulau ni. Sempat bergambar di tugu Langkawi yang mana ia famous dengan Helang.


Jika datang ke Langkawi, tak sah lah kalau tak beli barang-barang yang murah di sini. Ummi dari awal lagi nak beli pinggan mangkuk dan kain baju. So, Pakcik Ijan bawa kami ke tempat yang sepatutnya, Haji Ismail Group. Memang glamour sungguh Tuan Haji ni.. Rata-rata kawasan jualan adalah miliknya. Nak kata banyak yang kami beli tu tak juga tapi boleh lah. 2 set pinggan mangkuk, set pisau, 20 helai kain batik dan cenderamata lain-lain macam keychain, baju tulisan Langkawi dan seluar pantai. Huhuhu.. Last but not least, kami pergi tempat kerja Pakcik Ijan. Teruja kejap.. Cantik dengan bot-bot peronda polis marin.



16 Mac 2010

Hari terakhir kami di sini. Kami sarapan pun dekat airport je tapi bukan dalam bangunan tu. Just makan nasi lemak dan air oren twister yang di beli di luar. Tak dan nak makan kat food court dalam ni. Mahal ooo. So, kami lepak bergilir-gilir makan di bangku luar bangunan. Datang hari tu, bawa 9 beg dan bagasi tapi bila nak balik pula, ada 14 beg dan bagasi berserta barang yang di shopping. Ni tak termasuk beg laptop dan ole-ole yang dipegang di tangan masing-masing.. Hebat-hebat.. Apa-apa pun, inilah percutian yang sangat bermakna dalam hidup saya setelah saya dewasa ini. Sebenarnya, dah dah 2 kali saya tak dapat berjalan ramai-ramai macam ni. Inilah hadiah yang paling indah buat saya. Walau banyak onak berduri yang dilalui, alhamdulillah semuanya berakhir.. Tapi saya masih mengharapkan dan berdoa moga sinar ketenangan itu akan bersama kami selamanya. Ikatan yang ada tak boleh dipisahkan. Saya amat merinduinya.. Moga sinar itu pun begitu.. Hargailah selagi mana yang berkuasa itu ada kerana ia tak kan datang untuk kedua kalinya..

~ Modal gambar adalah adik-adik saya yang sangat happening..

4 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

salam...bestkan g langkawi...hehhe

Brilliant Marjan said...

wslm..ye, memang best..hehe.tq =)

pu3 balqis said...

bestnya.. rindu pada langkawi...
rindu semua menda kat mlysia..
T_T

Brilliant Marjan said...

sabar pu3...

awk di sana adalah menuntut ilmu. memang ada harga yg perlu dibayar..tak usah memikirkannya..good luck!!