Wednesday, August 11, 2010

HADIAH RAMADHAN


Dengan rahmat Tuhan Ramadhan tiba lagi
Ramadhan membawa hadiah-hadiah yang terlalu banyaknya
mahal dan besar-besar dari Tuhan
Hadiah buat orang bertaqwa
Bukan untuk orang Islam
Lebih-lebih lagi bukan untuk orang yang zalim dan fasiq
Hadiah dari Tuhan yang bermacam-macam
Diletakkan di dalam batil-batil dari bahan-bahan yang mahal

Di antara hadiah-hadiah itu ialah:
1. hadiah keampunan Tuhan, hadiah terbesar buat orang yang bertaqwa
2. hadiah keredhaan-Nya juga mahal
3. kasih sayang-Nya yang sangat diperlukan
4. rahmat-Nya, hidayah dan taufiq-Nya
5. berkat dari-Nya dunia Akhirat
6. diberi-Nya pahala berganda-ganda.
7. hadiah lailatul qadar diberi ganjaran seribu bulan beribadah.
8. akhirnya Syurga Tuhan yang kekal abadi.

Kedatangan Ramadhan yang sebenarnya bertukar-tukar hadiah
di antara hamba-hamba dengan Tuhan
Hadiah di antara dua pihak bukan satu pihak sahaja
Hadiah dari Tuhan adalah mahal nisbah hamba
Hadiah dari hamba adalah mahal juga untuk Tuhan
Siapa yang dapat menghadiahkan sesuatu yang mahal kepada Tuhan
maka dapatlah hadiah dari Tuhan yang juga sangat mahalnya

Rupanya ketibaan Ramadhan pun bertukar-tukar hadiah di antara hamba dengan Tuhan
Tidak semua hadiah hamba dibalas hadiah oleh Tuhan
Hadiah-hadiah yang mahal dari hamba sahaja yang dapat balasan hadiah oleh Tuhan
seperti yang akan disebutkan
Wadah-wadah orang yang bertaqwa yang hendak diisi dengan hadiah-hadiah tadi
ada pulangannya

Wadah-wadah itu banyak pula di antaranya:
1. Ada wadah puasa yang diisi dengan keinsafan, timbang rasa, kesabaran, rasa hamba, rasa lemah, lembut hati, lapang dada, bertolak ansur

2. Wadah sembahyang diisi dengan hadiah-hadiah rasa kehambaan, rasa dilihat, rasa hina, rasa rendah diri, lembut hati, rasa harap, malu, rasa kerdil, tawadhuk, khusyuk, gementar, takut, taubat, menyesal, takut dengan dosa di masa depan.

3. Wadah membaca Al Quran diisi dengan dapat ilmu, pengajaran, keinsafan, terasa kebesaran Tuhan, terasa rahmat dan kasih sayang-Nya kepada insan, hati tenang, bertambah takut dengan Tuhan, dengki hilang

4. Wadah zikir seperti tasbih, tahmid, takbir, selawat, doa diisikan dengan mensucikan Tuhan, mMemuji Tuhan, membesarkan Tuhan, tawakkal, penyerahan diri kepada Tuhan, baik sangka dan harap, membesarkan Akhirat, mudah dengan dunia, dunia tidak menyusahkan hatinya, tenang dengan dunia, gelisah dengan Akhirat

Jika setiap wadah-wadah tadi dapat diisi dengan rasa-rasa yang telah disebutkan tadi
Orang bertaqwa sungguh dapat menghayati Ramadhan dengan akal fikiran,
hati dan jiwa raganya
Roh Ramadhan menjadi roh kepada hatinya dan jiwanya
Roh di atas roh, jiwa di atas jiwa
Rohnya bercahaya dengan cahaya Ramadhan
Itulah orang bertaqwa
Orang bertaqwa sahaja yang pasti dapat hadiah yang besar
Kerana orang bertaqwa itu dapat membawa hadiah pula untuk Tuhan
Hadiah-menghadiah bertukar-tukar hadiah di antara hamba dengan Tuhan
Sesiapa yang tidak dapat memberi hadiah di bulan Ramadhan kepada Tuhan
seperti yang telah dinyatakan
Dia tidak akan dapat hadiah dari Tuhan
Sesiapa yang tidak dapat hadiah dari Tuhan sia-sia sahaja Ramadhan
Dia tidak dapat apa-apa kecuali dahaga, kelaparan, kehausan dan keletihan
Cuba kita fikirkan Ramadhan yang telah lama kita lalui
Adakah kita membawa hadiah-hadiah yang berharga kepada Tuhan?
Kita tentu dapat mengagak nilai hadiah yang kita anugerahkan kepada Tuhan
setiap Ramadhan bukan?

Apakah hadiah hadiah kita itu Tuhan balas dengan hadiah yang telah disebu tkan?
Semua soalan-soalan itu setiap orang boleh memberi jawapan
Berdasarkan ilmu pengetahuan seperti yang digambarkan
Sungguh susah hendak dapat hadiah dari Tuhan di bulan Ramadhan
Kerana bulan Ramadhan kita jadikan pesta minum dan makan
Pesta borak-borak dan bualan-bualan selepas sembahyang sebelum pulang
Bukan pesta mencapai hati dan jiwa takut dan cintakan Tuhan
Bulan Ramadhan sebenarnya adalah pesta rohaniah, pesta hati dan jiwa
Ramadhan bukan pesta lahiriah
atau pesta syariat, rohnya tidak ada

@~ Selamat menjalani ibadah puasa kawan-kawan.. Moga amalan kita dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik.. Amin

Saturday, July 31, 2010

ARAH YANG TAK TENTU ARAH

Assalamualaikum w.b.t

 (Imam Muda Asyraf)

Sebelum saya menyentuh tajuk topik di atas, terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah buat Imam Muda Asyraf yang mana beliau menjadi johan untuk musim pertama pencarian Imam Muda. Hadiah yang dimenangi sangat-sangat berbaloi. Hati cukup tertarik tatkala melihat Imam Muda Asyraf melaksanakan tugas di kampung halamannya di Pulau Pinang.

Imam yang mengajak remaja menunaikan solat walaupun setelah keletihan bermain futsal. Tetapi kerana panggilan Ilahi itu lebih penting, maka ditunaikan juga dikawasan permainan futsal. Itulah Imam yang dikehendaki oleh masyarakat pada masa kini. Bukan setakat hebat mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran dan berkhutbah tetapi Imam yang sanggup turun padang untuk mendekati setiap lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja untuk sama-sama mengajak ke arah kebaikan. Tidak hanya tunggu dan lihat tetapi Imam mesti turut gerak bersama mencari mereka yang inginkan cahaya kebaikan.

Di sini, kita sudah nampak matlamat dan halatuju program ini. Objektif utama untuk mencari golongan muda yang perkepimpinan dalam menjadi pelapis Imam yang sedia ada untuk menarik seramai mungkin para remaja ke arah kebaikan dan mengelakkan mereka dari terjebak ke arah yang tidak baik.

Tetapi bagaimana pula jika, kita tidak tahu arah dan halatuju kita?? Apakah kita tahu dan sedar tentang matlamat hidup kita di dunia dan di akhirat kelak? Adakah kita sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku?

Dengan itu, mari kita ikuti cerita pengajaran di bawah ini. Moga ada manfaatnya bersama.

......................................................



Seorang lelaki yang sedang sesat jalan, berada di empat persimpangan.

"Mana satu simpang yang harus saya pilih?" tanyanya kepada seorang yang kebetulan berada di situ.

"Kamu hendak ke mana? Ke mana destinasimu?"

"Saya tidak tahu..." jawab lelaki itu.

"Kalau begitu, apa dikisahkan simpang yang mana... Pilih saja mana-mana satu."

Moral cerita:

Tidak ada angin yang memihak kepada kapal yang tidak ada pelabuhan untuk dituju. Sebaliknya, dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan dalam hidupnya. Tanpa panduan wahyu, manusia akan sibuk mencari. Namun, mencari sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti, apakah mungkin ditemui?

~ Jadi binalah matlamat anda.. Bulatkan hati untuk membuat sebarang keputusan. InsyaAllah hidup anda akan lebih terarah.

Friday, July 30, 2010

PROGRAM IMAM MUDA MELAKAR SEJARAH

Assalamualaikum w.b.t.


Berdasarkan pada tajuk entri di atas, pasti ramai yang sedia maklum tentang program ini jika mengikutinya dari awal lagi. Sepuluh calon Imam Muda dipilih melalui uji bakat dan telah pun menjalani dan mengikuti jadual ketat di bawah pimpinan Datuk Hassan Mahmood sebagai Pengetua dan dibantu oleh dua tenaga pengajar iaitu Ustaz Shahrizan Daud dan Syed Mohd. Norhisyam Tuan Padang. Dan pada malam ini, kemuncak siapakah Imam Muda bakal terjawab tidak lama lagi. Sama ada Imam Muda Hizbur atau Imam Muda Asyraf kita akan saksikannya..

Tetapi sebelum itu, suka saya menyingkap kembali tentang program ini yang tak ketinggalan saya mengikutinya.. Imam Muda merupakan program perintis yang bersiaran di Astro Oasis (saluran 106) di mana program ini merupakan pencarian tokoh kepimpinan remaja bercorak keIslaman. Program ini sangat bermanfaat untuk para remaja dalam meniti tanggungjawab hidup bermasyarakat. Apatah lagi tanggungjawab seorang Imam yang perlu menghadapi cabaran dan tugasan dalam kehidupan masyarakat Islam zaman moden kini.

Cabaran demi cabaran yang dilalui oleh sepuluh peserta Imam Muda termasuklah menguruskan jenazah yang telah tiga bulan tidak dituntut, memberi motivasi kepada kanak-kanak serta golongan dewasa di rumah perlindungan, operasi ke pusat penyembelihan dan rumah pelacuran serta memberi kaunseling kepada pasangan suami isteri yang bermasalah..

Sebenarnya, saya sangat tertarik dengan isu pengurusan jenazah yang berisiko iaitu menguruskan mayat yang tidak dituntut yang mana ia berbau dan macam-macam lagi. Bagi saya, itu cabaran terbesar buat Imam Muda. Kebetulan ia isu pertama yang dipaparkan di kaca tv. Usaha Imam Muda ini melaksanakan fardhu kifayah menjadi tanggungjawab besar akan peranan seorang Muslim yang bakal menjadi Imam. Hal ini jika tiada siapa yang menguruskan, pasti menjadi dosa besar dan akan menerima akibatnya ialah ahli qaryah terbabit. Jadi itu adalah tugas berat apabila menjadi Imam kelak.

Saya memang kagum dengan bakal Imam Muda ini. Tugasan yang dipikul bukan mudah apatah lagi ada diantara mereka yang masih muda umurnya. Namun itulah realitinya. Setiap dari kita akan memikul tanggungjawab tersebut sama ada kita masih muda atau tua sekalipun. Allah s.w.t telah memberikan kita peranan untuk kita laksanakan dengan sebaik mungkin.

Berbalik kepada program ini, fenomena dan auranya bukan sahaja dalam negara tetapi turut sampai ke seluruh dunia. Bukan calang-calang program yang boleh membuatkan ia mendapat liputan meluas apatah lagi ia merupakan hasil anak tempatan. Nilai-nilai murni yang dipaparkan sangat menarik minat semua golongan dan sudah pasti ia mencerminkan yang Islam itu indah. Dengan itu, ia pasti menerbitkan perasaan untuk orang bukan Islam mendekati Islam.

Hari ini, malam ini, Imam Muda akan melabuhkan tirainya. Bagi saya, siapa pun pemenangnya, tugas anda selepas ini adalah membawa nilai yang baik untuk tatapan masyarakat. Kembalikan Islam ditempatnya. Itulah tugas berat yang menanti. Kita sebagai masyarakat, juga perlu bersama membawa kesedaran membantu mana yang mampu. Kita sebenarnya adalah Imam kepada diri kita sendiri.

~Tertanya dihati, ramai ke jumlah penonton yang menangis apabila mengikuti rancangan Imam Muda ini???

~ Saya sangat tertarik dengan sisipan soalan yang dikemukan dalam program ini seperti: Adakah dibenarkan upacara perkahwinan berlansung bersama dengan majlis aqiqah? Jawapan: Aqiqah bukan tujuan untuk menunjuk jadi tidak boleh dilakukan bersama dengan kenduri kahwin. Banyak lagi soalan yang sangat berguna untuk diketahui..

~ Bila sesi akhir siapakah yang terkeluar, saya suka lagu iringan yang dialunkan...rasanya suara Akil Haiyy.. Zikir apa tu? Nak cari kat mana ye?

~ Saya juga pernah mengikuti latihan pengurusan jenazah..tapi ketika itu ia lebih kepada ikhtifal di sekolah.. Namun, pengalaman membantu menguruskan jenazah makcik, sangat bernilai bagi saya walupun peranannya hanya sedikit...

~ Sejuk hati melihat peserta Imam Muda ini. Baru saya nampak tugas seorang Imam bukan mudah. Sangat meluas skopnya..

~ Tagline yang digunakan: MEMECAH TRADISI... SATU PENEMUAN DALAM SEBUAH KEHIDUPAN... Suka sangat ayat ni..

Tuesday, July 27, 2010

AL-KISAH CAWAN CANTIK

Assalamualaikum w.b.t.

Salam ceria semua. Pagi ni baru saya rasa nikmat sikit sebab sebelum ni bertungkus lumus menyiapkan tugasan kajian, slide presentation dan assignment yang diberikan pensyarah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Moga-moga perasaaan ini stabil dan kesihatan saya ditahap yang tinggi sebelum menjelang peperiksaan akhir semester.

Seperti biasa, saya suka berkongsi cerita pengajaran yang boleh membuatkan kita sedar dan tidak leka. Lagipun berkongsi ilmu tidak salah tapi berkongsi suami tu, kena fikir-fikirkan.. Ahaks! Lari topik pula.. Jom kita lahit apa yang ada.. Kalau yang dah tahu, lagi bagus, tapi bagi yang tak tahu...ingatan dan motivasi kita..

......................................................

 (gambar dari google)

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka..

Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya.

"Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk.

Pada ketika mereka mendekati cawan itu,tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara, "Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna..

Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar..Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku menjerit..

Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop jeritku lagi..Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan jeritanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! jeritku dengan kuat. Stop ! Cukup ! jeritku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !

' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk.

Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku..

Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku menjerit. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini !

Sambil menangis aku menjerit sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan jeritanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk.

Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali..

Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya..



Moral Cerita:

Terkadang kita harus menghadapi kesukaran terlebih dahulu
sebelum memperolehi kesenangan..

Kata pepatah,
"Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"

Allah mengujimu dalam kehidupan supaya engkau
menjadi insan yang lebih baik pada masa hadapan..
Jadi, bersabarlah..teruskan langkah, jangan mudah mengalah..
Dia tak kan membebanimu diluar batas kemampuanmu..
..insyaALLAH..
ALLAH Pencipta Manusia,
Dia Lebih Mengetahui Yang Terbaik Buat CiptaanNYA


~ Saya tak ingat sumber cerita dari mana..Apa yang penting, sebelum kita dapat hasil yang hebat atau dapat bintang dan bulan di langit, kita akan mengalami kesukaran yang pahit untuk mencapai apa yang kita inginkan...Macam nak dapat bintang dan bulan, kena jadi angkasawan dulu..huhu..metafora je tu..

Sunday, July 25, 2010

AL- QURAN SEBAGAI HANTARAN

Assalamualaikum w.b.t

Hayati kisah yang dipaparkan ini dengan hati terbuka dan ambillah pengajaran daripadanya. Semoga hidup anda semua terutamanya sahabat blogger saya dilindungi Allah s.w.t.

**********************************************



Pekik Jamilah kepada Nabil, “Sayang, tengok ni. Cantiknya Al-Quran ni. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran.”

Nabil membalas, “Yang ini pun cantik juga. Warnanya ungu keemasan. Mana satu kita nak beli ni?”

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu senaskah Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

Jamilah mengeluh, “Tapi, yang ni lagi menarik, ada terjemahan arab sekali.”

Nabil menjawab, “Awak bukan fasih pun bahasa Arab.” Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

Tiba-tiba seorang pakcik berusia dalam lingkungan 40-an menegur,“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat.” Beliau yang berbaju putih berjalur ke bawah menampakkan lagi seri wajahnya.

Nabil tersengih dan kemudian menjawab, “Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid.” Jamilah ikut tersenyum tidak jauh dari situ.

Sambil tersenyum, pakcik tadi bertanya, “Oh. Baguslah. Adik selalu baca waktu bila?”

Nabil menjawab dengan teragak-agak. “Aa.. aa.. Lama dah saya tak baca, pakcik.“ Ketika itu, Jamilah sudahpun di sebelah rak yang lain.

Kemudian, pakcik itu menegurnya dengan berhemah. “Kalau begitu, tak perlulah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik.”

Tiba-tiba Jamilah muncul dan dengan selambanya menjawab. “Alah, pakcik ni, kacau daun pula urusan orang muda. Kami beli ni, untuk nak baca la.”

Pakcik itu kemudiannya menyahut lagi. Rupanya yang seperti ahli-ahli masjid terpanggil untuk mencadangkan sesuatu. “Oh, baguslah. Kalau begitu belilah tafsir Ar-Rahman. Ada tafsiran lagi.”

Jamilah tersenyum dan menjawab sambil mengangkat senaskah Al-Quran berwarna ungu keemasan dan saiznya lebih kecil. “Ala, besarlah pakcik. Kami nak pilih yang ini. Cantik.”

Sebelum pakcik itu berlalu dan meninggalkan pasangan tersebut, dia berpesan lagi, “Jangan lupa baca ya.”

Jamilah mengomel. “Sibuk saja pakcik tu.”

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin terpukul dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.


Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah pun bersolek. Hari nan indah, terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua.” Ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya di hadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

Ustaz Saad menegur, “Inikah pengantin hari ini?”

Nabil menggigil, “Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin.” Cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, Ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

Nabil cuba mengagahkan diri. “Ss.. su.. surah apa ustaz?” Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

Ustaz Saad berkata sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah Nabi. “Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah Ar-Ra’d.”



Surah Ar-Ra’d

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

Nabil membaca sambil berlagu, “Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!”

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam Al-Quran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA..” kedengaran suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Qurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

Ustaz Saad berkata, “Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran. Beli Al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim.” Tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat.”

“Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.”

Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

.............................................................

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran perkahwinan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! SMS dari Ustaz Sa’ad tiba. “Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya, Nabil.” Jamilah senyum di sisi suaminya, Nabil.

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

“Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong.” (An-Nahl ayat 105)

“Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka.”(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

-Berpesan-pesan sesama insan-

Tamat

SUMBER : YAQEEN AHMAD 
~ Teringin nak belajar al-Quran secara bertaranum..lagu rast, lagu soba, lagu bayati, lagu hijaz, lagu nahwand, lagu jiharkah dll..

Saturday, July 24, 2010

TAK MUNGKIN BERPALING


(versi kartoon..cute!!)


(real..)


Lirik Lagu Tak Mungkin Berpaling – Mawi ft Zamani

Tidak mungkin kuberpaling lagi
Salah sangka yang direncanakan
Gelora melanda
Adalah dendammu
Setelah diriku
Tak mampu menjadi milikmu

Cukup sudah hati berdarah
Usah ditambah cerita yang sudah
Di mana kekasihmu
Yang pernah kau sanjungi
Mengapa pula padaku
Menjadi pelepas ceritamu
Dan jua sepimu

Usah menabur budi
Mengharapkan simpati
Sedangkan kau menitip
Cemburu iri hati

Tak mungkin kuberpaling
Padamu yang meracuni
Rimbunan kasihku
Sehingga berguguran
Kelopak cinta kita
Kerana mu, tak lagi mengerti hatiku

Ulang rangkap 3

Sehingga berguguran
Kelopak cinta kita
Kerana fitnahmu

Walau segunung sesalmu
Tak mungkin kukembali
Cukuplah sekali
Kejelekanmu
Menggamit pilu

Tidak mungkin kumaafkan lagi
Salah sangka yang direncanakan
Gelora melanda
Adalah dendammu
Setelah diriku
Tak mampu menjadi milikmu
Sepenuhnya

*** Lama tak tengok Zamani nyanyi.. Lagu ni memang best. Namun sekadar halwa telinga saje..

Wednesday, July 21, 2010

PERHIASAN DUNIA AKHIRAT

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi Allah s.w.t yang memberikan nikmat buat saya sehingga saya masih lagi berpeluang meneruskan hidup ini. Sejak akhir-akhir ini, kesihatan saya tidak mengizinkan apatah lagi bercampur dengan bebanan tugas yang tak pernah padam. Namun, alhamdulillah segala dugaan itu makin berkurangan kerana saya telah selesai melakukan presentation mini thesis dan presentation subjek yang sepatutnya..

Inilah dugaan apabila bergelar pelajar tambahan sedikit masa lagi akan menggenggam skrol MBA Muamalah pula. Nilai diri makin bertambah dari masa ke semasa. Hanya perlu bersabar sahaja. Sekarang ini tinggal menyelesaikan laporan kajian dan satu presentation Al-Qawaid Fiqhiyyah yang akan dibentang Isnin minggu hadapan. Semoga semuanya berjalan dengan mudah.

Suka saya berkongsi dengan anda satu ilmu baru hari ini. Karakter masyarakat Islam yang terbentuk dari sifat yang baik yang berpaksikan pada akhlak al-Quran. Semoga ada manfaatnya untuk anda semua..

*********************



" Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dgn Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau ia tak kelihatan... "

Karakter ini merupakan hiasan utama terbentuknya masyarakat Islam dan tertegaknya sistem Islam di muka bumi serta menjadi tiang penyokong peradaban dunia. Sepuluh karakter itu adalah:

~ Salimul Aqidah :
Bersih akidah dari sesuatu hal yang mendekatkan dan menjerumuskan dirinya dari lubang syirik.

~ Sahihul Ibadah :
Benar Ibadahnya menurut Al-Quran dan As Sunnah serta terhindar darisegala bid'ah yang dapat menyesatkannya.

~ Matinul Khuluq :
Mulia akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah keperibadian yang menawan dan dapat meyakinkan kepada semua orang bahawa Islam adalah rahmat bagi seluruh alam (Rahmatan Lil-'Alamin).

~ Qawiyul Jismi :
Kuat fisiknya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmani yang merupakan amanah/anugerah dari Allah S.W.T.

~ Musaqaful Fikri :
Luas wawasan berfikirnya sehingga dia mampu menerima berbagai informasi serta perkembangan yang terjadi disekitarnya.

~ Qadirun 'alal Kasbi :
Mampu berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa mandiri dan tidak mahu bergantung kepade orang lain dalam memenuhi segala keperluan hidupnya.

~ Mujahidun linafsihi :
Bersungguh-sungguh dalam jiwanya sehingga menjadikannya seseorang yang dapat meningkatkan setiap kesempatan pada dirinya ataupun orang lain.

~ Harisun 'ala waqtihi :
Kecekapan dalam memanafaatkan waktunya sehingga menjadikannya seorang yang pantang membuang waktu, tak jemu untuk melakukan kebaikan. Kerana waktu yang kita gunakan selama hidup ini akan dipertanggungjawapkan hadapan Allah S.W.T.

~ Munazham Fi Syu'unihi :
Teratur dalam urusannya hingga menjadikan kehidupannya sempurna dalam segala hal yang menjadi tanggungjawap dan amanahnya. Berusaha menyelesaikan semua masalahnya dengan cara yang baik.

~ Nafi'un Li Ghairi :
Bermanafaat bagi orang lain sehingga menjadikannya seseorg yang bermanfaat dan diperlukan. Kewujudannya akan menjadikannya sebuah kebahagiaan bagi orang lain & ketiadaannya akan menjadikan kerinduan pada orang lain.

Mudah-mudahan dengan sepuluh karakter yang dikemukan di atas menjadikan kita lebih bermotivasi diri untuk dapat merealisasikannya dalam kehidupan kita. Semoga menjadi mujahid dan mujahidah sejati. Iman dan taqwa jadi keutamaan...bukannya harta dan keindahan dunia yang sementara ini...

**** Rupa wajah saya ibarat orang tak tidur malam...tanda study yang tak sudah-sudah.. Syafakallah buat si dia yang ditimpa kemalangan. Semoga anda cepat sembuh ye.. Beringat selalu..