Sunday, February 27, 2011

MINTALAH SENTIASA

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Surah Al-Baqarah Ayat 45)

Doa Adalah Intipati Kepada Segala Ibadah

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: "Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: " Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak." Riwayat at-Tirmizi

i) Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak.

ii) Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.

iii) Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu merupakan perkara-perkara yang baik. Begitu juga Allah yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan.

Mintalah Kepada Allah Swt Sentiasa

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqarah: 186)

Mintalah kepada Allah Swt dalam apa jua keadaan, dalam hati dan juga dengan adab-adab berdoa serta waktu-waktu berdoa yang terbaik. Setiap manusia tidak lari daripada menghadapi pelbagai masalah. Bila kita merasakan tidak ada tempat mengadu, hilang arah tujuan, ingatlah sesungguhnya tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah.

Kembalilah kepada Allah, berserahlah sepenuhnya kepada Allah. Yakin lah Dia tidak pernah meninggalkan kita sendirian. Suburkanlah iman di hati dan selalu menginsafi diri. Sesungguhnya setiap ujian itu adalah pembuka jalan untuk kembali kepada Allah. Inilah caranya Allah menuntun kita agar tidak jauh daripadaNya.

Mintalah pertolongan daripadaNya dengan menggandakan kuasa sabar dan memperbanyakkan solat. Perteguhkan tawakkal dan redha dengan takdirNya. Kembalilah kepada Allah dengan memilih jalan kehambaan. InsyaAllah di situ akan ada tempat bagi melabuhkan jiwa yang kepenatan.

Sumber: iluvislam.com

~ Doa tidak hanya diminta ketika di dalam solat tetapi ia juga boleh diminta dalam apa jua keadaan yang boleh membuatkan kita untuk meminta kepada-NYA. Sebab adakalanya kita akan menghadapi satu situasi yang tidak terduga oleh kita jadi itulah peluang kita memohon pertolongan-NYA. Dan yang paling penting sekali, jangan berputus asa sebab adakalanya doa yang dipohon itu tidak dimakbulkan pada ketika itu tetapi pada saat yang lain pula. Semuanya dengan izin Allah. Bak kata Dr. Muhaya (Pakar Mata dan Pakar Motivasi), 3 hal yang membuatkan aura baik akan hilang dalam diri dan menyebabkan masalah bertimpa-timpa adalah:
  1. Jangan merungut
  2. Jangan salahkan orang lain
  3. Jangan salahkan diri sendiri
~Oleh itu,positifkan minda dan baiki perilaku diri agar apa yang dihajati atau dipohonkan itu mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari Allah s.w.t.


* Mohon maaf kepada sahabat kerana saya tidak berkesempatan untuk menziarahi blog anda atau follow blog anda. Mr. Lappy masuk hospital kelolaan adik saya, Alang. Tambahan dengan line streamyx yang sekejap OK sekajap KO kt rumah ni.. Semut pun kalah.. Jadi malas sangat saya nak update atau lawat.. Maaf ye.. Tak lupa, doakan saya dapat kerja yang sesuai dengan jiwa... Amin...

Friday, February 25, 2011

AKUARIUM PALING KECIL DI DUNIA

[AKUARIUM paling kecil di dunia hanya mengandungi 10 mililiter air]

MOSCOW - Seorang seniman di bandar Omsk, Siberia, Rusia, Anatoly Konenko mencipta sebuah akuarium paling kecil di dunia yang mengandungi air dua sudu teh, lapor sebuah akhbar Metro.co.uk semalam.


Akuarium itu dilengkapi dengan satu penapis air dan ia mengambil masa selama dua minggu untuk dihasilkan.

Menurut akhbar dalam talian, Voice of Russia, akuarium itu dilengkapi dengan pasir, batu pelbagai warna, ikan dan rumpai laut yang mengandungi air sebanyak 10 mililiter.

Konenko merupakan pakar dalam menghasilkan pelbagai perhiasan mini sejak 30 tahun lalu.

Dia sebelum ini menghasilkan tulisan pada beras dan rambut manusia. - Agensi

 
Sumber: Kosmo
 
~ Tadi saya sempat tonton Discovery Channel (Astro 551). Saya kurang pasti artisnya tetapi beliau menghasilkan lukisan di dalam lubang jarum yang kecil tu. Ada juga hasil kerjanya di atas paku dan di bulu mata. Semuanya halus dan kecil. Nak tengok pun guna alat khas. Bayangkanlah... Pereka lukisan halus tersebut melakukan meditasi dahulu sebelum menjalankan hasil kerjanya yang memakan masa 8jam tanpa bergerak dan hembusan nafas yang kuat. Kerana jika berlaku pergerakan tangan atau hembusan nafas, semua hasil kerjanya akan musnah. Kalau tidak silap saya, bahan yang digunakan untuk menghasilkan lukisan tersebut adalah debu halus yang pelbagai warna. Macam-macam... Ummi kata "Bukan masuk syurga pun" 

Thursday, February 24, 2011

SIKAP KEJAM PENCURI BERAS


IPOH – Seorang pemandu treler kecewa dengan sikap orang ramai yang ghairah mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu kelmarin.


Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.


Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan kaki kiri.


Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis


Sumber: Kosmo

~ Sebelum ni curi duit yang bertaburan di atas jalan juga kerana berlaku kemalangan. tapi kali ini, curi beras dan tiada belas ihsan.. Nyawa yang boleh diselamatkan tapi kerana sikap rakus manusia dengan rezeki terpijak tetapi tidak halal menyebabkan mimpi ngeri kepada sahabat yang masih hidup.. Apalah nak jadi manusia zaman sekarang ni.. Ada yang baik namun ada juga yang tiada pertimbangan hidup...Bumi pun dah makin tua.. Sana sini bencana berlaku, insaflah sebelum terlambat.. Kadangkala kita mengharapkan kebaikan orang lain kepada kita tetapi jika kita tidak berbuat kebaikan terlebih dahulu, hidup kita tidak ke mana.. Semakin banyak kejadian berlaku, semakin banyak saya merenung diri... Allah

Tuesday, February 22, 2011

PITAM MANDI SAUNA



SAUNA mungkin menjadi tarikan utama pengunjung di hotel, spa atau pusat kesihatan yang dahagakan sensasi kenikmatan bersifat menenang dan mendamaikan jiwa.

Ada yang menjadikan sauna sebagai lokasi rawatan alternatif untuk mengurangkan berat badan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh badan ketenteraan Amerika Syarikat (AS), sebanyak 3,000 kalori dibakar dalam badan setiap kali sesi mandian sauna.

Secara saintifiknya, hasil rembesan hormon endorfin daripada kelenjar peluh mampu menyingkirkan toksin yang tidak diperlukan oleh badan menerusi liang-liang peluh.

Manfaat lain yang diperoleh antaranya mampu meningkatkan keupayaan buah pinggang agar berfungsi lebih baik serta meningkatkan peredaran dan tekanan darah dalam badan.

Malah, kulit lebih segar hasil daripada wap air dari bilik sauna manakala otot menjadi kendur usai menikmati aktiviti tersebut.

Menurut kajian oleh sepasukan pakar dari Jerman, mandian sauna meletakkan diri seseorang dalam keadaan ‘sakit.’

Hal ini bertujuan untuk menstimulasi sistem pertahanan badan dan akan menjadikan tubuh pengguna yang kerap bersauna agar lebih berdaya tahan menentang penyakit.

Namun, tanpa disedari mandian sauna juga mempunyai kesan sampingan yang tersendiri sama ada dari sudut dalaman badan mahupun luaran.

Hakikatnya, suhu bilik sauna sebenarnya boleh mencecah sehingga 100 darjah selsius dan kesannya akan mengakibatkan suhu kulit meningkat sehingga 40 darjah selsius.

Mekanisme badan bertindak balas dengan berpeluh secara cepat dan banyak manakala jantung berdegup semakin laju.

Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Haizal Haron Kamar berkata, peningkatan kadar denyutan jantung yang melampau boleh mengakibatkan bahana kepada pesakit yang tidak biasa dengan mandian sauna.

Jelasnya ketika dihubungi Jurnal baru-baru ini, suhu tinggi akan menyebabkan pembuluh darah di bawah permukaan kulit membesar dan tekanan darah akan menurun secara mendadak.

Fenomena ini menyebabkan jumlah kandungan air berkurang akibat perpeluhan melampau. Pada satu peringkat, seseorang itu akan mengalami tekanan darah terlalu rendah sehingga menyebabkan pening dan pitam.

“Elak mandian sauna jika ada penyakit jantung koronari, penyakit lemah jantung dan injap jantung sempit,” nasihatnya.

Tambah Haizal lagi, simptom awal seperti kulit kelihatan kemerahan merupakan petanda pengaliran darah dalam badan berkurangan.

“Ini kerana pengaliran darah di kulit meningkat sebanyak 70 peratus daripada jumlah pengeluaran darah jantung,” ujarnya yang menyarankan individu penghidap komplikasi jantung berbincang dengan pakar sebelum bersauna.

Menurut pakar perunding masalah kulit dan dermatologi Pusat Perubatan Pantai, Dr. Steven Chow pula, pengguna sauna yang mempunyai masalah kulit perlu mengelak daripada menggunakan kemudahan sauna.

Radang

“Kulit manusia tidak mempunyai kefungsian suhu dan perpeluhan yang normal, akibatnya tindak balas individu akan berbeza-beza,” katanya yang menyatakan pesakit masalah kulit akan mengalami sensasi seumpama terbakar apabila bersauna.

Kulit juga akan menjadi kekeringan, menggelupas dan kurang selesa kepada persekitaran biasa selepas aktiviti bersauna.

“Apabila suhu persekitaran badan meningkat, badan kita perlu menambahkan jumlah tenaga haba untuk dikeluarkan melalui pertambahan jumlah peredaran darah ke permukaan kulit badan,” jelasnya mengenai proses peningkatan peluh bertujuan menyejukkan badan.

Saranan Steven, pesakit yang mempunyai masalah kulit perlu memakai krim yang mempunyai kesan melembapkan bagi mengelak kerengsaan ketika bersauna.

Selain itu tegasnya, individu yang mempunyai masalah sama juga digalakkan agar mencari jalan alternatif lain untuk bersantai bagi tujuan terapi fizikal.

Pakar Seksual Lelaki, Wanita dan Reproduktif, Dr. Ismail Thamby mengakui mandian sauna berupaya melancarkan perjalanan darah di samping menyegarkan badan.

Kesuburan

Bagaimanapun katanya yang dihubungi Jurnal baru-baru ini, tahap kepanasan yang melebihi paras tertentu berupaya menjejaskan kualiti kesuburan lelaki.

“Jika tahap kepanasan melebihi 35° Celsius, kilang sperma tergendala dan pemprosesan sperma juga akan turut tergendala.

“Kesannya, sperma yang aktif menjadi kurang akibat terdedah kepada kepanasan yang terlampau,” ujarnya.

Saranan Ismail, lelaki yang mempunyai masalah sperma dari segi kualiti dan bilangan sperma ditegah daripada bersauna.

“Jika pendedahan ini ketara dan untuk jangka masa lama, sudah tentu akan mengambil masa untuk kilang sperma pulih.

“Lebih baik elakkan mandian sauna sama sekali jika berkeinginan untuk mendapatkan cahaya mata,” nasihatnya kepada lelaki yang akan berkhawin dalam masa yang terdekat.

Ketua Pengarang penerbitan Harvard Men’s Health Watch di Universiti Perubatan Harvard, Dr. Harvey Simon berkata, masih kurang bukti sahih yang menyatakan bahawa mandian sauna boleh memberi faedah berpanjangan kepada kesihatan pengguna.

“Jika mandian sauna tidak menjejaskan kesihatan penggunanya maka tiada halangan untuk melakukan aktiviti ini, sebaliknya bagi individu yang mempunyai komplikasi jantung amalan ini mungkin boleh mengundang bahaya,” ujarnya.

Selain itu, tambahnya, pesakit yang mempunyai penyakit tekanan darah lemah, denyutan jantung tidak stabil dan saluran pembuluh darah kecil dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti mandian sauna.

Harvey juga menyarankan supaya pesakit yang mempunyai masalah jantung sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menggunakan sauna.

Sementara itu, menurut Persatuan Sauna Finland, individu yang perlu mengelakkan bersauna adalah mereka yang demam atau mempunyai penyakit dan kecederaan yang berisiko untuk berjangkit.

“Individu yang mempunyai penyakit yang berpotensi untuk berjangkit dengan individu lain perlu mandi menggunakan sauna peribadi,” saran persatuan tersebut selain tidak menggalakkan peminum alkohol menggunakan sauna.

Sumber: Kosmo

~ Semua perkara samada yang melibatkan nyawa atau tidak, pasti mendatangkan bahaya. Tetap ada risikonya bila manusia menggunakannya. Kecil atau besar risiko yang dihadapi, yang paling penting BERHATI-HATI. Itulah kunci utama...

~ Kadang nak sihat, lain pula jadinya...ish2

Wednesday, February 16, 2011

THE CHOSEN ONE



By: Maher Zain



In a time of darkness and green
It is your light that we need

You came to teach us how to live

Mohammed ya rasool Allah

Choras



You were so caring and kind

You're so wise full of light

You are the best of mankind



Mohammed khairo khalq illah

Salu ala rasool ellah

Habibi el mostafa

Peace be upon the messenger the chosen one

Choras



From love you returned away

In all nigh you would pray

Truthful in every word you say



Mohammed ya rasool Allah

Choras



Your face was brighter than the sun

Your beauty equaled by no one

You are Allah chosen one



Mohammed khairo khalq illah

Salu ala rasool ellah

Habibi el mostafa

Peace be upon the messenger the chosen one

Choras



I'll try to follow your way

And do my best to live my life

As you taught me

I pray to be close to you

On that day and see you smile

When you see me



Salu ala rasool ellah x3

Habibi el mostafa x2

Peace be upon the messenger the chosen one x3

Choras



~ Hatiku menangis...Semangatku seperti hilang dibawa angin lalu mungkin kerana hal itu....Sukar untukku meluahkannya di sini.Mungkin baik untuk aku pendamkan sahaja. Namun bila mendegar bait-bait lagu dan menghayati lirik ini, aku bersyukur kerana menjadi umat yang mendapat sinaran dari baginda Rasulullah. InsyaAllah. Maafkan aku...
 
~ Kagum sangat dengan Adik Qayyum yang istimewa itu kerana dia telah menyanyikan dengan baik lagu ini ketika di Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Besi,Putrajaya, semalam. (Tengok siaran lansung)

Tuesday, February 15, 2011

Saat Nabi Muhammad S.A.W Hampir Wafat

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:


"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Semoga kita hargai segala pengorban Rasulullah SAW



~ Walaupun kerapkali kita membaca kisah ini, namun itulah tanda ingatan kita pada baginda Nabi Muhammad SAW. Cerita yang menjadi pengajaran dan renungan buat kita semua.

Sunday, February 13, 2011

RAMA-RAMA PELIK


KOTA KINABALU: Seorang wanita yang nyenyak tidur terjaga selepas mendengar bunyi pelik di ruang tamu rumahnya di Kampung Suasa Beaufort, di sini, sebelum dikejutkan dengan kehadiran ‘ular berkepala dua’ berlingkar di lantai, menyebabkan dia menjerit ketakutan dan hampir pengsan.

Bagaimanapun, ketakutan dialami wanita terbabit hanya seketika selepas haiwan dikatakan ‘ular berkepala dua’ adalah rama-rama bersaiz gergasi yang memiliki corak sayap seperti kepala ular.

Detik mencemaskan dialami Siti Asian Ibrahim, 42, kira-kira 5.30 pagi kelmarin menyebabkan dia terjaga apabila terdengar bunyi dengusan seperti ular dalam rumahnya.

“Saya lena tidur bersama tiga anak terjaga sebaik mendengar bunyi bising di ruang tamu dan menyangka rumah kami dimasuki pencuri,” katanya.

“Saya terdengar bunyi dengusan namun tidak mengesyaki sesuatu kerana ketika membuat tinjauan, saya tidak menemui sesuatu yang pelik,” katanya.

Katanya, ketika melangkah semula ke bilik, dia terkejut apabila terpandang ‘ular’ terbabit dan menjerit ketakutan hingga anak lelakinya berusia 14 tahun terjaga.

“Anak saya lantas menangkap rama-rama berkenaan dan selepas diamati, memang ia bercorak seakan-akan kepala ular.

“Lebih memeranjatkan, haiwan ini mengeluarkan bunyi sama seperti dengusan ular,” katanya.

 Menurut Siti Asian, ketika dia cuba mengurung rama-rama, haiwan terbabit terbang melalui tingkap.

Sumber: Metro Ahad


~ Maha Suci Allah...