Saturday, May 14, 2011

HAMBA-MU

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat beristirehat semua. Pagi ni telinga saya asyik berdendang lagu tema IMAM MUDA - HAMBA-MU. Semangat dan rancak. Maklumlah waktu kerja payah nak dengar lagu dendangan orang Melayu apatah lagi nasyid.

Nak tahu saya dengar lagu apa? Saya pun tak tahu. Tapi sama je setiap hari. Semuanya lagu Cina. Hahahahahahaha.. Kasihan saya... If ada lagu lain pun bila handphone saya berdering, baru keluar lagu Maher Zain.

Memang mencabar bila hidup bersama dengan kawan sekerja berbangsa lain. Kebetulan waktu rehat yang saya pilih pukul 1 petang hingga 2 petang (mudah nak solat & saya selalu bawa bekal dari rumah) dan baru saya sedar, saya still seorang berbangsa Melayu yang makan di pantry yang disediakan. Most kawan Malay yang lain rehat pukul 12 tengahari hingga 1 petang dan biasanya mereka makan di luar. Tapi syukur Allah tetap bersama saya. If kita pandai bawa diri, mereka pun respek diri kita. Betul tak?

Tak mengapalah.. Jom layan lagu yang saya suka ni...

HambaMu – Mawi ft. Akhil Hayy



Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh

Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh

Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh

Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah


~ Sesuai dengan mood saya sekarang ini. Alhamdulillah, saya tetap syukur dengan apa yang saya ada dan redha dengan apa yang telah saya lalui. Tetap berdoa padaNYA agar hari yang mendatang sentiasa dapat dilalui dengan baik, tenang dan sabar... Ameen

Thursday, May 12, 2011

KITAR MAKANAN TONG SAMPAH

Assalamualaikum w.b.t

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor berjaya membongkar kegiatan pihak tertentu menjual semula produk makanan dan barangan keperluan harian yang sudah luput tarikh kepada peniaga runcit sekitar Lembah Klang khususnya di Gombak.
Kegiatan tidak bertanggungjawab pihak berkenaan berjaya ditumpaskan dalam serbuan KPDNKK Selangor, malam kelmarin.


Dalam serbuan kira-kira jam 10 malam itu, sebuah banglo di Kampung Sungai Salak, Batu 10, Jalan Gombak, di sini didapati menjalankan kegiatan menjual barangan runcit secara pukal yang sudah tamat tempoh.

Ketua Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata, hasil risikan pihaknya berjaya menyerbu masuk premis berkenaan bersama 10 pegawai dan anggota.


“Hasil siasatan kita mendapati barangan runcit itu dikutip dari beberapa sumber seperti tong sampah, tempat pelupusan sampah, kedai dan kilang.

****************************

Antara berita ringkas yang dipetik di akbar Harian Metro.

Ulasan saya:

Habis je baca berita ni, otak terus berputar teringat satu cerita yang pernah dibaca (tapi tak ingat sama ada dalam blog atau akbar) tentang sekeluarga miskin di China yang mana anak gadisnya menggunakan tuala wanita yang sudah tamat tempoh dan gadis itu telah mengandungkan anak tikus. Lebih kurang macam tulah ceritanya.. Wallahualam..

Saya rasa marah bila ada yang sanggup menipu macam ni. Tak ada kesedaran sivik lansung! Produk yang dikitar seperti yang dimaklumkan adalah susu krimer, susu segar, serbuk minuman, teh, lampain pakai buang, tuala wanita dan ubat gigi.

Sah lah tak ada otak! Fikir untung je tahunya.. Ada juga aiskrim yang dibuat dari bahan yang rosak turut dijual kepada pelajar sekolah. Bayangkanlah......

WAHAI PENGGUNA,
Telitilah segala bahan-bahan yang digunakan dan gunakan rasa was-was anda untuk mengatakan tidak pada bahan atau produk yang ingin dibeli jika terdapat sebarang kemusykilan yang ketara.

WAHAI PENJUAL (DAN YANG SEUMPAMANYA),
Tanggungjawab sebagai pengusaha bukan mudah.. Jika anda serius untuk menceburi keusahawanan, langkah yang baik dan bertanggungjawab perlu diambil. Jika hak pengguna, anda beratkan, hak anda juga akan terbela.. Fikirkan risiko yang bakal terjadi... Biar sedikit tetapi berkat...

~ Jika tak elok tu, buang je...nanti bawa mudarat pada diri..

Wednesday, May 11, 2011

CUCI MATA

....... walaupun saya mengantuk......
tapi saya tetap degil buka blog...rindu..
saya suka ini.....
[damai & tenang]
[damai pagi...bebas rasanya]
[bila agaknya kesegaran itu menyapa?]
[teringat ketika di Langkawi dulu]


[asyik dongak je, lupa kat bawah yang unik..]

[dimanakah temanku yang lain???]

[huhuhuhu]

[meletus...apakah kita sedar?]
[macam payah je nak jumpa bunga macam ni melainkan ketika joging pagi]
[hai...perbezaan itu pasti ada..]
[tik tok tik tok..view ni macam unik kan?]
[silent tunder....]
[siapa hebat sila teka tempat di atas]
[putih suci je kan? cute]
[La ni...saya jarang dapat gelak...saya rindu saat itu...]
[jumpa lagi....tata]
** tak sabar tunggu sabtu & ahad... letih rasanya ngadap komputer...mata rasa tak sihat...tengkuk sakit...but tq to my HOD, thanks to be good leader...
** amik gambar dari weheartit.com

Tuesday, May 10, 2011

ONLY YOU

Only You
A person can make you feel high,
A person can make you feel low.
But only you can decide,
Which way you want to go.

A person can hurt you mentally,
A person can hurt you physically.
But only you can place,
A limit on your abilities.

A person can cause drama,
A person can cause a situation.
But only you can create,
Your own reputation.

A person can make you laugh,
A person can make you cry.
But only you can make,
Decisions for your life.

I guess what I'm trying to say,
That when you're living day to day.
Don't live by what people do,
But live by what you know is true.


Taken from: Inspirational Poems

~ i'm getting down. but sometimes my mind want me to find something into myself..we never no anything until we learn something to be somebody.also thanks to my mom... -_-

Sunday, May 8, 2011

SETIAP HARI ADALAH HARI IBU

Assalamualaikum w.b.t.

Secara tepat saya tidak tahu bila hari ibu. Ada yang kata hari ini, semalam atau semalamnya lagi. Tapi adik saya yang bongsu kata hari ini. Dia pun dah wish kat Ummi. Cuma saya wish terlebih awal, iaitu pada hari Jumaat. Lain pula adik saya yang numbur empat, dia kata setiap hari adalah hari Ibu. Dia kata jangan sambut sangat... Fahamlah ye apa mkasudnya.. So, bagi pendapat saya, setiap hari adalah hari Ibu.

Ucapan sayang pada Ummi setiap hari boleh dilakukan. Jika ada masa dan duit lebih, saya atau adik-adik akan belanja Ummi atau belikan barang yang Ummi suka. Tak banyak pun tak apa. We spend time together and share everything. Nanti mulalah sesi keluar air mata. Ummi cepat tersentuh hati..hukhukhuk

Yang saya paling suka bila tengok Ummi kalut menjawab panggilan dari anak-anak Ummi yang berada jauh darinya. Adik-adik saya lah tu.. Nanti ayat yang pasti keluar dari mulut Ummi adalah, "Mummy very busy. Career woman not kueh keria".. Lucu sangat.. Memang bantai gelak bila tengok gelagat Mummy (sebenarnya banyak nama timangan untuk Ummi kami ni..)

Kadang tersentuh hati saya sebab adik-adik saya masih lagi setia menelefon Ummi. Syukur alhamdulillah. Maksudnya apa tu? Ummi sumber inspirasi. Angah memang jarang nak balik sebab tuntutan kerjanya namun dia memang rajin call Ummi. Katanya rindu. Lagipun Angah ingin berbincang tentang pertunangannya.

Macam Acik pula, baru-baru ni dia mengalami kemalangan, dan memang dari dulu lagi jika ada apa-apa pasti Ummi yang dicari dan baru Abah. Luahan rasa dari Acik dengan sabar Ummi dengar. Tak putus-putus kata-kata semangat Ummi beri untuk Acik. Sebabnya Acik ada ujian percubaan kedua.

Untuk Uda yang berada jauh di selatan tanah air, adik saya yang seorang ini memang lain tingkahnya. Tough! Tak Ummi call Uda atau Uda call Ummi. Macam-macam yang Ummi ambil beratkan. Lagipun Uda tengah praktikal..

Itulah serba ringkas jika adik-adik saya yang berada jauh dari Ummi. Tapi bagi saya yang ada di rumah ni sebab saya masih tinggal bersama dengan Ummi, perngorbanan Ummi sangat-sangat tidak terbalas. Teman terbaiklah senang cakap!

Semua harapkan Ummi maksudnya balik rumah je cari Ummi untuk kongsi segala cerita. Bukan saya je tapi adik-adik yang kat rumah ni pun macam tu. Mummy dengan sabar mendengar. Pe'el kami ni macam-macam jenis. Ada yang ke laut, ada yang ke utara namun tetap berjaya Ummi satukan. We all pun sabar melayan lawak, kesedihan dan derita Ummi tapi mungkin tidak setanding Ummi bersama kami. Ummi memang terbaik!

Moga saya dan adik-adik mampu menjaga Ummi dan Abah hingga akhir hayat. InsyaAllah..Ameen

Moga segala jasa Ummi terhadap kami semua sedari kecil hingga dewasa ini mendapat balasan dan  rahmat dari Allah s.w.t. Moga kesihatan Ummi baik untuk mengerjakan haji nanti.. Ameen.

~ Semalam sempat bawa Ummi makan pizza berbentuk hati..

Friday, May 6, 2011

20 AMALAN MURAH REZEKI

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah S.W.T. melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah S.W.T. memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

01.Menyempatkan diri beribadah

Allah S.W.T. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." – [Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.]

** Saya setuju tentang ini.. Curi juga masa untuk kita bersama dengan Allah sebagai sesi terapi jiwa

02.Memperbanyakkan istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah S.W.T., yang menjadi sebab Allah S.W.T. jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi S.A.W.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." – [Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a]

** Salah satu tanda kita adalah hamba..tetap merendah diri. InsyaAllah jika kita kerap beristighfar, kita akan mendapat apa yang dihajati..

03.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah S.W.T.jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.:

"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." – [Riwayat at-Tirmizi]

** Manusia memang tak lepas dari buat silap.. Yang pasti kita sedar akan kesilapan kita. Akuinya..

04.Sentiasa ingat Allah S.W.T.

Banyak ingat Allah S.W.T. buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah S.W.T.beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah S.W.T.. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah S.W.T.hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd: 28]

** Hidup matiku kerana Allah..

05.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah S.W.T.akan memanjangkan umurnya." – [Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim]

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya." – [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]

** Hebat manapun kita, jangan dilupa orang yang melahirkan, membesarkan dan memberikan segalanya buat kita..Love u Ummi & Abah.

06.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." – [Riwayat Bukhari]

** Jika kita memudahkan orang, insyaAllah rezeki kita tidak akan putus..

07.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah S.W.T. lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi S.A.W.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah S.W.T.akan menunaikan hajatnya" – [Riwayat Muslim]

** Sama seperti di atas.. Cuma yang saya nak tambah jika seseorang itu teringinkan sesuatu (kadang tanda terakhir sebelum hayatnya), penuhilah hajatnya..

08.Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

** Memang terbukti tapi yang penting kita kena sabar..

09. Banyakkan berbuat kebajikan

Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

** Orang buat baik, kita buat baik tapi orang buat jahat cuba kita doakan dia jadi baik..

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah S.A.W., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

** Sangat setuju... Fresh.. Saya memang hairan nape masih ada yang sanggup sambung tidur..

11.Menjalinkan silaturrahim

Nabi S.A.W. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." – [Riwayat Bukhari]

** Hidup untuk memberi tidak hanya menerima..

12.Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.. Baginda S.A.W. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah S.W.T. akan memurahkan rezeki." – [Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid]

** Amalan yang baik ni..masa belajar dulu rajin juga buat..

13.Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah S.W.T. membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah S.W.T. menyedikitkan baginya." – [Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.]

14.Melazimi solat malam (tahajjud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah S.W.T..

** Solat sunat yang paling saya gemari

15.Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah S.W.T.dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." – [Riwayat al-Hakim dan Thabrani]

* Sama sperti di atas..

16.Bersyukur kepada Allah S.W.T.

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T.. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah S.W.T.berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." – [Ibrahim: 7]

Firman-Nya lagi:

"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." – [Ali Imran: 145]

** Walaupun rezeki sedikit sekalipun pada hari itu, tetaplah juga besyukur..

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, Insya-Allah dikatakan boleh menjadi sebab Allah S.W.T. melapangkan kehidupan dan memurahkan rezeki.

Selain itu, salah satu nama Allah S.W.T., yakni al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. Contohnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah S.W.T., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim."

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

* Setiap surah & doa kelebihan dan kegunaanyanya.. Pohonlah hajat kita..

18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah S.W.T., penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah S.W.T. menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

** Doa adalah senjata ampuh untuk membuka langkah seterusnya..
19.Berikhtiar sehabisnya

Siapa yang berusaha, dia yang akan dapat. Ini sudah menjadi sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah S.W.T. memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah S.W.T. beri kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. – [Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim]

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.

Misalnya, jika hendak tenang dibacanya Quran, jika hendak mendapat anak yang baik dididiknya sejak anak itu di dalam rahim lagi, jika hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan makanan yang baik serta halal, jika hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha menjadi baik, jika hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

** Biar dengan usaha kita sendiri baru kita rasai nikmat hasil usaha kita.. Orang kata biar titisan darah terakhir..

20.Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah S.W.T. seperti firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah S.W.T., nescaya Allah S.W.T. mencukupkan (keperluannya)." – [At-Talaq: 3]

Nabi S.A.W. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah S.W.T.dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." – [Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.]

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.

Dengan takwa, Allah S.W.T. akan memberi "... jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." – [At-Talaq: 2-3]

Pendek kata, bagi orang Islam.. untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenar, kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan takwa.

Amalan-amalan ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah S.W.T., lalu Allah S.W.T. pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Insya-Allah.

- Artikel iluvislam.com

Monday, May 2, 2011

CAKE + ICE CREAM

CAKES







ICE CREAM







* Makanan yang saya suka makan jika teringin.. Sempat bedal ice cream keladi and vanila tadi. Tq Abah. Tapi batuk oooo
* Saya giler dengan cheese+pasta..aroma tu sedap! Nyam2
* Lately picture banyak dari wehearit.com. Tq.
* Teringin nak pegi ice room and pasta mania again.. Ada sudi teman? Oh..maybe saya bawa Ummi and my adik.. ^_^
* Sebelum tu pastikan tahap halal yang tinggi untuk makanan anda...
* Esok kerja la... Tata..