Thursday, August 16, 2012

Manfaatkan Hari-Hari Terakhir Ramadan dengan Sebaiknya

Assalamualaikum w.b.t.




Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya bulan Ramadan itu bulan yang berganda kerana segala kebaikan yang dilakukan akan diganjarkan olah Illahi dengan pahala yang berganda-ganda.

Tetapi ada kalanya kita terlupa atau mungkin kita sengaja buat-buat terlupa dengan dugaan dan ujian Allah swt kepada kita kerana di dalam bulan Ramadan itu juga, nafsu kita berganda.

Berganda dengan tamaknya ketika membeli lauk pauk berbuka, berganda dengan sifat tidak sabarnya ketika menghadapi sewaktu berbuka dan berganda dengan sifat membazir ketika membuat persiapan Aidilfitri. Dari sifat buruk dan tidak terkawal kita itu, adakah kita sebenarnya telah mencapai erti sebenarnya KEMENANGAN yang Allah swt. janjikan khusus buat mereka yang diterima 100 markah puasanya?

Bulan Ramadan yang Allah swt. perkenankan hanya kepada umat Muhammad saw. yang bakal kita tinggalkan lagi beberapa hari lagi, hanya datang sekali dalam setahun. Tanya diri kita sendiri sahabat, di dalam 30 hari Ramadan itu tidak semuanya benar-benar menghayati Ramadan. Orang awam seperti kita adakalanya telah memendekkan waktunya selama seminggu sehingga menjadi 23 hari Ramadan sahaja.

Kerana pada waktu penghujungnya, kita hanya sibuk mengejar-ngejar persiapan menyambut Aidilfitri yang sepatutnya persiapan itu boleh kita lakukan sebelum Ramadan lagi. Mana perginya kita ketika amalan beribadah seharusnya dipertingkatkan khususnya di hari-hari terakhir Ramadan tetapi kita sibuk di gendung-gendung dan di bazaar-bazaar pada siangnya.

Malamnya pula kita sibuk dengan mempertingkat jumlah dan jenis kuih-kuih, biskut-biskut dan kudapan raya sehingga kita terlupa dan sengaja meninggalkan malam-malam yang sepatutnya kita menambahkan saham beribadah kita.

Masjid dan surau semakin kurang dan semakin susut bilangan safnya. Kita sibuk meniru orang lain, bercerita tentang rahsia dan rahmat malam seribu bulan tetapi hakikatnya kita sendiri tidak pernah untuk cuba menggapainya. Memang secara teorinya senang, pelaksanaannya yang sukar.

Allah swt. mengharamkan jasad umat-Nya yang gembira dan senang dengan ketibaan Ramadan daripada api neraka. Begitu juga kepada mereka-mereka yang sangat berat hatinya meninggalkan Ramadan. Kerana itu, kalau kita dapat lihat siaran langsung solat di Masjidil Haram di Makkah Mukarramah, ramai di antara orang-orang alim dan soleh menangis meninggalkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

Bagi mereka, tidak ada bulan lain yang menyamai bulan Ramadan.Adakah kita termasuk dalam golongan orang yang bersedih dan dukacita meninggalkan Ramadan atau sebaliknya?

Sementara masih ada sisa Ramadan ini, sama-samalah kita cuba mempertingkatkan nilai permarkahan puasa kita agar dapat kita menikmati kerberkatan dan hikmah berpuasa dan cuba menghidupkan malam Lailatul Qadar, jika mampu.

Biarlah Ramadan yang cuma sekali dalam setahun itu benar-benar memberi kesan yang keinsafan dan ketakwaan terhadap diri kita.

Prof. Dr. Omar Yaakob
Johor Bahru

"Ramadan...Bermulanya Suatu Perubahan" 
 
Sumber: FB
 
~ Saya rasa terlalu cepat masa berlalu dan memang sedih meninggalkan bulan yang penuh mulia, Ramadhan

Wednesday, August 15, 2012

SOAL JAWAB: Tiada bacaan khusus dalam sujud sahwi

Mazhab Shafiee syor lakukan dua kali sebelum beri salam

Soalan:
Saya pernah mendengar bahawa bacaan ketika sujud sahwi adalah sama seperti bacaan ketika sujud dalam solat. Adakah benar pandangan itu?

"Bacaan untuk sujud sahwi adalah sama seperti bacaan ketika sujud dalam solat iaitu subhana rabbi al A’la wa bihamdih sebanyak tiga kali”
Jawapan:

Sujud sahwi ialah sujud yang dilakukan apabila melakukan kesalahan tertentu dalam solat. Dalam mazhab Shafiee sujud sahwi dilakukan sebanyak dua kali sebelum memberi salam.

Mengenai bacaan ketika sujud sahwi, tidak terdapat nas daripada hadis yang menunjukkan bacaan khusus ketika sujud tersebut.

Menurut pandangan ulama hadis, bacaan yang masyhur diamalkan oleh ramai orang, termasuk juga masyarakat kita di Malaysia iaitu: “Subhana man la yanaamu wala yas hu” merupakan saranan ulama saja.
Bacaan itu bermaksud: Maha suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak leka. Tidak diketahui dengan tepat siapa yang menyarankan doa berkenaan. Perkara ini turut disebut oleh Imam Nawawi dalam kitab beliau Raudhah al-Tholibin: “Para ulama (dalam mazhab Shafie) menulis tanpa membicarakan mengenai zikir dalam sujud itu.

Ini menunjukkan bahawa bacaan yang disarankan dalam sujud sahwi adalah sama seperti bacaan sujud dalam solat. Saya mendengar sebahagian imam (ulama mazhab Syafie) menceritakan bahawa sunat membaca: “Subhana man la yanaamu wala yashu” dan (jika dilihat makna bacaan itu) adalah bersesuaian dengan keadaan itu.”

Tulisan beliau: “Saya mendengar daripada sebahagian ulama tanpa menyebut adanya nas daripada hadis yang menyokong pandangan itu menunjukkan bahawa bacaan atau tasbih seperti itu diterima berdasarkan saranan ulama sebelum beliau, bahkan dalam kitabnya yang masyhur (al-Azkar) ketika membicarakan mengenai zikir pada ketika sujud tidak menyebut adanya bacaan seperti di atas.

Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menulis bahawa selepas beliau membuat semakan daripada kitab hadis, beliau tidak menjumpai adanya asas atau sandaran terhadap bacaan berkenaan. (al-Talkhis 2/6).

Berdasarkan apa yang disebut tadi bacaan untuk sujud sahwi adalah sama seperti bacaan ketika sujud dalam solat iaitu subhana rabbi al A’la wa bihamdih sebanyak tiga kali.

* Sujud sahwi: sujud yang dilakukan ketika kita terlupa tentang rukun solat yang tidak dibuat..Contohnya: Terlebih rakaat dalam solat, tak baca doa qunut yang menjadi kebiasaan, dsb.

Friday, August 10, 2012

IKLAN BERNAS YANG SANGAT TOUCHING! - Hari Raya 2012 (The Journey)

Assalamualaikum w.b.t.

Malam tadi selepas solat Isyak, saya sempat melihat iklan raya baru yang sangat meruntun jiwa. Sebelum ni iklan Petronas yang mengambil tempat. Tapi bagus, BERNAS juga buat kelainan yang mampu membangkitkan kesedaran. Jom layan...



Moral

1. Hargai dan syukuri nikmat yang Allah beri pada kita. Sebab ada orang lain lagi teruk atau susah dari kita.
2. Ambil peduli jika nampak kanak-kanak yang berkeliaran. Mesti ada sebab kenapa mereka berkeadaan begitu.
3. Hargai ibu bapa yang masih ada kerana merekalah punca kita berada di dunia walau siapa pun mereka.
4. Jangan ambil kesempatan terhadap kesulitan dan kesusahan orang lain. Saya risau je ada yang nak buat jahat pada kanak-kanak yang jalan bersendirian..

~ Tak tahu nak berbuka apa hari ni.....

Thursday, August 2, 2012

BAITUL MUSLIM

[ Rumahku Syurgaku]
Abu Zar r.a pernah berkata, bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi pesanan yang berpanjangan, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber amalan-amalan baik," Aku meminta supaya Baginda menambah lagi, " Tetapkanlah membaca Al Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk akhirat."

~ Comel je picca dekat atas ni..Rumah perlu dijadikan taman syurga untuk mendapatkan syurga yang sebenarnya. Namun, pasangan perlu bermujahadah dalam memantapkan ilmu di dada dan mengajak orang lain turut serta bersamanya. Baru berkat.. Sama-sama masuk syurga.

Wednesday, August 1, 2012

KERJA KUAT BAHAYA BAGI IBU HAMIL

London: Kesan bekerja terlampau kuat bagi ibu yang hamil pada peringkat akhir kehamilan dilaporkan sama dengan bahaya merokok ketika hamil, menurut kajian.

Kajian itu menyebut bahawa bayi yang ibu mereka bekerja atau merokok sepanjang tempoh kehamilan itu akan mengalami pembesaran yang perlahan dalam rahim.
Bayi kurang berat jika ibu kuat bekerja

Kajian Universiti of Essex, dijalankan tiga pakar ekonomi, Francesconi, Emilia Del Bono dan John Ermisch, mendapati bahawa wanita yang bekerja selepas mereka berada dalam bulan kelapan kehamilan memiliki bayi dengan berat purata 230 gram lebih ringan berbanding ibu yang berhenti kerja antara usia enam hingga lapan bulan kehamilan.

Kajian sebelum ini menunjukkan bayi dengan berat badan yang rendah berisiko mengalami masalah kesihatan dan perkembangan perlahan serta pelbagai masalah dalam hayat mereka.

Berhenti kerja awal apabila kehamilan memberi manfaat kepada ibu berpendidikan rendah, kajian mendapati bahawa kesan bekerja ketika kehamilan mungkin menuntut kerja fizikal.

Sumber: Berita Harian

~ Sudah 3hari saya pening dan loya2 yang amat teruk. Dan bila lagi sikit je waktu berbuka, saya muntah.. Semalam agak teruk tapi tak tau lagi hari ni macam mana. Sebab apa ye? 22 minggu kehamilan masih macam tu lagi ye?

Tuesday, July 31, 2012

TIPS UNTUK KUSYUK BERDOA

[ Click pada gambar untuk lebih besar..] 
~ Thanks pada saudari Fatin yang telah melakukan kebaikan dengan berkongsi hasil karyanya. Lama dah saya tak buat doodle saya sendiri...

Monday, July 30, 2012

KISAH ROTI JALA & SERAWA DURIAN

Assalamualaikum w.b.t.

[ Google dari sini ]
Sudah 10 hari seluruh umat Islam menjalani ibadah puasa, saya dan baby masih juga tabah menjalani ibadah puasa. Syukur, alhamdulillah..

Terlebih dahulu saya memohon maaf sebab nak cerita tentang bab makanan seperti tajuk di atas. Nak jadi cerita, saya jadi teringin atau mengidam nak makan roti jala cecah serawa durian bila MIL ada sebut nak buat menu tersebut ketika Opah datang di rumah akhir bulan Jun lepas. Kebetulan saya dan suami tidur di rumah parents sebelah suami waktu kejadian.

Masa kat office saya dah rasa semangat sebab teringat roti jala & serawa durian walaupun saya tak mention pada MIL yang saya nak makan. Ingat dapat merasa bila balik rumah MIL sebab MIL dah sebut. Rasa happy pun ada..

Tapi bila sampai je rumah MIL, tak ada menu tu dan saya pun tak tanya MIL takut lain jadinya. Cuma saya ngadu pada suami dan dengan bersemangat saya cerita kat Ummi tercinta sendiri.

Ummi sendiri tak sama dengan MIL nak minta macam-macam sebab saya masih segan lagi. Ummi kata, "Suruh Z cari durian, nanti Ummi tempah roti jala kat kawan Ummi."

Saya tahu Ummi agak sibuk dengan urusan kerja dan ada urusan di Kedah. Takut Ummi tak sempat je nak buat. Abah pun ada kata, "Kakak mengidam ye..??"

Namun saya tetap tak dapat sebab durian yang dibeli tak elok dan rosak.. Tapi saya tak lah bising cuma kecewa sedikit je.. Kira pendam sorang je dalam hati...

Bila bulan puasa ni, saya cari juga di bazar Ramadhan yang dikunjungi tapi tak ada.. Yang ada roti jala dengan kuah kari.. Saya tak mahu sebab dah biasa sangat makan..

Suami ada kata, "Tak payah la nak serawa durian.. Cuba ambil lain.. Sama je pun..". Saya diam je tapi agak sedih.. Eee, tak faham kot dia ni, bisik saya dalam hati...

Jumaat baru ni, try cari kat Bazar Bukit Antarabangsa. Tanya kat penjual kuih mueh yang ada, tapi tiada jawapan yang mengembirakan.

Cuma sorang makcik tu perasan, " Mengandung ke?"

Saya angguk sambil senyum.

"Datang la esok (Sabtu) 28 Julai, serawa durian ada.."

Suami balas, "Nak balik kampung dah.."

Rezeki tak ada lagi... Saya call Ummi (saya masih manja lagi dengan Ummi walaupun dah kahwin, i don't care ^^) sebab nak sangat makan serawa jika ada kat Jenjarom.

Tup2 Ummi dengan nada ceria dan ejek membalas, "Hahaha...Ummi dah makan dan tadi time berbuka menu yang akak idam tu.. Ummi makan dengan Andak."

Woha...lagi saya nak balik dan nak sangat2 makan roti jalan cecah serawa durian.. Saya rasa bersemangat tiba2. Korang bayangkanlah kalau dah ngidam cam mana rupanya.. Lama kot tunggu..

Tapi, bila pergi je bazar kat Kanchong Darat yang Ummi sebut tu, impian ku musnah sebab ada gerai yang ditutup... Tak kesampaian nampaknya.. Ummi ada pesan, cari durian kalau serawa tak ada, boleh Ummi buatkan tapi sebiji durian pun tak ada yang nak dibeli.. -_-

Semalam, 29 Julai, syukur pada Allah, akhirnya dapat juga apa yang saya idamkan tu bila suami dapat cari setelah mencari di beberapa buah tempat, di Jenjarom juga yang ada.

Suami kata, "Roti jalanya banyak tapi serawa duriannya sikit je, boleh ke?

Saya balas, "Tak apa, asalkan ada dan boleh merasa..."

Acik dan sengih2 waktu berbuka tu, maybe pening dengan akak sulong dia.. Tapi Acik kata, "Acik sanggup cari jika isteri Acik nak.."

Rasanya saya sorang je yang makan dan suami saya hanya merasa saje.. Sedangkan Ummi, Abah, Andak & Acik tak makan...

Saya cakap kat baby sendirian, "Alhamdulillah dapat juga kita makan Roti Jala & Serawa Durian.. Baru lega kan??" =)

~ Mujur saya tak minta menu atau benda pelik2.. Cuma nak makan donut comel kat pasar malam area Batu Cave tak dapat lagi sebab suami kata jauh. Donut tu dijual dalam dua bentuk, 1 yang bentuk biasa dan satu lagi bulat2 kecil.. Gula tu disalut dengan kelapa parut yang di belender halus. Sedap!. Makan udang salut tepung yang rangup pun kena bahan dah... Sabar je.. Tapi saya suka udang salut tepung kat Pizza Hut... Tak boleh lupa..