Tuesday, September 4, 2012

SEJAUH MANA?


Datangnya cuma setahun sekali
Masih adakah lagi ruang untuk menanti?
Pada tahun yang akan datang bersama waktu yang meniti?

Kita katakan kita sedih kerana ia akan pergi
Benarkah perasaan itu yang berada di hati?
Atau sekadar permainan kata dan mimpi?

Ketawalah, andai jiwamu tidak merasai apa-apa
Ketawalah, andai jiwamu merasakan datangnya ia tidak bermakna
Ketawalah, andai jiwamu tidak terkesan dengan pemergiannya
Kerana itu tanda hatimu lemah. Apatah lagi imanmu.

Menangislah, andai benar sedih dengan bakal pemergiannya
Menangislah, andai benar sayu dengan bakal ketiadaannya
Menangislah, andai benar sakit dengan bakal kehilangannya
Kerana itu tanda hatimu masih bernyawa. Juga imanmu.

Soal hatimu wahai peminjam nyawa dari Ilahi...
Sejauh mana sedihmu itu benar-benar takutkan ia berlalu?
Sejauh mana hatimu menanti kedatangannya sekali lagi?
Sejauh mana rindumu itu pada pemergiannya nanti?
Sejauh mana tangismu dengan pemergiannya ini?
Sejauh mana sebenarnya?
Sejauh hatimu tak rela melepaskan Rasulullah SAW yang dirindui atau ibu ayahmu yang disayangi?

Jika benar sejauh itu, Alhamdulillah
Jika tidak sejauh itu, Astaghfirullah
Bukan ingin memperkecilkan. Tidak sama sekali
Bukan merendahkan. Tidak sama sekali juga
Namun, ingin ajak untuk duduk muhasabah bersama.

Umat Rasulullah sekalian...
Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak - Imarahkanlah masjid dengan berjemaah sepertimana tarawihmu.
Qiam. Tahajud. Taubat. Dhuha. Al-Quran. Al-Ma'thurat - Istiqamahkanlah ia sebagai makanan rohanimu.
Doa, doa, doa - Iringilah dengan hati yang redha serta taubat yang sungguh bersama tangisan terhadapNya.

Air matamu itu sangat bernilai di mata PenciptaMu.
Percayalah. Setitik demi setitik akan dihitungNya.
Percayalah. Rintihan demi rintihan akan didengarinya.
Percayalah. Doa demi doa akan dimakbulkannya.

Ramadhan ini telah mendidik nafsumu, jiwamu, hatimu.
Berhargakah ia bagimu?
Bersyukurkah kamu pada Pemberi kerana anugerah ini?
Ucaplah Alhamdulillah kerana Dia memberimu peluang merasai bulan mulia tahun ini
Juga tahun-tahun yang lalu.
Jadilah hambaNya yang bersyukur.

Bulan mulia ini telah pergi...
Berharaplah untuk bertemunya lagi.
Berharaplah ia bukan yang terakhir dalam hidup.
Atau jika ya, redhailah.
Jika tidak, syukurlah.
Semoga kita semua tergolong dalam hamba yang bertaqwa.

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى

"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Maha Mulia. Engkau suka pada kemaafan. Maka, maafkanlah kami."

Sumber: iLuvislam.com

Monday, September 3, 2012

PERKAHWINAN SEPUPU, 1 SEPT 2012

Assalamualaikum w.b.t

Lama saya tak update blog, dah bersawang sana sini. Cuti seminggu pun macam tak sempat je. Sambung lagi dengan cuti merdeka. Mood masih dalam raya lagi ni.. Masing-masing banyak menerima jemputan rumah terbuka dan kenduri kahwin termasuk saya.

Rasa tak larat nak makan banyak sebab kena beringat. Nanti saya juga yang sakit. Tapi memang best ketika menghadiri kenduri di rumah pakcik saya iaitu Acik Su di seksyen 19, Shah Alam. Mana tak nya, awal lagi kami dah sampai sebab majlis nikah berlangsung pukul 9.30 pagi.

Menu sarapan di rumah Acik Su, saya jamah sikit sebab kebetulan perut dah kenyang. Sejak mengandung ni, tak boleh nak makan banyak untuk satu-satu masa. Jadi kena makan sikit tetapi kerap.. So, nak jadi cerita, setiap apa yang dihidang, saya ambil dalam kuantiti yang sedikit. Tapi makan banyak juga kan?

Dalam pukul 12 tengah hari kami makan menu kenduri pula.. Sedap.. Saya ambil apa yang saya suka je.. Tapi tak snap gambar je..Tapi sangat sedap fish fellet yang ada tu.. Lain dari yang lain..

Actually, kemuncak yang kami satu family dok tunggu je tu adalah hidangan kambing panggang.. Fariq iaitu Along kapada pengantin yang sponser menu ini sebanyak 6 ekor untuk adik perempuan tunggal kesayangannya. Itu yang kami semua tak berganjak lagi dari awal. Lagipun ketibaan mempelai untuk acara seterusnya pada jam 12.30 petang.

Anyway, tahniah buat sepupu saya Nur Farina Binti Sumairi dan suami, Mior Mohd Syazwan Bin Shafiai. Moga berkekalan hingga ke syurga dengan memiliki zuriat yang soleh solehah.

[Before solemnization with her bestie]
[Mior & Farina]
[Actually, Mior is Hanim's brother. She is my classmate at KUIS. Tak tahu kisah cinta mereka tapi tahu semuanya ketika mereka bertunang... Kecil je dunia ni]
[ Farina ni peminat biru sebab masa walimah saya pun dia dah admirer dengan warna bilik pengantin saya Febuari lepas ]
~ Muka dorg seiras kan? Anyway perut mommy to be kenyang dengan menu yang pelbagai.. Alhamdulillah

Thursday, August 16, 2012

Manfaatkan Hari-Hari Terakhir Ramadan dengan Sebaiknya

Assalamualaikum w.b.t.




Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya bulan Ramadan itu bulan yang berganda kerana segala kebaikan yang dilakukan akan diganjarkan olah Illahi dengan pahala yang berganda-ganda.

Tetapi ada kalanya kita terlupa atau mungkin kita sengaja buat-buat terlupa dengan dugaan dan ujian Allah swt kepada kita kerana di dalam bulan Ramadan itu juga, nafsu kita berganda.

Berganda dengan tamaknya ketika membeli lauk pauk berbuka, berganda dengan sifat tidak sabarnya ketika menghadapi sewaktu berbuka dan berganda dengan sifat membazir ketika membuat persiapan Aidilfitri. Dari sifat buruk dan tidak terkawal kita itu, adakah kita sebenarnya telah mencapai erti sebenarnya KEMENANGAN yang Allah swt. janjikan khusus buat mereka yang diterima 100 markah puasanya?

Bulan Ramadan yang Allah swt. perkenankan hanya kepada umat Muhammad saw. yang bakal kita tinggalkan lagi beberapa hari lagi, hanya datang sekali dalam setahun. Tanya diri kita sendiri sahabat, di dalam 30 hari Ramadan itu tidak semuanya benar-benar menghayati Ramadan. Orang awam seperti kita adakalanya telah memendekkan waktunya selama seminggu sehingga menjadi 23 hari Ramadan sahaja.

Kerana pada waktu penghujungnya, kita hanya sibuk mengejar-ngejar persiapan menyambut Aidilfitri yang sepatutnya persiapan itu boleh kita lakukan sebelum Ramadan lagi. Mana perginya kita ketika amalan beribadah seharusnya dipertingkatkan khususnya di hari-hari terakhir Ramadan tetapi kita sibuk di gendung-gendung dan di bazaar-bazaar pada siangnya.

Malamnya pula kita sibuk dengan mempertingkat jumlah dan jenis kuih-kuih, biskut-biskut dan kudapan raya sehingga kita terlupa dan sengaja meninggalkan malam-malam yang sepatutnya kita menambahkan saham beribadah kita.

Masjid dan surau semakin kurang dan semakin susut bilangan safnya. Kita sibuk meniru orang lain, bercerita tentang rahsia dan rahmat malam seribu bulan tetapi hakikatnya kita sendiri tidak pernah untuk cuba menggapainya. Memang secara teorinya senang, pelaksanaannya yang sukar.

Allah swt. mengharamkan jasad umat-Nya yang gembira dan senang dengan ketibaan Ramadan daripada api neraka. Begitu juga kepada mereka-mereka yang sangat berat hatinya meninggalkan Ramadan. Kerana itu, kalau kita dapat lihat siaran langsung solat di Masjidil Haram di Makkah Mukarramah, ramai di antara orang-orang alim dan soleh menangis meninggalkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

Bagi mereka, tidak ada bulan lain yang menyamai bulan Ramadan.Adakah kita termasuk dalam golongan orang yang bersedih dan dukacita meninggalkan Ramadan atau sebaliknya?

Sementara masih ada sisa Ramadan ini, sama-samalah kita cuba mempertingkatkan nilai permarkahan puasa kita agar dapat kita menikmati kerberkatan dan hikmah berpuasa dan cuba menghidupkan malam Lailatul Qadar, jika mampu.

Biarlah Ramadan yang cuma sekali dalam setahun itu benar-benar memberi kesan yang keinsafan dan ketakwaan terhadap diri kita.

Prof. Dr. Omar Yaakob
Johor Bahru

"Ramadan...Bermulanya Suatu Perubahan" 
 
Sumber: FB
 
~ Saya rasa terlalu cepat masa berlalu dan memang sedih meninggalkan bulan yang penuh mulia, Ramadhan

Wednesday, August 15, 2012

SOAL JAWAB: Tiada bacaan khusus dalam sujud sahwi

Mazhab Shafiee syor lakukan dua kali sebelum beri salam

Soalan:
Saya pernah mendengar bahawa bacaan ketika sujud sahwi adalah sama seperti bacaan ketika sujud dalam solat. Adakah benar pandangan itu?

"Bacaan untuk sujud sahwi adalah sama seperti bacaan ketika sujud dalam solat iaitu subhana rabbi al A’la wa bihamdih sebanyak tiga kali”
Jawapan:

Sujud sahwi ialah sujud yang dilakukan apabila melakukan kesalahan tertentu dalam solat. Dalam mazhab Shafiee sujud sahwi dilakukan sebanyak dua kali sebelum memberi salam.

Mengenai bacaan ketika sujud sahwi, tidak terdapat nas daripada hadis yang menunjukkan bacaan khusus ketika sujud tersebut.

Menurut pandangan ulama hadis, bacaan yang masyhur diamalkan oleh ramai orang, termasuk juga masyarakat kita di Malaysia iaitu: “Subhana man la yanaamu wala yas hu” merupakan saranan ulama saja.
Bacaan itu bermaksud: Maha suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak leka. Tidak diketahui dengan tepat siapa yang menyarankan doa berkenaan. Perkara ini turut disebut oleh Imam Nawawi dalam kitab beliau Raudhah al-Tholibin: “Para ulama (dalam mazhab Shafie) menulis tanpa membicarakan mengenai zikir dalam sujud itu.

Ini menunjukkan bahawa bacaan yang disarankan dalam sujud sahwi adalah sama seperti bacaan sujud dalam solat. Saya mendengar sebahagian imam (ulama mazhab Syafie) menceritakan bahawa sunat membaca: “Subhana man la yanaamu wala yashu” dan (jika dilihat makna bacaan itu) adalah bersesuaian dengan keadaan itu.”

Tulisan beliau: “Saya mendengar daripada sebahagian ulama tanpa menyebut adanya nas daripada hadis yang menyokong pandangan itu menunjukkan bahawa bacaan atau tasbih seperti itu diterima berdasarkan saranan ulama sebelum beliau, bahkan dalam kitabnya yang masyhur (al-Azkar) ketika membicarakan mengenai zikir pada ketika sujud tidak menyebut adanya bacaan seperti di atas.

Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menulis bahawa selepas beliau membuat semakan daripada kitab hadis, beliau tidak menjumpai adanya asas atau sandaran terhadap bacaan berkenaan. (al-Talkhis 2/6).

Berdasarkan apa yang disebut tadi bacaan untuk sujud sahwi adalah sama seperti bacaan ketika sujud dalam solat iaitu subhana rabbi al A’la wa bihamdih sebanyak tiga kali.

* Sujud sahwi: sujud yang dilakukan ketika kita terlupa tentang rukun solat yang tidak dibuat..Contohnya: Terlebih rakaat dalam solat, tak baca doa qunut yang menjadi kebiasaan, dsb.

Friday, August 10, 2012

IKLAN BERNAS YANG SANGAT TOUCHING! - Hari Raya 2012 (The Journey)

Assalamualaikum w.b.t.

Malam tadi selepas solat Isyak, saya sempat melihat iklan raya baru yang sangat meruntun jiwa. Sebelum ni iklan Petronas yang mengambil tempat. Tapi bagus, BERNAS juga buat kelainan yang mampu membangkitkan kesedaran. Jom layan...



Moral

1. Hargai dan syukuri nikmat yang Allah beri pada kita. Sebab ada orang lain lagi teruk atau susah dari kita.
2. Ambil peduli jika nampak kanak-kanak yang berkeliaran. Mesti ada sebab kenapa mereka berkeadaan begitu.
3. Hargai ibu bapa yang masih ada kerana merekalah punca kita berada di dunia walau siapa pun mereka.
4. Jangan ambil kesempatan terhadap kesulitan dan kesusahan orang lain. Saya risau je ada yang nak buat jahat pada kanak-kanak yang jalan bersendirian..

~ Tak tahu nak berbuka apa hari ni.....

Thursday, August 2, 2012

BAITUL MUSLIM

[ Rumahku Syurgaku]
Abu Zar r.a pernah berkata, bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi pesanan yang berpanjangan, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber amalan-amalan baik," Aku meminta supaya Baginda menambah lagi, " Tetapkanlah membaca Al Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk akhirat."

~ Comel je picca dekat atas ni..Rumah perlu dijadikan taman syurga untuk mendapatkan syurga yang sebenarnya. Namun, pasangan perlu bermujahadah dalam memantapkan ilmu di dada dan mengajak orang lain turut serta bersamanya. Baru berkat.. Sama-sama masuk syurga.

Wednesday, August 1, 2012

KERJA KUAT BAHAYA BAGI IBU HAMIL

London: Kesan bekerja terlampau kuat bagi ibu yang hamil pada peringkat akhir kehamilan dilaporkan sama dengan bahaya merokok ketika hamil, menurut kajian.

Kajian itu menyebut bahawa bayi yang ibu mereka bekerja atau merokok sepanjang tempoh kehamilan itu akan mengalami pembesaran yang perlahan dalam rahim.
Bayi kurang berat jika ibu kuat bekerja

Kajian Universiti of Essex, dijalankan tiga pakar ekonomi, Francesconi, Emilia Del Bono dan John Ermisch, mendapati bahawa wanita yang bekerja selepas mereka berada dalam bulan kelapan kehamilan memiliki bayi dengan berat purata 230 gram lebih ringan berbanding ibu yang berhenti kerja antara usia enam hingga lapan bulan kehamilan.

Kajian sebelum ini menunjukkan bayi dengan berat badan yang rendah berisiko mengalami masalah kesihatan dan perkembangan perlahan serta pelbagai masalah dalam hayat mereka.

Berhenti kerja awal apabila kehamilan memberi manfaat kepada ibu berpendidikan rendah, kajian mendapati bahawa kesan bekerja ketika kehamilan mungkin menuntut kerja fizikal.

Sumber: Berita Harian

~ Sudah 3hari saya pening dan loya2 yang amat teruk. Dan bila lagi sikit je waktu berbuka, saya muntah.. Semalam agak teruk tapi tak tau lagi hari ni macam mana. Sebab apa ye? 22 minggu kehamilan masih macam tu lagi ye?