Untuk memudahkan pengurusan susu ibu, saya cadangkan buat macam ni:
1. Pam/ perah dapat 4-5oz masukkan dalam fridge. Biarkan sejuk..
2. Lepas sekurang2nya sejam, susu2 yang ada 4-5 oz tu tu dimasukkan ke
dalam botol feeding pada saiz 2-3 oz ikut jumlah yang baby sepatutnya
minum. Susu yang berlebihan boleh dicampur dengan perahan yang
seterusnya.
3. Beri pada pengasuh
botol2 tersebut mengikut berapa botol patut ditinggalkan untuk bayi. Setiap kali bayi nak
menyusu, ambil satu botol (yang memang telah 2-3 oz tu) panaskan dan
beri pada bayi. Jika tidak habis, boleh tunggu dalam 1 jam. Jika tidak
habis selepas 1 jam daripada diminum, sila buang.. Untuk next feeding,
ambil botol yang baru.
4. Susu tidak semestinya perlu
dipanaskan. Ada bayi yang suka @ boleh tahan minum susu sejuk. Jadi
boleh terus bagi dari peti ais ke bayi.
Sumber: Facebook
* Ini apa yang saya amalkan. Tapi say juga gunakan palstik sebab lebih praktikal. Botol pula selalu saya bagi 6 atau 7 bergantung pada keadaan my hero.
Monday, July 1, 2013
Friday, June 28, 2013
Apakah Persediaan Untuk Menyusukan Bayi Secara Eksklusif?
Sebenarnya takde apa sangat persediaan yang perlu puan lakukan..
Kebanyakan kerja-kerja persediaan menyusu yang berat berlaku secara automatik oleh badan. Cuma pastikan yang sepanjang mengandung ni puan mengambil air, kalsium dan vit/ mineral lainnya dengan mencukupi..
Cuma satu sahaja cek samada puting puan normal, inverted atau buta. Jika inverted atau buta, hubungi Lactation Consultant @ Lactation Counselor @ Bf Peer Counselor berdekatan anda. Mungkin ada sedikit exercise yang perlu dilakukan sebelum bersalin.
Persediaan lain adalah dari segi luaran sahaja seperti mendapatkan pengetahuan yang mencukupi dalam bf - sertai kelas bf atau SGM yang dikendalikan oleh MBfPC berdekatan puan.
Mempelajari teknik penting dalam penyusuan - latch-on, marmet, urutan...
Menyediakan peralatan perlu utk naik kerja - botol susu, plastik storage, pam (jika perlu sahaja), deep freezer (bergantung kepada nature kerja puan, kebanyakan ibu sebenarnya tidak memerlukan deep freezer).
Berbincang dengan majikan tentang perancangan puan untuk menyusukan bayi secara eksklusif. Dapatkan kebenaran utk berehat setiap 2-3 jam bagi tujuan memerah susu. Dapatkan kebenaran utk menggunakan fridge pejabat jika puan merancang utk menyimpan susu perahan di situ. Pastikan rakan2 sekerja tahu membezakan susu perahan dengan susu yang boleh mereka minum . Dapatkan kebenaran utk menggunakan tempat2 tertentu yang selesa, rahsia, tersembunyi utk puan memerah susu.
Dapatkan pengasuh @ taska yang bf friendly. Nyatakan dari awal hajat puan utk ekslusif bf, berikan mereka artikel atau risalah panduan mengendalikan susu ibu. Beritahu mereka yang attitude bayi exclusive bf adalah sedikit berbeza dari bayi lain - cthnye bayi ebf kurang tidur, tidur dalam masa yang singkat, menyusu dengan lebih kerap (1 ke 2 jam) kalau fm 3-4 jam.
Dan yang paling penting adalah berbincang dengan suami & keluarga terutamanya individu yang akan menjaga puan semasa dalam pantang tentang keinginan puan untuk menyusukan bayi secara eksklusif. Pastikan mereka faham dan menyokong hajat puan. Pastikan tiada siapapun yang menawarkan untuk membelikan susu formula, puting kosong dan botol susu walaupun bayi mungkin menangis kuat dan lama pada peringkat awal.
Berkenalanlah dengan PC yang berdekatan dengan tempat anda (sebaiknya tempat berpantang) dan beritahu mereka untuk datang melawat anda dalam tempoh awal selepas bersalin.
Sumber: Facebook.com
~ Niat untuk susukan anak sejak tahu diri tu mengandung pun penting. Itu tandanya kita bersedia dari awal.

Labels:
Anak-anak,
Breastfeeding,
Info,
Lelaki,
Perkahwinan,
Rumah Tangga,
Woman
Kelebihan Wanita Yang Mengalami Mual Semasa Mengandung
Terdapat sebilangan wanita mengandung yang akan mengalami muntah atau mual terutamanya di waktu pagi. Tapi jangan bimbang, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.
Berikut disenaraikan kelebihan bagi wanita-wanita mengandung yang mengalami mual atau muntah terutamanya di awal kehamilan:
1. Risiko keguguran lebih rendah dibanding dengan mereka yang tidak mengalaminya.
2. Mual merupakan mekanisme perlindungan untuk embrio yang masih muda. Kepekaan ibu terhadap pelbagai makan dapat menjauhkannya dari makanan yang berpotensi membahayakan si bayi yang belum lahir.
3. Kematian bayi selepas dilahirkan lebih rendah pada wanita yang mengalami mual-mual.
4. Mual-mual berkaitan dengan rendahnya risiko kelahiran pra-matang.
5. Lebih tingginya berat lahir.
6. Lebih rendahnya kecacatan selepas dilahirkan.
7. Ukuran plasenta bertambah - Kurang makan disebabkan mual menyebabkan kurangnya pertambahan berat badan di awal kehamilan. Kurangnya berat badan menyebabkan peningkatan ukuran plasenta yang menyalurkan darah kepada janin yang sedang tumbuh. Plasenta yang lebih besar menjamin tersedianya makan dan oksigen yang sihat.
Sumber : Deepak Chopra, MD. Panduan Holistik Kehamilan & Kelahiran.
Labels:
Anak-anak,
Breastfeeding,
Lelaki,
Perkahwinan,
Rumah Tangga,
Woman
Thursday, June 27, 2013
SUKARNYA MENEBUS KESALAHAN SESAMA MAKHLUK....
Suatu hari, seorang lelaki yang telah banyak menanggung kesalahan datang menemui seorang guru dengan harapan ia akan mendapatkan petunjuk bagaimana memperbaiki kesalahan-kesalahan yang pernah ia lakukan.
“Guru, saya mempunyai banyak dosa, saya sering memfitnah, berbohong, dan menggosipkan orang lain dengan banyak hal-hal yang buruk.
Sekarang saya menyesal dan ingin meminta maaf zahir dan batin kepada mereka.
Bagaimana caranya agar Allah, dan mereka yang pernah saya sakiti mengampuni semua kesalahan saya?”
Mendengar hal itu, sang guru berkata.
“Baiklah, kalau begitu tolong kau ambil bantal di tempat tidurku.
Kemudian bawalah ke pinggir kota, dan setelah di sana bukalah bantal itu sampai bulu-bulu ayam dan kapas yang ada di dalamnya terbang ditiup angin.
Itulah bentuk hukuman dari kata-kata jahat yang pernah keluar dari mulutmu.”
Meski kebingungan, lelaki itu menerima apa yang telah diperintahkan kepadanya.
Di pinggiran ia membuka bantal tersebut, dan dalam sekejap masa bulu ayam dan kapas berterbangan tertiup angin.
Setelah selesai melakukan hukuman itu ia kembali menemui sang guru dan bertanya,
“saya telah melakukan apa yang guru perintahkan, apa itu bererti saya telah diampuni?”
Mendengar hal itu, sang guru menggelengkan kepala dan berkata
“Kamu belum mendapatkan pengampunan, kamu baru saja menjalankan setengah hukumanmu.
Kini kembalilah ke pinggiran dan pungutlah kembali bulu-bulu ayam dan kapas yang tadi berterbangan ditiup angin.”
Moral of the story:
Begitu sukarnya menebus dosa kita sesama makhluk....mereka yg pernah kita zalimi, kita fitnah dan tuduh macam2, mereka yg kita tipu, kita uimpat....selagi tidak di ampun kan oleh mereka yg berkenaan maka dosa kita masih belum terampun...
Oleh itu...berhati2 terhadap dosa sesama kita, memfitnah, mengumpat, menipu, menzalimi dan sebagainya...
Wallahu a'lam
Sumber: Facebook
Labels:
Kisah dan Tauladan,
Renungan,
Tazkirah
Wednesday, June 26, 2013
RENUNGAN UNTUK LELAKI & PEREMPUAN
Oleh Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man.
Wahai anakku,
Kehebatan seorang lelaki itu selama mana ia mampu menahan perasaan marahnya, bilamana ia gagal menahan kemarahannya, maka hilanglah kehebatan seorang lelaki itu. Manakala kehebatan seorang wanita itu terletak kepada setinggi mana perasaan malunya, bilamana hilang perasaan malunya, maka hilanglah kehebatan wanita itu.
Wahai anakku,
Bukanlah kekuatan itu kamu tunjukkan kegagahan kamu di hadapan golongan yang lemah, sedang kamu gagal mengawal nafsu amarah kamu. Ketahuilah, keegoan itu akan lenyap darimu, bilamana kamu diusung ke kuburmu. Lenyapkan kesombongan kamu dengan membanyakkan pergaulanmu dengan golongan yang tawadduk, buanglah perasaan sombongmu dengan membanyakkan menghadiri pengkebumian, dan ambil iktibar dengan apa yang ada di atas kubur, lebih baik dari kamu mengharapkan iktibar setelah berada dalam kubur.
Wahai anakku,
Janganlah kamu berjalan dengan angkuh dan kesombongan di atas muka bumi ini, kerana suatu hari kamu akan masuk ke dalam perut bumi. Janganlah engkau rakus dan perlahap dengan makanan, kelak kamu akan dibaham oleh ulat-ulat dan cacing di dalam kuburmu. Banyakkan mengingati kematian, itu petanda orang yang berakal, kerana sebaik-baik perancangan masa depan, ialah mereka yang merancang sekarang untuk menentukan apa yang akan diperolehi selepas kematiannya.
Senyum.

YOU MUST KNOW - MUSK
If we have flu, the white side should attach to our face (the color side faces out) to filter the micro-organism not to spread them out to others.
If we are not ill, the white side should face out to protect micro-organism from environment to come to contact with us.
Tuesday, June 25, 2013
AMBILAH PERINGATAN ATAS JEREBU YANG BERLAKU....
TERJEMAHAN SURAH AD-DUKHAN AYAT 10 - 16:
(10) Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat),
(11) Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata): Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan.
(12) (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!.
(13) Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Padahal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)!
(14) Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!
(15) Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar).
(16) (Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya).
TANDA KIAMAT
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya".
Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.
Sepuluh tanda itu ialah:
Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir. Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
P/S:
Saya sekeluarga baru nak baik demam, tapi Allah bagi ujian. Datang jerebu.. Terasa sangat kelemahan diri. Nikmat bernafas ibarat ditarik balik sebaik bangun dari tidur. Sukar bernafas. Bila di pejabat, waktu tengahari sudah terasa pening, mata pedih, bersin, sakit hidung, batuk dan angin. Allah...
"Aku tau menggunung dosaku..Kau masih juga sayangkan aku yang hina ini..Terima kasih Allah."
Labels:
Personal - aku rase,
Renungan,
Tazkirah
Subscribe to:
Posts (Atom)