Thursday, January 14, 2010

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya.. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, 'Saya ada satu permainan.... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah 'Kapur!', jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah 'Pemadam!'

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, 'Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah 'Pemadam!', jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah 'Kapur!'. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. 'Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, setelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.



'Keluar berduaan, berkasih-kasihan  tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi   menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah  menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik  kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.' 'Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan . Faham?' Tanya Guru kepada anak muridnya.

'Baik untuk permainan kedua...' Gurunya meneruskannya. .....

'Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?'

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..'Murid-murid,begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .... Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ....Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.

'Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. . .....'

'Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakkan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan.' 'Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... '  

'Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?' Tanya murid- murid.

'Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.' 'Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun'.

'Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang...'



UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM...AMIIINN. ....


~ Petikan dari email yang diberi oleh abah saya..

❤ HEART'S MEDICINE

There is something special that you need in your life..Let's try it..




Ingredients:
  • 10 mg of grins
  • 50 mg of laughs
  • 20 mg of jokes
  • 35 mg  of friends
  • 30 mg of warm hugs
  • 70 mg of family
Instructions:
Take twice daily with cookies and milk.

Warnings:
  • may cause sudden happiness, fuzzy and warm feelings, smiling 24/7, sudden outburst of singing, ect.
  • highly addictive
Don’t take if:
There’s absolutely no reason you should avoid taking this.
This is a more detailed and shaded version of a doodle in art. Excuse the horrible shading, I used no references so it’s probably way off. >_< Sorry.
The point is, everyone need a dose of this medicine. Don’t worry, it doesn’t taste like those nasty cough drops at all. It tastes like honeyed liquid sunshine. :]


Have you taken

your dose today?


~❤ MY FAMILY. MISS U MUMMY & DADDY. ETERNITY IN MY LIFE~

Tuesday, January 12, 2010

❤ CRAZY BOOKS ❤

Salam semua...

Sekarang ni musim hujan la. Lebat betul. Masuk je petang dah hujan.. Tak pelah, ada rahsia disebaliknya.. Topik utama bukan nak cerita pasal hujan, saya tak pandai nak buat kajian cuaca..Saya hanya sekadar berkongsi buku yang saya ada sekarang ni..

Banyak buku-buku saya ni.. Seiring dengan peningkatan usia, buku yang saya baca pun dah lain..Novel cintan cintun memang tak main la..Banyak kepada buku yang membangunkan diri baik dari Motivasi, Novel dll..Saya suka sangat membaca..Duit habis kat buku pun tak apa, asalkan ia berbaloi tuk masa akan datang..

Kalau anda semua ada masa, bacalah ae.. Bila kita banyak membaca dan berfikir, sel-sel neuron akan berkembang dan bercambah.. Jadi anda semua tak mudah lupa dan tak kan nyanyuk..Lagipun ilmu yang kita dapat dari membaca dan berfikir, nilainya sangat mahal bila kita dapat aplikasikan dengan baik dalam apa jua yang kita lakukan..Diri anda yang untung.. =)




PENULIS: A. Ubaidillah Alias (novelis Warkah Cinta Berbau Syurga).

"Sudah menjadi tanggungjawab saudara seagama menasihati saudaranya. Ini adalah tugas saya dan kamu. Menasihati dan menyampaikan adalah tugas Muhammad. Itulah tugas khalifah. Saya tidak akan berhenti dari menyampaikan, dan kamu juga harus begitu "
~ Dah lama saya beli, tapi lambat nak share..sowi..




 PENULIS: Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam).

"Gerimis SAKINAH membawa pasangan meredah lautan MAWADDAH. Bertemankan RAHMAH untuk menempuh hari cerah dan mendung hitam, manis madu, dan pahit hempedu pada realiti sebuah kehidupan , pasca 'Aku Terima Nikahnya'. Cinta dan kasih sayang bukan sekadar kurniaan nikmat hidup yang sementara. Malah ia sebagai satu seruan untuk kita Bercinta Sampai Ke Syurga "
~ Kedua-dua buku ni saya memang suka baca dan menjadi koleksi kegemaran saya..




PENULIS BRICKS TO BRIDGES: Robin Speculand (CEO of Bridges Business Consultancy Int.). Manakala PENULIS 50 PROSPERITY CLASSICS: TOM BUTLER-BOWDON.

Kedua buku di atas ni, baru je saya beli semalam 11/1/2010..Tak habis baca lagi..Tapi kedua buku ni memang bagus bagi sesiapa yang nak membangunkan diri dan membina strategi dalam mencapai kejayaan.

"Once a thing seems normal to you, it is surely yours, through the Law of growth and attraction, as it is yours to know addition after you have learned the use of figures "

 ❤ Sanah Helwah Acik~My brother

Sunday, January 10, 2010

WATCH UR MOUTH!!!

Salam semua..


Sebelum anda lanjutkan pembacaan anda, anda pastikan diri dan hati anda bersih menerima ilmu pada hari ini..Ingat, jangan lupa jaga percakapan anda selepas ini..Jom layan…




17 bahaya lidah adalah:
  1. Kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.
  2. Kita akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.
  3. Adakalanya kita bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
  4. Lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.
  5. Satu perkataan dari lidah kita boleh menyebabkan permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan
  6. Kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.
  7. Mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
  8. Gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
  9. Bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
  10. Terlalu banyak bergurau dan bersenda.
  11. Suka menghina orang lain.
  12. Menyebarkan rahsia.
  13. Berjanji lalu mendustai janji itu.
  14. Akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
  15. Mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
  16. Menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.
  17. Memuji yang melampau-lampau.
Anda sudah tahu 17 bahaya yang mungkin berlaku apabila kita tidak mengawal kata-kata dan tidak menjaga setiap satu perkataan yang kita selalu ucapkan. Salah satu sebab mengapa ramai orang ditimpa masalah adalah kerana dari lidah mereka.

Kerana lidah, badan binasa. Kesannya, hidup kita binasa dan kemurkaan Allah turun kepada kita kerana kita menyakiti orang lain melalui lidah.

Kerana lidah yang selalu memaki-maki, menyumpah seranah, mentertawakan seseorang dan mengumpat-umpat, ramai di antara kita di timpa dengan masalah yang tak berkesudahan.

Masalah itu menjadi balasan Allah atas perbuatan kita kerana kita tidak menjaga lidah. Kita mungkin pernah mengumpat, memaki atau memarahi seseorang dengan teruk sekali. Kita tak pernah fikir balasan atas kata-kata kita itu.

Jika hidup Anda selalu bermasalah, inilah masanya Anda check lidah Anda dan perangai Anda.

Sumber: iMotivasi

~ Ingat, jangan jadi mulut ‘longkang’ tanpa sebab. Berhati-hati dengan setiap kata2 yang ingin dituturkan..Fikir sebelum buat..Jangan layan orang yang buat masalah dengan anda jika masalah tersebut boleh dielakkan. Lidah dan mulut adalah amanah Allah..akhirat nanti keduanya akan menjadi saksi di atas perbuatan kita..

~ Saya tak kan lupa kata2 yang telah dilemparkan seseorang kepada saya..Sape yang pernah fitnah tu, pasti tak kan terlepas..Langit tak selalu cerah…
 



Saturday, January 9, 2010

CERITERA PENAWAR

Salam semua..

Lama rasanya tak menulis dalam blog ni..sawang pun cam banyak dah. Terima kasih buat pengujung yang rajin datang ke sini. Saya dah jarang nak update blog lepas ni. Jika sempat saya singgah blog anda semua ae..Masa yang ada begitu mencemburui, study lagi n line broadband yang sekejap hidup dah mati tu..haila, cukup memberi tekanan buat saya. Ada sape2 leh tolong saya bagi idea untuk tajuk tesis saya tak? Tapi kena sesuai dengan MBA MUAMALAH la..cadangan tajuk lain yang dirasakan sesuai pun ok juga..

Boleh dikatakan minggu yang saya lalui ni sama sibuk dengan kemasukan budak sekolah gamaknya. Ibu bapa yang ada anak bersekolah sibuk uruskan ank2, menghantar ank2, dan macam2 hal lagi..huhu..Saya pula life sebagai student MBA. Dengan presentation yang tak berapa best, saya dah frust cam tak ingat dunia seketika..Mujur sempat sedar dan bangkit kembali..Tak pa, lain hari, saya boleh cuba lebih baik lagi..biar bukak sikit mata orang yang berlagak sangat tuh...Geram betul!!!

Minggu ni jugak, jadual tidur saya dah jadi tak teratur..bertambah pening kepala saya..roommate saya hairan seketika..Bayangkan tidur 3jam je..tapi boleh tahan lagi dan mata tu dah macam orang yang tak bermata pula..Huhuhu..makin rabun la saya lepas ni..

Tapi alhamdulillah, lepas je kelas accounting khamis baru ni, saya dah rasa lapang sikit..boleh lah ganti tidur..tup tup..roommate a.k.a classmate saya ni ajak keluar pergi Putrajaya..adoi..hati cam berat tapi kalau tak keluar saya tak kenal pulak kwn2 baru saya ni..rugi nanti..Lepas maghrib, saya tunggu gak sampai tertidur dibuatnya...Punyalah naik tocang Si Aini, roommate saya, bagi msg n call..sy tak dengar..last2 dia naik rumah kami n jerit panggil saya.."Kak Ada!! ko tidur rupanya.."

Apalagi..cam robot saya bangun..huhu. Saya dah tunngu diaorang ni lama gak..tapi nak wat cam ne..Dengan muka senyum kelat n gelak toya tu, saya turun bawah naik kereta Kak Niza.. Kami pergi berempat je, termasuk Kak Katy. Rupa-rupanya, dia nak tengok cerita Sang Pari2..Adoi.. Saya pun ikut jela..Dalam otak dok fikir, cite apa ntah..cam tak best je..

Dalam perjalanan tu, sempat gak sambung tidur. Saya ni bukan kaki tidur tau tap sebab tak cukup tidur terpaksa la jadi cam tu. Saya ni pulak jenis tak banyak cakap just dengar la dorg nyanyi bagi hilangkan tension tu. Macam2 lagu dorg nyanyi tapi lagu rock kapak la. Masalahnya banyak yang saya tak pernah dengar. Ni la 1st time, saya keluar dengan Aini, Kak Niza n Kak Katy, tengok wayang, nyanyi kuat2 dalam kereta..

Sebenarnya, best sangat movie Sang Pari2 ni..Lawak dia sengal2 ubi gak. Lakonan Que Haidar sebag ai Sa'adon dan Liyana Jasmay sebagai Pari. Saya boleh gelak besar tengok lakonan dorg. Habis sifat santun hilang. Memang enjoy la tengok cite ni..Tak yah lah saya story cite ni panjang2..Korang boleh tengok sendiri nanti..Itupun kalau korang layan cite tempatan la...

Dah tak ada idea nak kongsi dah...Mata ni dah ngantok. Cuma nak tambah, saya kena saman...wawawawawawawwawawawawwa....Saya saman guard tu nanti..huhuhuhu

~HAPUSKAN AMALAN RASUAH~

Saturday, January 2, 2010

TAG TAHUN BARU...

Salam semua..

Memandangkan saya jarang nak lawat blog rakan2 blogger, jadi bila sempat saya singgah la tuk baca apa2 yang menarik. So, dengan tak disangkanya, saya telah di tag lagi. Wah, lama tak buat tag ni. Best gak sekali sekala layan tag yang diberi..Tq Sis Ell

A.write five(5) interesting facts about the person who gave you this award.

1. Ibu yang sangat sweet dan lawa.. (seyes..saya suka tengok sis ell)
2. Sangat kreatif buat kraft yang cute2 (suka tengok hasil sis ell ni..tp xpenah dapat lagi kraft dari sis.huhu.)
3. Sedang menunggu kelahiran anak ke-4 (semoga sis dan baby sihat)
4. Rajin masak (saya suka sangat tengok menu yang sis ell hidang..tp saya xtry lagi..)
5. Saya sayang sis ell macam kakak saya..saya suka tengok blog dia bila ada masa..sis ell pandai tulis..

B.Jot down ten(10) interesting facts about yourself and your hobbies.

my hobbies:

1.Sangat suka berfikir dan mencari maklumat sebagai nilai tambah ilmu yang sedia ada..
2.Suka membaca dan sangat sukakan ilmu..
3.Suka bercerita dan suka mendengar cerita
4.Suka pakai baju yang ceria..semua warna saya suka..
5.Suka kedamaian, bau pokok, alam…saya tenang dalam keadaan itu..


myself:

1. Penawar yang berseri untuk keluarga yang dicintai 
2.Sedang menyambung  pengajian dalam MBA MUAMALAH
3.I’m good listener and good thinker..

4.Biar diriku dilihat tiada apa2 tapi aku mampu menggoncang dunia..proud to be myself..aku tak kan menyerah kalah..
5.Dilihat lembut tetapi saya sukakan cabaran + sangat flexcible + sweet + homesick

C.Pick your ten(10) deserving recipients and describe them.

Saya cari sape yang saya sempat nak tag..lagipun dorg ni antara yang saya rapat....


1.Shafie - Seorang kwn yang best..harap dia cepat dapat keje..
2.Faarihin - For me, she’s so sweet and cheerful…dia ni pun tengah cari keje gak..Good luck faarihin
3. Srikandi Khairiah - Berjiwa besar..ktorang sama2 berjuang tuk wt MA tp lain bidang la..Good Luck!!
4. Sis Julia - Sy anggap cm kakak sy juga..suka bg nasihat bila sy perlukan dia..tq sis
5. Zulkefli - Now, dia berada  di sem last pengajian..semoga berjaya m’dapat result yg terbaik..
6. Ihsan - Seorang yang giler2 dan kreatif..Harap kaki tu cepat baik ae..Amin
7. Sufy – Dia sangat cute..hehe..pandai mengarang karya..teruskan usaha
8. Zahora – Nice girl. Antara my 1st follower


Sowi..saya just tag tuk lapan orang je..saya tak ada idea tuk tambah lagi…Hilangkan tension sekejap...


Friday, January 1, 2010

Open Your Eyes

Salam semua…

Alhamdulillah, berkesempatan lagi tuk saya menulis di sini..Walaupun sekadar tulisan yang tiada erti bagi sesiapa tapi cukupla tulisan saya ini bererti bagi saya di mana saya mampu memberikan sesuatu buat kalian terutamanya para pengikut blog ini dan silent reader saya..thank you so much..

Semoga tahun baru 2010 memberikan azam baru buat kalian semua…Semoga kita mendapat apa yang telah kita usaha dan mencapai apa yang kita impikan..

Saya memang suka sangat hidang lagu tuk pengunjung blog saya ni..bukan apa, sekadar halwa telinga dan berkongsi makna disebalik lirik2 dan nyanyian yang disampaikan…so, kali ini, sekali lagi nyanyian dari penyanyi kesukaan saya, MAHER ZAIN..terimalah..



Open Your Eyes Lyrics

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Artis: Maher Zain

**************************************************

"He has created man: He has imparted unto him articulate thought and speech. [At His behest] the sun and the moon run their appointed courses; the stars and the trees prostrate themselves [before Him]. And the skies has He raised high, and has devised [for all things] a measure, so that you [too, O men,] might never transgress the measure [of what is right]: weigh, therefore, [your deeds] with equity, and cut not the measure short!" (55:3-9)

"It is Allah Who created everything in the best of form…It is He Who created and perfected all things." (32:7, 87:2)