Thursday, August 7, 2014

PROMOTE

Assalamualaikum w.b.t

Saya ada sesuatu yang ingin dikongsikan.. Sebenarnya selepas melahirkan anak sulung, kulit kaki saya semakin kering dan tumit merekah tapi tidak teruk... Cuma rasa tak cantik je..Biasalah perempuan kan..

Tapi sejak trimester terakhir, saya amalkan produk keluaran Hai-O yang diperkenalkan oleh adik saya, alhamdulillah kulit makin cerah dan masalah tumit merekah hilang.. Kulit anjal dan yang pasti baby saya sangat gebu tambahan girl pula... Ramai yang puji sebab baby masih menyusu badan..

BAGAIMANAKAH BBplus COLLAGEN DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN KETIDAKSELESAAN PENYAKIT SENDI?

Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.

RAMUAN UTAMA BBplus COLLAGEN

- Kolagen ikan terhidrolisis
- Ekstrak biji anggur
- Vitamin C
- Jus bunga Roselle
- Jus buah blackcurrant
- Serat epal
- Inulin

SIAPA YANG SESUAI MENGAMBIL BBplus COLLAGEN?

Sesuai untuk wanita, lelaki, ibu mengandung (khasiat bukan sahaja untuk ibu malah untuk kandungan), ibu yang sedang menyusu dan warga emas. Juga sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sendi.

Untung kan, seisi keluarga boleh minum, suami, isteri yang mengandung dan menyusukan dapat alirkan zat BBplus Collagen kepada baby... pasti kulit akan sihat dan cantik!

BBplus COLLAGEN..makanan dalaman untuk kulit yang sihat dan awet muda..sekotak ada 20 sachet..harga RM180..


Bawah ni testimoni pengguna lain..






Jika berminat boleh email saya di 
bone_zai73@yahoo.com
 atau 
whatsapp 0193424700




Wednesday, June 4, 2014

PERUTUSAN KHAS BUAT SUAMI TERCINTA

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah hari ni sangat istimewa buat saya kerana ulang tahun kelahiran suami tercinta. Walaupun saya masih berpantang, namun hati dan ingatan saya tetap buat si jantung hati, my soulmate.

Saya tidak pandai mengarang puisi, jadi saya rakamkan tanda ingatan ini buat tatapan en suami. Moga en suami suka dan sampai maksud padanya. 

 PUISI - DARI IRMAFIZAH (kalau tak silap, copy paste)

For my dearest & beloved husband,

Ikatan yang terbina antara kita...
Termetrinya perjanjian penuh bermakna..
Dikaulah insan teristimewa
Yang sentiasa di hati ini bertahta
Insya allah….buat selama-lamanya

Sehari tiada kulihat wajahmu..
Terasa satu ‘kehilangan’ dalam diriku..
Semakin dalamnya perasaan rindu..
Terbuku bersarang di ingatan ku…
Rindu yang mendalam
Terhadap dirimu yang satu...

Sekalipun dirimu tiada di sisi..
Berhempas pulas melaksanakan tugas..
Doaku sentiasa ku tujukan padamu
Kupanjatkan dengan penuh ikhlas..

Moga dirimu sentiasa dilindungi..
Diawasi olehNya di mana jua
Tak kira di mana dirimu berada..
Meskipun dirimu jauh di mata
Harapan ku diri ini tidak dilupa...

Sehari tidak bertemu..
Laksana sepurnama tidak bersua..
Tercari-cari senyum dan tawamu..
Yang sentiasa mendamaikan jiwa..
Penglipur lara di kala duka…

Buat suamiku yang tercinta..
Kan ku setia padamu sepanjang masa...
Berilah senyuman mu penuh mesra..
Bagi meredakan keresahan jiwa
Menambahkan kebahagiaan perkahwinan kita…


Kat bawah ni ucapan dari WhatsApp yang saya hantar  pada jam 4 pagi tadi buat suami tersayang sebagai pengganti diri

Selamat ulang tahun kelahiran kanda..Dinda bersyukur mempunyai suami sebaik kanda yang sudi menemani dinda disepanjang hayat ini. Segala perhatian, bantuan, teguran dan kasih sayang terhadap dinda dan anak2 sangat dinda hargai dan hanya Allah yang membalasnya.. Semoga segala impian, cita2 dan harapan kanda tercapai. Semoga Allah memberi kekuatan utk kanda melaksanakan segala tanggungjawab yg dipikul. Semoga dinda dan anak2 menjadi penyejuk, pendamai, penenang dan tempat luahan hati kanda. Semoga ikatan cinta, kasih sayang dan rindu dendam kita berduasehangat cinta Rasulullah dan Saidatina Khadijah. Semoga bahtera rumahtangga kita mendapat rahmat kasih sayang Allah dan mampu kita hadapi gelombang tsunami yg datang bersama2. Moga kita mampu bersabar dan kuat serta hebat dlm membesarkan anak2. Dinda dan anak2 sayang sangat kat kanda. Kanda segalanya bagi dinda. Terima kasih suamiku...

~ Hadiah tak tahu nak bagi apa....

Thursday, May 22, 2014

SELAMAT BERPANTANG! 2

Sambungan dari cerita yang pertama. 

23 April 2014

Bila tiba di labor room tu, nurse yang bertugas untuk bilik yang saya masuk tu bernama Norlinda. Sempat di tanya bila kali terakhir saya makan dan previous kelahiran..

Setelah alatan disiapkan, rupanya bukaan saya sudah 6 cm. Dalam bilik tu terasa aura tenang kerana kedengaran alunan suci al-Quran dari radio yang terpasang.

Mulut saya basah dengan kalimah 'Allah' dan doa Nabi Yunus, "La Ilahailla Anta Subhanaka Inni Kuntum Minadzolimin"..

Nurse pecahkan air ketuban saya tapi rupanya ada masalah yang dihadapinya sehinggakan dia memanggil doktor lain. Saya dah rasa lain ketika itu..

"Saya dah pecahkan air ketuban tapi macam ada selaput.." Penerangan nurse kepada doktor.

"Dah tiada air ketuban dah..10 cm dah ni.. Mana suami dia? Panggilkan masuk.. Nak beranak dah ni.."

(Ada sedikit pergaduahan kecil antara doktor dan nurse tersebut tambahan tidur doktor tu diganggu.. ^_^)

Ini pengalaman pertama saya melahirkan secara normal walaupun anak kedua. Semuanya serba tidak kena dan yang pasti pada mulanya saya tidak memberikan kerjasama untuk meneran dan macam-macam lagi. Tunggang langgang habis!

Saya ada meminta air dan mereka tetap beri..Saya masih dalam keadaan sopan walaupun menjerit "Allah". Ingatkan baby dah keluar, rupanya tenaga je yang habis..

Suami sempat cium dahi saya dalam saat genting begitu dan bagi semangat,

"Dinda kan nak bersalin normal. Dinda boleh"

Nurse turut memberi sokongan.

"Saya dah mudahkan puan ni. Puan perlu tenang, tarik nafas, teran, curi nafas dan teran lagi.. Kesian kat baby.. Dah nak keluar dah"

Macama-macam lagi ayat yang kedengaran..

Yang saya tahu ketika itu, suami saya yang menegakkan kepala saya untuk saya meneran. Lengan kanan suami menjadi tempat saya berpaut.. Tak larat!

Saya jerit kebas kaki kanan.. Nurse sendalkan palang untuk saya pijak.

Dan akhirnya, saya bejaya menemui rentak yang betul.. Saya buat sehabis daya dan yang pasti saya tak tengok apa yang berlaku..

Tangisan anak kami kedengaran.. Alhamdulillah..

Nurse sempata tanya,

"Bayi laki ke perempuan?"

Suami jawap, "Lelaki"

"Eh, tengok betul-betul.. Perempuan!"

Kami serentak, "Perempuan"

Bayi kami terus diletakkan ke dada saya.. Saya cepat-cepat iqomatkan baby.. Suami pun sama.. Syahdu pagi tu. 4.42 pagi bayi keluar melihat dunia..

Cepat je rasa..Macam ajaib pun ada..Bercampur baur perasaan saya.

Lepas suami keluar, saya hampir terlelap mata dan mamai..

Sekali lagi saya kurang beri kerjasama ketika nurse ingin keluarkan uri. Tapi saya cuba juga beri yang terbaik.

Nurse jahit tak sedar sangat tapi last sekali rasa sakit.. Ada nurse lain bawakan air untuk saya minum.

Nurse tu sempat pesan jaga jahitan elok-elok sebab jahitan saya banyak tambahan pertama kali dan saya tak ikut petua.. (Semua dah hilang dan lupa!)

Keluar je dari bilik setalah sejam dijahit, suami saya sambut dengan senyuman.. Rupanya, suami tolong balaskan wassap dan message yang diberi. Sebelum tu, saya sempat kabarkan pada adik dan keluarga dikampung. Mohon doa mereka agar mudah saya bersalin.

Di tepi sebuah bilik, nurse minta saya nyusukan bayi saya. Alhamdulillah bayi kami sangat pandai menyusu.. Sempat nurse bercerita yang suami saya macam tak boleh terima anaknya perempuan.. Macam-macam yang suami runsingkan.

Sebetulnya, last scan pada 17 April 2014 itu, saya dimaklumkan, bayi kami lelaki jadi saya maklumkan pada suami. Waktu tu dah pasrah walaupun hati kecil menginginkan anak perempuan. Itu ceritanya..

Kemudian, saya tiba di wad dan ditempatkan di katil yang tinggi kerana semuanya penuh. Azab rasanya.. Hampir pitam saya ketika di bilik air mujur ada kakak yang baik hati membantu..

Saya yang paling muda..huhu..tengok ibu-ibu lain relex aje.. Dugaan..

Saya pulang ke rumah hari yang sama tapi agak lewat kerana anak kami lambat buang air kecil..

Alhamdulillah.. Banyak lagi yang saya nak kongsi..tapi satu-satu dulu ye..

*** Nama anak kami, NurHasya Durrani Faqihah Binti Mohd Zaidi. Dah sebulan dah..

Wednesday, May 14, 2014

SELAMAT BERPANTANG!

Assalamualaikum w.b.t.

Tiada lafaz yang lebih hebat mampu diucapkan melainkan kalimah 'Alhamdulillah'.. Selamat semuanya..

Ceritanya bermula begini..

22 April 2014

Check up mingguan di Klinik Kg. Pasir Hulu Kelang. Saya dah masuk 37 minggu. Semuanya ok melainkan saya memberitahu nurse gigi geraham sebelah kanan atas patah separuh ( suami kata sumbing ) ketika makan hari minggu lepas.

Saya telah diberikan surat bertarikh 17 April 2014 oleh doktor yang bertugas untuk dirujuk di Hospital Ampang sama ada saya boleh bersalin secara normal atau pembedahan tapi saya tidak sempat melakukannya lantaran suami saya mempunyai urusan yang lain.

Puas dah saya pujuk suami takut ada pape yang terjadi dan suami berjanji untuk membawa saya keesokan harinya.

Malamnya saya bermain dengan Akhtar dan melakukan rutin biasa tapi saya berasa tidak sedap hati. Saya tidak memaklumkan kepada suami cuma saya berlagak tenang. Akhtar pula asyik benar menyebut 'Adik' sambil bermain perut saya.

Saya terdetik di hati, "tanda aku nak sakit bersalin kat Akhtar, hari Selasa, Rabunya Akhtar lahir dah.. Ni adiknya pun macam tu ke??"

Saya sudahkan melipat baju, basuh dan sidai kain, sempat kemas baju Akhtar sekali..

23 April 2014

Dalam pukul 1.35 pagi saya sempat menjamah sedikit kurma dan minum air susu kambing..

Saya berkira-kira dalam hati, masanya dah tiba ni..

Sebenarnya, suami minta saya berehat tapi hati rasa tak tenang.. Kemudian, baru saya kejutkan suami,

"Kanda, dinda rasa dah sampai masa ni.. Tak apalah kita pergi hantar Akhtar dulu kat rumah mak. Rasa sakit tu dah makin kerap"

Saya tak pasti apa yang suami balas waktu itu..

Sekitar pukul 2 pagi, kami tiba di rumah Sentul, Mak Abah dan Kak Seri sudah menunggu kami.

Sempat saya minta maaf dari Mak dan Abah serta minta doa mereka agar saya mudah bersalin. Mak cium saya..

Mak tanya, "Dah rasa sakit sangat ke?"

Saya menganggup sambil suara terketar-ketar menjawap, "Dah agak kerap" (tengah kontraksi tu..)

Sempat saya pesan pada mak, "Tengokkan Akhtar elok-elok ye, mak. Kalau dia jaga, mak bagi air tau"

My hero yang soleh still bf with me..tu yang saya sedih sikit..

Then kami terus patah balik pergi ke Hospital Ampang..

Kali ni suami parking pada tempatnya tidak seperti kelahiran lalu, habis kena saman suami saya..

Sesudah mendaftar, saya terus disiapkan dan nurse sempat marah ringan setelah saya ajukan surat doktor tempat saya check up.

"Patient lambat buat tindakan"

Terus doktor India datang,

"Siapa yang advice awak untuk bersalin normal?"

Saya geleng..

"Ok, kita cuba bersalin normal tapi kalau tanda-tanda perut awak akan pecah, kita terus buat pembedahan"

(Dalam hati, tersentap dengar ayat doktor tu... Kuasa Allah. Dulu aku emergency czar la)

Melihat saya sakit semakin kerap, terus mereka bawa ke labor room, tingkat 4.

========

Ok, bersambung di lain kali..batuk teruk la..


Monday, April 21, 2014

5 Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam

1. Memukul wajah

Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”

2. Menampakkan kemarahan yang sangat

Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,

“Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah."

3. Memukul di dalam keadaan sangat marah

Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini."

4. Bersikap terlalu keras dan kasar

Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.”

5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas

Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.

Wednesday, April 9, 2014

PERDEBATAN SEORANG PEMUDA DAN ATHEIS

Semua yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian pemuda ini. Maka bermulalah perdebatan di antara mereka. Bila mana pemuda ini duduk duduk pada tempat yang disediakan maka serentak dengan itu salah seorang Atheis terus mengajukan soalan:

Soalan Pertama

Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Soalan Kedua

Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”

Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”

Soalan Ketiga

Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”

Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?”

Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.”

Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”

Atheis: “Nombor 3″

Pemuda: “Nombor sebelum 3?”

Atheis: “Nombor 2″

Pemuda: “Nombor sebelum 2?”

Atheis: “Nombor 1″

Pemuda: “Nombor sebelum 1?”

Atheis: “Tiada”

Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Soalan Keempat

Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”

Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima

Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”

Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.

Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

Atheis menjawab: “Tentu sekali.”

Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”

Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam

Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”

Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ketujuh

Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”

Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.

Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan.

Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”

Soalan Kelapan

Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”

Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.

Soalan Kesembilan

Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”

Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat.

Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita.

Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah wafat.

- Syeikh Nazrul Nasir Al-Azhari