Monday, March 22, 2010

HANYA SUKA-SUKA, BUKAN BENAR-BENAR SUKA


Diceritakan di Negara China zaman dahulu kala, ada seorang pemuda yang begitu mengagumi naga. Lukisan, perbualan dan tindakannya dibayangi oleh rasa kagumnya terhadap naga. Dia benar-benar ingin bertemu dengan naga - melihat rupanya yang gagah, kulitnya yang keras dan nafas naga yang kononnya berapi.

Entah macam mana, satu hari ketika dia berdiri di tingkap....tiba-tiba naga yang dipuja-pujanya selama ini muncul. Rupa dan pergerakan naga itu sungguh dahsyat. Melihat semua itu pemuda itu terkejut dan jatuh pengsan.

Setelah sedar dia mengeluh ketakutan dan penuh kekecewaan, rupa-rupanya bertemu dengan naga sungguh menggerunkan. Tidak seperti memujanya dari jauh.

Pengajaran:

Jangan terlalu memuji atau mengeji seseorang. Jangan tertipu hanya dengan kecantikan dan kemasyhuran. Selebriti Barat yang punya berjuta peminat, kekadang, anak sendiripun tidak suka mendekat. Manusia hanya suka-suka bukan benar-benar sukakan mereka...

~ Apa pendapat anda?? Benar ke apa yang dikata??

5 comments:

Hami Asraff said...

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama terasa nak beri pandangan di sini. Cuma tidak berkesempatan. Kali ini akan ku cuba walaupun masih banyak perkara menanti.

Bagus. Jalan cerita yang mudah tapi mesejnya sangat sampai dan terkesan.

Itulah yang sering terjadi kepada segelintir manusia. Barangkali hamba Allah ini juga. Mudah terasa bangga dengan lahiriah, kemewahan. Tapi pada dasar (lubuk) jauh panggang dari api.

Memang kebanyakan manusia hari ini cuba menjadikan artis sebagai idola, walhal itu salah sama sekali. Saya juga pernah mengulas mengenai ini dalam entri saya sebelum ini.

Itu sahaja. Sekian.

Wassalam.

Brilliant Marjan@اداويه said...

Wa'alaikumsalam w.b.t

Diri ini pun tertanya juga bila lah si hami nak komen kat blog sy yg tak seberapa ni.. Anyway, syukran bg pandangan di sini.. =)

Manusia mudah tertipu dengan pandangan luaran yg bgnya nampak indah belaka..saya juga begitu..kita ni insan yg kerdil yg hanya diuji oleh Allah s.w.t.

Setakat mana iman kita bila melihat godaan yg indah2 spt duit, wanita dan kekayaan..Jika kita mampu atasi, kita adalah golongan yg sangat mulia..InsyaAllah, syurga..Tapi jika kita lalai hingga tersesat dan tak mahu balik kepangkal jalan, rugilah kita..

~ Sederhana adalah motif penting di sini..

pu3 balqis said...

a ah...
ada menda yang boleh bukak fikiran org wlopon jalan cerita mudah dan padat...

pengajaran yang baik.. adalah utk org yang berfkir..
=)

Brilliant Marjan@اداويه said...

put3..rindunya..macam ne kat bumi org?

tq bagi komen..saya suka ayat last awk " pengajaran yang baik.. adalah utk org yang berfkir.."

pu3 balqis said...

rindu jugak..
wlopon tak penah kenal secara nyata..
tapi kita sahabat di alam maya kan..?
moga ukhwah kekal ya..

di negara org.. ehemmm... seronok dan tak teringat lansung kat mlysia... uhuk23.. ini tipu...

seronok... tapi masih malysia di fikiran.. ntahla.. mgkin masa akan buat semuanya ok kot..

doakan pu3 ya... thanks coz appreciate that.. =)