Monday, June 14, 2010

PERCUTIAN YANG PANJANG...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan segala nikmat yang diberi kepada kami sekeluarga. Untuk makluman para sahabat blogger dan pengunjung setia blog ini, saya telah kembali berblogging semula. Seminggu juga saya tidak bersiaran untuk berkongsi bersama anda semua.

Rindu sangat tapi apakan daya kerana laptop kesayangan saya terpaksa dihantar sekali lagi ke pusat kesihatan dan diberi rawatan selama seminggu. Tapi hari ini, saya telah dapatkannya kembali. Syukur hanya tukar motherboard sahaja. Ibarat patah tulang pula.

Sebenarnya banyak cerita menarik yang ingin saya kongsikan bersama anda semua. Tambahan pula cuti seminggu pertengahan semester saya bersamaan dengan cuti sekolah. Jadi sudah pasti cuti saya kali ini diisi dengan sesuatu yang istimewa pula.

Sempat juga saya mempromosikan kain cotton yang tengah hot sekarang ni kepada seseorang yang amat rapat dalam hidup saya. Terima kasih sebab beli. Sempat cari duit poket lagi. Hehehe. Cuma agak pening bila tengok kain cotton yang beraneka jenis apatah lagi saya kurang menggemari jenis kain ini. Zaman kanak-kanak dulu mungkin ok lagi bila nak dipakai cuma dah dewasa ini saya sukakan sesuatu yang berlainan. Namun, saya tahu ramai penggemar kain cotton diluar sana yang selesa memakainya apatah lagi sesuai dengan cuaca negara kita di sini.

Kemuncak kegembiraan saya ketika cuti baru-baru ini adalah bercuti bersama keluarga di Kelantan, negeri Cik Siti Wan Kembang. Hohohoho... 4hari 3malam tu.. Tujuan utama bercuti di sana adalah untuk mengikuti muktamar tahunan PAS kali ke 56 di Putik, Kelantan. Tapi tiada ahli keluarga saya menjadi perwakilan di dalam muktamar tersebut. Hanya sekadar mendengar, memerhati dan bercuti sahaja.

InsyaAllah, ada masa, saya akan ceritakan selanjutnya mengenai percutian saya di Kelantan. Tapi saya bukan jenis insan yang suka mengambil gambar, jadi agak kurang gambar yang bakal di edit nanti... Huhuhu...

~ Takziah buat keluarga Ustaz Hassan Shukri kerana pemergiaannya ke rahmatullah pada petang tadi. Al-Fatehah. Lagi berita mengenainya di sini.

No comments: