Tuesday, June 22, 2010

LAWATAN KORPORAT KE TAKAFUL MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t.

(sahabat yang menuntut ilmu bersamaku)

Apa khabar anda semua? Moga sihat selalu hendaknya.. Mana yang kurang sihat tu, baik pergi klinik cepat-cepat.. Takut-takut bertambah teruk pula jika dibiarkan tanpa pemeriksaan. Macam-macam boleh terjadi. Erm, cuaca kat Bandar Seri Putra ni mendung je.. Kelam-kelam dan sejuk gitu.. Best layan blues.. Oppss.. Tiada maksud lain ye..

Sebenarnya, kami telah diberikan tugasan oleh Dr. Jasri bin Jamal berkaitan dengan subjek yang kami ambil untuk semester ini iaitu Takaful and Risk Management (MGMR 3303). Tugasan tersebut adalah lawatan menimba ilmu dan mencerna kefahaman yang lebih mendalam mengenai subjek ini.

(menunggu ketibaan bas)

Bertitik tolak dari itu, dengan jumlah pelajar yang tidak sampai 20 orang (part time batch 1 dan full time batch 4) bertolak ke Takaful Malaysia, Kuala Lumpur. Sebenarnya bagi pelajar full time master, kami menaiki bas dan manakala part time master mereka bergerak dengan kenderaan sendiri. Mana yang naik bas ni, tiba lewat lah pulak.. Adoi..tak bestnya.. Semuanya sebab salah faham..

Sebelum itu, tahukah anda apa itu Takaful? Pernahkah anda mendengar mengenainya?

Baik, di sini, saya terangkan definisi takaful secara ringkas. Menurut Akta Takaful 1984, takaful didefinisikan sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi mencapai tujuan itu.

Kata dasar bagi perkataan takaful ialah kafala yang bererti menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana takaful merupakan kata nama yang berasal daripada kata kerja takafala, maka ianya memberi erti saling jamin menjamin, saling menjaga dan saling memelihara. Di dalam al-Quran terdapat perkataan-perkataan kafala dan juga yakfulu yang memberi makna memelihara atau menjaga.

Anda dapat gambaran tentang takaful tu apa kan?  Nak senang faham, anda ingat ayat yang saya bold kan itu. Mudah je.. Takaful ni sama maksud dengan insurans juga tapi takaful lebih mengaplikasikan unsur keIslaman. Takaful mengelakkan unsur riba', keraguan dan perjudian.

Banyak sebenarnya takaful kat Malaysia ni. Antaranya, Etiqa Takaful, Takaful Ikhlas, MAA Takaful, Predential BSN Takaful dan macam-macam lagi...

Itulah secara ringkas apa yang saya pelajari tentang subjek ini. Terus terang, saya masih lagi cuba untuk memahami ilmu baru ini. Mungkin ada diluar sana yang lebih mengetahui tentang takaful berbanding saya. Jadi mari kita berkongsi ilmu yang ada.

Jujurnya, sebagai umat Islam, saya kena ambil tahu tentang takaful ini sebab ianya nanti berkaitan dengan maslahah umat Islam juga. Islam agama yang sangat indah dan apa yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t adalah bersebab dan kita tidak boleh mempersoalkannya. Tambahan pula, unsur-unsur yang meragukan apatah lagi dalam urusan perniagaan, jual beli malahan soal pemakanan seharian kita juga perlu diambil kira. Sebab ia bakal menjadi darah daging jika kita tidak mengelakkan segala syubhah dan barang haram yang kita ambil dalam kehidupan kita.

 So, mana yang anda nak? Hidup terjamin dengan redha Allah atau sebaliknya? Renung-renungkan...

~ Test dan assignment yang berlambak-lambak... Cepatlah siap... Broadband pun tak laju mana.. sakitnya hati... Gambar di atas adalah milik rakan kelas dari Maldive. Cik Marjan tidak gemar mengambil gambar..

Nota kaki: Definisi Tafakul dipetik dari buku Asas Takaful (IBFIM 2009)

2 comments:

Faarihin said...

salam kak..

terima kasih dengan teguran akak..
ingat lagi akak kat saya yer.. hehehe.. (^__^)

AHMAD KHUZAIMI said...

Ooo...ltk gambar kitorg dlm blog ko ek...anyway,thanks sbb sudi ltk gambar kitorg yg sedang menunggu bas tu..