Friday, July 16, 2010

CELOTEH PAGI

Assalammualaikum w.b.t




Bila berkesempatan menonton tv pagi-pagi begini dengan Ummi, rasa seronok sangat sebab mengeratkan lagi hubungan anak dengan mak. Apatah lagi bila tengok Selamat Pagi Malaysia (SPM) di tv satu. Bagus betul penceramah jemputan ni. Fasih berbahasa Melayu dan pegawai polis, Tuan Foo. Jarang tau nak lihat anggota polis berbangsa Cina dan menjadi tetamu untuk satu motivasi pagi.

Isu yang dibawakan adalah berkaitan dengan hubungan kekeluargaan dan dikupas dengan sangat menarik dan ceria. Bagaimana nak merapatkan hubungan anak dengan ibu bapa dan membolehkan komunikasi yang efektif dapat dilakukan. Rapatkan kasih sayang dengan anak dengan cara menjadi sahabat mereka. Didik anak dengan nilai postif dan yang menjadi tarikan bagi saya adalah sebelum berbual dengan anak dan menjadi sahabat anak, pastikan anda perbetulkan komunikasi anda dengan pasangan sebab mereka adalah orang yang kita cintai. Wah!! Sangat setuju ye sebab contohnya ada didepan mata saya. Ummi dan Abah. Saya sangat suka dengan keceriaan yang ada pada mereka.

Bagi saya yang sudah menginjak ke umur yang wajib berkahwin (tapi tak cukup duit..tak wajib lagi ni..huhu..ada ke?), perlu untuk saya belajar ilmu kekeluargaan ini supaya ia menjadi bekalan buat saya untuk persiapan berkeluarga kelak. Rasa macam menakutkan pun ada. Takut menghadapi karenah dunia yang makin mencabar. Hal perkahwinan, pandangan saudara-mara tentang kahwin lambat, pemberian nafkah, penjagaan anak, ekonomi dan perbelanjaan keluarga. Banyak yang perlu difikirkan. Bukan sesuatu yang senang. Tak boleh nak harapkan lelaki saja sebab saya juga yang rugi bila pasangan dah tiada nanti (kahwin pun belum...).

Kadang-kadang rasa hairan kenapa perlu usia sebegini disibukkan dengan memikirkan hal macam ni. Hal yang ditimbulkan dari nafsu dan hasutan syaitan. Hingga menyebabkan kita lari dari landasan. Tapi nak tak nak, saya kena lalui. Saya bukan menolak sunnah tapi ujian yang berlebihan dari masyarakat. Ujian dunia yang bersifat sementara tetapi merupakan jambatan kita menuju dunia abadi. Adakah saya mampu untuk menghadapi ujian ini??



Sebagai contoh, saya menginginkan perkahwinan yang sederhana dan tiada niat untuk menunjuk-nunjuk sebab saya memang tak minat sesuatu yang melebihi jangkauan tapi susah sungguh nak menapis pandangan orang luar sehingga menyebabkan kita nak buat ikut orang luar juga. Macam bertunang yang boleh diibaratkan seperti majlis kenduri. Sungguh membazir dan memang saya tak berminat!! Tapi saya akan pastikan, semuanya sederhana. Saya tak nak peduli cakap orang tapi bukan untuk mengecilkan hati orang lain. InsyaAllah ada yang faham dan dipermudahkan segalanya.

Dalam kuliah pun, saya dan sahabat saya asyik menjadi bahan gurauan kerana kami masih bujang. Ada saja soalan dan bahan untuk diusik. Kahwin bila, dengan siapa dan macam-macam lagi yang ingin dikorek oleh sahabat yang mungkin pada mereka sikap mengambil berat. Namun pada kami yang bujang ni ia merupakan satu pandangan sinis dan menjelekkan. Bosan!! Memang bila bercampur dengan orang dah kahwin ni semua hal nak diselongkar ye??? Sila jawab...

Saya memang takut melihat perkahwinan yang nampak gah tapi bercerai berai. Sekejap je institusi kekeluargaan musnah. Kerap sangat terjadi hal begini. Silap siapa sebenarnya? Adakah kerana kurangnya ilmu sehingga masjid yang dibina musnah sekelip mata? Hasutan orang ketiga yang boleh jadi dari syaitan, diri sendiri, kekasih gelap, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Anda tak rasa hairan ke? Sangat menakutkan bila umur perkahwinan tak sampai 5 tahun dah bercerai dengan talak tiga. Aduh.... Sedihnya... Perkahwinan dibuat main-main macam satu perjudian nak lihat siapa yang bertahan dan gagah. Saya tak terkata.. Memang menakutkan..



Sekarang ni pula, isu buang bayi dan jual bayi makin menjadi-jadi. Apalah malang nasib insan kecil yang tidak berdosa ini. Manusia itu dijadikan dengan penuh seni tetapi orang yang tiada akal dan mungkin hilang akal sanggup membiarkan mereka yang masih suci ini di tempat pembuangan sampah, longkang, parit dan macam-macam lagi. Sangat sedih. Kesiankanlah kepada mereka yang tiada anak tu. Pasangan yang tiada anak ni punyalah susah payah nak cara penawar untuk mendapatkan anak, tapi insan yang tak nak anak ni pula asyik buang je tahunya. Lain kali jangan buat kalau tak nak ambil risiko. Fikir dulu betul-betul...

Ada yang mempunyai anak tapi sanggup pula nak dijual sebab kesempitan duit dan sebagainya. Saya pun tak tahu nak cakap apa tapi kalau boleh, janganlah dijual. Jagalah amanah Allah ni baik-baik sebab mana tahu rezeki anda murah sebab jaga anak anda dengan sebaiknya. Kita tak tahu rencana Allah macam mana. Setiap ujian ada hikmah. Macam keluarga saya sendiri. Dah lali kena cemuh sebab mempunyai anak yang ramai dan rapat-rapat. Kecil-kecil mungkin membawa masalah jika dilihat dari sudut negatif tapi alhamdulillah Ummi dan Abah sangat sabar dengan kami dan memberikan yang terbaik buat kami. Alhamdulillah semuanya dah dewasa dan sedikit masa lagi akan membalas jasa Ummi dan Abah sebaik mungkin. Syukur sangat..

Setiap ujian dan kejadian yang berlaku, pasti ada cerita yang pernah kita buat sebelum ini. Mungkin ketika kita muda dulu kita pernah buat dosa, Allah nak tunjukkan sekarang supaya menjadi peringatan buat kita. Mungkin juga sebagai keringanan azab kita apabila kita mati kelak. Wallahu'alam.



~ Ummi tadi bawa betik hasil pertama dari pokok betik di rumah kami ni.. Nyum-nyum...Erm, saya tetap inginkan yang sederhana dalam hidup saya. Tak perlu mendapat perhatian orang tapi cukuplah mendapat redha Allah s.w.t.

** Saya tak boleh tengok gambar yang mengerikan

2 comments:

Anonymous said...

salam...saya pambaca baru di sini..rasa tertarik pula dgn komen anda berkenaan temuramah dengan Tuan Foo di TV1 pagi tadi. Tak sempat saya nak tengok. Dimana agaknya saya dapat tengok rakaman penuh temuramah tu atau anda tahu ke nama penuh Tuan Foo tu?Tq..

Brilliant Marjan@اداويه said...

salam kembali..

berbesar hati sy anda sudi berkunjung ke blog sy ini. terima kasih.tapi molek kiranya anda sertakan nama sekali..boleh ukhuwah diteruskan..

sy agak ketinggalan juga mendengar permulaan bicara SPM tu sbb sy lompat dari tv 3 ke tv 1..jadi nama penuh tuan foo tu sy tak tahu..harap maaf ye..rakaman tersebut juga sy tak ketahui utk dapatkan di mana..

apa2pun terima kasih sudi bertandang dan membaca di sini..moga ada iktibarnya utk sy dan anda juga =)