Sunday, August 15, 2010

BERCELARU

Aku tidak minta untuk difahami, tetapi cubalah beri ruang itu kepadaku..
Aku tidak minta dipuji, tetapi tuturlah seadilnya yang termampu..
Aku tidak minta kesenangan, tetapi berilah dengan seikhlas hati..
Aku tidak minta perhatian melangit, tetapi curahlah walau sedikit..

Aku tidak mampu untuk meluahkan, kerna silap bicara membawa tingkah..
Aku tidak pandai mempamirkan perasaan, kerna beranggapan ia tiada nilai..
Aku tidak menzahirkan, kerna sudah teriak di balik wajah..

Namun, sukar untuk kau mengerti..

Mungkin kita berbeza..
Mungkin kita tak sama..
Mungkin kita tak kenal..

Kau berbicara tanpa batasan..
Ibarat engkau yang terhebat..
Ibarat engkau tahu segala..
Ibarat engkau yang benar..

Pendapatku kau pandang sepi..
Luahan ku kau tolak tepi..

Katamu "Saya faham.."
Katamu "Saya kenal.."
Katamu "Saya suka.."
Katamu "Saya sayang.."

Tapi...

Dusta!!!

Engkau tak faham semuanya..
Tindakanmu berbeza dari tutur katamu..
Itu yang jelas kelihatan..
Ibarat tak tersusun dan bercelaru..
Ibarat tercari-cari halatuju..

Kau lebihkan yang lain...
Kau fikirkan hal lain..
Kau cari kesempurnaan..
Kau cari kehebatan..
Kau cari harapan..
Kau cari kemanisan
Kau cari apa yang aku tak ada dalam diriku..

Realiti..

Aku biasa..
Aku sederhana..
Aku beri lain dari apa yang kau nak..
Aku berbeza..
Aku tak kesah..
Aku tak peduli..
Aku tak sempurna..

Yang pasti..

Kita perlu belajar mengenali diri..
Kita perlu bertolak ansur..
Kita perlu memahami..
Kita perlu berdiplomasi..
Kita perlu berwawasan..
Kita perlu berubah..

Untuk sebuah kehidupan..
Untuk sebuah ketenangan..
Untuk sebuah kebahagiaan..

~ Nukilan Marjan



*** Memang tengah bercelaru..untuk siapa aku tidak tahu..buntu...

4 comments:

LaNuNsepet said...

salam.. sahabatku..
sabaryer.. :-)
cari jalan.. selesaikan bersama.. :-)

Brilliant Marjan@اداويه said...

wslm lanun..

memang menguji kesabaran..tambahan kesihatan tak mengizinkan..lagi parah dibuatnya..

~harap sisa yg ada dpt diteruskan..tq atas keprihatinan..

Anonymous said...

kecelaruan ini dtg kerana Allah nak beri yag terbaik untuk anda. bersabar dgn ujian nie

abcd

Brilliant Marjan@اداويه said...

sabar ni mcm dah senipis kulit bawang je..berlaku pl hal lain..erm...dunia..