Monday, August 16, 2010

MENU BERBUKA: NASI AYAM KAMPUNG

Assalamualaikum w.b.t

Actually, ini first time saya buat nasi ayam. Tetibe tekak ni teringin nak makan nasi ayam buatan sendiri.. Mujur ada masa lapang sebab tengah cuti semester ni walaupun tak lama. Kebetulan kat rumah ni, saya sorang je sebab Utih lambat balik dari sekolah. Jadi saya try search resepi nasi ayam kat google. Jumpa yang saya nak...

Bahan asas yang diperlukan memang ada kat rumah dan dah tersedia pun. Saya nekad nak buat walaupun keadaan kesihatan yang tak mengizinkan.. Tapi maaflah.. Tak snap gambar pun.. Anda kat rumah boleh cuba tau resepi ni.. Kalau ada resepi yang lagi baik, boleh share dengan saya.. Yang pastinya, saya sangat rajin menghias hidangan berbuka tadi.. Sampai Angah pun hairan saya siap hias menu yang dihidangkan..

...............................................................

Nasi Ayam Kampung (Cadangan hidangan untuk 6-8 orang)


Bahan-bahan yang diperlukan

Untuk rebus
1 ekor ayam kampung dipotong ikut suka besarnya (tak potong pun boleh)
2 ulas bawang putih
2cm halia yang diketuk
  
Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1cm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair
sedikit madu
 
Untuk nasi
5cwn beras
3 sudu besar butter
1cm halia- ditumbuk
4 ulas bawang putih -ditumbuk
air rebusan ayam tadi secukupnya
sedikit garam.

Bahan sos
5biji cili merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
1 sudu teh cuka, garam, gula
1/2 cawan air

Untuk sup
lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
rempah sup
garam
daun sup yang dihiris.

Hiasan 

Salad
Timun
Tomato


Cara-cara

  1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (tak potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2cm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
  2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
  3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
  4. Untuk sos- blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
  5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.
  6. Sedap dihidang ketika panas. Tambahkan menu dengan hiasan salad, timun dan tomato..


***** Saya tak ikut sangat resepi ni bulat-bulat.. Sebab saya buat untuk 5 orang makan. Janji sedap.. Angah dan Utih kata ayam tu menjadi dan sedap.. Bangganya... Untuk Adik2 lain yang tak balik tu, tunggulah akak buatkan ye.. Itu pun kalau akak rajin. Akak buat dengan kasih sayang tau.. Tapi tak susahlah resepi ni...

*** Suaraku kembali pulih walaupun batuk tak kurang kebahnya... Cuaca kat sini teruk sangat. Menjelang malam je dah mula hujan lebat. Menaip dalam keadaan tak sihat...

2 comments:

Anonymous said...

mintak cikit

abcd

Brilliant Marjan@اداويه said...

nanti saya buatkan tuk abcd ye..spesel gitu..