Sunday, September 4, 2011

ABANG NAK BELI KUIH..?

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!


"BerPrasangka Baiklah kepada ALLAH dalam apapun juga keadaan.Kerana Kasih Sayang ALLAH itu mendahului Kemurkaan~NYA."

Perkongsian dari: Ummu Ainries

Sedikit sentuhan saya:

Saya menangis di perenggan kanak-kanak tu mendermakan duit tersebut kepada orang buta dan menyatakan pendiriannya. Sejuk perut ibunya dan semoga kanak-kanak itu menjadi anak yang soleh dan amanah serta berjaya dalam hidupnya dengan sikap yang ditonjolkan. Didikan ibu bapa memang penting walau siapa pun dia. Miskin harta bukan bermakna miskin jiwa. Saya puji betul golongan yang sebegini. Masih ada harga diri yang sangat tinggi.

Saya suka melihat orang meniaga tak kira apa jualannya kerana dia masih mampu mencari rezeki yang halal dengan segala keupayaan yang ada. Bahkan saya terfikir, berapakah untung mereka? Apakah hasil jualannya laku?
Lagi saya suka jika mereka berniaga makanan ataupun minuman. Bonusnya sedap, bersih, selamat & tidak menipu jualannya. Jika mereka buat dengan cara yang sihat, insyaAllah, pembeli akan membeli lagi dan Allah akan membantunya juga.

Adakah kita bersikap seperti kanak-kanak itu? Mencari rezeki yang halal tanpa mengambil kesempatan.. Wahai hatiku dan jiwaku, insaflah kamu...

16 comments:

IXORAROXI said...

Assalamualaikum,
salam kenal & salam ziarah
terpaku, terharu saya baca entri ini
terimakasih kerana berkongsi

ASSOYFINGER67 said...

Salam 7 Syawal.Kesusahan dan kelaparan membuatkan kita dekat hati kepada Allah dan kekenyangan membuatkan kita leka seketika...sesungguhnya apa yang kamu dapat itu adalah bayaran dari sedekah mu...peganglah ia jangan hanya setengah jalan sahaja....

Brilliant Marjan said...

ixoraroxi >>

waalaikumsalam
salam kenal juga & terima kasih sudi komen..

ixora, mne yg baik, sy cuba kongsikan..supaya kebaikkan yg ada tersebar juga buat org lain..insyaAllah ^_^

Brilliant Marjan said...

ASSOYFINGER67 >>

salam syawal juga..sy suka kata2 awk..ia membuatkan sy insaf & semngat utk sebarkan kebaikkan..

act,apa jua perkara yg ingin kita buat jgn dibuat separuh jalan..jika ia baik teruskan & jika tidak, berhenti lebih baik..

Si DauN CeRi said...

itu la kan, tak semua org ada pegangan hidup yg bagus mcm kanak2 dalam cerita tu.. sy ni pon masih mencari-cari lagi, sedangkan kanak2 tu punyalah mantap dan teguh pendiriannya.. hu2 tetibe segan dgn diri sendiri~

Brilliant Marjan said...

si daun ceri >>

sy pernah terdengar, jika nk belajar erti hidup belajar dari keadaan sekeliling kita & org yg kurang kemampuan atau susah..

Amoychanteks said...

tersentuh baca entry nie :)

Brilliant Marjan said...

amoychanteks >>

moga kita dpt iktibarnya

syahirooAhmad said...

sebelum ni ada terbaca gak pasal cite nih. tapi hari ni aku baca balik, terasa sedih.. :'( sgt terharu.. budak2 lagi tu..

yatie Awang said...

kita sebagai orang tua harus menanam nilai2 murni untuk anak2 kan

Brilliant Marjan said...

syahiroo ahmad >>

tak apa, peringatan kembali buat diri kita

Brilliant Marjan said...

yatie awang >>

good point =)

Nafisah Ruslan said...

sedihnya.. tapi budak itu sgt bagus. kat msia ni ramai je org cukup anggota badan n masih kuat lagi tapi mengemis kat tepi jalan. tapi org buta yg xnampak tu boleh pulak jual2 tisu kat kedai2 makan..

Brilliant Marjan said...

nafisah >>

sy setuju dgn pandangan awk..ada yg sy tgk pun dh makin berani mengemis kat tepi jalan terutamanya kat lampu isyarat..

.izzati liyana. said...

sangat menyentuh hati. mulia sungguh hati budak tu. saya pernah jumpa pakcik yang paksa saya beli keropok yang dijualnya.kolej saya takde dapur untuk menggoreng, dah cakap kat dia. tapi dia asyik tenung je mcm nak marah. siap tahan saya keluar dari kedai lagi menyuruh saya beli. sangat berlainan dgn budak dlm cerita tu yg masih berbudi bahasa even org taknak beli kuih dia.

Brilliant Marjan said...

sy belum ada pengalaman yg dialami izzati..mudah kata, kena redha dgn rezeki kt pada hari itu..