Saturday, January 23, 2010

.:: KERJA KECIL, JIWA BESAR ::.

"Pergi ke masjid di sana dan belajarlah sesuatu daripada seorang lelaki." Begitulah pesanan pendek gurunya.

"Lelaki yang mana satu?" tanya si murid, untuk lebih jelas.

"Kamu akan tahu nanti."

Si murid pun pergi ke masjid yang dimaksudkan. Setelah solat dia melihat seorang lelaki sedang membaca al-Quran. Lama ditunggunya, tetapi lelaki itu terus membaca al-Quran tanpa mempedulikannya.

Dia terpandang pula seorang lelaki berhampiran mihrab, sedang menelaah beberapa buah kitab. Setelah memberi salam, dia menegur,"Tuan, bolehkah tuan ajar saya sesuatu?"

"Maaf, saya sibuk ni. Awak datang tidak kena pada masanya," jawab lelaki itu tanpa melihat pun kepadanya. Matanya terus asyik melihat kitab-kitab yang sedang dibacanya.

Si murid agak kecewa. Siapakah lelaki yang dimaksudkan oleh gurunya?

Oleh kerana tiada orang lain lagi di dalam masjid itu, maka ia pun bercadang untuk pulang. Ketika menyarung kasutnya dia terpandang seorang lelaki yang agak tua, sedang membersihkan longkang masjid. Pakcik itu menegurnya dengan ramah dan mesra sekali.

"Dah berapa lama pakcik kerja di sini?" tanyanya, sekadar memeriahkan perbualan. Tidak ada apa-apa ilmu agama pun boleh dipelajari daripada lelaki yang kerjanya membersihkan longkang masjid ini, bisiknya dalam hati.

"Hampir 15 tahun."

"Seronok?"

"Seronok sekali nak," kata lelaki itu sambil tersenyum.

Dilihatnya cara pakcik itu membersihkan longkang masjid begitu halus dan teliti. Celah-celah longkang yang paling kecil dan sempit dicucinya. Begitu tekun sekali.

"Pakcik, celah-celah rekahan longkang itu pun pakcik cuci. Hairan saya."
Click Me~
"Apa nak dihairankan?"

"Bukannya ada orang nampak pun benda-benda kecil sebegitu...."

"Tapi Allah nampak nak," kata pakcik itu sambil tersenyum.

Murid tadi terdiam. Rupa-rupanya pakcik itulah yang dimaksudkan oleh gurunya!

PENGAJARAN:

~ Kerja yang kecil sekalipun tetapi jika dibuat dengan hati yang besar akan mendapat nilaian yang tinggi daripada Allah. Hati yang "besar" ialah hati yang mengharapkan keredhaan Allah, yakni ganjaran yang lebih besar berbanding nilaian manusia.

~ Selain itu, apabila ada orang baru masuk ketempat kita, hendaklah kita membantunya dengan semampu yang mungkin, mana tau kita akan dimurahkan rezeki dan bertambah kenalan. Sepatutnya orang yang tengah ngaji al-Quran tu perlu amik peduli dengan apa yang berlaku. Memanglah tengah khusyuk, tapi jika ada hal penting yang diminta, tak salah hendak menolongnya.. =)

*** Cutiku sudah abis?? Alahai, nape cam malas mau balik hostel ni?? Prepare tuk test marketing lagi tapi kelas accounting tak ada...nak balik ke?? Ohhh hati...tenangla..aku risaukan sahabatku ini..semoga dikau cepat sembuh..ameen

4 comments:

Faarihin said...

salam kak marjan..

entry akak kali ni buat orang terasa sekejap.. kadang2 yang kecil tu lah yang selalu buat tak kisah.. sebab fikir orang lain tak nampak.. tapi lupa pada masa yang sama Allah tetap nampak.. aduhai.. insafnya.. bila nak berubah ni.. hmm..

cuti akak dah nak habis? selamat kembali ke hostel yer.. jangan maleh2.. (^__^)

Brilliant Marjan said...

wslm adik faarihin...

akk bg tuk nasihat...tuk diri akk juga..huhu..

~moga ada kesannya..
~ala, faarihin ni..akk baru je nk bayang dok umah lama2..huhu..tp xleh pulak..home sick ni..

Thariq said...

mantaplah sobat...

Lady Dyla said...

Panduan utk semua.. trime kaseh..