Wednesday, February 9, 2011

Murid jantung berlubang meninggal di sekolah

KULAIJAYA – Seorang murid tahun empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kulai Besar yang menghidap penyakit jantung berlubang meninggal dunia di hospital setelah rebah di sekolahnya di sini hari ini.

Wong Chong Ren, 10, dikatakan rebah pada 7.15 pagi ketika menaiki tangga untuk ke kelasnya sebelum disedari beberapa murid yang memaklumkannya kepada seorang guru.

Pihak pentadbiran sekolah membawa Chong Ren ke Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, namun dia meninggal dunia tidak lama kemudian.

"Tak sangka sambutan perayaan Tahun Baru Cina ini adalah yang terakhir bagi kami semua raikan bersama dia,” kata ayahnya Wong Kok Wan, 37, ketika ditemui di perkarangan bilik mayat hospital tersebut.

Kok Wan, yang bekerja di sebuah syarikat di Singapura, berkata, Chong Ren menghidap penyakit jantung berlubang sejak kecil lagi dan sentiasa mendapat rawatan susulan. – Bernama

Sumber: Terkini


~ Hidup hanya sementara

2 comments:

REMEDY KARUNG GUNI said...

Takziah buat keluarga mendiang

GadisKasutConverse said...

kesian bdk tu.takziah buat keluarga si mati.