Setiap hari dalam hidup yang dilalui oleh setiap insan adalah satu langkah ke sebuah destinasi yang dipilih. Langkah itu bercabang; lurus, bengkang-bengkok, tersekat-sekat dan ada yang tak bergerak lansung. Barangkali itulah langkah yang membawa cebisan kelukaan atau kegembiraan.
Hidup ini sangat indah Allah anugerahkan. Matlamat hidup kita perlu disusun sebaik mungkin. Usah peduli kata orang. Namun jika matlamat itu tidak berjalan dengan baik, jangan terus give up. Terus kan saja atau cuba ubah kepada plan lain. Sebagai contoh, sebelum ni kita doa untuk kesejahteraan diri kita sahaja tetapi kembangkan pula doa itu kepada ahli keluarga dan sesama saudara Islam. InsyaAllah, kita akan dapat manfaat yang lebih besar lagi.
Saya bersyukur, Allah masih beri peluang untuk menebus segala kekurangan dan kesilapan yang pernah dilakukan diri ini suatu ketika dulu. Allah masih bagi peluang... Sungguh besar Rahmat dan Kasih Sayang Allah..
Pada entri sebelum ni, saya cukup tidak suka bidang ini. Sila baca... Namun, seorang sahabat ditempat kerja yang baru sahaja saya kenal meminta saya mengajar tuisyen untuk anaknya. Beliau sangat prihatin dengan perkembangan seorang anak dan saya tahu dia benar-benar risau akan pelajaran dan masa depan anaknya.
Saya tergamam dan terkejut dengan jawapan yang diberi apabila saya bertanya mengapa beliau ingin meminta saya mengajar anaknya (walhal saya bukan bersikap begitu).. Cukuplah jawapan itu saya yang tahu.. Tapi ia sangat lucu bagi diri saya kerana pernah terdetik dihati ini ingin mempunyai extra income, dan ibarat bagai bulan jatuh ke riba, bila sahabat ni buka je mulut... Saya dah dapat agak... Namun saya masih takut... (apa yang perlu saya lakukan???)
Lari cerok manapun, itu juga yang kejar kita... Rezeki jangan ditolak? Keupayaan itu perlu diselongkar... Pasti mutiara itu boleh digilap menjadi yang lebih mahal dan bernilai...
Family pun menyokong... Semua tahu saya tidak minat mendidik...
~ Adakah langkah ku seturusnya menjadi realiti????
4 comments:
di sbalik ujian itu.. trsimpan kasih syg Allah.. ^_^
nice en3..
ujian Allah tu kena pandang positif walaupun kita nampak ia buruk..tq hafriz =)
sedikit tmbahan dari post ni..
moga kamu dapat manfaat dari post ini:
http://nianajihah.blogspot.com/2011/04/heres-point.html
btw... robbuna yusahill
Thanks Hasyimi =)
Post a Comment