Saturday, April 16, 2011

DARI ALLAH KITA DATANG....

Assalamualaikum w.b.t.


Orang kata pagi-pagi tak boleh baca paper terutamanya jika ada kejadian yang mengerikan seperti kes bunuh, kemalangan dan macam-macam lagi. Tapi tak baca, tak tahu apa-apa pula yang berlaku.. Lagi teruk jika dengar dari satu pihak sahaja.. Adoi... Parah dunia nanti.. Kat Malaysia pun macam tu.. Satu sumber je yang dirujuk.. Faham-faham sendiri sudah..

Bagi saya, jika sempat, saya tengok tv atau rancangan yang berbentuk rohani. At least ada pengisian.. Tak pun otw nak ke tempat kerja tu, dengar radio IKIM. Motivasi pagi.. Rasa semangat pula.. We all tak dibenarkan open fb tau.. Nak search info lain pun kena pandai-pandai curi masa..

Namun, pagi tadi ketika otw ke tempat kerja, hujan memang lebat... Allahu Akbar.. Ada kemalangan... Tak pasti pula kejadian tu dah lama atau baru berlaku.. Cuma mayat tu dah ditutup.. Saya cuma nampak sebuah motor (xsure sangat jenis apa tapi kelihatan baru & berwarna hijau) dan selipar... Sedihnya.. Semoga si mati ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman (jika Islam)..

Cuma yang saya geram, polis tu duduk dalam kereta dan tak kawal keadaan jalan.. Memang jalan tu jalan sibuk sebab jalan terdekat untuk pergi ke Kemuning dan Shah Alam.. Polis tu marah pula kat lori kecil tu sebab halang jalan dan baru sibuk nak keluar.. Adoi.. Lain kali kawal awal-awal la..

~ Rupanya kemalangan antara kereta dan motorsikal.. Kereta tu masuk parit..
~ Jika si mati baru nak pergi kerja, mungkin itulah khidmatnya yang terakhir ataupun jika pulang, dia sedang dinanti oleh ibu/bapa/isteri & anak..
~ Petang semalam masa nak pulang (15 April), lorong yang biasa kami guna dipenuhi orang.. Nak kata pesta memancing macam tak logik sebab parit je pun.. Bila Abah berhenti tanya, orang tu jawap "Pancing ikan" dan ketika itu saya sempat perasan kawasan sekitar dan kata pada Abah, "Motor potong ni". Orang tu SB.. Banyak rangka motorsikal yang ditanam dalam parit tu..
~ Dalam pukul 3.45 petang tadi, berlaku kemalangan kecil di depan rumah.. Sentap jantung ni... Bertambah fobia..

No comments: