Tuesday, June 22, 2010

LAWATAN KORPORAT KE TAKAFUL MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t.

(sahabat yang menuntut ilmu bersamaku)

Apa khabar anda semua? Moga sihat selalu hendaknya.. Mana yang kurang sihat tu, baik pergi klinik cepat-cepat.. Takut-takut bertambah teruk pula jika dibiarkan tanpa pemeriksaan. Macam-macam boleh terjadi. Erm, cuaca kat Bandar Seri Putra ni mendung je.. Kelam-kelam dan sejuk gitu.. Best layan blues.. Oppss.. Tiada maksud lain ye..

Sebenarnya, kami telah diberikan tugasan oleh Dr. Jasri bin Jamal berkaitan dengan subjek yang kami ambil untuk semester ini iaitu Takaful and Risk Management (MGMR 3303). Tugasan tersebut adalah lawatan menimba ilmu dan mencerna kefahaman yang lebih mendalam mengenai subjek ini.

(menunggu ketibaan bas)

Bertitik tolak dari itu, dengan jumlah pelajar yang tidak sampai 20 orang (part time batch 1 dan full time batch 4) bertolak ke Takaful Malaysia, Kuala Lumpur. Sebenarnya bagi pelajar full time master, kami menaiki bas dan manakala part time master mereka bergerak dengan kenderaan sendiri. Mana yang naik bas ni, tiba lewat lah pulak.. Adoi..tak bestnya.. Semuanya sebab salah faham..

Sebelum itu, tahukah anda apa itu Takaful? Pernahkah anda mendengar mengenainya?

Baik, di sini, saya terangkan definisi takaful secara ringkas. Menurut Akta Takaful 1984, takaful didefinisikan sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi mencapai tujuan itu.

Kata dasar bagi perkataan takaful ialah kafala yang bererti menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana takaful merupakan kata nama yang berasal daripada kata kerja takafala, maka ianya memberi erti saling jamin menjamin, saling menjaga dan saling memelihara. Di dalam al-Quran terdapat perkataan-perkataan kafala dan juga yakfulu yang memberi makna memelihara atau menjaga.

Anda dapat gambaran tentang takaful tu apa kan?  Nak senang faham, anda ingat ayat yang saya bold kan itu. Mudah je.. Takaful ni sama maksud dengan insurans juga tapi takaful lebih mengaplikasikan unsur keIslaman. Takaful mengelakkan unsur riba', keraguan dan perjudian.

Banyak sebenarnya takaful kat Malaysia ni. Antaranya, Etiqa Takaful, Takaful Ikhlas, MAA Takaful, Predential BSN Takaful dan macam-macam lagi...

Itulah secara ringkas apa yang saya pelajari tentang subjek ini. Terus terang, saya masih lagi cuba untuk memahami ilmu baru ini. Mungkin ada diluar sana yang lebih mengetahui tentang takaful berbanding saya. Jadi mari kita berkongsi ilmu yang ada.

Jujurnya, sebagai umat Islam, saya kena ambil tahu tentang takaful ini sebab ianya nanti berkaitan dengan maslahah umat Islam juga. Islam agama yang sangat indah dan apa yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t adalah bersebab dan kita tidak boleh mempersoalkannya. Tambahan pula, unsur-unsur yang meragukan apatah lagi dalam urusan perniagaan, jual beli malahan soal pemakanan seharian kita juga perlu diambil kira. Sebab ia bakal menjadi darah daging jika kita tidak mengelakkan segala syubhah dan barang haram yang kita ambil dalam kehidupan kita.

 So, mana yang anda nak? Hidup terjamin dengan redha Allah atau sebaliknya? Renung-renungkan...

~ Test dan assignment yang berlambak-lambak... Cepatlah siap... Broadband pun tak laju mana.. sakitnya hati... Gambar di atas adalah milik rakan kelas dari Maldive. Cik Marjan tidak gemar mengambil gambar..

Nota kaki: Definisi Tafakul dipetik dari buku Asas Takaful (IBFIM 2009)

CARA MEMIMPIN WANITA MENJADI INSAN TERBAIK

Assalamualaikum w.b.t


 Tidak dapat dinafikan bahawa hidup wanita dipengaruhi dan dikuasai oleh perasaannya. Ini kerana wanita kaya dengan perasaannya. Sembilan persepuluh (90%) daripada wanita adalah perasaannya. Hanya satu persepuluh (10%) adalah pertimbangan akalnya. Justeru itu, untuk menghadapi dan memimpin mereka agar tunduk kepada Allah swt, maka kaum lelaki hendaklah bermain dengan perasaan mereka sebanyak yang mungkin.

Jenis-jenis perasaan yang ada pada wanita amatlah banyak, antaranya perasaan marah, dendam, rasa malu, jemu, kecewa dan banyak lagi. Perasaan-perasaan ini boleh digunakan untuk kepentingan agama, dunia dan akhirat.

Bahasa samada dalam lisan atau tulisan adalah alat bagi membangkitkan rasa bagi setiap perasaan di dalam dada wanita. Dalam memimpin kaum wanita, kaum lelaki hendaklah cekap menggunakan daya fikir untuk mengolah bahasa dengan lidah yang petah supaya tercetus apa sahaja perasaan yang dikehendaki dalam hati perempuan.

Sekiranya lelaki inginkan perasaan kasih dan sayang berbunga dalam dada mereka, maka bawalah cerita-cerita kasih mesra dengan kata-kata hukamak (hikmah) mengenai kasih sayang. Sekiranya lelaki mahu perasaan rindu bertapak di hati mereka, maka bawalah kisah-kisah rindu dengan kata-kata yang berunsur kerinduan. Jikalau hendak membangkitkan rasa marah mereka, itu amatlah mudah kerana semua orang tahu caranya.


Dalam membimbing dan memimpin wanita, lelaki hendaklah merancang untuk mengubah dan mewujudkan setiap rasa yang dikehendaki dalam dada wanita yang bergelar anak, isteri dan ibu. Untuk itu seharusnya, kaum lelaki tahu dan mempunyai daya kekuatan yang tinggi supaya dapat merancang apa yang diingini pada diri setiap wanita sebelum memiliki mereka.

Di sinilah antara kejayaan para Rasul, Nabi dan wali Allah swt dalam memimpin umat manusia. Mereka dapat menguruskan hati manusia kerana berjaya mencetak perasaan mereka hingga menjadi umat yang patuh dan taat kepada Allah swt.

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran, perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala- galanya. Apalagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s. tetap merindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka.

Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana mereka diciptakan begitu rupa dari bahagian tubuh lelaki. Didiklah mereka dengan panduan dariNya:

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR, JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah kuncinya. AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU, HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN, PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK .

Suburkanlah kebaikan kerana dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator.


Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya itulah kasih sayang Allah, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki berwajah: negarawan, karyawan, jutawan, hartawan, dan wan-wan lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak bisa diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

LEBIH BANYAK LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja banyak boss telah kehilangan setiausaha, bahkan anakpun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita durhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rusaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan diri.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADA-NYA, jinakan diri dengan Allah, niscaya jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan anda.

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH BINTI RASULULLAH SAW, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI

Sumber: Tazkirah
~ Terbalik dunia jika wanita yang pimpin lelaki.. Adakan yang macam tu? Apa-apapun..saya tetap ingin menjadi wanita yang terbaik untuk pasangan saya..Amin..

Monday, June 21, 2010

PETUA DIMURAHKAN REZEKI DAN MENJAUHKAN KESULITAN

Assalamualaikum w.b.t

(masa itu emas..penuhi ia dengan perkara yang bermanfaat apatah lagi mencari rezeki yang halal)

Salam ceria waktu dhuha buat anda semua.. Semoga hari Isnin anda berjalan dengan jayanya. Selalu orang kata hati Isnin adalah hari yang boleh menimbulkan kemalasan untuk bekerja, bersekolah dan melakukan apa-apa sahaja. Benarkah?? Teori apa yang digunakan?

Tapi apa yang saya tahu, kebiasaan selepas hari Ahad (hujung minggu yang best untuk berehat), esoknya nak Isnin, pasti ramai yang mengeluh dan sebagainya.. Diri ini pun tak terlepas juga.. Namun, sindrom kemalasan perlulah dibuang jauh-jauh agar kita mampu mencapai kejayaan..

Di sini, saya bawakan satu tazkirah pendek demi untuk memurahkan rezeki kita. InsyaAllah =)

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

(ceriakan hidup anda dengan senyuman supaya rezeki sentiasa mendekati)

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya .

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

~ Bangun pagi, jangan sambung tidur dan buat solat dhuha, pasti hidup anda diberkati Allah

Sunday, June 20, 2010

SELAMAT HARI ABAH

Assalamualaikum w.b.t

Semoga anda semua sihat ceria pada hari ini. Apatah lagi hari minggu yang pastinya waktu untuk merehatkan diri dan waktu berkumpul bersama keluarga tersayang. Jika ada yang nak merancang pergi berjalan-jalan, diharapkan keselamatan hendaklah dititik beratkan selalu. Kemungkinan jalan akan sesak apatah lagi cuti sekolah hampir tamat. Kalau kat Pantai Timur dan Kedah, hari minggu dah mula sekolah. Jadi, berhati-hati di jalan raya.

(ihsan en. google)

Awal pagi tadi saya dan Ummi mengucapkan Happy Daddys' Day kepada Abah saya. Abah senyum je.. Tapi Ummi menambah "Abah, hadiah unutk Ummi tak ada ke?" (Dalam nada yang boleh dikatakan Abah dengar). Kemudian secara perlahan Ummi menyambung "padahal, petang semalam, Abah yang keluarkan duit.."

Sebenarnya, semalam petang (Sabtu) kami dah boleh dikatakan menyambut Hari Abah di Jaya Jusco, Bukit Tinggi. Tapi duit Abah yang keluarlah.. Huhu.. Saya tak kerja lagi.. Adik-adik lain tak ikut.. So, duit Abah yang banyak keluar.

Nak kata shopping tu, boleh tahan jugalah. Abah beli kasut dan belt baru atas nasihat Acik. Ummi pula dapat beg tangan dan kasut. Untuk Acik, Abah belikan belt baru juga sementara Utih dapat jam tangan baru. Saya? Saya kena sedar diri sikit.. Saya hanya beli kasut selepas mendapat nasihat doktor. Jenama barang-barang tu biarlah rahsia. Asalkan puas hati.. =)

(salah satu beg yang diberi..)

Selain itu, kami sempat juga membeli sedikit barang keperluan rumah. Memandangkan di Selangor (tak pasti negeri lain), hari Sabtu tidak dibenarkan menggunakan beg plastik, jadi barang-barang pun tak beli banyak mana. Lupa pula nak bawa plastik sendiri. So, berterabur dalam troli kami tu. Mana barang yang kecil, saya sumbatkan dalam beg yang didapati sewaktu membeli barang di tingkat atas (kasut, belt dan beg).

On the way nak balik tu, sempat singgah KFC. Tapau kat rumah je. Dapat free dua botol air (free ke?)..

Tapi apa yang nak diceritakan di sini, saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah s.w.t kerana saya masih lagi berkesempatan merasai nikmat mempunyai kedua orang tua yang masih lagi sihat dan sangat sporting dengan kami adik beradik. Walaupun sepatutnya, saya yang kena menanggung mereka dan adik-adik yang masih bersekolah, tetapi demi menggapai ilmu yang tinggi, Abah dan Ummi terpaksa berkorban sedikit demi merelakan saya menyambung pengajian. InsyaAllah, saya akan balas jasa Ummi dan Abah dan takkan lupa meringankan beban mereka. 5 bulan je lagi akak nak habis study.. Itulah ayat yang selalu Ummi pesan kepada saya...huhuhu...


To my dad on his day,
Of whom I am a living will:
May your happiness fulfill
Your goodness, as is just and right.
Deeds are seeds upon the night
As wind and wonder have their way,
Delivering the destined light.


F.A.T.H.E.R.
Forever
After
The
Hearts (of)
Every
Relative 

D.A.D.
Dangerous
And
Doughty

A.B.A.H.
Attractive
Brilliant
And
Humorous

~  Tq Abah

Saturday, June 19, 2010

HIDANGAN QALBU

DOA RABITAH



HASBI ROBBI - SYAMIL



HASBI ROBBI - AKHIL HAYY




SELAWAT BURDAH




MARI KITA MENGINGATI ALLAH. MOGA ALLAH MENDENGAR RINTIHAN HATI KITA... DITUJUKAN BUAT ANDA YANG DIKASIHI =)


Cukuplah Tuhan bagiku Allah Maha Agung
Tiada Tuhan di dalam hatiku kecuali Allah
Cahaya Muhammad Pesuruh Allah...
Tiada Tuhan melainkan Allah...

Friday, June 18, 2010

SEMANGAT YANG HILANG

Assalamualaikum w.b.t

Entah dari mana nak memulakan cerita.. Macam banyak yang hendak dikongsi tapi saya tak tahu nak mulakan dari mana.. Apa yang saya melalut ni... Huhuhu.. Itulah penangan ubat yang diambil.. Nak kata semangat hilang tu macam tak tepat tapi itu yang berlaku dalam diri saya walaupun ada berita gembira yang bakal berlaku dalam hidup saya. Tapi rasanya saya tak perlu ceritakan dahulu. Tunggu masanya akan tiba.

Sebenarnya, nak kata awal pagi tadi pun tak juga tapi lebih kurang dalam pukul 8.00 pagi, saya dan Ummi dah menapak kat Hospital Banting. Sekadar untuk memeriksa kesihatan kami berdua. Saya dah lama rasa tak selesa ditekak. Nampak macam demam tapi adakalanya macam tak demam. Itulah gambaran keadaan diri saya sekarang. Ummi pula nak check tekanan darah dan macam-macam lagi almaklumlah, bila usia dah meningkat ni, macam-macam yang perli diambil perhatian.

Memang ramai yang nak check kat bahagian kesihatan ni. Saya ni jenis jarang nak pergi klinik atau hospital sebab tak suka dengan keadaan yang penuh sesak dan penat menunggu tapi terpaksa sabarkan diri juga. Sebab saya kerap mengadu kat Ummi yang saya kurang sihat tambahan pula otot kaki sakit. Jadi nak tak nak terpaksa mengharungi lautan manusia yang menunggu.

Yang menghairankan saya, walaupun sudah diberi nombor giliran, tapi kami tetap dipanggil secara random. Nombor giliran Ummi 4012 dan saya 4013. Tetapi nombor giliran saya yang dipanggil dahulu. Memang tak efficient lansung.

Jadi bila masuk dalam bilik bernombor 4 tu, saya lihat kad-kad perubatan pesakit yang tak disusun mengikut angka yang sepatutnya. Ada yang nombor giliran awal dari saya tapi dipanggil kemudian. Huhuhuhu.. Macam mana buat kerja ni... Pening lor..

(Segala jenis ubat yang perlu saya makan dan sapu...)

Berbalik kepada masalah kesihatan saya, saya menghadapi masalah sukar bernafas kerana bahagian ENT saya ada yang tak berfungis secara teratur (berdasarkan apa yang saya rasalah...doktor tak bertauliah ni..). Oleh kerana sebab itulah saya berasa tidak selesa di bahagian tekak kerana sukar untuk membuangkannya (rasa macam nak cuci dengan klorok je..benci la..). Selain itu juga, saya demam sebenarnya tapi macam rupa orang tak demam. Kedua-dua otot kaki saya pun sakit (tak boleh terima kenyataan ni...macam dah bertambah berat badan je...tidak!!!!!!)

Selepas selesai urusan saya bersama doktor, saya menunggu Ummi pula. Kesian Ummi terpaksa tunggu lama untuk nombor Ummi dipanggil. Hal macam ni sepatutnya dielakkanlah. Kena panggil mengikut angka yang betul dan teratur.

Dalam pukul 10.40 pagi, urusan kami selesai tetapi belum lagi mengambil ubat. Huhuhu.. Jenuh juga nak jalan walupun tak jauh mana tapi disebabkan kaki saya sakit, rasa macam jauh pula perjalanan. Ummi sempat tunjukkan mini kedai jika mahu membeli apa-apa. Tapi apa yang menarik minat saya, majalah yang dijual di situ selepas Ummi menunjukkannya.

(Majalah Wanita terbaru..)

Alahai... Suka betul saya melihat wajah Datin Norjuma ini.. She's very cute and nobody can be like her. I really admirer her face. So sweet!!!! Teruja sekejap..

Sempat juga saya mendengar perbualan Makcik yang jaga kedai ni..

Makcik Kedai: "Cuaca mendung macam ni buat mata nak tidur je. Malam tadi, Atok tengok bola dengan cucu pulak tu.."

See... Atok pun tengok bola juga. Memang penangan hebat betul Piala Dunia ni.. Mujur saya ni berada dalam kategori minat yang biasa-biasa sahaja. Kalau minat lebih payah pula nak buat kerja lain. Average sudah.

Oklah.. Sampai sini dulu ye.. Now, saya tengah fikir nak tukar pakai kasut heels... Bencinya...

~ Sangat suka tengok wanita yang lawa dan kurus!!! Normal kan???

PERCUTIAN DI KELANTAN

Assalamualaikum w.b.t

Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat hendaknya. Bagi peminat bola sepak pula, jangan abaikan tanggungjawab anda terhadap kehidupan anda yang lain juga ae.. Itu yang lebih penting, bola tu hanya hiburan semata-mata. Jika anda main sekali tidak mengapa juga.. Ok. Seperti yng saya pernah beritahu di sini, saya akan lanjutkan cerita percutian saya baru-baru ini (10 Jun - 13 Jun 2010) di Kelantan.

Untuk percutian kali ini, hanya 6 orang sahaja yang pergi termasuk Ummi dan Abad saya. Jumlah yang sedikit tetapi tidak melunturkan semangat kami bercuti di negeri Cik Siti Wan Kembang. Sebenarnya, kami sekeluarga sudah biasa dengan Kelantan. Abah pernah bekerja di salah sebuah cawangan takaful di sana. Apatah lagi Ummi juga pernah menuntut ilmu di sini. Jadi, ia bukan asing bagi kami.

Catatan ringkas diari percutiaan saya:-

10 Jun 2010 (Khamis)

Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 7.30 pagi tetapi tersekat di Subang Jaya akibat kesesakan lalu lintas. Maklumlah, orang sibuk pergi kerja dan musim cuti sekolah. Sarapan pagi di Petronas D'Paya Serai dekat lebuhraya Bentong, Pahang. Sampai di Gua Musang dalam pukul 12.35 tengahari dan bersolat jamak di sana. Bila tiba di Kuala Krai, subhanallah, jalan dah mula sesak dan perlahan.

Saya menaiki kereta Citra bersama Angah dan Andak membawa barang-barang kami sekeluarga. Manakala Ummi, Abah dan Soleh menaiki kereta Viva. Bertambah sesak apabila terdapat himpunan Muktamar Pas kali ke 56 di sini. Tiba di Bayu Murni Homestay, Pengkalan Chepa yang merupakan kediaman sewa sementara kami dalam pukul 6.30 petang. Bayangkan 11 jam perjalanan. Sungguh meletihkan. Malam tu, kami sekeluarga makan di Pantai Cahaya Bulan. Tom Yam sangat sedap!!!


11 Jun 2010 (Jumaat)

Sebenarnya di Bayu Murni Homestay ni, kami menyewa bilik sahaja di dalam sebuah rumah yang dikongsi bersama dengan rombongan wakil muslimat dan pemuda dari Johor dan kebetulan pula merupakan kenalan Abah saya. Dunia ni kecil je. Kami tiba lewat sedikit di Putik dalam pukul 9.30 pagi. Jadi terpaksa letak kereta agak jauh dari dewan di mana perhimpunan muktamar diadakan. Agak lama juga kami sekeluarga berada di sini mendengar taklimat yang disampaikan. Andak pun sempat derma darah.

Sebelum pukul 12 tengahari kami bertolak ke Rantau Panjang. Membeli sedikit barang dan makan tengahari di sini. Sepatutnya pada malam tersebut, Abah bercadang ingin melihat persembahan nasyid dan makan jamuan yang diadakan oleh kerajaan negeri Kelantan kepada rakyat bersempena muktamar tersebut, tetapi rancangan tersebut terpaksa dibatalkan. Mungkin kerana keletihan dan keuzuran, jadi Abah menyuruh Angah membeli sahaja makanan untuk dimakan bersama di rumah.

12 Jun 2010 (Sabtu)

Hari ini kami tiba awal sedikit di Putik. Sekadar mendengar sedikit perbahasan. Abah hanya pemerhati sahaja. Kami sekeluarga sempat juga melakukan rawatan mata yang dilakukan secara percuma oleh Permata Hijrah. Makan tengahari pula di Restoran Cikgu Makanan Kampung (lebih kuranglah namanya, kad yang diberi hilang) atas cadangan kenalan Abah. Licin kami makan. Semuanya makanan kampung. Tak ada masalah bagi kami.

Petang tu kami hanya berehat di rumah. Bercadang keluar untuk mendengar ceramah pada malamnya pula. Kira macam simapan tenaga. Selepas solat jamak maghrib dan isyak, kami memilih Restoran Sri Landak yang tidak jauh dari kediaman kami untuk santapan makan malam. Menu yang dipilih atas cadangan pembantu di situ. Saya cukup suka dengan Kelapa Aiskrim dan Nasi Goreng Sri Landak. Walaupun macam tiada orang tapi makanan yang ditawarkan sangat mewah. Macam kat hotel je. Rugi tidak ambil gambar. Harga berpatutan tapi nasi goreng tu RM 6 tau. Bayangkan nak menapak ke tempat ceramah tu jauh sebab Angah pun parking kereta agak jauh juga. Sudahnya, kami tidak mendengar ceramah sampai habis sebab Ummi dan Abah kesakitan dan keletihan.


13 Jun 2010 (Ahad)

Hari terakhir kami di sini. Bersiap pulang dalam pukul 9.00 pagi. Kami tidak pergi ke Putik untuk mendengar penggulungan. Angah bercadang melalui jalan ke Cameron Highlands untuk pulang ke rumah. Tetapi sebelum itu, kami sempat bersarapan nasi kerabu dengan daging bakar di laluan ke Kuala Krai. Sedap dan menyelerakan. Sempat beli keropok losong dan sedikit kuih muih untuk dijadikan bekalan diperjalanan pulang. Ketika di Tanah Rata, kami sempat membeli sedikit sayur-sayuran untuk dibawa pulang. Tiba di rumah dalam pukul 9.00 malam.

~ Saya demam tetapi gembira kerana dapat menghabiskan cuti saya dengan kenangan yang menarik. Walaupun dah pernah pergi tetapi tidak sama situasinya. Dulu alam kanak-kanak dan persekolan tetapi kini alam dewasa yang sedang menyambung pengajian master. Banyak yang saya pelajari. Dulu ketika kanak-kanak, kita tidak memikirkan apa yang berlaku. Hanya tahu berseronok sahaja. Sekarang banyak sudut yang saya perlu pandang. Biarlah ia menjadi ilmu yang berguna buat saya. Tapi orang Kelantan memang mewah!!!! Jangan pandang rendah tau...