Friday, October 29, 2010

DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADA ALLAH JUGA KITA KEMBALI

Assalamualaikum w.b.t

Semua yang berada di dunia ini hanyalah pinjaman yang sebentar cuma. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu dan DIA tahu hambanya mampu menghadapi segalanya ujian yang didatangkan olehNYA. ALLAHU AKBAR... KUATKANLAH AHLI KELUARGAKU DENGAN MUSIBAH YANG ENGKAU BERI INI. KAMI REDHA..

Rabbani - Pergi Tak Kembali Lirik

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi




*Firman Allah: "Kami ini milik Allah, dan kepada-NYAlah kami akan dikembalikan."(Surah al-Baqarah ayat 156)

*Sabda Rasulullah SAW setelah baginda ditanya oleh Ibnu Umar, siapakah orang yang paling cerdik dan paling teguh?? Sabda baginda:
"Mereka yang banyak mengingati mati dan bersedia untuknya, mereka itulah orang yang cerdik".(Kitab Baghyatul Haris, vol 1)
  
*Nasihat Nabi Muhammad SAW dengan sabdanya:
"Ingatlah mati, demi zat yang jiwaku dalam kekuasaan-NYA, kalau kamu tahu apa yang aku ketahui, tentulah kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis".


~"Siapa yang cinta untuk menemui Allah, nescaya Allah cinta pula untuk menemuinya".(riwayat Bukhari dan Muslim).

Innalillahi wainnailahi rojiun.. Al-Fatehah buat anak buahku Muhammad Ajwad Naufal Bin Badrul Halil. Doakanlah Ibumu iaitu adikku Sakinah Al-Mardhiah Binti Mesari kuat dan tabah. Maklong tahu Ajwad berada di Syurga sekarang ini. Terima kasih hadir sebentar untuk menceriakan kami sekeluarga. Kami akan sentiasa merinduimu..

Thursday, October 28, 2010

CINTA AL-HUDA


Maafkan aku
Maafkan aku kerana meminggirkanmu
Menyisihkanmu dari lembaran hidupku
Aku hidup sendirian
Tanpa memikirkan perasaanmu
Tanpa memikirkan betapa sedihnya dirimu
Betapa pilunya hatimu
Aku tahu kau merintih dari jauh
Mengharapkan kepulanganku ke sisi
Aku tak sedar semua itu
Aku masih dalam duniaku
Dunia yang kucipta sendiri
Walaupun tanpa basahnya lidahku
Membaca setiap bait darimu
Namun mungkin kerana
Cintamu masih kuat padaku
Kau masih memimpinku
Dari kejauhan
Aku melakukan kewajipanku
Walau ada kekurangan
Namun kucuba sebaik mungkin
Menjadi hambaNya
Setelah lama aku termenung
Berfikir dan terus berfikir
Menyoal dan terus menyoal
Akhirnya aku bertemu jua
Jawapan yang merungkai segala persoalan
Suaramu menggamit jiwaku
Membuat aku kehibaan
Air mataku menitis
Aku berasa cukup sempurna
Walau aku tidak memahaminya
Betapa menyesalnya aku
Kerana meninggalkanmu
Kenapa aku tak membaca bait-bait indahmu?
Kenapa aku tak menghayatimu?
Sesungguhnya kaulah jawapan pada pencarianku!
Aku gembira…
Kerana lidahku kini basah dengan ayat-ayatmu
Fikiranku makin tenang
Kaulah penawar hatiku di saat kesukaran
Tak tahu mengapa
Mungkin itulah kelebihanmu!
Ya Allah
Jadikan al-quran penyejuk hatiku
Penawar luka dan laraku
Panduanku
Walau waktu dan musim berubah
Walau aku yang berubah!
Harapanku…
Biarlah ia sentiasa di dadaku
Selama-lamanya
Wahai Kalamullah
Wahai Al-Huda,
Wahai As-Syifa’
Serapilah dalam jiwaku
Dalam setiap aliran darahku
Sehingga aku kembali
Kepada Dia yang menurunkanmu
Semoga kita bertemu di sana
Dan berbual mesra
Agar dapat kuselami dirimu
Sedalam-dalamnya…

Dari: Elya Muslimah Islam (Facebook)


~ Daku mencari diri yang hilang... Hubungan dengan semua makhluk perlu dijaga namun..aku tidak tega melakukannya.. Berdiam diri lebih baik dari berkata-kata..

INTERNET BANKING


Internet Banking: A Reliable Way to Manage Finances


For more information, just go to the link at the above...you can buy it..

Wednesday, October 27, 2010

SEMAKIN SAYA MENINGKAT DEWASA, UCAPAN SAYANG SUDAH KURANG DIUCAPKAN

As I Grew Older I Said the Word I Love You Less



Dear Mom & Dad,

As I got older I said the words I love you less and less. I guess it’s a child’s way of becoming independent. The truth is that I love you and never any less but always more.

I know you know, but I wanted to tell you anyway. I can never repay you for all you did to raise me. There are sacrifices unnamed that children never realize until they are grown. The cost was never a question with you. You just gave and gave so that I might be what I am today.

I thank you for who I am. You have taught me many things, but the greatest of these is unconditional love. Your strength and encouragement are models for me. I realize that no matter what I do or dream, I can always go to you and that you will be supportive.

Forgive me if I haven’t told you enough, but always remember that I love you.

Your Daughter,
Brilliant Marjan


Source: Love Letters

Sunday, October 24, 2010

'Ad-Dunya Darul Amal, Wal-Akhiratul Darul Jaza'


Diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan Muslim dari Amru bin Maimun r.a bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud:        

Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu

    * Masa muda engkau sebelum datangnya hari tua,
    * Masa sihat engkau sebelum engkau dilanda sakit,
    * Masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa,
    * Masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk
    * Masa hidup engkau sebelum datang saat kematian."
               
                                                
Isikanlah masa kita dengan perkara-perkara yang berfaedah.     

Segenap masa muda mesti dipenuhi dengan perkara yangg selayaknya sebagai seorang mukmin, sama ada dibidang  ilmu dan amal, pasti akan menjadikan masa tua yang penuh kesyukuran. Jika tidak, maka Allah SWT telah mengingatkan hamba-Nya dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putus."    (At-Tin: 4,5 dan 6)

Masa yang singkat sewaktu di dunia ini adalah suatu kesempatan yang mesti dihargai. Jika kesempatan ini tidak diisi sepenuhnya untuk menyediakan bekalan, keranan kelalaian oleh kenikmatan harta benda yang tidak seberapa, maka kesempatan kedua tidak akan ada lagi. Di dalam Al-Quran telah digambarkan:

"Ya Tuhan Kami. Kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia, kami akan mengerjakan amal yang soleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yakin."  (As-Sajadah:12)

Demikianlah sesalan orang-orang yang lalai akan peranan mereka hidup di dunia. Mereka cuba memohon kepaa Tuhan agar dikembalikan ke dunia untuk melakukan amal yang soleh, selepas mereka melihat dengan mata kepada sendiri datangnya hari akhirat, seperti yang dikhabarkan oleh Rasul semasa di dunia dahulu.

Itulah hakikat dunia yang disebut sebagai 'Ad-Dunya Darul Amal, Wal-Akhiratul Darul Jaza' - Dunia sebagai gelanggang melakukan amal dan sebagai gerak kerja, sementara akhirat itu adalah negara untuk menerima pembalasan. Jika di dunia yang singkat waktunya ini terlalai dengan kenikmatan yang sementara, dibimbangi bahawa penyesalan akan menunggu di akhirat.

Mudah-mudahan hidup kita ini kaya dengan ilmu, dihiasi dengan keindahan budi pekerti, dimuliakan dengan ketakwaan dan dibaguskan dengan kesihatan.

Amin.

Sumber: Di sini

~ “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah dajjal dan dari sebarang fitnah sewaktu hidup juga ketika menghadapi kematian”.

Saturday, October 23, 2010

KETAHUILAH WAHAI SYABAB



Usah kau lalaikan diri ku ,

Dengan ayat-ayat cinta palsumu,

Bukan kau sekadar merosakkan dirimu,

Ketahuilah dirimu wahai syabab,

Kau juga merosakkan bangsamu,

Kerana kejatuhan sesuatu bangsa itu ,

Tergantung pada jatuhnya maruah wanita mereka,

Bermula pada dirimu,

Jika kau gagal mengendalikan nafsumu,

Kerana mudah terpesona dengan keindahan ,

Yang hakikatnya adalah palsu.



Ketahuilah wahai syabab,

Jika kau merasa lemah,

Tika bayangan kami berlalu,

Yang melintas pada mindamu,

Engkau telah tertipu,

Muda kami kan berlalu,

Keayuan kami kan pudar,

Seiring waktu,

Tegas pada dirimu,

Kau harus tundukkan pandanganmu,

Agar tidak kau turut kan nafsumu.



Ketahuilah wahai syabab,

Ada di antara kami sengaja melalaikanmu,

Melalui pakaian tertentu,

Tanpa punya rasa malu,

Tegas kan pada dirimu,

Engkau pemuda Islam sejati,

Tunjukkan kegagahanmu,

Melawan hawa nafsu,

Bukan melalui kudratmu,

Jika tidak kau akan tertipu.



Ketahui lah wahai syabab,

Kau harus bertegas pada dirimu,

Menjaga kesucianmu,

Hanya buat wanita yang halal padamu,

Jika kau ingin kami juga berbuat begitu,

Kerana janji Allah tidak menipu,

Lelaki yang baik untuk wanita yang baik,

Bukankah berkali-kali kau diberi peringatan untuk itu?



Ketahuilah wahai syabab,

Jika kau punya niat ,

Wanita bemaruah untuk dijadikan isterimu,

Jagalah jua maruahmu,

Kerana itu ,

Selagi kami tidak halal buatmu,

Usah kau biasakan lidahmu,

Menjaja ayat cintamu yang penuh palsu.




Ketahuilah wahai syabab,

Pujuk rayu mu kan mejadi saksi,

Pada hari kebangkitan nanti,

Dan itu sudah pasti,

Pada apa yang pernah kau taburi,

Hinggakan ramai gadis dikhianati,

Anak luar nikah itu dibenci,

Gara-gara perbuatanmu,

Dan pasanganmu yang mengkhianati,

Pada ikatan suami isteri yang selayaknya kalian miliki,

Sebelum kalian berlagak suami isteri,

Kerana kalian tidak mematuhi,

Larangan zina itu sendiri.



Ketahuilah wahai syabab,

Ku tari kan pena ini ,

Mengingatkan diriku sendiri,

Juga untuk kalian hayati,

Agar kalian tidak lalai berulang kali,

Ketika kalian berhadapan dengan kami,

Bukan mengatakan kalian salah sepenuhnya,

Cuma peringatan agar kalian bangkit kembali,

Menjadi pejuang agama sejati,

Dari terus dilalaikan diantara kami,

Jika kau merasa lemah ,

Apatah kami,

Kerana kau imam ,

Dan kami makmum mu,

Jika salah hala tujumu,

Kami juga begitu.



Ketahuilah wahai syabab,

Kami miliki kudrat yang lemah,

Namun gengaman kami tidak lemah,

Jika buayan mampu kami goncang,

Dunia juga mampu kami gegar,

Apatah cuma dirimu,

Lihat sejarah lalu,

Ramai pemimpin dari kaummu,

Tewas ditangan kami,

Kerana kegagalan kalian menahan nafsu,



Ketahuilah wahai syabab,

Jika kau merasa megah,

Menghulurkan cintamu,

Tanpa ikatan halal,

Dan ada di antara kami menyambut cinta palsumu,

Lantas tanpa ikatan halal itu,

Kau megah membawa diantara kami yang hanyut dengan cintamu,

Ke sana, sini juga kesitu,

Ternyata sebenarnya engkau merendahkan dirimu,

Kerana lebih banyak dikalangan kami yang merosakkan mu,

Dari diri kaummu yang merosakkan kami,

Hanya kerana kelalaianmu,

Sedarkan dirimu,



Ketahuilah wahai syabab,

Selagi kau serius dengan agama mu,

InsyaAllah ,

Setelah sah ikatan halal itu,

Kami berusaha untuk taat padamu,

Bukan kerana menjunjung cintamu,

Tapi kerana cinta,

Pada Dia yang Maha Satu.


* Sumber: Di Facebook

Menara 100 Tingkat dan Festival Fesyen Islam

Assalamualaikum w.b.t


Apakah perbezaan di antara menegur kerajaan dan menyokong pembangkang?

Mahasiswa dalam negara dan luar negara selaku nadi negara mesti bijak dalam membezakan dua perkara yang dinyatakan di dalam tajuk di atas.

Menegur pemerintah tidak sama maksudnya dengan bersetuju ataupun bersama-sama pembangkang.

Kita anak muda adalah agen perubahan dan ada pengaruh dengan magnitud yang luar biasa. Justeru, sebarang keputusan yang diambil kerajaan mesti kita fikirkan dengan matang dan penuh hikmah.

Jika keputusan yang baik diambil oleh kerajaan, kita wajar memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi, namun jika dirasakan ada cacat cela yang signifikan, luahkan buah fikiran anda, nyatakan pandangan anda dengan yakin dan penuh tanggungjawab.

Ingat, memberikan pandangan sebegini tidak semestinya anda bersama-sama barisan pembangkang!

Ini kerana pembangkang juga terbuka kepada kesalahan yang sama samada pada masa kini semasa menjadi pembangkang mahupun setelah memegang tampuk pemerintahan negara nanti. Namun apa yang penting di sini, di manakah NILAI pendirian anda?

Bangunan 100 tingkat

Bayangkan jika anda mempunyai wang sebanyak RM 5 bilion, ke mana anda mahu membelanjakan wang ini untuk pembangunan negara?

i) Menaik taraf sistem pengangkutan awam (LRT, KTM) di KL setaraf dengan TFL

ii) Membangunkan Pulau Langkawi sebagai Pulau Ikon sedunia

iii) Membina bangunan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat

iv) Menghantar tambahan 5000 pelajar perubatan ke UK atau 50,000 pelajar perubatan ke Mesir

v) Membina lebih banyak sekolah berasrama penuh?

Perbincangan inilah yang membentuk asas kepada belanjawan negara, sebagaimana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri negara baru-baru ini. Dan cadangan ketiga telah diumumkan oleh Perdana Menteri negara. Apa pendapat kita selaku mahasiswa?

Antara hujah-hujah sokongan adalah;

i) Tanah ada value yang tinggi, jadi alang-alang nak bina bangunan, kena bina tinggi

ii) Jana ekonomi negara - tarik pelabur luar

iii) Peluang pekerjaan melalui pengagihan projek-projek

iv) Kita perlukan ikon negara maju

Manakala hujah-hujah balas pula adalah;

i) Subsidi akan dimansuhkan. Rakyat semakin sengkek

ii) Berapa banyak gedung perniagaan di KLCC dimiliki bumiputera dan rakyat Malaysia pada hari ini?

iii) Rakyat memerlukan bonus dalam zaman kesempitan ini

iv) Kos awal RM 5bilion, pasti akan naik punya, macam projek istana negara; atas 'sebab-sebab' tertentu.

Apa juga hujahnya, golongan yang berusia awal 20-an harus sedar, di mana NILAI pandangan anda? Adakan sekadar disimpan rapi di dalam peti, atau terkunci di dalam peti suara? Bahaskan dengan bijaksana. Ingatlah wahai mahasiswa sekalian, pandangan anda bernilai, dan hanya BERNILAI (VALUABLE) apabila anda suarakan.

Dan ingat, menyuarakan padangan tidak semestinya anda menyokong pembangkang!

'Isu Rosmah' Pula Meyusul

Beberapa hari selepas pembentangan bajet negara, seantero negara gempar dengan aksi-aksi 'panas' semasa Islamic (Islamic?) Fashion Festival (IFF).

Pelbagai NGO bangkit membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu. Rupanya ada pakaian yang membuka aurat dan terpampang nama 'Muhammad' secara terbalik di dada si peragawati. Beberapa persoalan di sini;

i) Penggunaan nama 'Muhammad' ini sememangnya satu penghinaan, jika ia benar.

ii) Namun begitu, kalau dilihat dalam konteks yang lebih besar, penganjuran program seumpama ini juga sudah merupakan satu penghinaan besar.

Walaupun namanya fesyen Islam, namun pemakaiannya langsung tidak Islamik! Ibaratnya kalau kita mahu menjual kereta Proton, namun kita iklankan di akhbar yang kita mahu menjual kereta Jaguar. Adakah tindakan kita itu adil?

Dalam hal ini, tanpa mengira siapa sekali pun yang bersalah, mahasiswa wajar mengambil tahu akan apa yang berlaku, dan suarakan teguran anda.

Bagi yang beragama Islam, apabila cara hidup anda dihina, anda wajib bangkit mempertahankan dan menegur kesilapan yang ada. Dan bagi yang bukan Islam, apabila ada agama lain yang dihina, atas semangat 1Malaysia, kita mesti bersama-sama bersatu dalam membetulkan kesilapan yang telah dilakukan, demi kemaslahatan bersama.

Wahai mahasiswa, jangan ragu-ragu menyatakan NILAI pendirian anda.

Zaman sekarang kita ada blog, media alternatif, akhbar tempatan dan medan sosial maya seperti Facebook. Nyatakan pendapat anda dengan penuh hikmah dan beradab dan penuh ikhlas.

Dan menyatakan pendirian anda tidak semestinya anda menyokong pembangkang. Anda sebenarnya menyokong jati diri anda!

- Artikel dipetik di sini

~ Bagi pandangan saya, lebih baik melengkapkan segala keperluan rakyat dan bukannya menindas rakyat. Adakah dengan pembinaan bangunan 100 tingkat itu mampu menjamin keadilan rakyat? Jangan biarkan rakyat tertindas di negara sendiri. Bukan menolak pembangunan, tetapi perbaiki dulu infrastruktur yang ada. Begitu juga dengan masalah sosial yang semakin meruncing. Perbaiki sebaiknya dahulu supaya generasi pelapis cerdik otak dan tahu menilai baik dan buruk. 
Berkaitan isu IFF, segala bentuk program yang ingin dibuat, perlu dipantau oleh panel shariah yang terpilih. Jangan hanya menutup dengan nama Islamic, tetapi kepincangan berleluasa. Jaga sensitiviti masyarakat. Kelak pemimpin yang akan dipersalahkan. 
PEMIMPIN, ANDALAH YANG AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN KELAK DI AKHIRAT SANA. PEMUDI DAN PEMUDI, FIKIRLAH DENGAN KELUASAN AKAL YANG ADA, BUKAN BERTINDAK SESUKA HATI. LONTARKAN PANDANGAN ANDA UNTUK DIDENGARI. INGAT, JANGAN DISEKAT IDEA YANG BERNAS UNTUK KEBAIKAN BERSAMA.