Monday, November 15, 2010

SISTA OVARI @ CYST

Assalamualaikum w.b.t

Salam penuh kerinduan buat anda semua. Nak cuba ceriakan diri walaupun pada hakikatnya tak ceria sangat. Rindu pada dia. Ok, saya nak cerita sikit apa yang saya sempat lakukan pada hujung minggu baru-baru ini.

Nak diceritakan, salah seorang sahabat saya, telah dimasukan ke Selangor Medical Center (SMC) dan selamat menjalani pembedahan untuk membuang sista ovari atau dalam Bahasa Inggeris nya Cyst. Pada mulanya kecil hati juga sebab tak diberitahu kerana dia merupakan antara sahabat susah senang saya. Namun, itu bukan masalahnya. Saya faham dengan keadaanya dan juga masalah yang saya hadapi (kesihatan diri saya, adik sakit, kematian anak buah dll) membuatkan kami berdua berdiam diri seketika.

Tapi, alhamdulillah sempat juga saya melawatnya semalam walaupun dia berada di rumah. Dapat juga berjumpa dengan mak dia yang sangat baik itu. Maklumlah sudah kenal lama. Seperti orang berpantang gayanya. Sempat juga dia menunjukkan kesan pembedahan untuk membuang cyst itu.

Bagi saya, apabila diberitahu yang dia menjalani pembedahan membuang cyst, saya sudah tahu apakah ia dan bagaimana rupanya. Ini kerana, saya pernah terbaca satu kesah di Majalah Dara berkaitan penyakit ini. Namun, yang agak tragik bagi saya, sahabat saya memaklumkan bukan 1 cyst yang dibuang tetapi 2 cyst yang berukuran 4cm dan 12 cm. Nauzubillah...

Tambah sahabat saya lagi, doktor memberitahu cyst itu terjadi ketika awal dia didatangi haid. Tidak berbahaya tetapi lama kelamaan, semakin meningkat dewasa cyst tersebut semakin membesar dan tetap sakit ketika suci. Rupanya, selepas dibedah, cyst tersebut pecah. Ia kelihatan kehitaman..Agak ngeri juga. Tapi dari pembacaan saya, ada cyst yang lebit besar ukurannya dan terdapat objek seperti rambut, kuku, dan gigi. Nauzubillah...

Di bawah ini, ada sedikit info tambahan yang saya ingin kongsikan bersama anda semua.. Nak tambah lagi, anda search sendiri ye..Maaf

********************************************

Apakah yang dimaksudkan dengan Sista Ovari?

Sista atau ketumbuhan dalam ovari merupakan pembendungan cecair di dalam ovari. Terdapat beberapa jenis sista ovari. Gulungan wanita begitu mengambil berat terhadap sista ini disebabkab kebimbangan mereka kepada kanser ovari. Satu perkara yang perlu diingat bahawa kebanyakan sista ovari ini bukanlah ketumbuhan kanser. Walau bagaimanapun, sebahagian dari sista benigna ini memerlukan rawatan jika ia tidak hilang seperti biasanya. Hanya dalam beberapa kes yang kecil, ia bertukar menjadi kanser. Yang menggembirakan kita ialah hampir semua sista ovari ini akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Oleh kerana kebanyakan dari sista ovari adalah benigna (bukan kanser), kewujudan sista ovari biasanya tidaklah membimbangkan.

Tanda dan Gejala

Lazimnya, sista ovari tidak membahayakan dan tidak menimbulkan gejala. Jika berlaku juga gejala, ia termasuklah:

Terasa sesak atau bengkak dalam abdomen Berat badan bertambah. Sakit yang tidak menyucuk dan berlaku berterusan sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah pelvis. Kesakitan semasa melakukan seks Haid tertunda, tidak teratur atau sakit. Semakin banyak timbulnya bulu roma di muka.
   
Terasa sangat sakit yang menyucuk dalam abdomen, demam, dan/atau muntah. Kemungkinan ini disebabkan oleh sista yang berdarah kerana telah pecah atau terpintal/terpusing.

Jenis-jenis sista ovari

Sista fungsi - Jenis ini sangat lazim berlaku. Ia dikaitkan dengan kelainan dari fungsi ovari yang normal. Contohnya, ia terbentuk apabila telur cuba dikeluarkan seperti dalam proses pengovulan biasa. Ianya mungkin berlanjutan sehingga 4 atau 6 minggu. Sista ini jarang merembeskan hormon.

Sista folikel dan korpus luteum - sista folikel terbentuk apabila folikel yang menghasilkan telur dalam ovari membesar dan dipenuhi cecair. Sista korpus luteum merupakan jisim tisu berwarna kuning yang terbentuk daripada folikel selepas proses pengovulan. Sista jenis ini timbul dan hilang setiap bulan. Ia dikaitkan dengan fungsi normal ovari.

Sista yang abnormal atau sista neoplasma - Ia terjadi kesan dari pertumbuhan sel dan kebanyakannya merupakan ketumbuhan benigna. Dalam beberapa kes tertentu, ianya boleh menjadi kanser. Sista yang abnormal ini memerlukan rawatan perubatan dari doktor. Ini termasuklah:
Sista dermoid - yang mengandungi pelbagai jenis tisu seperti bahan-bahan lemak, rambut, gigi, serpihan tulang dan tisu rawan.

Ovari polisistik - disebabkan oleh timbunan sista-sista kecil yang berganda menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan hormon. Ini akan menyebabkan berlakunya haid yang tidak teratur, timbulnya bulu-bulu roma di badan dan ketaksuburan atau kemandulan

Perkara yang perlu diingat:

Oleh kerana sista ovari biasanya tidak menunjukkan gejala, adalah penting bagi wanita yang pernah mengalami sista di masa yang lalu atau mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidap tumor ovari melakukan pemeriksaan pelvis secara berkala. Wanita yang pernah mengalami sista ovari mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatnya lagi di masa hadapan. Endometriosis mungkin menjadi lebih serius jika berlakunya sista ovari dan peluang anda untuk menjalani oforektomi (pembuangan ovari) adalah lebih tinggi. Dalam beberapa kes tertentu, jika berlakunya sista ovari yang malignan, rawatan awal biasanya memberi lebih jaminan untuk sembuh. Wanita yang mendapat sista ovari selepas putus haid lebih mudah mengalami malignansi.

Beringat untuk mendapatkan nasihat doktor dengan segera jika anda mengalami sebarang rasa sesak, tekanan atau kurang selesa di bahagian pelvis. Lebih cepat sista itu dikesan dan dirawat maka lebih baiklah peluang anda untuk sembuh.

~ Sahabat saya ini sempat mengambil takaful prudential dengan adik saya sebelum dimaklumkan yang dia sakit. Mujur tindakan cepat diambil. Syukur alhamdulillah..

~ Selamat Pengantin Baru buat sahabat saya, Nurul Hayati yang berkahwin pada sabtu lepas 13 November 2010

Friday, November 12, 2010

ALAM MAYA VS ALAM REALITI



Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.

Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.

Sedar atau tidak hanya kerana alam maya sahutan emak di dapur kadangkala tidak diendahkan.

Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai.

Sedar atau tidak, hatta kerana alam maya.. Solat kita dilengahkan.. Seruan dan panggilan Ilahi tak dihiraukan..

Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya.

Sedarkah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya.

Sedar tak sedar.. "eh, eh dah malam.." sedar tak sedar asar dah nak habis.. Sedar tak sedar 4 jam berlalu begitu saja..

Kita lebih suka berkata hye, hello, salam atau menyapa mereka-mereka di alam maya.. Sehinggakan kita lupa untuk tebarkan salam buat mereka yang dekat di sisi kita..


Allah..kuat sungguh penangan internet..bersama facebooknya, Yahoo messengernya, blognya, my spacenya.. Wah, membuatkan manusia hidup bersendiri.. Nafsi-nafsi.. Lupa pada hakikat.. Lupa pada berkat..

Lupakah kita pada hablumminannas?? Tidak perlukah kita menghubungkan silaturrahim ataupun ukhwah dengan jiran tetangga kita.. Saudara kita yang realiti ini..

Lihat sudah keadaan di kampus.. Lupa sudah pada rakan yang bersama sebilik.. Penting lagi melayani karenah rakan-rakan di alam maya.. Biarkan rakan sebilik terkapai-kapai sendiri.. Siapa tahu dia sebenarnya perlukan kita untuk mendengar masalahnya.. Siapa tahu dia hakikatnya ingin berkata-kata dan berkongsi sesuatu dengan kita.. Asyik sungguh kita akan alam maya yang kadangkala sedikitpun tidak memberi manfaat malah mendatangkan mudharat kepada orang sekeliling..

Secara realiltinya,siapa yang lebih dekat dengan kita?? Akan-rakan dia alam mayakah yang akan membantu kita di saat kita benar-banar memerlukan bantuan?? Sakit kita, susah kita.. Rakan-rakan di alam mayakah yang menghulurkan tangan, meringankan beban..??

Tidak salah melebarkan jaring, menghubungkan rangkaian, meramaikan kenalan.. Tapi jangan di lupa pada adat berukhwah di alam realiti.. Jangan di lupa pada hakikat hidup secara berjemaah..

Andai pernah kau rasai keramatnya ukhwah.. Tiada sebab untuk kau hidup bersendirian.. Tiada sebab untuk tidak kau mempedulikan perasaan dan hati itu.. Hati itu ingin sekali dibasuh dengan senda gurau bersama.. Hati itu ingin saja menuturkan kata, berkongsi rasa tanpa sepi dari sebarang kata..

Sumber: ILuvIslam

~ Alhamdulillah, aku merasakan aku memiliki seorang sahaja sahabat namun ada ramai lagi sahabat aku yang sanggup susah bersamaku.. Maafkan aku kerana aku alpa terhadapmu wahai sahabatku.. Terima kasih kerana sudi bersamaku.. Teristimewa buat ahli keluargaku, aku sayang pada kalian semua.. Terima kasih..

10 KELEBIHAN COCA-COLA?

Assalamualaikum w.b.t

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih buat anda semua yang mendoakan kesihatan saya kembali pulih seperti sediakala. Alhamdulillah ianya beransur pulih. Namun saya perlu mendapatkan rawatan alternatif yang lain. Kadang ubat doktor beri bukan tak berkesan tapi terdapat kesan jangka panjang yang tidak baik untuk kesihatan.

Saya rasa ramai yang dah baca tentang coca-cola ni. Tapi saya nak share juga untuk peringatan bersama. Bagi saya, minuman bergas ni seboleh mungkin saya cuba elakkan. Saya memang tak suka. Saya harap anda semua pun macam tu... Jom kita baca..

***************************************


"Setiap hari selasa ngan rabu aku mesti minum air coke nie lepas training rugbi. Memang sedap air nie. Sedap giler! korunk pun mesti ade yg suke air nie. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg member aku bagi. Ape lagi!!


" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.


Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :


1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!


2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?


3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!


4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.


7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!


8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!


10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah


Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi


Disampaikan oleh seorang sahabat.....Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dianak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di  dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men &  women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama  keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima  forwarded email pasal bertapa 

cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci

toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat  zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,


Masih tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita..

~ Moralnya, coca-cola lebih banyak buruk dari baiknya..
~ Tekak saya sakit, berdarah..

Saturday, November 6, 2010

KESIHATAN TERGANGGU LAGI

Assalamualaikum w.b.t


Bukan merungut atau mengeluh. Cuma sekadar cebisan rasa. Semakin nak habis belajar ni, macam-macam dugaan datang. Paling ketara dan kerap berlaku pada diri saya adalah tahap kesihatan yang kurang memuaskan. Sekali lagi demam, batuk dan selsema.

Musim tengkujuh begini, banyak yang tak boleh nak dibuat. Lebih elok terperap di rumah buat apa-apa yang patut. Tapi yang pasti saya wajib menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan oleh para pensyarah. Ada yang dalam proses akhir dan separuh dibuat.

Hidung ni makin sensitif dan ubat yang dimakan memberikan kesan mengantuk. Namun adakalanya mata tidak mahu mengalah. Tidur pun tak ikut jadual. Macam-macam!

Uhuk! Uhuk! Ohok! Ohok!...

* Semoga ujian yang diberi dapat menginsafkan diriku ini.. Ada hikmah..

~ Jom solat...

Friday, November 5, 2010

JANGAN KAHWINI WANITA INI


Menurut Imam Al-Ghazali, jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.

Wanita Ananah :
Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah :
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu."

Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah :
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah :
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

Wanita Syadaqah:
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

~ Sebagai peringatan buat para wanita yang solehah di luar sana termasuk diri ini, jadilah insan yang selalu dekat di hati lelaki yang bergelar suami dengan sikap yang menenangkan, mendamaikan dan menghiburkan. Jangan dibebankan dengan sesuatu yang diluar keupayaannya. Tak lupa buat para lelaki, tegaslah dalam mendidik si Isteri seperti mana yang diajarkan oleh syarak. Buatlah hati mereka hormat kepada anda sebagai suami yang tahu membuat keputusan dan bijak mengendalikan masalah.

Wednesday, November 3, 2010

NAFAS CINTAMU



"Hidup takkan bermakna tanpa gelak tawa..
Hidup takkan bererti tanpa dinikmati..
Saudaraku, hidup hanya sekali !!
Bergembiralah engkau sepuas hati !!


Kerana bila esok hari tua menerpa,
Pasti tidak berdaya mengharungi usia.."
Suara itu seakan merasuk qalbi..


TETAPI. . .

Bagaimana mungkin aku mampu tertawa?
Tika teringat dosa yang menimbun,
Sedang pahala tiada terhimpun,

Bagaimana mungkin aku mampu terlupa?
Pada azab yang tersedia di neraka?
Pada hari pembalasan yang pasti tiba?
Sedang diri tiada sedia..

Bagaimana mungkin aku mampu terleka?
Bergelak tawa sedang kubur makin hampir..
Berbahagia sedang diri akan tersingkir ..
Tergelincir dari dunia..
Tersungkur meniti akhirat..
Tercicir mengejar redhaNya

Cukuplah gelak tawa semalam meninggalkan noda..
Noda yang menjadi nakhoda bahtera dunia..
Tatkala dipukul ombak, nyaris maut ditelan ombak..
Mendambakan bahagia seluas langit angkasa..
Tapi kabur dibawa kabus sedang arah terpesong entah kemana..
Menguasai layar dunia tapi angin akhirat sentiasa memberi ingat.
Lemahnya diri menggadaikan iman demi dunia fana..
Jahilnya diri mempertaruhkan iman pada harta,

Lalu,
Berikan aku jawapan..
Bagaimana mungkin aku tertawa kerna dunia?
Dunia yang menjual leka dan kepuraan,
Dibeli dengan dosa yang berkuponkan neraka.
Walhal,
Tangisan jua yang menyedarkan..
Tangisan jua yang membangunkan...
Munajat hamba ke jalan yang Hasanah..
Lantas aku berterusan menangis,
Gelisah iman yang nipis ini terhakis..
Takut akan RedhaNya menghiris..
Risau syahadah yang tak tersebut
di hujung nafas maut..

"Ah,usiamu terlalu muda untuk bertaqwa!
Langkahmu masih jauh wahai anak muda,
Ayuh sementara masih ada masa,
Masih bertenaga dan berupaya..
Kita langgar saja batasan dan syariah yang ada..
Esok bila jasad dimamah usia..
Duduklah menghabiskan masa di tikar sejadah,
Allah kan Maha pengampun Maha Pemurah,
Pasti dia menerima amal dan ibadah.
Barulah hidup namanya!"
Suara ketiga terus memujuk rayu..



Tahukah kau apa sebenarnya CINTA?
Tahukah kau apa sebenarnya RINDU?
Andai kau tahu,
Pasti bibirmu tak henti bertasbih,
Mensyukuri setiap detik nadi yang diberi..
Andai kau tahu,
Pasti jasadmu teguh pada sujud
dan bangun pada tahajud,
Andai kau tahu,
Pasti kering airmatamu menangisi
Limpahan kasih melalui kurniaan rezeki..
Di setiap penghujung solat dhuha..

Andai saja kau mengerti..
Pasti musibah menjadi bahagia..
Pasti sakit itu yang kau damba..
Pasti dahimu tak terangkat dari sejadah..
Pasti tangan mu lama menadah..
Memohon Allah terus memberi hidayah..

Cinta yang didamba itulah Pemandu..
Cinta itulah yang menguatkan jiwa khalifah agar setia pada pencipta,
Cinta itulah yang merelakan hati berkorban tanpa balasan..
Cinta itulah yang akur pada ketetapan dan jujur pada perbuatan,
Cinta itu tetap mempesonakan walau dirempuh berjuta dugaan..

Rindu yang menerpa itu Pengajar..
Rindu itulah yang membasahimu dengan tangisan syukur,
Rindu itulah yang meneguhkan janji yang bersimpul,
Rindu itulah yang sentiasa menguji cinta khalifah pada penciptaNya..
Rindu itu tetap menggetarkan hati yang menyintaiNya..
Rindu itulah yang akan terus memuji walau disakiti..

Pada,
Masa yang sentiasa meninggalkan kita jauh.
Umur yang semakin bertambah mendekati langkah..
D0sa yang sentiasa mahu mengekori..
Amal yang masih terumbang-ambing di jalanan..
Iman yang sentiasa diuji ke mana arahnya..

Apakah yang lebih manis melainkan syurga ciptaanNya?
Sedang dunia yang hina lagi dipuja..
Apakah yang lebih seksa dari Azab Neraka?
Sedang hati masih 'wahan' terleka..

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buatMu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu..


Sumber dari: ILuvIslam.com

APA KHABAR MU SOLEHAH?

Assalamu'alaikum warrahmatullahi wabarokatuh....

Apa khabarmu solehah,..???

katakanlah, " ..aku semakin cantik.. "

seCANTIK bidadari penghuni surga
seCANTIK kesabaran yang melahirkan kesungguhan dan kelembutan
seCANTIK kesyukuran yang tak mengeluh dalam setiap keadaan
seCANTIK kasih sayang yang selalu memberi dengan keikhlasan


dengan sifat-sifatmu engkau hadir menjadi kakak yang menyayangi adik'na, ibu yang sabar mendengarkan anak-anak'na, guru yang penuh keteladanan dan saudara yang di rindukan..


semoga hari ini kalian semakin cantik... ◕‿◕
insya Allah....


*Dipetik dari facebook..