Sunday, January 23, 2011

PENULIS BLOG KREATIF RAIH PULANGAN LUMAYAN

 [Gambar: bongkah kata-kata?]

KUALA LUMPUR: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun.

Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.


Sejak mula digunakan secara katif mulai 1998, blog lebih dikenali sebagai saluran alternatif menyampaikan idea dan pandangan peribadi, tetapi kini dieksploitasi sebagai medan perniagaan dengan menawarkan perkhidmatan, jualan dan pengiklanan secara kreatif.

Tawaran perniagaan di blog menyusul selepas politik, peribadi dan komuniti berkesan dalam menyampaikan mesej dalam dunia moden serta pantas dalam pencarian maklumat.

Di negara kita, pengendali blog yang konsisten termasuk menggunakan kisah peribadi sebagai tariakn utama, mampu memperoleh pendapatan purata RM500,000 hingga RM700,000 dalam tempoh tujuh bulan atau purata hingga RM70,000 sebulan.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Dr Abu Hassan Habullah, berkata blog yang mempunyai kreativiti, kualiti dan promosi yang menyeluruh mampu mendatangkan pulangan melebihi had itu.

[Gambar: Menyelongkar kisah dunia blog - pro and cons ]

"Pada zaman ini, indidvidu yang dapat memdedah dan menyebarkan kelebihan, bakat serta potensi pada diri sendiri mampu menguasai dunia masa akan datang. Blogger yang bijak menggunakan media ini akan meraih keuntungan berlipat ganda.

"Blogger hanya memerlukan kreativiti untuk mengiklan dalam blog dengan menjual kisah peribadi dan akhirnya mereka boleh menjual sesuatu. Sama ada isinya negatif atau positif, ia ternyata berkesan dan sukar menjadi kenyataan dalam dunia media konventional," katanya.

Katanya, senario itu juga berkembang akibat proses hubungan anggota masyarakat yang semakin terbatas  berikutan terlalu bergantung kepada penggunaan teknologi maklumat serta kebebasan yang terhad untuk mengunjungi pelbagai tempat pasa satu masa.

Angka rasmi pasa 2004 menunjukkan Malaysia mempunyai kira-kira 500,000 blog dan akan meningkat lebih tujuh juta blog berdasarkan rangkaian sedia ada dengan pencapaian dalam laman sosial facebook mencecah lebih 11 juta pengguna.

"Saya yakin, igauan dan fantasi dalam filem Minority Report arahan Steven Spielberg akan menjadi kenyataan kerana literasi media baru dan kepercayaan masyarakat terhadap media baru di negara ini adalah antara tertinggi di dunia," katanya.


Berdasarkan jumlah jualan alat elektronik di Asia Tenggara, Abu Hassan percaya Malaysia adalah negara tertinggi di Asia yang menjadikan media baru sebagai sebahagian daripada sistem kehidupan.

[google search]

Katanya, selain muncul sebagai faktor perkembangan ekonomi, kemunculan blog juga sebenarnya mempercepatkan proses melahirkan masyarakat berpengetahuan iaitu pada kadar 60 hingga 70 peratus berbanding 20 peratus 1957 hingga 1997.

Namun persoalannya, berapa ramai blogger menyedari mereka sebenarnya masih terikat dengan peraturan mewajibkan mereka membayar cukai pendapatan melalui perniagaan dalam blog itu yang digunakan bagi menjana pendapatan walaupun ia sekadar pendapatan sampingan atau memenuhi aktiviti sosial.

Mereka (blogger) terikat dengan peruntukkan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, mengikut Seksyen 7. 

Sumber: Berita Mingguan
 
Ulasan saya:


Ini adalah pendapat peribadi saya terhadap blogger yang menjadikan blognya sebagai menjana pendapatan sampingan melalui penyiaran iklan ataupun perniagaan. Ini terpulang kepada individu masing-masing, jika anda kreatif dan bersedia untuk berkongsi segala rahsia peribadi anda ataupun menjual cerita kehidupan anda kepada umum, anda sudah tahu baik buruknya pilihan anda tersebut.


Maksudnya di sini, berkemungkinan kita menjadi perhatian umum atau public figure secara maya (mengalahkan artis lagi) dan setiap luahan atau perkongsian anda di setiap kehidupan anda menjadi perkara yang sangat-sangat dinantikan oleh para pembaca sama ada dari sahabat blogger yang lain ataupun silent reader.


Kebiasaanya setiap entri yang dikeluarkan akan mendapat komen dan capaian tertinggi bergantung pada isu atau topic yang dibicarakan. Berkemungkinan ada yang menjadi pengajaran dan sebaliknya yang mana ia mungkin akan membabitkan isu sensitif sehingga berlaku perbalahan. Bagi saya, susah untuk memuaskan hati semua pihak tetapi jika anda perkeinginan untuk terjun lebih jauh ke dalam bidang penulisan blog, itulah risiko yang perlu dihadapi.


Oleh itu terpulang kepada individu itu sendiri dan yang paling penting adakah sumber iklan itu menepati hukum syarak' dan dari sumber yang halal?


~ Bila pendapatan dah mengalahkan orang makan gaji, sedarkan diri anda untuk membayar cukai ye.. (satu lagi ilmu baru yang saya belajar)

4 comments:

Mr. Swift said...

Woohoo seriously? :o


Psst! : Kenapa Blogger Adalah Penjahat?!
Psst! : Baby Comel The Bob Marley Type!
Psst! : Lelaki Bersuara Emas Jadi MrBean!

menusuk hati said...

assalamualaikum..pertama kali lepak kat sini...(Dah bayar cukai ke?hihi)

Brilliant Marjan said...

Mr. Swift

Yes. Tak percaya..? Memang benar. Ada beberapa blogger pernah didatangi LHDN meminta diisytiharkan pendapatan hasil keuntungan kegiatan melalui on9.

Antaranya pemilik blog Redmummy atau Mira. Blognya glamer dgn kaler merah.. Dan seorang lagi adlh Kennysia.com atau Kenny Sia.

Brilliant Marjan said...

Menusuk hati..

Wa'alaikumsalam.utk pengetahuan anda, sy tak menjana pendapatan melalui blog.tiada iklan dan tiada financial statement berkaitan nuffnang atau google AdSense.

sy pun belum bekerja lagi :)

~di dlm entri ini dimaklumkan hanya yg memperolehi keuntungan atau menjalankn perniagaan di blog shj diminta membayar cukai..

~blog sy hanya berkongsi ilmu..tidak minat lebih dri itu