Sunday, January 16, 2011

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA

Assalamualaikum w.b.t

(from google)

Perkongsian yang saya ingin bawakan ini sangat-sangat memberi pengajaran dan manfaat untuk renungan kita bersama. Baik untuk anak dan juga insan bergelar IBU... Fahami maksud tersirat demi kebaikkan ahli keluarga kita sendiri dan masyarakat..

Kerana dari proses kelahiran itu, akan keluar permata dan peneraju ummah yang didambakan mengikut acuan yang diberi oleh IBU dan BAPA...

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

  •  Bayi  itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
  • Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
  • Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
  • Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
  • Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di  Bumi  banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
  • Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

(from google)

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
  • Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah  Kamu  khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”.  Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
  4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Teks asal: B'jue Corner



~ Jujurnya, saya suka perkongsian ini. Saya tak pernah baca rasanya ataupun mungkin saya lupa.. Tapi ia memang menarik!

** Anak: Ingatlah jasa IBU mu walau siapapun mereka.. (UMMI, akak sayang UMMI... You are my best friend forever and ever... Maafkan akak UMMI)

** Ibu: Anda sangat mulia dan kuat! Doakanlah anakmu memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t

** Sungguh damai dan tenang melihat anak-anak yang comel lagi soleh solehah.. =)

4 comments:

Yu'Yu said...

Bila sy baca nie....sy cukup2 terharu

Brilliant Marjan said...

sy setuju sbb sy pun sama..tu sbb sy nak share... =)

~ummusumayyah~ said...

salam sis..anjang dah pernah baca..i really miss my ajwad..='(

Brilliant Marjan said...

wslm anjang..

xmoh sedih2...yg pergi tu biarkan..kenangna tu je simpan.kita kena teruskan hidup tau...