Sunday, January 23, 2011

PTPTN Baru Berasaskan Ujrah

Assalamualaikum w.b.t

[Gambar:  Bila mahu bayar ini hutang?? Erm, jika kita ada niat untuk melangsaikan sesuatu hutang, insyaAllah, Allah s.w.t tetap akan bagi jalan ke arahnya]


Adakah ketenangan anda tergugat? Manalah tahu ada yang tak familiar lagi dengan kes PTPTN atau PTPTipu ni bertukar kepada sistem Ujrah. Surat saya baru sampai dalam minggu ni. Padahal saya pinjam ketika buat degree dulu tahun 2006. Tapi alhamdulillah bertukar kepada sistem Ujrah yang tidak membebankan untuk membayarnya.

Tapi ada isu lain yang timbul dan isu Ujrah ini juga kami ada bincangkan dalam soalan peperiksaan akhir MBA untuk subjek Fiqh Al-Muamalah Al-Mu'asarah (Fiqh Muamalah Semasa). Alhamdulillah dapat A-. Jawapan saya untuk soalan tersebut pun saya tak ingat sangat dah (inilah bahananya jika baca dan kaji untuk exam semata - adik-adik jangan ikut macam akak Marjan ye). Tapi yang pasti memang soalan mencabar (semua exam pasti ada cabarannya kan?).

Ada beberapa isu timbul dan merupakan helah PTPTN...

1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secara clean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

Wallahu a`lam.


Sumber asal : Fikrah

ULASAN Zaharuddin


~ Masih lagi ada unsur riba (interest) di dalam pelaksanaan sistem Ujrah oleh PTPTN. Keutungan memang perlu bagi orang yang berniaga tapi penindasan tidak sama sekali dibenarkan atau timbulnya unsur gharar (uncertainty). Apa kata PTPTN tukar kepada konsep Tabarru' (donation)? (pandai-pandai je saya ni buat panel shari'ah sendiri).

~ Manusia ni kadang tak bersyukur pula jadinya..

~ InsyaAllah saya tak lupa ilmu yang diajar oleh para pensyarah saya.. Lepas ni ada peluang nak sambung lagi untuk lebih kefahaman. Sat lagi kurang ilmu, tersesat pula ajar kat orang lain..

No comments: