Wednesday, January 12, 2011

Lelaki Romantik?

Assalamualaikum w.b.t


Dua belas satu dua kosong satu satu..
Rabu yang hangat.. Alhamdulillah terik matahari menyinari bumi... Petanda hari ini lebih baik dari semalam.. InsyaAllah..

Semakin cepat masa berlalu, semakin hilang keremajaan kita. Betul? Sebabnya umur muda kita telah dibawa pergi oleh masa yang tak mungkin akan kembali lagi. Itulah lumrah alam. Ada silih gantinya. Ada pasang surutnya..

Masih lagi orang sibuk-sibuk mengatakan kemenangan Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku. Tak penting sangat pun hal tu. Dia layak. Ada sebabnya kan? Juri dah bagi keadilan yang sepatutnya untuk melayakkan Ana menang. Tapi itulah, siapa kita nak cakap banyak, lagi-lagi yang bukan terjebak dalam industri muzik. Malam tadi saya sempat tengok disebalik AJL ke-25 yang ke udara pukul 11 malam. Penerangan Ana tentang lirik laguyan dicipta itu sungguh mendalam dan mempunyai makna yang tersendiri. Memang ada significant dalam kehidupan kita. Sebenarnya, kita cuba juga meluangkan masa untuk bersama orang yang kita sayang dalam apa keadaan sekalipun. Walaupun kita marah dan berselisih pendapat dengannya, namun itu lumrah. Boleh diperbaiki kembali. Wah! Hebat! Ana deserved to get it. Saya pun jadi setuju dan tertarik...

Ok, lupakan hal itu..

 (gambar hiasan dari google)

Isu tentang tajuk entri di atas tidak menyentuh hal peribadi saya. Cumanya, saya rasa nak tergelak bila tengok cerita Alisa di TV3 tadi. Evan buat macam-macam untuk memikat hati isterinya, Alisa. Hahaha. Siap masukkan kuntuman mawar dalam topi lah dan susun mawar dengan membentuk love ditengah katil dengan dihiasi belon-belon yang pelbagai warna dan tersusun cantik. Alisa diminta untuk memecahkan belon-belon tersebut lalu keluarlah ayat-ayat cinta dari sang suami buat si isteri tersayang. Alahai.. Romantik ke?

Saya tak tengok sangat cerita tu tapi dah kebetulan tengok.. Layan jelah.. Sekali lagi, romantik ke? Macam-macamlah... Lucu pula.. Tapi untuk husband and wife tak salah pun. Malah digalakkan lagi untuk merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga. Itu juga yang digalakkan dalam Islam. Sangat-sangat dituntut!

For me, lelaki romantik ni memahami dan penyantun. Siapapun dia, sudah pasti dia memiliki jiwa yang hebat. Sebab apa? Sebabnya dia bijak membawa dirinya sesuai dengan keadaan dan berkemungkinan mendapat didikan dari keluarga dengan cara yang baik ataupun membesar dengan penuh sifat yang terpuji. Ini bermakna lelaki romantik boleh dibawa berbincang dalam apa jua keadaan dan yang paling penting mempunyai limpahan kasih sayang yang banyak. Ego lelaki romantik tetap ada, saya pun tak kesah dan saya akui itu tapi yang lebih baik dia mampu kawal keadaan sekeliling dan pasangannya. Itulah hebat.. Tidak semestinya perlu bag hadiah atau apa sahaja untuk kelihatan romantik. Kan?

Hai...Rindunyalah kat adik-adik lelaki saya. Semuanya dah makin membesar dan lebih tinggi dari kakaknya. Semuanya kuat ngusik dan merupakan teman suka duka saya.. Penghibur juga..

 (suka betul saya tengok gambar ni...from google)

Angah: Gemar perkara yang adventure dan if dia ada duit lebih, dia akan hulur dan belanja apa yang patut kat rumah ni.. Dia dah ada lesen bas tau.. Minat punya pasallah.. Maybe Angah akan serius untuk bawa bas lepas ni. Lari bidang tu... Tak mengapa, Akak doakan Angah berjaya..  (psst: Dia risau kat akak dia ni pasal hard bind thesis.. Sampai sanggup call Ummi. Padahal dia tengah ada seminar.. Terharu you)

Alang: Sama bulan kelahiran dengan saya dan sama perangai dengan saya.. Hahaha.. Tapi dia lelaki. Garang and perengus antara adik beradik termasuk saya.. Hahahaha... Dia ni pun baik sebenarnya. Sebab? Pernah dia hantar saya ke Program SPIES kat Bagan Lalang dengan memandu laju tapi berhati-hati sebab nak saya sampai pada waktunya. Akak dia ni orangnya busy bebenor so terpaksa datang juga pagi Sabtu tu.. Sempatlah dia bagi nasihat bagai.. Alahai.. Sayang kat akak ye, Alang?

Andak: Now dah further degree. Baru je masuk.. Amat cool antara adik beradik tapi jangan memain maa.. Sekali mai angin puting beliung, mahu haru satu dunia.. Betul beb! Kadang agak manja dengan saya.. Apa-apa yang saya minta tolong, dia mahu buat tapi bila disuruhlah... Hadoi...

Acik: He is very caring person.. Hati pink gitu.. Hahaha.. Tapi badan gagah beb. Dia selalu tanya "Akak, Acik gelapkan? Tapi ko jangan nak nyidir Acik ye".. Saya selalu gelak bila dia tanya soalan tu...Gelap tapi manis dan gigi dia putih.. Sweet je adik aku sorang ni.. Dialah tempat luahan rasa saya bila Ummi or Anjang tak ada.. Dia rajin gak hantar saya pergi mana-mana.. Banyaklah juga nasihatnya.. Paling tak boleh tahan, kena ade upahnya... Acik senget! Suka nyanyi dan buat pe'el pelik kat rumah..

Uda: Muka rock betul. Nampak ganas je Uda ni. Mungkin parut accident agaknya. Mahir betulkan kerosakkan yang berlaku kat rumah ni, itupun atas arahan dan tunjuk ajar Alang, mentornya. Alahai.. Uda ni suka sangat cubit pipi saya.. Suka juga buli saya... Tapi dia tetap tak henti-henti bagi nasihat... Pandangan mata dia ni ke dalam tau...

Utih: Baru habis SPM dan tengah kerja.. Paling banyak share masalah dengan saya. Pandai juga ilmu psikologi ni... Sweet dan manja..dan perasan handsome. Hahahahah...

Soleh: Adik laki bongsu yang paling pendiam, dan masih tak nampak lagi ke mana arahnya... Tapi dia kuat juga usik saya.. Suka dengar saya berceloteh... Hahahaha... Boleh bertahan tu duduk asrama.. Baguih naa..

Stop sini dulu... Mereka adalah insan yang paling hebat saya pernah ada selain Abah.. Thanks. Tak lupa juga buat Si Dia. You cheer my life..

~ Ramai tak adik lelaki saya? Karenah semuanya buat saya pening. Time mood ok, semua ok tapi bila time ribut, semua jadi kelam kabut.. Tapi saya tetap sayang mereka ni. Racun dan penawar... Jadilah kehidupan dan kebahagiaan.. Love you all.. I always pray for them to get what they want.. Semuanya ada kecenderungan dan minat masing-masing.. Akak tetap sokong korang...

~ ACIK: HAPPY BIRTHDAY TO YOU.. SANAH HELWAH DEAR.. MOGA BERJAYA DUNIA AKHIRAT & BERJAYA MEMBANTU MENAIKKAN MARTABAT DIRI & KELUARGA. AMIN.

~ Semoga kamu cepat sembuh...

No comments: