Thursday, January 6, 2011

SEGALANYA MENJADI SAKSI....

Assalamualaikum w.b.t.



"How's your result?"


"Nak jadi apa lepas ni?"


"Bila mau kahwin? Jangan lama-lama ikat tu..."


"Lama tak borak dengan dia ni..."


"Siapa yang paling tebaik antara kami?"

Intro yang pelbagai... Apa maksudnya?? Pertanyaan dari sahabat-sahabat saya... Sebelum tu, syukur ku panjatkan kepada Allah s.w.t dengan segala peluang yang DIA beri... Saya tak tahu nak luahkan macam mana lagi-lagi kepada kedua insan kesayangan saya, Ummi dan Abah berserta saudaraku sekalian... Jasa yang ditabur belum mampu saya balas setakat ini...

Alhamdulillah dalam erti kata sebenar, saya telah tamat pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Muamalah) - MBA Muamalah... Allah s.w.t. menjadi saksi di atas segalanya.. Mana yang mampu saya buat, sebaik mungkin saya laksanakan tanggungjawab saya sebagai pelajar.. Mana yang tak mampu tu, itu adalah dari kelemahan saya sendiri...

Tak terhingga ucapan terima kasih buat semua penyarah saya dalam menabur bakti, budi dan ilmu yang sangat bernilai ketika saya berada dalam kelas yang cukup meriah dengan pelbagai ragam dan paling ramai pelajar (8 orang je pun); Dr. Mujaini, Tuan Haji Shaya'a, Pn. Rapiah, Pn, Husna, Dr. Fauzi, Prof Manuty, Pn. Ainina, Ustaz Mohidin, Pn. Rabi'ah, En. Ahmad Yani, Dr. Adanan dan Dr. Jasri, jasa kalian amat saya hargai... InsyaAllah saya akan cuba praktikkan apa yang saya dapati kepada masyarakat luar dan pastinya saya akan mengikut jejak langkah kalian...Amin..



To all my colleagues, Kak Faezah, Sis Aminath, Aini, Abg Hisyam, Abg Rizal, Abg Kumi dan Abg Muaz, saya sangat menghargai setiap detik ketika kita sama-sama menuntut ilmu... Terima kasih atas teguran dan perkongsian yang diberi... Ada kesannya kepada saya.. Buat semua Abg-abg saya, terima kasih sebab ambil berat kat adik korang ni... Usikkan tu kadang buat saya tak tahan tapi tetap menceriakan saya... Saya akan merinduinya di setiap masa...

Buat Kak Farah dan Kak Faridah, tulang belakang Pusat Pengajian Siswazah (PPS) KUIS, terima kasih atas segalanya.. Bantuan kalian walaupun kelihatan kecil tetapi amat bernilai buat saya...

VIVA: Sesi pembentangan tesis semalam (Rabu; 5 January 2011), berlansung dengan baik sekali.. Alhamdulillah...

Jamuan: Terbaik... Banyak makan beb... Baru lalu saya nak makan...Adoi...

Sesi berborak menunggu giliran VIVA: Saya tak pernah rasa sebegini happy sebab peramah benar saya berborak dengan semua orang... Banyak ilmu yang diperolehi...

Buat sahabat yang lain (rakan-rakan part time); Imam Shahid, En. Wan, Hakim Zainal, Afza, En. Nurul Iman, Kak Hatzren dan lain-lain... Terima kasih juga walapun kita jarang bertemu namun saya gembira mengenali kalian... Teruskan pernjuangan anda semua...

Tak lupa juga buat Abg Mior... Teruskan usaha anda.. Sayang juga sebab kita tak tamat belajar bersama-sama.. Moga rezeki Abg Mior lebih murah ditempat lain...



~~ Next journey will be ......

A: Marry
B: PhD
C: Work
D: ?

No comments: