Wednesday, March 24, 2010

* TINDAKANKU BILA DIUJI LELAKI *

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur dapat lagi saya merasai nikmat yang Allah s.w.t beri. Hari ini saya akan kembali semula ke KUIS. Ada last kuliah petang ni. Itupun kalau Dr. Adnan ada.. Final exam semakin menghampiri. Minggu depan je mula walhal persiapan nak exam pun tak sedia lagi. Huhuhu.. Ada satu lagi assignment yang tak siap, Research Methodology.

Kita berhenti dulu perihal saya, kita kembali kepada tajuk asal entri di atas. Saya terbaca satu luahan dan keazaman daripada sahabat facebook. So, saya merasakan perlunya saya berkongsi dengan sahabat-sahabat saya di blog khususnya kepada kaum wanita yang sangat saya sayangi. Peringatan ini juga untuk diri saya juga. Sama-samalah kita mengambil iktibar darinya..

*************************************************



“Coretan bait-bait etika untuk setiap Muslimah. Semoga kita berazam untuk lebih tegas dan beriltizam dengan etika ini”
  
1. INGAT & BERPEGANG KEPADA PRINSIP

Fikirkan masa depan yg panjang, utamakan wawasan akhirat yang berkekalan. Cintaku milik Allah Ta`ala! 

2. APABILA GANGGUAN MEREKA MEMBUATKAN MEREKA ASYIK BERMAIN DI FIKIRAN

Segeralah beristighfar dan berzikir. Bacalah al-Quran kerana ia warkah cinta daripada Pencipta agar  cintamu pada Allah Ta`ala tidak sirna.

3. APABILA DIA SERING MENELEFON

Kalau tidak angkat, nampak sombong sangat. Bagi mereka yg tidak faham Islam, mereka akan rasa terhina dan sakit hati, bahaya juga untuk keselamatan diri. Jadi langkah terbaik, betulkan niat kerana Allah Ta`ala, berikannya kesedaran tentang tidak patutnya berhubung, sehikmah mungkin. Pastikan aku cukup bertegas dalam hal ini agar dia tidak akan menghubungiku lagi. Pastikan aku sentiasa cuba mencari jalan keluar untuk memendekkan perbualan agar dia tidak terjerat dengan cinta dan pastikan ia adalah perbualan yang pertama dan terakhir. Ingatlah, Allah Ta`ala tidak akan sesekali meredai sebarang niat yang tidak ikhlas, kebenaran yang cuba kau sampaikan akan terhijab dan sukar menembusi. Cukuplah bumi ini sudah didiami oleh ramai orang yg rosak peribadinya, mati hatinya. Bangkitlah untuk menjadi MUJAHADAH yang dirindui ummah, yang terpancar keindahan Islam dari jiwanya, terserlah pula pada peribadi.

4. APABILA DIA AJAK KELUAR

Tolak dengan baik dan bagi kefahaman. Kecuali ada urusan yg betul-betul penting.

5. APABILA DIA KERAP SANGAT MENELEFON

Bertegas minta dikurangkan. Kemudian, bertegas supaya jangan telefon lagi, tidak kena dengan syariat. Bagi kefahaman dan hujah bukannya bertegas tidak bertempat. Nanti disalah tafsir.

6. APABILA DITANYA ADAKAH DIRIKU SUDAH B’PUNYA

Berkatalah dengan yakin bahawa cintaku hanyalah kepada Allah Ta`ala semata-mata pada usia ini dan akan kupelihara rasa cinta hanyalah untuk lelaki yg dipilih Allah Ta`ala untukku. Aku hanya akan fikirkannya apabila aku sudah bersedia.

7. APABILA TIDAK DISANGKA-SANGKA DIA DATANG MENEMUIKU

Cuba mengelak. Jangan duduk terlalu dekat. Buatlah sesuatu agar dia terlindung daripada memandang wajahku. Cakap sekadar perlu, ringkaskannya!

*~ Seindah @->- B’duri

“Kalau aku tidak berdisiplin dan melanggarnya, aku mesti denda diriku dengan denda yang berat. Aku tidak boleh biarkan nafsuku mengangkat panji kemenangan. Aku akan pastikan ia terus tunduk, lemah, takut, dipukul dan akhirnya mengalah. Akal mesti mengatasi nafsu!”

2 comments:

Yati said...

assalamualaikum...

Saya juga baru sahaja selesai membaca seindah mawar berduri. Terdidik jiwa saya. Sememangnya karya-karya Fatimah Syarha byk memberi kesedaran dan pendidikan menangani masaalah perhubungan ni. :)

Brilliant Marjan said...

wa'alaikumsalam..

dunia dan penghuninya dah makin jauh tersimpang..jadi elok benarlah membaca dan mengamalkan ilmu yang dipelajari demi menghindarkan diri kita dari tersesat jauh

~ jagalah peribadi masing2 dengan sebaiknya tak kita lelaki atau wanita