Sunday, July 4, 2010

ENGKAULAH YANG MAHA ESA

Assalamualaikum w.b.t


Setiap hari pasti ada cerita terbaru yang berlaku dalam hidup kita. Cerita itulah yang akan membuatkan hidup kita berubah samada ke arah lebih baik atau sebaliknya. Dengan cerita itu juga, kita akan semakin matang menghadapi usia dan ujian yang dilalui dengan penuh sabar, bertawakal, menyerah dan berlapang dada terhadap pencipta alam ini iaitu Allah s.w.t.

Macam pakar motivasi pula saya pagi Ahad ni. Erm, setiap dari kita ni boleh memotivasikan orang sebenarnya. Nak dengan tak nak je. Tentu anda pernah diminta memberi nasihat kepada seseorang kan? Tak kisah lah tentang apa sekalipun. Dan tentu anda akan cuba memberikan bantuan yang sebaiknya. Lihatlah! Terbukti setiap dari kita diberikan tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah samada diri sendiri, keluarga dan orang yang disekeliling kita. Itulah kualiti kita sebagai KHALIFAH ALLAH. Cuma caranya berbeza di antara kita.

Ok. Jom kita berfikir sejenak tentang cerita di bawah ini. Semoga ada nilainya...

***************************************

Ya Allah, mengapa hatiku ini sering buntu mencari erti hidup. Perlahan-lahan jari jemariku melipat sehelai kertas berwarna putih lalu menjadi sebuah kapal terbang.

"Cantiknya," detik hatiku berkata.
Sudah lama kurasakan seperti ini. Jiwaku kosong tanpa isi yang ranum. Acap kali ku bermimpi untuk kembali ke pangkuanNya, tapi...
"Entahlah..Ya Allah beratnya dugaanMu untuk ku." Sapa diriku keseorangan.

Dingin yang kurasakan ini ibarat memakan diriku. Diriku sudah mula berasa rimas dengan suasana kehidupan ku sekarang. Terlalu kusut kurasakan. Buntu mencari penyelesaiannya.

Tiba-tiba bahuku disentuh dari belakang. Cepat-cepat daku mengelap air mata di pipiku. Namun, daku sudah tidak berdaya lagi untuk menyembunyikannya. Air mata terus menerus bercurahan. Rasa keinsafan sangat ku harapkan.

"Afifi, kenapa ni nak. Ceritalah kat ibu." Tersentak ibuku melihat diriku begini rupa. Tidak disangka, anaknya yang selalu senyap sejak kebelakangan ini akhirnya menitiskan air mata dihadapannya.

Ibuku menarik tanganku, lalu dipeluknya dengan penuh kasih sayang.

"Ibu, berdosakah Afifi? Jawablah ibu.." ujarku sambil menarik nafas yang panjang.

Terkedu ibu disitu. Rasa kasihan kepada anak yang tercintanya terlalu mendalam, apatah lagi melihat kesedihan anaknya yang begitu dirasai. Air mata yang berlinangan ku tadi kini menjadi empangan yang semakin nazak temboknya.

"Afifi.."
"Ye ibu."
"Jangan bersedih lagi ye. Allah sentiasa bersama kita." kata ibuku dengan penuh kasih sayang. Diambilnya sehelai tisu lalu dilapkan kepipiku. Dia tahu apa yang tersirat dihati anaknya itu. Dia amat mengerti kepiluan yang sedang dirasai. Tapi baginya, semuanya telah berlalu.

"Tapi ibu.. Afifi dah.." Sambungku tetapi cepat-cepat persoalanku dipatah semula oleh ibuku.
"InsyaAllah Afifi, kita doakan yang terbaik ye. Takde gunanya kita terus menerus menangis dengan apa yang telah berlaku. Tetapi kita perlu menyesali apa yang telah kita lakukan."

Terdiam aku dipangkuan ibuku. Nasihatnya benar-benar mencuri jiwaku yang sedang kesedihan ini.
Mata ku tajam melihat raut wajahnya. Ibuku kelihatan tenang walaupun mengerti apa yang berlaku. Seolah-olah ada sesuatu yang membantunya kuat menghadapinya.

"Ibu, kenapa ibu sentiasa tenang walaupun Afifi dah banyak buat salah.." pertanyaanku akhirnya diucapkan. Aku bangkit seketika sambil merenung kearah ibuku. Terkelip-kelip mataku melihatnya.

"Sebab Allah sentiasa mengampuni setiap kesalahan yang kita lakukan. Ibu yakin, hidayahNya pasti akan datang untuk Afifi." Jawab ibuku.

"Betul ke ibu.." pintaku..
"Afifi, rahmat Tuhan itu luas. Yakinlah kepadaNya. InsyaAllah, Afifi akan bertemu jalanNya." Kata ibuku sambil tersenyum melihat ku.

Hatiku yang pilu tadi beransur-ansur hilang dari jiwaku. Terngiang-ngiang kalimah Allah di telingaku seolah-olah ada sesuatu berbisik kepada ku. Mengeletar jiwaku.

"Afifi, setiap hambaNya pasti melakukan kesilapan. Pada ketika itu, kita sedar kesilapan kita dan iman kita mula bersuara supaya kita kembali kejalanNya. Janganlah Afifi rasa kehilangan dariNya kerana Allah sentiasa bersama Afifi. Ibu selalu doakan untuk kebaikan anak-anak ibu. Ibu manakah yang sanggup melihat anaknya terus bergelumang dengan dosa." tangis ibuku. Suaranya semakin perlahan..

"Maafkan ibumu Afifi.. Ibu gagal untuk mendidik Afifi." ucap ibuku sambil menundukkan kepalanya. Air matanya mula menitis. Wajah yang tenang tadi akhir bertukar menjadi pilu.

Suasana rumah kian menjadi tenang secara tiba-tiba. Dahulunya resah dan pilu mewarnai ruang tamu bertukar rupa. Penyesalan ibu tadi membuatkan diriku benar-benar tersentak. Lalu daku mengangkat tangan ku, menadah kearahNya dengan sebenar-benar ikhlas...

"Ya Allah, tunjukkan kami kearah jalan Mu...." rintihku kepadaNya Yang Maha Esa.

                                                  ooooooooooo

Ya Allah, tunjukkanlah jalan kepada kami jalan yang diredhai oleh Mu. Berikan kami kebaikan dari atas kekuasaanMu. Kurniakanlah hidayah Mu kepada kami agar hati-hati kami sentiasa rindu kepadaMu.

Maafkan kesilapan yang telah kami lakukan, ampunilah segala perbuatan kami sewaktu kami lalai kepadaMu Ya Allah.

Hanya kepadaMu kami bermohon dan hanya kepadaMu tempat kami bergantung harap.

Berikan kami kehidupan yang sebenar-benar lurus dijalanMu. Janganlah Kau palingkan hati kami jauh daripada Mu Ya Allah.

Kasihanilah kami Ya Allah. Sesungguhnya, Engkau Yang Pemurah lagi Maha Mengasihani.

4 comments:

Melatidaisy said...

salam ziarah ukhti,

syukran ats perkongsian yg bermakna..semoga Allah memberkatimu :)

Brilliant Marjan said...

wslm ukhti melati daisy..

segala puji bagi Allah..ilmu itu milik DIA..saya berkongsi utk keberkatanNYA..Amin

Anonymous said...

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Surah Al-Baqarah',Ayat : 286

abcd

Brilliant Marjan said...

buat abcd >>

anda terbaik!! hehe..tqvm..saya suka doa ni..