Saturday, September 17, 2011

Final Destination 5 - Horror & Johnny English Reborn - Best

Assalamualaikum w.b.t.

Sesi menonton sampai bosan. Sebelum tu saya kena bersyukur sebab Angah sudi ajak saya untuk temankan dia tengok wayang. Alhamdulillah. Angah ni susah nak jumpa sebab dia kerja kat Sungai Besar. Orang cuti dia tak boleh cuti, so hari bekerja baru dia cuti. Selasa tu Angah dah sampai rumah untuk uruskan hal pernikahan dia Disember nanti. Bertambah-tambah adik ipar saya seiring dengan adik yang sedia ada.

Angah memang nak tengok Johnny English Reborn tu tapi tayangan untuk filem tersebut bermula pada 15 September 2011 walhal kami dah menapak kat JJ hari rabu malam khamis. So, layanlah cerita apa yang ada. Kami sepakat nak tengok Final Destination 5 (dalam hati tu hanya Allah yang tahu). Then kami beli juga tiket untuk filem Johnny English Reborn untuk keesokkannya. Berturut-turut k.


Sejak episod 1 hingga episod 4, saya hanya menonton di pawagam rumah sahaja. Semuanya menyeramkan dan memang gila sebab masalah yang sengaja diadakan agar nampak real. Tapi episod kali ini saya berpeluang menonton di pawagam tanpa ada potongan adegan menakutkan.

Secara ringkasnya filem ni mengisahkan sekumpulan pekerja yang mengikuti rombongan business. Seperti episod sebelum ni pasti ada seorang diantara mereka yang akan melihat bayangan terlebih dahulu dan pasti berakhir dengan tragedi yang dahsyat dan orang yang bertuah tu adalah Sam Lawton. Semuanya mati berdasarkan bayangan yang dia nampak tu melainkan hanya Molly sahaja yang hidup.

Nak dijadikan cerita, Sam tersedar dari 'jaganya' dan ia ibarat mimpi ngeri. Tapi hal itu benar-benar terjadi apabila jarinya luka terkena bucu kerusi dalam bas yang didudukinya dan kebetulan kerja-kerja membaik pulih jambatan 'gantung' (lebih kurang macam jambatan kat Penang tu) yang dilalui oleh bas rombongan mereka menghadapi masalah.

Sam sempat mengajak Molly keluar setelah memberi amaran bahawa jambatan tersebut akan runtuh dan ramai yang mati. Bila dah kecoh-kecoh tu, ada juga beberapa orang yang turut serta dengan Sam dan memang benar bagai dikata, semuanya musnah dalam sekelip mata. Hanya beberapa kerat je yang mengikuti rombongan tersebut selamat iaitu Candice, Isaac, Olivia, Dennis, Nathan, Peter, Molly dan Sam.

Now the horror story begin. Berpantang maut sebelum ajal la kiranya tapi mereka kena mati juga tapi dengan cara yang lebih tragis. Candice mati depan kekasihnya Peter akibat terjatuh melakukan rutin harian sebagai ahli gimnastik. Patah riuk ye. Ngeri nak tengok. Puncanya sebab kawan Candice terjatuh akibat terpijak paku dan kipas yang berdekatan menerbangkan tepung lalu terkena mata Candice menyebabkan Candice tak nampak lalu terjatuh. NGERI!!!

Then Isaac pula menemui ajal ketika berada di Spa. Badan dan mukanya dan penuh dengan luka akibat tusukkan jarum akupuntur namun itu bukan punca kematiannya. Isaac mati akibat patung Buddha mengenai kepalanya.

Ni pendapat saya berkaitan kematian Olivia. Saya tutup mata dengan helaian tudung yang saya pakai tu berserta dengan dua belah tangan saya. Kaki pun dah naik kat atas serupa orang bersila dalam panggung tu. Angah pun lebih kurang je saya tengok. NGERI YANG AMAT!!!!! Tak sanggup nak ingat! Mata dia terkeluar dan dilanggar kereta. Tidak....... Saya sayang mata sayang. Saya tak mau buat laser mata atau cek mata. Saya tak mau doktor tinggalkan saya sorang diri dengan alat membuka mata tu masih terlekat di mata dan di bawah lampu. Ngeri beb!! Saya cakap ni sebab saya ada pengalaman sebelum ni. Saya pun pernah kena bedah mata kerana ketumbit tapi mujur doktor mata tu sentiasa ada bersama saya. Dan sesi rawatan yang saya lalui sekejap je. Tapi saya memang ngeri bila ingat balik!

Itu je kot saya nak cerita. Yang lain, korang explore sendiri. Tapi yang pasti kematian Olivia tu je yang saya rasakan sangat ngeri. Ish ish.


Sejujurnya, saya tak gemar Mr. Bean ni. Saya rasa lawaknya tak masuk akal walaupun saya layan juga cerita tu. Filem lakukan Rowan sebelum ni pun saya tengok sekejap-sekejap. Tapi tak dinafikan juga kadang saya tergelak dan terhibur bila tengok aksinya dalam mana-mana siri lakonannya. For me, Johnny English Reborn ni memang best. Saya tak henti-henti tergelak dan rasa pawagam tu macam dalam rumah saya pulak. Hari pertama penayangannya pun dah penuh. So apa maksudnya????

Saya suka masa Johnny jadi sami tu. Sibuk dia nak belajar kawalan jiwa dan nampak cute pula ada toncet kat belakang rambut dia tu. Memang lucu adegan dia tu.. Cer tengok ye..

Lagi nak tergelak bila dia belasah mati-matian mak kepada M17 Agen Pamela Thornton tu sebab Johnny sangkakan wanita tersebut adalah wanita cina yang cuba untuk membunuhnya dan Agen Tucker.

Kat sini, moral of the story, try to cooperate with your partner or team member. Bila dia cakap tu dengar pendapatnya dan baru buat analisis untuk tindakan susulan. Jangan jadi macam Johnny sudahlah. Sesuai untuk tontonan umum. Ajak ahli keluarga anda ye..

~ Actually, ada perempuan yang sedang mengandung turut tonton Final Destination 5 tu.. Berani betul dia!!

16 comments:

Unknown said...

mcm menarik citer2 nih...keno cari maso g tgk nih...

Brilliant Marjan said...

btl tu..kena carik masa. tp meme best! cuma yg final destination 5 tu kena berani la..tp rasanya papa mifz tak de masalah kot..

atuk said...

Assalamualaikum BM

lama betul tak tenguk wayang

besuk anak ada minta kebenaran nak tenguk cerita mr bean, pergi dgn kawanya

Wassalam

Brilliant Marjan said...

wa'alaikumsalam..

bawalaH family pegi tengok..dpt eratkan hubungan kekeluargaan.. =)

Hafizin Jamil said...

dua dua citer tak tengok lg ni..ehehe

azim_3110 said...

FD 3 paling best..FD 1 paling xreal..

(^^)

Brilliant Marjan said...

H.J >>

Apalagi..pakat nonton lah lepas ni..itupun kalau ada masa..

Brilliant Marjan said...

azim >>

FD 3 tu yang fasal roller coaster tu kan..semua ngeri aih..ngeri tentang penceritaannya yg tak masuk akal

hyz said...

x besh la final destination 5... x seram sgt.... dr filem pertama sampai ke 5 ni, jalan citer sama je....

Brilliant Marjan said...

memang sama pun..dah boleh agak apa yg terjadi..tp sy tetap ngeri bila dorg create jalan cerita yg gila tu..sbb sy tak suka kemalangan..fobia

Unknown said...

wajib donlot ni

mikeyvio said...

wah..nk tgk sgt citer ni!! tggu download. :D

Unknown said...

johnny english reborn mmg best....dari mula sampai habis dok gelak je

Brilliant Marjan said...

jiji yu >>

tak aci..

Brilliant Marjan said...

miss vivio >>

seorang lagi ikut langkah..terpulang..tengok jangan tak tengok

Brilliant Marjan said...

edy zaidi >>

semestinya gelak tak ingat dunia kan??? memang meriah