Tuesday, July 16, 2013

TEGURAN DI BULAN RAMADHAN



PERASAN TAK ??

PERASAN TAK?...Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....

Semoga kita terus muhasabah dan perbaiki diri, In Sha Allah 


Sumber: Copy Past

~ Sungguh saya antara insan yang sebegini.. Dulu sewaktu belajar, rajin buat apa yang Allah suruh, sekarang ni rasa kurang sangat.. Malu! Tapi saya tetap cuba istiqomah yang termampu.. Itu lebih baik

Monday, July 15, 2013

BAZAR RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.t.

 Ihsan google
Diam tak diam dah 6 hari kita berpuasa. Sekejap sangat rasanya. Waktu berbuka pun sat lagi je.. Buat masa ni, saya dah jejak 2 tapak bazar Ramadhan.

Jangan kata saya tak masak ye.. Alhamdulillah, saya masih mempunyai kekuatan dan kesempatan untuk menyediakan menu air tangan sendiri buat santapan keluarga. Cuma pergi bazar Ramadhan ni sekadar beli pencuci mulut dan air yang diingini.

Bercerita tentang bazar Ramadhan ni, harga di bandar dan di kampung memang jauh berbeza. Ada juga yang memang nak cekek leher pembeli. Tapi biasanya kami tak beli la kalau yang mahal ni.. Suami den akan soal balik orang tu adalah.. hahah. Lagipun dah masak. Sekadar cuci mata dan dengar promosi yang berjalan je..

Kadang, ada juga gelagat yang membuatkan saya tertarik dan tergelak. Sebagai contoh di Bazar Ramadhan Taman Melawati - near tapak pasar malam ( Selasa, Khamis dan Sabtu ). Ada seorang mamak (si ayah- kelihatan agak comel) sibuk mempromosikan hasil jualan rojak dan nasi briyani nya. Saya tak tahu kenapa saya boleh tergelak tapi mungkin ayat yang digunakan. Dan kebetulan, suami saya pun tukang cucuk jarum cuba bertanya apa yang dijual ( nakal!)..

Rizman Khuzaini pun turut berniaga juga. Waktu tu saya tertarik tengok bannernya tapi orangnya tak nampak.. Tup2, anak dia agaknya bagi pemplet.. Ada Nasi Ambeng dan lain-lain lagi..

Tapi ni yang paling kreatif bagi kami suami isteri dan ini yang paling saya tertarik, anak beranak kalau tak salah, ayah dan anak lelaki hanya menjual tempoyak daun pucuk ubi dalam periuk belanga yang diletak di atas meja. Itu sahaja. RM 4.00 tu.. Bekas kecil dari taufufa.. Kalau nak petai tambah singgit...

Macam-macam kaedah orang boleh buat duit ni. Tapi kita yang pembeli ni jangan ikut nafsu sangat. Kadang satu tabiat kita ni, bila nampak ramai orang bertumpu kat satu tempat tu, kita pun dok ngekot sama sebab nak beli apa yang sedap dijual.. Tu yang tak sedar tangan dah penuh walhal makan satu atau dua mulut je..

Tak dinafikan memang ada yang sedap hasil air tangannya cuma senang kata, perlu berhati-hati... Bagi penjual tu, janganlah letak harga macam setahun tak berniaga. Tak salah harga tu berpatutan lagi-lagi membantu orang untuk menjamu selera tapi perlu pastikan ianya selamat untuk dinikmati dan bersih.

Ok.. Selamat memikirkan menu untuk berbuka ye.. Jangan lupa ngaji juga ye..

~ Saya tak suka perasa tambahan, so better saya masak sendiri.

Friday, July 12, 2013

CABARAN IBU MENYUSU DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.t


Hari yang cantik dan indah, Jumaat di bulan Ramadhan. Apa khabar anda semua? Dah dapat rentak untuk menahan nafsu makan dalam bulan ni? Mencabar tak? Dah membazir ke?

Ini pertama kali saya berpuasa sebagai seorang ibu yang menyusukan bayi lelaki mempunyai 2 batang gigi + 2 batang gigi lagi yang baru nak tumbuh. Phew....

Dugaan.. Tapi alhamdulillah ketika hari pertama berpuasa, badan masih mampu bertahan..

Ini amalan saya ketika berpuasa,

1. Berlatih puasa - saya tak buat.
2. Niat dan berdoa pada Allah agar production susu mengalir lancar seperti mana niat saat mengandungkan bayi, mahu menyusukan  sehingga 2 tahun.
3. Beritahu pada bayi kesayangan saya yang soleh, "Muhammad Akhtar Khawarizmi, kita dah nak masuk bulan Ramadhan/esok puasa, Akhtar doakan Ummi kuat untuk menyusukan Akhtar dan bekalan susu untuk Akhtar cukup ye, sayang."
4. Bersahur - nasi dan air yang cukup (wajib).
5. Makan supplement tambahan - Aurawhite + ESP (Shaklee) + Alfalfa ( Shaklee) + Vco (Treenea) + Evening Primrose Oil.
6. 3 Biji kurma / lebih.

Itu yang saya buat masa ini selain ada ambil susu kambing dan oat. Ikut dan mana yang sempat tapi wajib minum air yang sangat banyak.

Sebenarnya, amalan meminum air masak dengan banyak memang sudah saya biasakan sejak zaman kanak-kanak.

Umi pesan setiap kali bersahur, "Tekak kering dan dahaga. Banyak minum air untuk tambah oksigen dalam badan dan bagi badan bertenaga."

Tapi AMARAN ye sahabatku jika anda mempunyai bayi yang tengah menyusu..

#  Jangan buat amalan ketika anda masih anak dara - tak bangun sahur, tak lalu nak makan nasi ketika bersahur, minum air milo/ air masak sahaja.

Pasti ada mengigil satu badan.. Ini yang kawan saya alami. Tapi sebab dia tak sempat.

Bila ada anak kecil yang menyusu, anda perlu menjadi lebih SUPERMOM! Yeah...

Sunday, July 7, 2013

MEMBUATKAN RUMAH ANDA SELAMAT UNTUK BAYI

Ibubapa bimbang tak berhabisan bagaimana hendak melindungi anak mereka daripada penganiayaan kanak-kanak atau penculikan, tetapi tak memikirkan satu ancaman yang besar kepada keselamatan dan kesejahteraan anak mereka - rumah sendiri. Di Malaysia, kecederaan adalah penyebab utama kematian di kalangan kanak-kanak bawah umur 14. Data dari UK menunjukkan mereka yang paling menghadapi risiko kemalangan di rumah adalah kanak-kanak bawah empat tahun. Kejatuhan merupakan majoriti kemalangan yang tidak membawa maut, manakala bilangan kematian yang paling tinggi disebabkan kebakaran.

Oleh itu, jangan tunggu bencana menimpa sebelum memikirkan tentang aspek keselamatan untuk ketibaan bayi baru di rumah anda. Dengan perancangan rapi dan sedikit peralatan, anda akan bersiap sedia bila tiba masanya bayi anda bersedia untuk meneroka.

Dengan beratus-ratus alat keselamatan bayi yang terdapat di pasaran, tidak boleh dinafikan peranti keselamatan yang paling penting ialah kawalan anda sendiri. Tak kira betapa lengkapnya anda dari segi peralatan, anda masih perlu sentiasa berjaga-jaga tentang pelbagai bahaya yang mungkin ada.

Jika sangsi, pastikan anda sentiasa membawa bayi bersama apabila membuka pintu untuk pelawat atau menjawab telefon.

Beberapa tindakan keselamatan tertentu boleh digunapakai untuk semua bilik. Berikut adalah beberapa pendekatan yang boleh diambil:

• Pasangkan penutup keselamatan bagi semua soket elektrik yang tidak diguna. Pastikan palam yang terpasang ditutup suis.

• Pasangkan pelindung berkusyen kepada semua sudut meja kopi dan meja tulis yang tajam.

• Fikirkan tentang bahaya yang mungkin barang-barang yang anda masukkan ke dalam tong. Jika anda menggunakannya untuk membuang bateri yang terpakai, klip kertas, beg plastik, atau lain-lain item berbahaya, letakkannya di luar capaian bayi, atau dalam almari yang tidak boleh dibuka oleh anak anda.

• Simpan pen, gunting, pembuka surat, stapler, klip kertas dan lain instrumen tajam dalam laci yang berkunci.

• Kebakaran domestik merupakan satu daripada risiko terbesar bagi kanak-kanak. Kanak-kanak yang bermain dengan mancis dan pemetik api kerap mencetuskan kebakaran rumah. Di UK, 46 peratus kemalangan yang menyebabkan kematian kanak-kanak adalah kebakaran rumah. Simpan mancis dan pemetik api di luar pandangan dan capaian kanak-kanak. Padamkan dan buang putung rokok dengan sempurna. Adakan rancangan menyelamatkan diri, dan berlatih menggunanya beberapa kali supaya bersedia untuk kebakaran.

Pasang penggera asap yang mematuhi BS 54466 dan periksanya secara kerap. Pasang pengesan asap dalam semua bilik tidur dan satu di dekat dapur. Periksa semua pengesan itu setiap bulan untuk memastikan semuanya berfungsi baik dan tukarkan bateri setiap tahun. Pengesan asap yang berfungsi boleh mengurangkan kebarangkalian mati akibat kebakaran sebanyak 50 peratus.

• Cuba elakkan langsir dan bidai yang mempunyai tali - tali tergantung boleh menyebabkan cekikan. Jika anda mempunyainya, ikat tali itu tinggi ke atas, luar dari capaian anak anda.

• Letakkan stiker berwarna-warni pada kaca-kaca berukuran besar seperti pintu gelangsar untuk mencegah daripada tidak ternampak. Tingkap sorong harus hanya boleh dibukakan dari atas dan dipasang kunci untuk menghindarkan kanak-kanak kecil membukanya dari bawah. Pasang tingkap yang rendah supaya tidak boleh dibuka lebih dari 5 inci. Letakkan perabot dan lain struktur yang boleh dipanjat jauh dari tingkap.

• Letakkan lapisan menentang gelincir di bawah hamparan dan tikar yang tidak mempunyai lapisan belakang itu.

• Gunakan get keselamatan dan get pintu. Pasangkan get keselamatan (ke BS 4125) di sebelah atas tangga dan satu lagi pada tiga anak tangga dari bawah. Ini akan menghentikan bayi atau anak bertatih anda daripada memanjat ke atas dan mendapati dia tak dapat turun kembali. Ingatlah bahawa keselamatan kanak-kanak itu berterusan. Get yang anda letak di bahagian atas tangga bagi anak berusia setahun akan menjadi rangka kegemaran yang membolehkan dia memanjat di usia dua tahun.

• Jangan sekali-kali meninggalkan barang-barang atas tangga yang boleh menyebabkan orang terjatuh. Tangga harus disenggara dengan rapi - karpet yang rosak atau usang haruslah dibaiki atau dibuang. Pastikan pelepas teguh dan tidak mempunyai takuk untuk memanjat. Tangga mesti sentiasa bercahaya terang.

• Setiap tahun, beratus kanak-kanak dirawat dalam jabatan kasualti berhubung kecederaan akibat kejatuhan. Sebaik saja bayi anda mula merangkak, anda mungkin memerlukan get keselamatan untuk mencegah dia daripada memasuki bilik-bilik yang dilarang.

• Sorok lampu dan alat elektrik di belakang perabot berat atau gunakan peranti pemegang wayar khusus supaya wayar tak ternampak. Lampu tinggi mungkin tergolek jika bayi menariknya, jadi letakkan kukuh di belakang perabot.

• Awasi barang-barang yang boleh mengepit jari, seperti engsel pintu, bangku seterika dan kerusi anduh. Fikirkan jika perlu membeli pelindung engsel.

• Simpan bahan-bahan pertolongan cemas dalam almari yang berkunci, tak boleh dicapai, dan pastikan saudara-mara dan orang lain tahu di mana hendak mendapatkan bekalan itu di rumah anda dan bagaimana hendak respon dalam kecemasan. Pastikan rumah anda sudah bebas racun untuk melindung anak-anak anda daripada bahan berbahaya.

• Insidens lecur air dan api bagi kanak-kanak muda adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak tua dan orang dewasa. Kebanyakan kelecuran disebabkan minuman panas tertumpah. Ingatlah bahawa minuman panas masih boleh melecurkan kanak-kanak 15 minit selepas disediakan. Dan jangan sekali-kali menghulurkan minuman panas kepada ibu yang sedang menyusu - setitik cecair panas itu pun boleh melecurkan bayi dan juga ibu.

Jika anda duduk di apartmen bertingkat tinggi, fikirkan tentang pemasangan gril keselamatan pada tingkap dan balkoni anda.

Sumber: Babycenter

Saturday, July 6, 2013

CERPEN: CINTA HALAL (NI SAYA BAGI TAJUK SENDIRI)



Kelakar tapi best, jom baca

Isnin (MULA2 BERKENALAN di Stesen KTM)

Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?

Minah : Waa’laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..

Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..

Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..

Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)

Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?

Pak cik & Mak cik : Waa’laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?

Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..

Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..

Mamat : (Dalam hati : Waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)

Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..

Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (Dalam hati : Ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait and see minah..)

Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…

Mamat : Terima kasih pak cik mak cik..

Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)

Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..

Minah : So what..? Ade aku kisah..

Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (Dalam hati : Eh2.. Sabar hati.. Sabar…)

Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..

Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya..? (Sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)

Minah : Yang ko sibuk kenape..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun… Kalau ade gak kat umah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?

Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau kalau rindu2 nanti boleh calling2..

Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..

Mamat : Senyum je la (Dalam hati : Eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)

Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)

>Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Tak nak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..


Mamat : Apa ibu cakap ni..? Aiman tak paham la.. (Dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)

>Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah..


Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju..?

Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan je la niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)

Jumaat (HALAL & HARAM)

Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?

Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?

Mamat : Setuju

Minah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kite bertunang aku cume nak barang hantaran telekung, sejadah dan al – quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..

Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt..(Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)

Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?

Mamat : Takde.. Nak wat pe..?

Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..

Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)

SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’

Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awak nak saya buat ape..?

Minah : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu..

Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..

Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?

Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?

Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..

Mamat : (Dengan mulai dengan surah al – fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)

Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…

Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (Cakap dalam nada slow)

Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..

Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..

Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?

Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)

Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati saya..

Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..

Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)

Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..

Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu’ amma tu)

Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..

Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..

Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham..?

Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awak.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak je.. Senyum la sikit wak..

Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah nanti.. Mesti ko tak boleh tidur lepas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..

Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..

Jumaat (HARI PERNIKAHAN)

Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”

Tok kadi : Sah3..

Minah : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)

(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)

Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah..(Sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)

Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)

(MALAM PERTAMA)

Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..

Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..

Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu..?

Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)

Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?

Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin dengan ayang..?

Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullail yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu’ amma dan membace terjemahan nye.. Semuanya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…

Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangannya menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..

Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah macam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..

Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNATUL FIRDAUS.. AAMINNNNN

Harga yang perlu dibayar dengan penggulingan presiden Morsi : puas hati sekarang??



Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Morsi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.

Jun 2012, Morsi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Morsi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran.

Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza.

Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati.

Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).

Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!

Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??

Kita!! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??

Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi.

Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia.

Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini. CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka?? Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..”

Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”

Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan,

PUAS HATI SEKARANG??!


Sumber: UAI

~ Secara jujur, saya takut dengan peperangan sesama sendiri. Hanya kerana nafsu duniawi membuatkan kita tidak menerima cara hidup yang berlandaskan Islam secara sepenuhnya.

Dalam hati, "Kiamat berlaku bila Islam ditegakkan dan semua umat Islam bersatu" 

Persoalan: Bila kiamat akan berlaku? Bila permusuhan sesama Islam akan berakhir? Bagaimana kita nak memantapkan diri untuk persediaan dihari kiamat? Bagaimana kita mahu Islam tertegak kembali? Bagaimana nak mendidik hati kembali kepada Islam yang sebenarnya?

'-_-

TAHUKAH ANDA? - TAUGE




Tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga450 peratus.

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.

Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya. Jadi apalagi, jom makan tauge