Monday, February 17, 2014

KEBAKARAN HUTAN DI SERING UKAY - 16/02/2014



AMPANG: Penduduk sekitar Sering Ukay dekat Ampang cemas selepas belukar seluas kira-kira empat hektar di Jalan SU 2B tiba-tiba terbakar, malam tadi.

Bagaimanapun kejadian sekitar jam 9 malam itu tidak membabitkan rumah berdekatan kerana pasukan bomba dan penyelamat sempat mengawal kebakaran.

Seorang penduduk, Hazri Hanafi, 32, berkata, ketika kejadian dia berada di luar rumah dan terlihat api menjulang tinggi di kawasan bukit yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya.

"Saya lihat api marak dengan begitu besar dan ketika itu sudah ada beberapa anggota bomba bersiap sedia untuk operasi memadam," katanya ketika di temui di lokasi kejadian malam tadi.

Menurutnya pada mulanya situasi agak mencemaskan kerana rumah paling dekat terletak hanya 50 meter dari lokasi kebakaran namun pihak bomba berjaya mengawal api dari merebak.

Timbalan Penolong Pengarah Bomba (Operasi) Selangor, Sani Harul berkata, kebakaran di tanah seluas empat hektar itu berjaya dikawal dengan kecekapan pihak bomba.

Katanya, seramai 20 pegawai serta anggota daripada tiga balai dikejarkan dalam operasi itu iaitu Balai Pandan, Balai Ampang dan Balai Wangsa Maju.

"Bomba tiba di lokasi pada jam 9.51 malam selepas menerima panggilan dan api berjaya dikawal.

"Tiada mangsa atau kehilangan nyawa berlaku," katanya.

Difahamkan kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh sejam.

Sumber: Harian Metro

P/S: Suami saya juga turut melihat kejadian ini ketika mencari makanan untuk tekaknya yang mengidam nak makan colek (sempat saya cakap kepadanya, "Kita bukan di Kelantan, Kanda."

Kejadian kebakaran ni tak jauh dari kediaman rumah kami. Cuma Sering Ukay ni bawah sikit..

Friday, February 14, 2014

KAWAN KAHWIN DENGAN ORANG RUSIA

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah sekali lagi kita berjumpa pada hari jumaat yang mulia ini. Harapnya anda semua sihat dalam perlindungan Allah s.w.t. Sekarang ni perlu berhati-hati dengan keadaan cuaca yang kering dan berjerebu. Denggi pun makin berleluasa. Itu tanda kita perlu koreksi diri kenapa Allah timpakan musibah ini..

Alhamdulillah dengar kata ada sesetangah tempat hujan turun.. Apa-apa pun cuba bersangka baik dengan Allah..

Sebenarnya lama juga dah nak share gambar kahwin kawan baik suami (kenalan saya juga), tapi masa sungguh menyemburui apatah lagi dalam keadaan kurang sihat.

Tiada apa yang menarik tentang perkahwinan mereka (Aizat dan pasangan) sebab simple tetapi ironinya percintaan jarak jauh antara dua negara tu..

Untuk pengetahuan rakan-rakan blogger, Aizat ni jika diikutkan tidak menarik pun dari segi ketinggian sebagai seorang lelaki (dan itu yang membuatkan tuan punya badan rasa rendah diri).. Ini bukan saya cakap tapi beliau sendiri beritahu ketika saya dan Fiza berada di zaman belajar lagi (degree)..

Aizat: Ada perempuan yang aku suka tapi mereka tak suka kat aku..
Fiza: Ko kan pandai masak..
Aizat: Perempuan kadang tak heran pun..Siapalah nak kat aku ni..

Dialog lain bila saya dan suami datang ke rumah keluarganya ketika awal perkahwinan kami

Aizat: Orang Malaysia tak nak aku, aku cari orang luar la yang sudi terima aku dengan seadanya..
Suami: Betul ke ni?
Aizat: Betul la.. Dah dorang asyik tengok tinggi rendah je..Biar aku cari orang luar..
Suami: Negara mana?
Aizat: Rusia
Saya: Wah.. Jauhnya.. (Macam tak caya tau bila dia cakap begitu ingatkan main-main)..

Rupanya ketika akhir tahun2012, hubungan mereka menjadi serius dan mulalah berbincang antara keluarga masing-masing. Saya dan suami hanya mendoakan yang terbaik buat sahabat kami ini..
Aizat ada juga mengajak suami menemaninya ketika beliau ingin akad nikah bulan Disember lepas di Rusia tetapi suami menolak kerana komitmen kerja dan saya pula mengandung..

So... Inilah penyatuan hati antara Aizat dan Regina Gumerova..

[Kuala Lumpur to Naberezhnye Chelny]




[My Hero, Akhtar with the Brides and daddy's friend]



Moga bahagia hingga ke syurga dan memperolehi zuriat soleh solehah..

p/s: Aizat ni memang pandai masak mengalahkan perempuan dan siap ambil tempahan pavlova, durian crepe, kek dll. Lagipun family mereka ni ada buat business frozen food kecil-kecilan. Regina pula memang muslim tapi kat Rusia muslim kan minority, so sebagai isteri, dia melepaskan jawatannya sebagai pereka grafik dan berhijrah ke Malaysia mengikut suaminya. Regina ni pandai mengait baju sejuk dan beliau juga mempunyai kembar. Moga mereka nanti dapat anak kembar juga.. Hehehe

Tuesday, February 11, 2014

NASIHAT BAGI IBU BAPA YANG SUKA MARAH-MARAH

Bagi mereka yang suka marah-marah pada anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik.

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita?

4. Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

5. Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan atau di telefon?

6. Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

7. Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita. Perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

- Nota Tuan Ibrahim Tuan Man. Semoga bermanfaat!

Tuesday, February 4, 2014

OUR SECOND ANNIVERSARY

Assalamualaikum w.b.t








Syukur alhamdulillah..Allah beri nikmat yang tak terhingga buat diriku merasai nikmat berumah tangga. Syukur alhamdulillah mempunyai suami dan anak yang menyejukkan hati. Syukur alhamdulillah bilangan ahli keluarga kecil kami akan bertambah tidak lama lagi.

Thursday, January 30, 2014

5 LANGKAH UNTUK DIPRAKTIKKAN BILA MULA SAKIT BERSALIN


1. BERJALAN

Cuba untuk bangun dan berjalan disekitar rumah atau kawasan anda untuk menggalakkan bayi lebih turun ke bawah. Berjalan naik dan turun tangga juga boleh membantu ketika ini.

2. BERBARING KANAN KE KIRI

Cuba berbaring disebelah kiri anda. Ini meningkatkan aliran darah kepada bayi dan boleh meningkatkan kesakitan.

3. MERANGKAK

Belakang anda akan berasa lebih baik dan anda akan membantu bayi berputar ke dalam kedudukan muka-down bagi memudahkan dia keluar. Dapatkan di lantai dan perlahan-lahan meletakkan berat di tangan dan lutut anda. Jika perlu, berlutut di atas bantal untuk lebih selesa.

4. SENAMAN REGANGAN KAKI

Melegakan kesakitan kontraksi dan membantu bayi mula bergerak ke arah yang betul. Meletakkan satu kaki di atas kerusi dan bersandar ke hadapan. Beralih ke kaki yang lain dengan melakukan perkara yang sama.

5. MENCANGKUNG

Mencangkun apabila tiba masanya. Apabila anda mula merasa pengecutan keras yang menjadi lebih hampir, nurse atau doktor anda mungkin memberitahu sudah tiba masanya untuk anda menolak. Mencangkung menjadikan proses menolak lebih mudah.

p/s: Yang saya sempat buat adalah berjalan dan berbaring. Nak buat milo cicah dengan roti pun tak dan sebab suami suruh cepat.. Dia yang lebih risau.. Tapi akhirnya emergency czar sebab jantung baby lemah. Moga untuk anak kedua ni, Allah bagi nikmat untuk saya merasai bersalin normal.

Wednesday, January 29, 2014

Di mana letaknya maruah kita?


MULANYA saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya, menjadikan saya jadi geram.

Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.

Sedihnya, apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa, beliau ditukarkan serta-merta ke sekolah lain.

Peliknya, tiada tindakan tegas dikenakan terhadap kepimpinan SJKC tersebut. Mana keberanian kita? Mana dia pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak asasi manusia ini? Kejam sungguh kita semua. Kena pada orang Islam, tak apa. Kena pada bukan Islam, heboh 1Malaysia.

Saya ingatkan orang bukan Islam telah insaf dan memahami perkara asas mengenai Islam. Maklumlah sudah lama tinggal di tanah air tercinta ini. Paling kurang memahami kedudukan Islam selaku agama negara. Rupa-rupanya tidak.

Apabila ada desakan mahukan tindakan disiplin diambil terhadap ahli lembaga sekolah tersebut, maka kita pun berkata ini isu kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yang lebih meruncing.

Apa semua ini? Lebih meloyakan, ketika pengerusi lembaga dan guru besar sekolah tersebut memohon maaf secara terbuka, maka kita pun beramai-ramai datang memberikan sokongan dan tepukan.

Sambil bersalaman dengan guru mualaf tersebut, guru besar itu berkata: “Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni, sesuai dengan slogan 1Malaysia”. Kita pun tutup fail. Wah… senang sungguh.

Mudah sangat hidup di Malaysia. Bila bukan Islam buat salah, minta maaf, selesai, atas alasan 1Malaysia. Bila kita buat silap, maka dikatakan bertentangan dengan 1Malaysia. Maka kita terus salah, mereka terus betul.

Apakah kita sudah lupa isu pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya yang didakwa mengeluarkan ‘ucapan rasis’ pada tahun 2010? Seluruh media ultra kiasu menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri. Desakan demi desakan dilakukan agar beliau dipecat dan ditukar.

Julai dan Ogos 2013, pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam, turut menerima nasib sama kerana dikatakan memberi ucapan rasis. September 2013, guru penolong kanan SMK Engku Husin Semenyih, Kajang, pun turut menjadi mangsa.

Pada Julai 2013 apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristana “makan di tandas” semasa bulan Ramadan tersebar, sekali lagi seluruh media ultra kiasu dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB guru besar turut digodam.

Pelbagai tuduhan dibuat tanpa langsung memberi peluang kepada beliau membela diri. Beliau dan keluarga dimalukan, dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri merayu dan menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.

Namun, dalam isu guru mualaf dan SJKC ini, semua media ultra kiasu senyap sepi. Kenapa tidak sensasikan isu ini dan memaksa guru besarnya dipindahkan atau meletakkan jawatan? Jawapannya mudah, mereka sekapal.

Saya yakin, penghinaan ke atas guru mualaf tersebut, dan artis bertudung, sengaja dilakukan. Peliknya, guru mualaf tersebut yang ditukarkan ke sekolah lain, bukan guru besar itu.

Lebih menjengkelkan lagi, ketika isu ini dibangkitkan, kita diminta sabar, siasat dahulu, jangan bertindak terburu-buru, perlu berhikmah dan bermacam-macam alasan. Inilah sifat orang Melayu, terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak beransur-ansur.

Benar, memaafkan seseorang itu satu sifat yang baik. Tetapi itu bukan bermakna, pesalah boleh terlepas begitu sahaja.

Masih ingatkah kita pada zaman Nabi, apabila seorang Muslimah dipermainkan oleh Yahudi sehingga terselak kain dan menampakkan auratnya? Apa tindakan selepas itu? Jawapannya, perang.

Hari ini kita tidaklah sampai ke peringkat perang. Tetapi menjadi tanggungjawab seorang pemimpin negara untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana rakyat Islam di bawah pemerintahannya dianiaya oleh musuh-musuh Islam.

Ingatlah! maruah dan keadaan umat Islam semakin tercabar. Malangnya, tiada pemimpin yang berani bangkit dan dengan tegas bersuara mempertahankan maruah umat Islam yang tercalar. Lebih menyedihkan, penghinaan itu berlaku di bumi kita sendiri yang berasaskan Melayu dan Islam.

Sumber: RIDHUAN TEE ABDULLAH

p/s: Sepatutnya, penganut Islam perlu kuat.. Saya setuju dengan apa yang dilontarkan oleh Saudara Ridhuan Tee Abdullah

Wednesday, January 22, 2014

JALAN-JALAN, MAKAN-MAKAN

Assalamualaikum w.b.t.

12/1/2014

WANGSA GRILL BY CHEF ZUBIR

Saje tukar angin sebab saya dah boring makan kat tempat biasa kami makan. Bila suami minta beri cadangan, saya terus ajak datang sini. Baru lagi cawangan restoran ni..

Lepas Maghrib kami menapak. Agak lama juga tunggu nak makan. Orang ramai. Pelayan friendly. Kat bawah ni mostly picture google je.






[This is my own picture - My Hubby & My Son]


Kami tak order apa yang tekak kami nak makan (saya nak try spageti dan suami nak try lobster) tapi saja try menu Meat Lover bla bla bla.. Tak ingat nama nya tapi gambar macam kat atas. Suami tak gemar menu yang kami order. Just "BOLEH" katnya.

Lupa nak cakap, sebelum tiba menu kami, kami makan snek macam maruku tu. Itu pun dia cas tau.. Baby saya suka la benda ni.. Then kami order Starter kentang goreng tu..

Overall, hiasan dalam restoran ni cantik dan penuh dengan reward  dari zaman muda dan terkini Chef Zubir. Makanan, bagi saya hebat.. Hiasan pun canggih. Last tu kami makan kek Tiramisu.

17/1/2014

WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUESE (WISH)

As singkatan namanya, itu jugala yang telah di wish oleh abah saya sewaktu kami balik bercuti di kampung saya pada Thaipusam yang lalu. Abah saya dah siap potong keratan akhbar Metro untuk merasai makanan di WISH.

Actually, adik2 saya tak cukup ketika itu tapi mana yang ada tu kami join je makan. Termasuk Abah Ummi dan 2 baby, 11 orang semuanya. Ni kami pergi yang dekat Bangi tu. Ikut Highway SKVE yang baru tu, kejap je la sampai..

[My own picture: iklan penyambut tetamu depan pintu masuk]
[My own picture: Garlic Bread for My Son]
[My own picture: Alfredo so yummy..]
[ Permintaan adik saya ke 6 dan isterinya - tak ingat nama tapi daging la..]
[ Permintaan adik ipar ke-3]
Ramai pengunjung yang makan dalam restoran ni. Sempoi dan cantik. Pelayan friendly juga sama macam dekat Wangsa Grill tu. Tapi semuanya lelaki. Kat sini pun tunggu makanan sampai agak lama juga. Terutamanya menu Abah saya dan suami saya, kalau tak silap namanya, Meat shoulder bla bla.. Kami habis makan baru dapat menu mereka.

Saya ni kalau pergi mana-mana restoran yang jenis orang putih ni, saya suka order jenis spageti yang kuah putih or Carbonara. Tekak memang suka yang cheese dan creamy ni. Memang terangkat. Alfredo tu memang sedap walaupun nampak dull je tampa hiasan.

Semua sedap.. saya try suami punya menu, sedap juga. Banana milkshake dan oreo milkshake pun sedap.

Overall, menu puas hati termasuk Abah dan Ummi saya suka rib apa ntah yang di order Ummi saya. Tapi bab pelayan ni, dorang tak berapa efficient la. Maksud saya, bila kita nak order tu, mereka kata sebut kod makanan tu. Contoh: 287 Alfredo. Dorang tak hafal menu.

Then, bila nak hantar menu pula, pelayan ni tak tahu menu tu di order oleh meja mana. Terpinga-pinga kami dan mereka. Sampai siap panggil pekerja yang lagi senior.. Punya berkerja keras otak nak hafal nama menu yang kami order tu. Dan accident yang tak patut terjadi (tapi manusia kan mana ada yang perfect) pelayan yang ada tu agak kecoh nak mengemas meja yang telah digunakan dan ada yang terpecah.

Abah cakap

"Makanan memang sedap tapi kalau orang yang mementingkan semuanya, mereka perlu tingkatkan service tu ke tahap yang lagi hebat. Kalau orang yang tak kesah, mereka buat tak tahu aje"